Anda di halaman 1dari 36

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ANTARA KURSUS

TARIKH : 25-27 APRIL 2014


MASA : 8.00 PAGI 6.00 PETANG
TEMPAT : GELANGGANG BOLA TAMPAR ,
IPG KAMPUS DARUL AMAN.

ANJURAN : PISMP GSTT PSV SEMESTER 2

KUMPULAN
SASARAN : SEMUA PELAJAR IPG KAMPUS DARUL AMAN

TARIKH TUTUP
PENYERTAAN : 16 APRIL 2014
MAKLUMAT PERTANDINGAN
PERTANDINGAN SISTEM LIGA
Pertandingan liga biasanya diadakan dalam
pertandingan bidang sukan dan permainan.
Pertandingan ini lebih praktis dijalankan bagi
menentukan pasukan yang terbaik dalam sesuatu
kejohanan.
Pertandingan bola sepak, hoki, bola keranjang dan
ragbi sering menggunakan sistem liga, terutama
pertandingan diperingkat dunia.
Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada
pasukan bertanding sesama pasukan dalam
kumpulannya.
Apabila banyak kumpulan mengambil bahagian,
pasukan dipecahkan kepada dua atau lebih kumpulan.
Contohnya: pertandingan bola sepak Piala Itali, Piala
FA dan sebagainya.
Sistem ini mengambil tempoh yang panjang.
Mengambil masa yang lama terutamanya apabila
terdapat banyak pasukan menyertai pertandingan.

KELEBIHAN SISTEM LIGA
i. Merupakan satu format pertandingan yang paling
popular dikalangan peminat sukan.
ii. Sistem ini amat senang diuruskan kerana formatnya
mudah difahami.
iii. Jadual-jadual pertandingan sudah diketahui
sebelum pertandingan bermula.
iv. Menggalakkan penyertaan yang lebih ramai.
v. Peserta boleh memperbaiki prestasi mereka
sebelum habis pusingan
vi. Peserta tidak akan merasa rugi kerana latihan yang
dijalani mendapat timbal balas dengan perlawanan
yang banyak.
vii. Setiap pasukan akan bertarung sersungguh-
sungguh kerana kemenangan akan bergantung
kepada jumlah mata yang diperolehi.
viii. Menghasilkan pemenang yang mutlak.
KEKURANGAN SISTEM LIGA
i. Mengambil masa yang panjang.
ii. Memerlukan kos perbelanjaan yang lebih
banyak.
iii. Menjadikan perlawanan kurang menarik
kerana johan pertandingan dapat diramal.
iv. Bilangan permainan yang banyak.
Pihak penganjur harus peka dan berhati-hati
sebelum melakarkan satu sistem pertandingan
liga bagi memastikan bahawa cara yang dibuat
adalah mengikut format yang telah
ditetapkan. Berikut adalah garis panduan
untuk menyediakan format sistem
pertandingan liga:

CARA PENYEDIAAN DAN
PENGENDALIAN SISTEM LIGA
i. Menentukan jumlah penyertaan bagi
pertandingan ini. Guna abjad N= jumlah
peserta.
Contoh :


1. Jumlah peserta = N

Jika bilangan
pasukan ialah 5,
maka N = 5

ii. Memahami formula-formula ringkas yang
digunakan dalam sistem pertandingan ini.
Contoh:

2. Jumlah semua perlawanan

= N (N-1)
2
Jika N = 5, maka jumlah
semua perlawanan
= 5 ( 5-1)
2
= 20
2
= 10 perlawanan
3. Jumlah perlawanan setiap
pasukan = N-1
Jika N = 5, maka jumlah
perlawanan bagi setiap
pasukan = 5 1 = 4
perlawanan akan disertai
oleh setiap pasukan.
iii. Jumlah pusingan sesuatu perlawanan penting
bagi pihak penganjur. Dengan adanya
ketetapan pusingan, perlawanan-perlawanan
tidak akan bertindan dan mengikut jadual.
iv. Jumlah pusingan atau rounds merupakan
perkara yang penting bagi melaksanakan
sistem liga.
v. Pusingan tersebut dapat diberikan rehat
kepada kumpulan yang tidak bertanding.




