PERTANDINGAN
DEFINISI : Mengikut Johnson (1977), pertandingan adalah persaingan bersiri di mana pesertapeserta yang mendapat skor yang tinggi mengikut kriteria-kriteria tertentu dikenal pasti sebagai pemenang pertandingan. Pertandingan juga bertujuan menguji kemahiran pesertanya dalam sesuatu bidang atau kemahiran.
suatu kaedah yang digunakan untuk menentukan pemenang-pemenang bagi satu-satu acara sukan atau aktiviti pendidikan jasmani atau apa saja aktiviti yang terdapat dalam aktiviti kurikulum atau ko-kurikulum
Tujuan-tujuan pertandingan:
untuk memberi peluang kepada ahli atau peserta dalam satu pertubuhan atau pasukan atau sekolah menunjukkan bakat dan nebolehan mereka dalam sesuatu acara yang dianjurkan. Sebagai usaha mengadakan kegiatan-kegiatan yang sihat antara ahli-ahli atau pelajar-pelajar dalam bidang sukan dan permainan. Ini secara tidak langsung dapat menghindarkan mereka daripada kegiatan yang merugikan diri. Sebagai menguji keupayaan dan kebolehan para peserta atau para pelajar dalam sukan setelah mengikuti latihan dan tunjuk ajar untuk sesuatu tempoh. Meningkatkan prestasi dan pelaksanaan ahli-ahli dalam sukan atau permainan. Menyemaikan perasaan muhibah, perpaduan dan kerjasama di antara ahli-ahli atau pelajar-pelajar dan juga pertubuhanpertubuhan atau sekolah-sekolah lain yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.
Melatih ahli-ahli atau pelajar-pelajar agar mempunyai disiplin dan menghormati undang-undang. Memilih ahli-ahli, pelajar-pelajar atau pasukan yang layak dan sesuai untuk mewakili pertubuhan atau sekolah dalam pertandingan. Menilai rancangan-rancangan latihan yang telah dikendalikan oleh satu-satu pertubuhan atau kelab. Untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta apabila berdepan dengan peserta lain yang mungkin sebelum itu tidak pernah dikenalinya. Untuk menguji keupayaan jurulatih Menguji sambutan orang ramai terhadap pertandingan. Mengukur keupayaan peserta, dan latihan untuk menghadapi pertandingan yang lebih besar dan lebih mencabar pada masa akan datang.
Sistem Pertandingan
a. Undang-undang dan peraturan b. Kesesuaian acara yang dipertandingkan. c. Kumpulan yang menyertai pertandingan. d. Peringkat pertandingan.
e. Kedudukan kewangan.
f. Tempat / gelanggang yang ada untuk menjalankan pertandingan. g. Jumlah masa yang diperuntukkan.
Antara jenis pertandingan yang digunakan ialah: Pertandingan Sekali Gus. Pertandingan Kalah Mati. Pertandingan Kalah Mati dengan Sagu Hati. Pertandingan Kalah Mati Dua Kali. Pertandingan Bentuk Piramid.
Kumpulan
Dialog (40%)
Mesej/
OBJEKTIF
(30%)
Pakaian (20%)
Kerjasama (10%)
Jumlah (100%)
29
24
14
74
B C D
28 32 29
23 25 23
14 17 15
7 8 7
72 85 75
Pertandingan menggunakan sistem liga ini bermaksud tiap-tiap pasukan akan bermain dengan pasukan-pasukan lain. Sistem ini mengambil tempoh yang panjang. Mengambil masa yang lama terutamanya apabila terdapat banyak pasukan menyertai pertandingan itu. Johan yang diperolehi adalah memang pasukan yang terbaik. Contoh: permainan bola sepak, hoki, bola keranjang dan ragbi terutamanya pertandingan di peringkat dunia.
