Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERTUTUP

PENGENALAN
Bola tampar merupakan satu permainan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai
sukan teras negara. Namun, kelihatan begitu tandus bakat anak-anak muda dalam
menyertai permainan ini. Menyedari hakikat ini, para pelajar UiTM Perak Kampus
Tapah yang mewakili Persatuan Bola Tampar Amatur Tapah atau dikenali sebagai
Tapah Volleyball Amature Association (TVAC) telah mengambil inisiatif untuk
mencungkil bakat anak-anak muda terutama para pelajar di UiTM Perak Kampus
Tapah sendiri dengan menganjurkan pertandingan Bola Tampar Tertutup bagi para
pelajar di sini. Ia dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk memupuk potensi diri
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan pelajar yang
seimbang daripada segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial (JERIS).

MATLAMAT
Pertandingan bola tampar menitikberatkan penglibatan semua para pelajar dalam
perlawanan ini. Pertandingan ini adalah atas rasional kegiatan sukan yang menjadi
sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan
galakan yang sama sebagaimana juga diberikan kepada keperluan asas yang lain
seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan para pelajar
yang seimbang daripada segi kesejahteraan dan jasmani.
Pertandingan bola tampar ini menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang
sihat dan semangat muhibah, kesefahaman dan toleransi dan meningkatkan nilai
moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan
pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu-padu serta memupuk
semangat cinta akan negara.

NAMA KEJOHANAN
Pertandingan Bola Tampar Tertutup Antara Fakulti

MATLAMAT
Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru
dan melahirkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh serta memupuk
budaya minat bersukan. Memenangi mana-mana kejohanan yang disertai melalui
kecerdasan dan ketepatan melakukan kemahira-kemahiran dalam permainan bola
tampar serta menanam minat pelajar terhadap permainan ini.

OBJEKTIF

Mewujudkan suasana gaya hidup yang sihat dalam kalangan para pelajar di

UiTM Perak Kampus Tapah.


Melahirkan para pelajar yang berkebolehan dan seimbang dalam bidang

akademik dan sukan.


Mewujudkan semangat bekerjasama dan perpaduan dalam kalangan para
pelajar.

KUMPULAN SASARAN
Para pelajar UiTM Perak Kampus Tapah

TARIKH PERTANDINGAN
14 Mac 2015 (Sabtu)

TEMPAT PERTANDINGAN
Gelanggang Bola Tampar UiTM Tapah

SISTEM PERTANDINGAN

Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 9 orang pemain.

Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan pertama. Peraturan ini
tertakluk kepada perubahan, bergantung kepada jumlah pasukan yang akan
bertanding.

Sekiranya penyertaan 10 pasukan atau kurang daripadanya, pasukan akan


dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B. Pertandingan akan dijalankan secara
liga satu pusingan dalam kumpulan masing-masing. Johan dan Naib Johan dari
setiap kumpulan akan bertemu di peringkat Separuh Akhir secara bersilang
(crossing) di mana A1 akan bertemu dengan B2 dan A2 akan bertemu dengan
B1. Pemenang di peringkat Separuh Akhir akan bertemu di perlawanan Akhir
bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara kedua-dua pasukan yang
kalah akan bermain untuk tempat Ketiga dan Keempat.

Sekiranya penyertaan melebihi 10 pasukan, pasukan akan dibahagikan


kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D dan dimainkan secara liga satu

pusingan. Johan dan naib johan setiap kumpulan sahaja akan bertemu di
peringkat Suku Akhir secara bersilang (crossing) di mana suku akhir 1 (A1
akan bertemu dengan B2), suku akhir 2 (D1 akan bertemu dengan C2), suku
akhir 3 (B1 akan bertemu A2) dan suku akhir 4 (C1 akan bertemu D2).
Pemenang di peringkat suku akhir akan mara ke peringkat separuh akhir di
mana pemenang suku akhir 1 akan bertemu pemenang suku akhir 2 dan
pemenang suku akhir 3 akan bertemu pemenang suku akhir 4. Pemenang di
peringkat Separuh Akhir akan bertemu di perlawanan akhir bagi menentukan
Johan dan Naib Johan, sementara kedua-dua pasukan yang kalah akan
bermain untuk tempat Ketiga dan Keempat.

SISTEM PEMBERIAN MATA ATAU CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN

Pertandingan akan dijalankan secara 3 set (Best of Three) di peringkat liga


kumpulan, suku akhir dan penentuan tempat ke tiga dan ke empat. Pasukan yang
memenangi 2 set dikira sebagai pemenang. Dalam separuh akhir dan peringkat
Akhir, pertandingan akan dijalankan dalam 5 set (Best of Five) dan pasukan yang
menang 3 set dikira sebagai pemenang.
Sistem pemberian mata adalah seperti berikut :

Menang - 2 mata

Kalah - 1 mata

Lucutan teknik/menarik diri - 0 mata

Di peringkat liga, sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang mendapat
jumlah mata yang sama, kaedah berikut akan digunakan:

Peringkat 1 = Jumlah Mata Menang

Nisbah Mata Jumlah Mata Kalah

Peringkat 2 = Jumlah Set Menang

Nisbah Set Jumlah Set Kalah

Sekiranya kedudukan masih SERI juga, kaedah berikut akan diambil kira:

Jika hanya 2 pasukan terlibat, keputusan perlawanan di antara kedua-dua


pasukan berkenaan akan diambil kira. Pasukan yang menang perlawanan itu
menduduki tempat teratas.

Jika 3 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akan


ditentukan dengan cabutan undi atau lambung pilih atau Toss of Coin

KELEWATAN

Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas masa
itu sesebuah pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang
pemain atas alasan yang munasabah, maka pasukan berkenaan dikira menarik diri
daripada pertandingan.

PAKAIAN PEMAIN

Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang seragam dan lengkap bernombor
kecuali libero. Keseragaman seluar adalah di kecualikan.

Saiz nombor 15 cm di depan dan 20 cm di belakang jersi.

Nombor jersi haruslah berada di bahagian tengah baju di depan dan belakang.

Setiap pasukan haruslah mengikut syarat pemakaian yang ditetapkan untuk


mengelak sebarang kesulitan.

MENARIK DIRI
Menarik diri tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik
diri daripada keseluruhan perlawanan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan
lagi menyertai perlawanan seterusnya.

PENANGGUHAN
Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :

Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan


akan disambung mengikut baki mata dan set yang tinggal.

Sekiranya perlawanan yang ditangguhkan ke hari yang lain, maka


perlawanan tersebut hendaklah dimulakan dari set 0-0 semula.

Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau


mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan tanpa terlebih dahulu
memberitahu pasukan yang terlibat.

BANTAHAN DAN RAYUAN

Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus


Pasukan secara bertulis dalam borang yang disediakan kepada Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada tiga puluh (30) minit
selepas sesuatu perlawanan itu tamat.

Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan Wang Bantahan


sebanyak RM 100.00.

Wang bantahan akan luput sekiranya bantahan atau rayuan ditolak.

TINDAKAN TATATERTIB

Tindakan Tatatertib akan diambil mengikut Undang-undang Peraturan Bola


Tampar Malaysia.

Seorang pemain yang diarahkan keluar gelanggang dan tidak dibenarkan


meneruskan permainan adalah dengan automatiknya digantung bermain
dalam perlawanan berikutnya sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telah
mengambil tindakan yang sewajarnya.

HAL-HAL LAIN

Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang kejadian yang


tidak diingini seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan
lain - lain ke atas para peserta sebelum, semasa dan selepas
pertandingan.

Pihak penganjur juga berhak untuk membuat keputusan untuk sebarang


kejadian yang tidak termaktub di dalam syarat - syarat dan Peraturan
Pertandingan.

Jawatankuasa Kejohanan ini berhak membuat sebarang perubahan dalam


perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat kejohanan ini. Semua
keputusan Jawatankuasa ini adalah mutlak dan muktamad.

PERBELANJAAN

Pendapatan dan perbelanjaan yang diperoleh :

Sumbangan UiTM Kampus Tapah


: RM 1000.00
Sumbangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar : RM 400.00
Sumbangan Organisasi Luar
: RM 800.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

: RM 2200.00

Perbelanjaan yang dilakukan :

Makanan & minuman ( Pensyarah, Peserta dan AJK ) :


90 x RM 8.00
= RM 720.00

Hamper :
6 x RM 30.00
= RM 180.00

Medal :
54 x RM 9.00
= RM 486.00

Khemah :
2 x RM 150.00
= RM 300.00

Kos-kos lain
= RM 500.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

: RM 2186.00

PENUTUP
Segala kerjasama yang baik dari pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM
Kampus Tapah kami amat hargai dan amat berterima kasih. Semoga kejohanan
seperti ini dapat meningkatkan lagi prestasi pasukan serta warga pelajar UiTM
Kampus Tapah bukan sahaja dalam bidang kesukanan malah dalam bidang kerja

lain-lain. Kejohanan yang berlangsung moga dapat mengeratkan lagi perpaduan


serta ukhwah antara warga institut hendaknya.