vi. Untuk mengetahui jumlah pusingan terdapat dua
formula yang digunakan:
1. Untuk angka genap = N 1
2. Untuk angka ganjil = N

vii. Jumlah perlawanan setiap pusingan boleh dicari
dengan menggunakan formula yang telah ditetapkan.

vii. Terdapat dua formula yang digunakan untuk
menentukan jumlah perlawanan setiap pusingan.
1. Bagi penyertaan angka genap = N
2
2. Bagi penyertaan angka ganjil = N - 1
2


Contoh 1:
Jika N = 5, maka jumlah perlawanan setiap pusingan
dengan menggunakan formula angka ganjil :
= N 1 = 5 1
2 2
= 2 perlawanan setiap pusingan
Contoh 2 :
Jika terdapat seramai 10 orang menyertai
pertandingan N=10, maka jumlah perlawanan setiap
pusingan ialah:
N = 10
2 2
= 5 perlawanan setiap pusingan
Cara Penyusunan Jadual Pertandingan
Penyusunan jadual pertandingan liga perlu dibuat
supaya mengelakkan pertembungan. Penyusunan
pertandingan angka genap tidak sukar, kerana
pertandingan boleh dijalankan secara berpasangan,
misalnya apabila enam pasukan bertanding.
Penyusunan pertandingan boleh dilakukan dengan
pasukan pertama mengekalkan kedudukannya dan
bertanding dengan kumpulan yang terdekat
dengannya.
Begitulah seterusnya dilakukan bagi pusingan yang
berikutnya sehingga kesemua pasukan selesai.
Keadaan ini dapat ditunjukkan seperti di bawah:

CARA MENYUSUN JADUAL
PERTANDINGAN (ANGKA GENAP)
Jika terdapat 14 pasukan yang mengambil bahagian
dalam sesuatu pertandingan liga.
Maklumat berikut perlu diambil kira:
a) Jumlah pasukan :
N = 14
b) Jumlah pusingan :
N 1(angka genap), maka 14 1 = 13
pusingan akan diadakan.

c) Jumlah perlawanan setiap pusingan :
N (angka genap), 14 = 7 perlawanan
2 2 setiap pusingan

d) Jumlah perlawanan setiap pasukan :
N 1, maka 14 1 = 13 perlawanan akan
dilakukan oleh setiap pasukan.

e) Jumlah perlawanan keseluruhan :
N (N 1), maka 14 (14 1) = 14 (13) = 91
2 2 2
perlawanan keseluruhan akan dijalankan
dalam pertandingan liga 14 pasukan


CARA MENYUSUN JADUAL
PERTANDINGAN (ANGKA GENAP)
Jika terdapat 10 pasukan yang mengambil bahagian
dalam sesuatu pertandingan liga.
Maklumat berikut perlu diambil kira:
a) Jumlah pasukan :
N = 10
b) Jumlah pusingan :
N 1(angka genap), maka 10 1
= 9 pusingan akan diadakan.

c) Jumlah perlawanan setiap pusingan :
N (angka genap), 14 = 7 perlawanan
2 2 setiap pusingan

d) Jumlah perlawanan setiap pasukan :
N 1, maka 14 1 = 13 perlawanan akan
dilakukan oleh setiap pasukan.

e) Jumlah perlawanan keseluruhan :
N (N 1), maka 14 (14 1) = 14 (13) = 91
2 2 2
perlawanan keseluruhan akan dijalankan
dalam pertandingan liga 14 pasukan


CARA MENYUSUN JADUAL PERTANDINGAN
(ANGKA GANJIL)
Katalah terdapat 5 pasukan yang mengambil
bahagian dalam sesuatu pertandingan liga.
a) Jumlah pasukan :
N = 5
b) Jumlah pusingan :
N (angka ganjil), maka N = 5, maka sebanyak 5
pusingan akan diadakan



c) Jumlah perlawanan setiap pusingan :

N - 1 (angka ganjil), = 5 1 = 2
2 2
d) Jumlah perlawanan setiap pasukan :
N 1, maka 5 1 = 4 perlawanan akan dilakukan oleh setiap
pasukan.

e) Jumlah perlawanan keseluruhan :
N (N 1), maka 5 (5 1) = 5 (4) = 10
2 2 2
perlawanan keseluruhan akan dijalankan dalam
pertandingan liga 5 pasukan.