Tiap-tiap pasukan akan berpeluang bermain antara satu dengan lain sama ada bermain sekali atau dua kali. Memberi perluang kepada semua pasukan bermain lebih banyak perlawanan. Memberi peluang kepada pasukan-pasukan membuat penilaian tentang pemain-pemain pasukan sendiri atau pasukan lawan dan kelemahan-kelemahan pasukan lawan. Memberi latihan pertandingan kepada pemain-pemain. Ini kerana mungkin ada pasukan yang sudah tiada peluang untuk menjuarai pertandingan itu. Minat pertandingan dikekalkan Betul-betul memunculkan juara; kurang berdasarkan nasib sahaja.
Langkah-langkah untuk menentukan jumlah pasangan perlawanan dalam Sistem Pertandingan Liga
Bilangan atau jumlah perlawanan yang harus diadakan dalam satu-satu pertandingan menggunakan sistem liga boleh ditentukan menggunakan formula.
Jumlah bilangan peserta/pasukan yang menyertai pertandingan ( N ) Memberikan setiap peserta satu nombor dan nombor ini akan digunakan untuk mewakili setiap peserta dalam pertandingan itu.
Penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angka genap adalah senang. Pertandingan dijalankan secara berpasangan.
Jadual perlawanan ditentukan dengan pasukan nombor satu tidak bergerak dan lain-lain nombor beredar di keliling nombor satu hingga kombinasi yang mula didapati kembali.
1 - 2 6 - 3 1 - 6 5 - 2 1 - 5 4 - 6 1 - 4 3 - 5 1 - 3 2 - 4
5 - 4
4 - 3
3 - 2
2 - 6
6 - 5
Pusingan Pertama
Pusingan Kedua
Pusingan ketiga
Pusingan keempat
Pusingan kelima
1 melawan 2 6 melawan 3
1 melawan 6 5 melawan 2
1 melawan 5 4 melawan 6
1 melawan 4 3 melawan 5
1 melawan 3 2 melawan 4
5 melawan 4
4 melawan 3
3 melawan 2
2 melawan 6
6 melawan 5
Pertandingan Liga boleh dilaksanakan apabila bilangan penyertaan pasukan yang mengambil bahagian berangka ganjil.
Cara penyusunan bagi kumpulan yang ganjil dapat dilakukan dengan mencukupkan kumpulan supaya menjadi genap.
Jika N adalah nombor ganjil, setiap pusingan akan dijadualkan satu petanding mendapat bye. Bye bermaksud pasukan atau peserta yang perlu menunggu tanpa memasuki pertandingan pusingan pertama. Proses penyusunan pasangan perlawanan dimulakan dengan kedudukan bye ditetapkan pada setiap pusingan
Untuk jumlah pasukan yang ganjil, mulakan dengan 1, dan tuliskan nombor-nombor peserta lain dari kanan ke kiri. Misalnya bentuk liga tujuh pasukan 5 4 - 1 3 - 2 4 3 - 5 2 - 1 3 2 - 4 1 - 5 2 1 - 3 5 - 4 1 5 - 2 4 - 3
Perhatikan bahawa, nombor menurun di kanan dan menaik di kiri. Pasukan nombor 5 dapat bye dalam pusingan pertama dan pasukan lain bermain antara satu sama lain. Seterusnya pasukan 4 mendapat bye dan seterusnya.
Pusingan Pertama
Pusingan Kedua
Pusingan ketiga
Pusingan keempat
Pusingan kelima
5 bye
4 bye
3 bye
2 bye
1 bye
4 melawan 1
3 melawan 5
2 melawan 4
1 melawan 3
5 melawan 2
3 melawan 2
2 melawan 1
1 melawan 5
5 melawan 4
4 melawan 3
Dengan jumlah pasukan yang genap, nombor satu tidak berubah, manakala nombor-nombor lain berubah di sekeliling nombor satu. Dengan jumlah pasukan yang ganjil, dan pasukan yang di belakang sekali tiap-tiap kali akan mendapat satu bye. Dengan jumlah pasukan yang ganjil, adalah serupa dari segi jumlah pasukan dengan bilangan pasukan, iaitu lima pasukan akan melibatkan lima pusingan perlawanan. Dengan jumlah pasukan yang genap, jumlah pusingan adalah kurang satu daripada jumlah pasukan yang mengambil bahagian.
Setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain dan markah atau mata akan ditentukan. Menang : 3 mata Seri : 1 mata Kalah : 0 mata
Selepas pertandingan, pihak penganjur perlu mengisi satu jadual keputusan pertandingan untuk mengisi mata.
Pasukan
Main
Menang
Seri
Kalah
Gol Menang
Gol Tewas
Mata
PERLAWANAN
SET M K M
Dilaksanakan dalam sesuatu pertandingan sukan dan permainan. Contohnya, bola sepak dan ragbi terutamanya di peringkat antarabangsa seperti bola sepak piala dunia. Pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pertandingan diadakan secara sistem liga dalam kumpulan pada peringkat awal. Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan bertanding secara kalah mati di peringkat kedua.
Kumpulan A
Kumpulan B
VS
VS
VS
PUSINGAN PERTAMA SISTEM SEPARUH LIGA MANA KALA PUSINGAN KEDUA DAN SETERUSNYA SISTEM KALAH MATI
VS
A1 B5 B5 A1
Tempat Ke -3 B2
Johan
A4
A4
B2
Peringkat Separuh
Akhir
Peringkat Akhir
Menggalakkan perlawanan yang positif, bukan negatif atau terlalu bersifat defensif. Lebih rancak dan menyeronokkan kerana terdapat perlawanan akhir, dan separuh akhir sebelum ini. Ini sudah tentu menemukan pasukan-pasukan terkuat. Menjimatkan masa dan tempoh pertandingan.
A B C D E F G H Johan
9 ? Untuk melengkapkan jadual pertandingan bukan asas lapan bye perlu digunakan.
bye
1 2 2 3 4 5 6
bye
bye bye
6 3
bye
8 4
1
7 8
bye bye
7 5
Peraturan-peraturan untuk menentukan pasukan atau peserta yang menunggu dalam sesuatu Pertandingan Sistem Kalah Mati dengan bye.
i. ii.
iii.
Penanti perlu diletakkan dalam pusingan awal sahaja (pertama). Penempatan pasukan dan peserta hendaklah ditentukan dengan pengundian dan sismetrikal jika ia merupakan pertandingan kali pertama. Jika ia adalah kelolaan kali kedua, penanti yang merupakan johan dan naib johan tahun lepas diletak dahulu dan yang lain melalui pengundian.
Peraturan-peraturan:
Pengundian akan diadakan. Setiap pasukan atau peserta terus bertanding jika menang sehingga menjadi johan. Setiap peserta atau pasukan yang kalah akan terus terkeluar daripada pertandingan sama ada pertandingan peringkat pertama atau seterusnya.
Dilaksanakan permainan.
dalam
bidang
sukan
dan
Pertandingan ini dapat memberi peluang kepada pasukan atau peserta yang kalah pada peringkat pusingan awal meneruskan permainannya.
Keadaan ini dapat memberi peluang kepada pasukan atau peserta berkenaan menunjukkan kebolehan dalam dua perlawanan. Apabila pasukan atau peserta berkenaan mengalami kekalahan dua kali, mereka tersingkir daripada pertandingan tersebut. Seterusnya, pertandingan diadakan sehingga keputusan bagi menentukan johan diperoleh.
Kebaikan-kebaikan
Pertandingan Liga Menghasilkan pemenang yang multak. Memberi kedudukan kepada peserta-peserta lain. Pertandingan Kalah Mati Menggalakkan perlawanan yang positif, bukan negatif atau terlalu bersifat defensive. Lebih rancak dan menyeronokkan kerana terdapat perlawanan akhir dan separuh akhir sebelum itu. Menjimatkan masa dan tempoh pertandingan.