DISEDIAKAN OLEH :

.........................................
( KHADEEJAH BT SHAFIEE )
Setiausaha,
Persatuan Bola Tampar Amatur Tapah ( TVAC )
UiTM Perak Kampus Tapah

DISEMAK OLEH :

...........................................
( AZIZAN BIN HJ MOHD ISA )
Pensyarah Penasihat,
Persatuan Bola Tampar Amatur Tapah ( TVAC )
UiTM Perak Kampus Tapah

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan Pesatuan Bola Tampar


Antarabangsa (FIVB) mengikut kehendak pihak pengelola kejohanan,

Bilangan peyertaan pemain bagi setiap pasukan adalah 10 orang pemain


Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu baju jersi, seluar
sukan dan kasut yang bersesuaian semasa permainan dijalankan.

Setiap pemain perlu didaftarkan mengikut nombor jersi bagi mengelakkan


sebarang kekeliruan semasa pendaftaran.

Pasukan yang tidak memakai pakaian seagam tidak dibenarkan meyertai


pertandingan ini.

Semua pelajar yang terlibat hendaklah membawa kad matrik pelajar dan ia
hendaklah diserahkan kepada jawatankuasa pegelola pertandingan sebelum
pertandingan dimulakan.

Pengadil akan disediakan oleh pihak jawatankuasa pertandingan. Setiap


pasukan perlu menyediakan dua orang penjaga garisan di kalangan pemain.

Setiap pasukan yang telah mendaftar tidak dibenarkan menarik diri dari
sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap
menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai
pertandingan seterusnya.

Pihak jawatankuasa pengelola pertandingan berhak membatalkan mana-mana


pasukan yang melanggar atau tidak mematuhi peraturan yang telah dinyatakan.

AHLI JAWATANKUASA KEJOHANAN

JAWATANKUASA PENGELOLA

Pensyarah Penasihat

: Encik Azizan Bin Hj Mohd Isa

Pengerusi

: Aliff Fdihakimi Bin Ruzaini

Naib Pengerusi

: Nurhusna Nabilah Binti Che Russlee

Setiausaha

: Khadeejah Binti Shafiee

Bendahari

: Yusra Yasmin Binti Mohd Yunus

AHLI JAWATANKUASA KECIL


AJK Peralatan

: Amir Luqman Bin Mohd Fauzi


: Nor Alia Binti Mat Rofi

AJK Tugas-tugas Khas

: Muhd Yusuf Bin Mohd Aris


: Nurul Najihah Binti Abdu Khadir
: Nur Izzatie Binti Nordin
: Amy Binti Zulkifli Jasmin

AJK Persiapan Tempat : Fatin Hazimah Binti Mazlan


: Efaiza Binti Abdullah

AJK Doumentasi

: Muhd Imran Bin Kamsol


: Nur Aina Zalikha Binti Lut

AJK Makanan

: Siti Nurain Binti Safree


: Nur Ilyana Binti Apandi

AJK Hadiah

: Mohd Zaki Bin Ali


: Zaimah Binti Ahmad Pahrazi

JK Pertandingan

: Muhd Izuddin Bin Md Rosnan


: Muhd Farisahilmi Bin Che Ismail
: Nurul Noratikah Binti Azhar
: Siti Nurabila Binti Mazlan
: Wan Amira Najiha Binti Wan Jamaludin

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERAK KAMPUS TAPAH,


35400 TAPAH ROAD,
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERTUTUP ANTARA FAKULTI
CAWANGAN UiTM TAPAH
2015
ANJURAN
TAPAH VOLLEYBALL AMATURE ASSOCIATION (TVAC)
UiTM TAPAH
TARIKH
14 MAC 2015 (SABTU)
TEMPAT
GELANGGANG BOLA TAMPAR UiTM PERAK KAMPUS TAPAH

Anda mungkin juga menyukai