A B C D E MATA
A
B
C
D
E
KEWANGAN
Perkara KUANTITI (RM) JUMLAH
Yuran
penyertaan
RM20.00 x 96 RM 1920.00
Peruntukan
dari IPGM
Kampus
Darulaman
- RM 1800.00
JUMLAH RM3720.00
Anggaran Pendapatan
PERKARA KUANTITI JUMLAH
Makanan Pelajar



Makanan Pensyarah



Makanan pengadil


RM 3.00 X 17
= RM 51.00 Sehari
RM 51.00 X 3 Hari
= RM 153.00
RM 3.00 X 3
= RM 9.00 Sehari
RM 9.00 X 3 Hari
= RM 27.00
RM 3.00 X 8
= RM 24.00 Sehari
RM 24.00 X 3 Hari
= RM 72.00



RM 153.00





RM 27.00



RM 72.00
Minuman RM6.00 X 10 RM 60.00
Bayaran pengadil
( Penjaga masa 2 orang)
(pencatat markah 2 orang )
(Penjaga garisan 4 orang )

RM 80.00 X 8 orang
= RM 640.00(Sehari)
RM 1920.00 X 3 Hari
= RM 1920.00

RM 1920.00




Anggaran Perbelanjaan
HADIAH PEMENANG
Tempat
pertama(Medal)
Tempat Kedua(Medal)
Tempat Ketiga(Medal)
Saguhati(Hamper)

RM 15.00 X 24
RM 15.00 X 24
RM15.00X 24
RM 30.00 X 2

RM 360.00
RM 360.00
RM 360.00
RM 60.00
Sijil Penghargaan
Peserta
Sijil Penghargaan
Pengadil


RM 2.00 X 96
RM 2.00 X 8

RM 192.00
RM 16.00

Banner RM 80.00 X 1 RM 80.00
Cenderamata
Pensyarah
RM 20.00 X 3 RM60.00
JUMLAH RM 3720.00
SYARAT-SYARAT KEJOHANAN BOLA TAMPAR
PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Undang-Undang Permainan hendaklah
mengikut undang-undang yang berkuatkuasa
sebagaimana yang diputuskan oleh Undang-
Undang Persekutuan Bola Tampar
Antarabangsa (FIVB) yang berkuatkuasa dari
masa ke semasa.

PERATURAN PERTANDINGAN
Mengikut Undang-Undang Bola Tampar Antarabangsa
(FIVB) yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.
Pihak penganjur berhak mengubah peraturan ini
tanpa memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.

JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Tampar Berpasukan Lelaki dan
Wanita.

PENDAFTARAN PEMAIN
1. Setiap Pasukan hendaklah mendaftarkan 10 orang pemain dengan 2 orang
pengurus pasukan
2. Setiap pasukan dibenarkan mempunyai LIBERO (1 orang) semasa
pertandingan dijalankan.
3. Ketua pasukan / kapten hendaklah memakai armband.
4. Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan
bermain dalam pertandingan ini.
5. Pendaftaran Pemain hendaklah menggunakan borang khas iaitu & Borang Daftar
Pasukan Bola Tampar yang disertakan semasa taklimat dan pengundian
diadakan dan Borang Daftar Pemain Bola Tampar, diserahkan sebelum 16 Mac
2014
6. Pihak jawatankuasa pengelola pertandingan berhak membatalkan mana-mana
pasukan yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat di atas.


PAKAIAN
1. Pakaian yang bersesuaian dengan permainan bola tampar.
2. Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu baju
jersi dan seluar sukan.
3. Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan
warna dan mempunyai nombor di bahagian depan dan belakang
yang sesuai untuk pertandingan bola tampar.
4. Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan
menyertai pertandingan ini.

SISTEM PERTANDINGAN
pertandingan akan dijalankan dengan
menggunakan Format sistem pertandingan
liga satu pusingan.
PEMBERIAN MATA
Pasukan Menang 2 mata
Pasukan Kalah 0 mata

PENENTUAN KEMENANGAN
peringkat liga, sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan
yang mendapat jumlah mata yang sama, kaedah berikut
akan digunakan:
Peringkat 1 = Jumlah Mata Menang
Nisbah Mata Jumlah Mata Kalah
Peringkat 2 = Jumlah Set Menang
Nisbah Set Jumlah Set Kalah

Sekiranya kedudukan masih SERI juga,
kaedah berikut akan diambil kira:
Jika hanya 2 pasukan terlibat, keputusan perlawanan di
antara kedua-dua pasukan berkenaan akan diambil kira.
Pasukan yang menang perlawanan itu menduduki tempat
teratas.
Jika 3 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan
muktamad akan ditentukan dengan cabutan undi atau
lambung pilih atau Toss of Coin

TEMPOH PERLAWANAN
Tempoh perlawanan tidak dihadkan. Permainan akan ditamatkan
sekiranya terdapat mana-mana pasukan yang mencapai mata penamat
terlebih dahulu.
Setiap pasukan yang menyertai pertandingan hendaklah sentiasa
bersedia untuk bermain lebih daripada satu (1) perlawanan sehari.

PENGGANTIAN PEMAIN
Pemain gantian berdaftar semasa perlawanan boleh dibenarkan
dengan permintaan Pengurus Pasukan kepada Pengadil Rasmi.
Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili dan bermain untuk satu
pasukan sahaja.
TEMPAT/ GELANGGANG DAN ALATAN PERMAINAN
Semua alatan pertandingan akan disediakan oleh pihak
penganjur, tiada pasukan yang akan dibenarkan
menggunakan alatan sendiri.

KELEWATAN
Masa selama lima belas (15) minit sahaja diberikan
kepada pasukan yang lewat dan selepas itu lawannya
akan diberikan kemenangan percuma
Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan
mendapat kemenangan dengan kiraan 25-0, 25-0.


TEMPAT/ GELANGGANG DAN ALATAN PERMAINAN
Semua alatan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur, tiada
pasukan yang akan dibenarkan menggunakan alatan sendiri.

KELEWATAN
Masa selama lima belas (15) minit sahaja diberikan kepada pasukan
yang lewat dan selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan
percuma
Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan mendapat
kemenangan dengan kiraan 25-0, 25-0.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang
keputusan jika timbul kemusykilan dalam kejohanan ini seandainya tidak dinyatakan
dalam peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
Pihak jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak meminda sebarang undang-undang
kejohanan jika perlu.
Setiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan, tetapi
jawatankuasa pengelola kejohanan berhak meminda susulan atau tarikh/masa jika
perlu.
Selain daripada pegawai-pegawai yang terlibat, tiada sesiapapun dibenarkan masuk
ke dalam gelanggang bila sesuatu perlawanan dijalankan.
Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab pasukan masing-
masing dan diharap semua pasukan diharap dapat memberi kerjasama kepada pihak
pengelola kejohanan supaya kejohanan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.

Pemain mestilah terdiri daripada kumpulan guru pelatih IPG
Kampus Darulaman.
Pakaian setiap pasukan mestilah seragam dan kemas,
berseluar track bottom dan menutup aurat bagi lelaki dan juga
perempuan.
Diwajibkan memakai kasut dan stokin yang sesuai untuk
bermain supaya mengelakkan sebarang kecederaan.
Segala keputusan pengadil adalah muktamad dan para
peserta mestilah akur keputusan pengadil.

Anda mungkin juga menyukai