Tiada seseorang akan disingkirkan atau dimatikan sehingga habis pusingan itu. Menggunakan gelanggang dengan kerap dan berkesan. Tidak perlu menunggu peserta lain bermain kecauli berlawan.
Kelemahan
Pertandingan Liga Mengambil masa yang panjang. Pertandingan Kalah Mati Terdapat satu perlawanan sahaja, jika sesebuah pasukan mengalami kekalahan.
Pertemuan antara sesebuah pasukan atau peserta dengan lawan bergantung kepada nasib cabutan undi.
Menggunakan tenaga kerja yang Kemungkinan pasukan yang banyak juara tidak benar-benar handalsatu-satu perlawanan. Peserta menjadi kurang minat jika johan diketahui sebelumpertandingan tamat Risiko kecederaan kepada peserta.
Sistem Cabar-Mencabar
Pertandingan bentuk piramid, tangga, serombong, mahkota, corong dan sarang labah-labah semuanya adalah jenis pertandingan cabar-mencabar. Semua pertandingan cabar-mencabar menggunakan prinsip asas yang sama, iaitu peserta yang berpangkat lebih bawah akan mencabar peserta yang berpangkat lebih tinggi daripadanya dengan tujuan menukar tempat pangkatnya. Dengan cara ini semua peserta akan cuba menaik pangkat hingga mendapat tempat yang di atas sekali. Pertandingan ini memerlukan semua peserta meneruskan pertandingan untuk satu jangka masa yang tertentu. Tiada seorang peserta pun tersingkir
Sistem Piramid
Penyediaan Awal
Menyediakan Kertas Kerja Penubuhan Jawatankuasa Induk, Kerja dan Pengelola Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatanakuasa pengelola Surat-menyurat Melaksanakan Pertandingan dan Mesyuarat Post-Mortem
Kertas kerja merupakan cadangan dan perancangan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti.
Beberapa perkara perlu dibincangkan dalam sesuatu kertas kerja yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum.
Pendahuluan Objektif Tema Tarikh dan tempoh pelaksanaan Tempat Dif perasmian Bilangan penyertaan dan kategori
Bayaran Syarat-syarat penyertaan Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Perbelanjaan Pendapatan Penutup
Surat Siaran/ Surat Tawaran Surat kebenaran ibu-bapa permit pihak tertentu seperti polis (perkhemahan, pengembaraan) Jabatan Pengankutan Jalan Persuruhjaya Daerah, Pengawai Penjaga (OC), Pengerusi Daerah Kebenaran Ibu Bapa Peraturan Keselamatan
Anggaran Pembelanjaan
1. Jenis aktiviti dan pertandingan. 2. Bilangan hadiah dan pemenang. 3. Kos bagi setiap hadiah. 4. Makan minum pegawai, dif, peserta dan sebagainya. 5. Kos tambang. 6. Sewa tapak dan penginapan (jika berkhemah, melawat). 7. Cenderahati 8. Kain rentang, poster dan sebagainya 9. Sewa khemah dan sebagainya. 10. Bayaran pengadil
Atur Cara
2.00 ptg : Ketibaan ibu bapa 2.30 ptg : Ketibaan dif jemputan 2.45 ptg : Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri... 2.50 ptg : Ucapan pengerusi majlis 2.55 ptg : Doa oleh Ust. ..... 3.00 ptg : Ucapan Guru Besar En. ...... 3.15 ptg : Ucapan Yang Dipertua PIBG En ....... 3.30 ptg : Ucapan Pengarah Pendidikan Ybhg. Dato ...... 3.40 ptg : Pertandingan di sambung semula 4.00 ptg : Upacara penyampaian hadiah kepada pemenan 5.00 ptg : Minuman dan bersurai
Buku Program
dokumentasi
kegiatan atau aktiviti kokurikulum di sekolah. Satu salinan buku program disimpan di dalam fail. Muka surat dan helaian buku program tersebut boleh diubahsuai dengan jenis aktiviti.
