Anda di halaman 1dari 22

FIKIRKAN ???

Berapakah yang perlu anda bayar pada hari ini (diberi anda boleh memiliki 7% kadar faedah ke atas pelaburan yang berisiko rendah) untuk memastikan anda menerima RM3,000 di setiap akhir tahun selama 20 tahun akan datang?

ANUITI

Merupakan satu bentuk siri pembayaran atau penerimaan berkala bagi sejumlah wang untuk satu jangkamasa dalam tempoh tertentu. Terdapat dua jenis anuiti: Anuiti Biasa (Ordinary Annuity) Anuiti Matang (Annuity Due)

ANUITI :

Anuiti Biasa (Ordinary Annuity) Aliran tunai berlaku di akhir bagi setiap tempoh. Anuiti Matang (Annuity Due) Aliran tunai berlaku di awal bagi setiap tempoh.

ANUITI

Cth: Siti sedang memilih di antara 2 bentuk anuiti yang akan diterimanya. Kedua-duanya adalah dalam tempoh 5 tahun dengan anuiti RM1,000; A adalah anuiti biasa, dan B adalah anuiti matang.

PERBEZAAN 2 ANUITI
Aliran Tunai Tahunan Akhir Tahun A: Anuiti Biasa B: Anuiti Matang 0 RM 0 RM 1,000 1 1,000 1,000 2 1,000 1,000 3 1,000 1,000 4 1,000 1,000 5 1,000 0 Jumlah RM5,000 RM5,000

ANUITI

Kesimpulan: Walaupun kedua-dua anuiti mempunyai jumlah RM5,000, anuiti matang berupaya mempunyai nilai masa depan yang lebih tinggi berbanding anuiti biasa. Ini kerana, setiap daripada kelima-lima aliran tunai tahunan bagi anuiti matang boleh mempunyai kadar faedah bagi satu tahun lagi berbanding anuiti biasa. Secara amnya, anuiti matang nilai masa depan adalah lebih besar berbanding anuiti biasa.

ANUITI NILAI MASA DEPAN (FVA)

Cth : Siti ingin mengetahui jumlah wang yang akan dimilikinya di akhir tahun kelima jika dia memilih bentuk anuiti biasa. Ini mewakili deposit setiap tahun sebanyak RM1,000 di akhir setiap tahun dalam tempoh 5 tahun, ke dalam akaun simpannya dengan kadar faedah 7% setahun.

ANUITI NILAI MASA DEPAN (FVA)

Pengiraan Anuiti Nilai Masa Depan (FVA) menggunakan jadual faktor bunga; FVAn = Nilai masa depan anuiti bagi n tahun PMT = Jumlah deposit tahunan di akhir setiap tahun i = Kadar faedah setahun n = Bilangan tahun

ANUITI NILAI MASA DEPAN (FVA)

Rumus Anuiti Nilai Masa Depan menggunakan Jadual Faktor Bunga:

FVAn = PMT (FVIFA

i, n)

ANUITI NILAI MASA DEPAN (FVA)

Cth : Siti ingin menghitung nilai depan anuiti (FVAn) di akhir tahun kelima (n) bagi deposit setiap akhir tahunnya sebanyak RM1,000 (PMT) ke dalam akaunnya dengan kadar faedah 7% setahun (i) bagi tempoh 5 tahun akan datang.

ANUITI NILAI MASA DEPAN (FVA)


Pengiraan : FVAn = PMT (FVIFA i, n) = RM1,000 (FVIFA 7%, 5) = RM1,000 (5.7507) = RM5,750.70

ANUITI NILAI MASA DEPAN (FVA)

Rumus pengiraan Anuiti Nilai Masa Depan :

FVAn = PMT (1 + i)n - 1 i

ANUITI NILAI MASA DEPAN (FVA)


Pengiraan : FVAn = RM1,000 (1 + 0.07)5 1 0.07 = RM1,000 0.40255 0.07 = RM1,000 (5.7507) = RM5750.70

ANUITI NILAI MASA DEPAN (FVA)


Nilai Depan RM1,000 pada Anuiti Biasa berkompaun selama 5 tahun dengan 7% faedah

Thn. Akhir FV pada FVIF Tahun Deposit dikompaun akhir tahun 1 1,000 4 1.3108 1,310.80 2 1,000 3 1.2250 1,225.00 3 1,000 2 1.1449 1,144.90 4 1,000 1 1.0700 1,070.00 5 1,000 0 1.0000 1,000.00 FVA pada akhir tahun kelima 5,750.70

ANUITI NILAI KINI (PVA)


Merupakan nilai sekarang bagi satu ringgit akan datang yang didiskaunkan dari tarikh-tarikh tertentu akan datang pada kadar bunga yang tertentu.

ANUITI NILAI KINI (PVA)


Cth : Syarikat Pak Pandir, sebuah syarikat pengeluar permainan yang dibuat daripada plastik, ingin mengetahui jumlah yang perlu dibayarnya untuk membeli anuiti tertentu. Anuiti tersebut mengandungi aliran tunai sebanyak RM700 di akhir setiap tahun untuk tempoh 5 tahun. Firma tersebut meminta agar anuiti tersebut mempunyai kadar faedah seminimum 8% setahun.

ANUITI NILAI KINI (PVA)


0 1 2 3 4 5

RM700

RM700

RM700

RM700

RM700

RM648.20
RM599.90 RM555.80

RM514.50
RM476.70 RM2,795.10

ANUITI NILAI KINI (PVA)


Jawapan Melalui Pengiraan Berjadual Tahun (n) Aliran Tunai 1 2 3 4 5 RM700 RM700 RM700 RM700 RM700 PVIF8% 0.926 0.857 0.794 0.735 0.681 Nilai Kini RM648.20 RM599.90 RM555.80 RM514.50 RM476.70

Anuiti Nilai Kini RM2,795.10

ANUITI NILAI KINI (PVA)


Rumus Anuiti Nilai Kini menggunakan jadual faktor bunga.

PVAn = PMT (PVIFA

i, n)

ANUITI NILAI KINI (PVA)


Jawapan :

PVAn = PMT (PVIFA i, n) PMT = RM700, i = 8%, n = 5 PVAn = RM700 (PVIFA 8%, 5) = RM700 (3.9927) = RM2,795

ANUITI NILAI KINI (PVA)


Rumus pengiraan Anuiti Nilai Kini

PVAn = PMT 1 - 1 (1 + i)n i

ANUITI NILAI KINI (PVA)


Jawapan :

PVAn = RM700 1 -

1 (1.4693) 0.08 = RM700 (3.993) = RM2,795

Anda mungkin juga menyukai