Anda di halaman 1dari 9

SISTEM SEPARA LIGA DAN SISTEM KALAH MATI

M. S. SEAN DANSEN HAZIEL BIN KIMON IZZAT BIN ISMAIL

Sistem Liga Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga 2 pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga.

Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga ialah : N(N-1) dibahagikan dengan 2

Contoh Separa liga Liga 4 Kumpulan Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih) Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pertandingan kalah mati Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu (a) kalah mati sekali (b) kalah mati dua kali.

Kalah mati sekali Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta. Bilangan peserta menunggu/bye Bilangan menunggu/b ye dalam s is tem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Kalah mati dua kali Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang menang di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk menjadi johan manakala peserta yang kalah ditempatkan ke kiri. Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah sekali, maka pasukan yang tewas boleh meminta satu lagi perlawanan.

Rujukan Buku Sumber Sains Sukan Tingatan 4 http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/bsumber/bs_ ssukan_t4.pdf

Anda mungkin juga menyukai