Anda di halaman 1dari 9

Penulisan Jurnal Mingguan Praktikum

Penulisan jurnal mingguan praktikum merupakan satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan
mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu penekanan oleh pelajar
sendiri berkaitan dengan pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau semasa
melaksanakan sesuatu tugas. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan
menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu
masalah atau meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangka masa yang ditetapkan sendiri (Garis
Panduan Amalan Profesional, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian, Bahagian
Pendidikan Guru, KPM 2009).
Objektif Penulisan Jurnal :
Pelajar dapat :
1.0 Menyimpan catatan reflektif penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk dijadikan
renungan.
2.0 Menilai semula keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya.
3.0 Menjadikannya sebagai asas / panduan untuk tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah
yang difokuskan dan seterusnya meningkatkan lagi keberkesanannnya melalui penambahbaikan,
kreativiti dan inovasi secara berterusan.
4.0 Meningkatkan kepeksaannya terhadap tugas sebenar guru profesional yang sentiasa berusaha
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan murid.
5.0 Menjadikan hasil penulisan / dapatan jurnal sebagai bahan perbincangan dengan Pensyarah
Penyelia / Guru Pembimbing bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruannya.
6.0 Meningkatkan tahap dan amalan refleksi yang bersifat reflektif bagi menjana pemikiran kritis
dan analitikal.
7.0 Meningkatkan kemahiran profesionalismenya.
Tutorial Penulisan Jurnal Mingguan Praktikum
Tutorial ini memberi penekanan terhadap pendekatan "Concept Mapping", Sistem dan
Pembelajaran Kolaboratif dalam membimbing guru pelatih dalam penulisan Jurnal Mingguan
Praktikum. Berikut merupakan "Concept Mapping" bagi keseluruhan proses penulisan jurnal
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai