Anda di halaman 1dari 12

Penulisan Refleksi dan

Jurnal Mingguan
Taklimat Unit Amalan Professional
PISMP Amb Jan 2012
21 Mac 2014
Penulisan Refleksi
Tulis seberapa segera selepas tamat PdP
Bukan berbentuk cerita
Analisis apa yang berlaku semasa PdP
Kenalpasti kekuatan, kelemahan
Bagi kelemahan cadangkan cara mengatasi
Penulisan perlu menunjukkan ciri-ciri analitikal
Ringkas tetapi padat
Penulisan Jurnal Mingguan
Satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai satu
peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi
penekanan semasa menjalani praktikum
Ia bertujuan untuk membantu guru pelatih merenung, menilai dan
menjadikannya asas untuk mengambil tindakan susulan untuk
menyelesaikan masalah atau meningkatkan lagi keberkesanan
dalam jangkamasa yang ditetapkan
Objektif Menyediakan Jurnal Mingguan
Menyimpan catatan reflektif penglibatan semasa praktikum untuk
dijadikan renungan
Menilai semula keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang
dijalankan
Menjadi asas/panduan untuk tindakan susulan bagi menyelesaikan
masalah atau meningkatkan keberkesanan menggunakan
penambahbaikan, kreativiti dan inovasi secara berterusan
Meningkatkan kepekaan terhadap tugas sebenar guru professional
yang sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan PdP dan
perkembangan murid
Menjadikan penulisan jurnal sebagai bahan perbincangan dengan
pensyarah penyelia atau guru pembimbing bagi meningkatkan
tahap profesionalisme keguruan
Meningkatkan tahap dan amalan refleksi yang bersifat reflektif bagi
menjana pemikiran kritis dan analitikal
Meningkatkan kemahiran profesionalisme
Garis Panduan Penulisan Jurnal Mingguan
Tulis dan simpan jurnal sepanjang praktikum
Fokus kepada satu peristiwa, masalah, pencapaian atau aspek-aspek
penting/kritikal yang dialami semasa praktikum
Analisis fokus jurnal secara terperinci termasuk pandangan,
cadangan dan tindakan susulan
Sokong pandangan dengan kajian lampau (literature review) supaya
setiap masalah, cadangan dan langkah lebih objektif dan berkesan
Satu jangkasamasa ditetapkan bagi mengatasi masalah
Kumpul data dengan mencatatkan keberkesanan langkah yang telah
diambil
Gunakan jurnal untuk merenung kembali tugas sebagai guru
profesional
Bawa jurnal pada setiap masa sewaktu praktikum
Jurnal Mingguan
- Fokus keatas satu isu atau masalah atau peristiwa (yang bersesuaian)
- Kenalpasti punca isu atau masalah berkenaan (sekiranya berkenaan)
- Kenalpasti kemungkinan penyebab isu atau masalah (sekiranya berkenaan)
- Kenalpasti kelemahan isu/masalah/peristiwa yang difokuskan
- Ramal kesan atau akibat isu/masalah/peristiwa yang difokuskan
- Kajian lampau (Literature Review) berkaitan isu/masalah yang difokuskan
- Cadangan/idea untuk menyelesaikan setiap punca/kelemahan (sekiranya berkenaan)


- Tempoh masa bagi menyelesaikan isu/masalah diberikan
- Tindakan susulan dirancang untuk menyelesaikan isu/masalah
- Pelaksanaan perancangan dijalankan dalam tempoh yang
bersesuaian
- Kesimpulan/Refleksi: Nilai langkah/tindakan yang dijalankan
Nyatakan sekiranya ada halangan
Peringatan:
Jurnal mingguan tidak semestinya menerangkan mengenai masalah, ia
juga boleh ditulis berkaitan kejayaan sesuatu program di sekolah atau pun
perkara positif yang diperhatikan sepanjang minggu tersebut
Jurnal juga boleh memperjelaskan satu perkara yang disebut di dalam
mana-mana refleksi pada minggu tersebut. Bincangkan perkara tersebut
dengan lebih mendalam
Jangan bersikap 'personal' di dalam satu-satu isu seperti menyalahkan
seorang guru lain di atas masalah yang timbul
8/16/2014
Tip-tip lain
Kaitkan jurnal dengan classroom management, PdP, psikologi murid,
kegiatan kokurikulum, hubungan di sekolah dan/atau komuniti
Perlu dibincangkan dengan mendalam
Penulisan jurnal sepatutnya boleh membantu guru pelatih untuk
menjadi seorang guru yang lebih berkesan
Dapatkan pandangan Guru Pembimbing dan Pensyarah
Pembimbing
Baca semula jurnal-jurnal yang ditulis dan kaitkan pengalaman
dengan teori/falsafah pendidikan yang dipelajari dan masyarakat
sekeliling
SEKIAN
TERIMA KASIH
SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM

Anda mungkin juga menyukai