Anda di halaman 1dari 5

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM(DT50502)

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

NAMA PELAJAR NO. PELAJAR

NUR FARAHANI OSMAN PP2212073T

FAKULTI : FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

KOD KURSUS : DT50502

TAJUK KURSUS : PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM


1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, pertandingan merupakan satu pelan penyertaan yang dirancang


bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pertandingan
juga didefinisikan sebagai suatu proses yang digunakan untuk menentukan pemenang bagi suatu
acara sukan atau aktiviti pendidikan jasmani atau apa sahaja aktiviti yang terdapat dalam aktiviti
kurikulum atau kokurikulum. Menurut Johnson (1977), pertandingan merupakan sebuah persaingan
bersiri di mana peserta yang mendapat skor yang tinggi mengikut kriteria atau peraturan tertentu
dikenal pasti sebagai pemenang pertandingan. Pertandingan juga bertujuan untuk menguji
kemahiran pesertanya dalam sesuatu bidang atau kemahiran.

Terdapat beberapa jenis sistem pertandingan yang diketahui dan boleh dijalankan.
Antaranya adalah pertandingan sekali gus, pertandingan kalah mati, pertandingan sistem liga,
pertandingan bentuk piramid dan sebagainya. Jenis pertandingan yang hendak dijalankan
bergantung kepada beberapa aspek seperti:

 Undang-undang dan peraturan


 Kesesuaian acara yang dipertandingkan
 Kumpulan yang menyertai pertandingan
 Peringkat pertandingan
 Kedudukan kewangan
 Tempat atau gelanggang yang ada untuk melaksanakan pertandingan
 Jumlah masa yang diperuntukan.

Sistem pertandingan liga merupakan sistem pertandingan di mana semua pasukan yang
mengikuti akan bersemuka dengan pasukan-pasukan lain. Sistem pertandingan ini mengambil
tempoh yang panjang kerana ianya mengambil masa yang lama mengikut jumlah pasukan yang
menyertai. Pemenang bagi sistem pertandingan liga ini ditentukan melalui pungutan mata yang
paling banyak akan dinobatkan sebagai juara.

2.0 CARA PELAKSANAAN FORMAT/SISTEM LIGA DALAM PERTANDINGAN


Langkah pertama dalam pertandingan sistem liga ini adalah menentukan jumlah pasangan
perlawanan. Bilangan atau jumlah perlawanan yang harus diadakan dalam pertandingan boleh
ditentukan dengan menggunakan sebuah formula seperti berikut:
Langkah seterusnya adalah menyusun pasangan perlawanan. Penyusunan pertandingan
bagi kumpulan atau pasukan angka genap adalah lebih senang berbanding penyusunan
pertandingan angka ganjil. Hal ini kerana pertandingan sistem liga ini dijalankan secara
berpasangan. Jadual perlawanan akan ditentukan dengan pasukan nombor satu tidak bergerak dan
lain-lain nombor akan beredar di keliling nombor satu hingga kombinasi pada mulanya didapati
kembali.

Setiap pasukan yang bertanding antara satu sama lain akan diberi markah atau mata mengikut
keputusan setiap perlawanan. Mata yang akan diberikan adalah 3 mata untuk pasukan yag
memenangi perlawanan, 1 mata jika perlawanan seri dan 0 mata diberikan untuk pasukan kalah
dalam perlawanan tersebut. Selepas pertandingan, pihak penganjur akan mengisi satu jadual
keputusan pertandingan untuk mengisi mata yang diperoleh oleh pasukan yang bertanding. Berikut
merupakan contoh jadual keputusan pertandingan Liga:
3.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PERTANDINGAN LIGA
Antara kelebihan sistem liga adalah sistem pertandingan ini memberi peluang kepada setiap
pasukan untuk bermain antara satu sama lain sama ada bermain sekali atau dua kali. Ia juga
memberi peluang kepada semua pasukan untuk bermain lebih banyak perlawanan, dan membuat
penilaian tentang pemain-pemain pasukan sendiri atau pasukan lawan serta kelemahan pasukan
lawan. Sistem pertandingan ini juga dapat secara tidak langsung memberi latihan pertandingan
kepada pemain-pemain. Hal ini kerana, walaupun terdapat pasukan yang sudah tiada peluang
untuk menjuarai pertandingan tersebut, namun pasukan itu masih boleh mengikuti perlawanan
seperti yang telah ditentukan dalam sistem pertandingan liga.

Manakala dari segi kelemahan pula, sistem pertandingan liga ini memakan masa yang
banyak kerana perlaksanaan sistem pertandingan ini memerlukan tempoh masa yang panjang
untuk dihabiskan. Apabila suatu perlaksanaan pertandingan itu memakan masa yang panjang,
secara tidak langsung, ia juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak dari sistem
pertandingan kalah mati. Hal ini akan membebankan pasukan-pasukan yang bertanding untuk
menampung kos sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kelemahan pertandingan sistem liga juga
boleh dilihat melalui sistem permarkahan atau mata. Hal ini kerana, pemenang dapat ditentukan
lebih awal sebelum pertandingan sistem liga menghabiskan perlawanan. Hal ini boleh
mengakibatkan perlawanan menjadi kurang menarik kerana apabila pemenang dapat ditentukan
sebelum pertandingan, perlawanan lain menjadi syarat untuk menghabiskan pertandingan sahaja.

4.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, sistem pertandingan liga ini sesuai dilaksanakan bagi acara sukan
berkumpulan iaitu seperti bola takraw, bola sepak, ragbi dan sebagainya. Walaupun tedapat
kebaikan dan kelemahan dalam sistem pertandingan ini, namun ianya lebih memberi peluang
kepada pasukan untuk menilai dan menambahbaikkan prestasi mereka agar mereka dapat
membuat yang lebih baik untuk pertandingan yang akan datang.
RUJUKAN
Jabatan Kokurikulum. 2016. Pengurusan GERKO. Sistem Pertandingan. Kedah: IPGM Darulaman.
Retrieved October 01, 2020 from https://www.slideshare.net/wansuhaimiwansetapa/nota-
sistem-pertandingan-2
Muhammad. 2014. Sistem Pertandingan Liga. Retrieved October 01, 2020 from
https://www.slideshare.net/muhammadaniq/sistem-pertandingan-liga

Pengelolaan Pertandingan : Sistem Pertandingan Liga. (2013,October 16). Pendidik2u.


https://www.pendidik2u.my/pengelolaan-pertandingan-sistem-pertandingan-liga/

Anda mungkin juga menyukai