Kulit hadapan (mengandungi tajuk aktiviti, tarikh dan masa, tempat, nama dif perasmian dan cogan kata). Kata alu-aluan (Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua/Guru Besar, Pengerusi Jawatankuasa Kerja/Pengelola) Senarai nama Jawatankuasa Kerja/Pengelola dan Jawatankuasa Kecil. Program/Jadual keseluruhan aktiviti. Atur cara majlis perasmian. Iklan (jika ada).
Apabila menganjurkan sesuatu pertandingan di sekolah, pihak penganjur perlu mengambil kira peraturan dan langkah-langkah keselamatan.
1) Peserta 2) Penonton
3) Jurulatih dan Pegawai Sukan
Peserta perlu:
Mematuhi semua peraturan dan undangundang permainan. Menghormati keputusan pengadil Mematuhi arahan jurulatih. Menjaga disiplin dan maruah diri semasa perlawanan. Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah. Menghormati pasukan lawan.
Peserta perlu:
Mematuhi semua peraturan dan undangundang permainan. Bermain dengan tenang dan tidak mengikut emosi. Bermain dengan adil dan berlaku jujur. Elak daripada bermain kasar. Bermain sebagai satu pasukan.
Penonton perlu:
Menghormati keputusan pengadil. Menghormati pemain dan pegawai pertandingan dan pegawai keselamatan. Menjada disiplin dan maruah diri. Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah. Menjaga kebersihan padang atau tempat pertandingan.
Memastikan semua alat pertandingan yang digunakan selamat . Menyediakan hakim, pegawai dan urusetia yang seimbang dan cukup .
Memastikan tempat dan peralatan pertandingan selamat digunakan. Memastikan pegawai/ pengadil/ hakim sentiasa berada di tempat pertandingan. Mengedarkan borang pemarkahan kepada pengadil/ hakim. Memastikan semua peserta melapor diri
Menyediakan peralatan pertandingan yang secukupnya. Mengawasi dan memantau pelaksanaan pertandingan. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil. Memberi taklimat kepada peserta . Memastikan peserta memakai pakaian yang selesa dan sesuai
Memastikan semua peserta adalah sihat. Mengemas kini borang-borang markah dan memberitahu keputusan kepada peserta. Memastikan peralatan yang digunakan adalah cukup seperti asal dan tidak ada yang tertinggal.
Membersihkan kawasan yang digunakan. Membayar semua bil dan pembelanjaan. Memastikan barang-barang/ peralatan yang dibawa cukup. Memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan.
Memastikan semua peralatan dan barang disimpan di tempat yang asal. Menyampaikan hadiah, cenderahati dan sijil kepada peserta. Membuat laporan. Menghantar surat penghargaan.
Penilaian sesuatu pertandingan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.
Formal : Borang soal selidik
Membincangkan isu yang berkaitan dengan peranan dan tugas jawatankuasa mereka. Kadangkala setiausaha boleh memanggil semua jawatankuasa bermesyuarat postmortem serentak .
Selepas itu, setiausaha perlu membuat laporan lengkap. Antara kandungan laporan pertandingan ialah : Pengenalan (jenis pertandingan, tempat dan masa) Dif Jemputan Atur cara pertandingan
Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kecil Senarai nama hakim dan Jawatankuasa Kecil Penyertaan Keputusan pertandingan bagi setiap acara Laporan bagi setiap Jawatankuasa Kecil
Cadangan-cadangan Selepas laporan, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengelola boleh diadakan bagi membincangkan laporan tersebut, laporan yang siap perlu disimpan untuk rekod dan menjadi rujukan untuk pertandingan pada tahun-tahun berikutnya.