Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu 2

Masalah
Setelah

satu

minggu

pengendalian

proses

aktiviti

Pengajaran

dan

Pembelajaran (P&P) bagi matapelajaran Matematik, saya dapati dan berpendapat


bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran
terutama yang mengakibatkan mereka tidak memahami apa yang diajar.
Analisis masalah
Murid-murid yang tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dikesan apabila terdapat tiga orang murid yang tidak memahami
pelajaran yang disampaikan. Komunikasi guru di dalam kelas juga memainkan
peranan yang penting serta strategi yang digunakan mungkin merupakan faktor
murid-murid berasa bosan dan tidak seronok di dalam kelas.
Cadangan
Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa
perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang disarankan seperti melakukan corak kepimpinan demokratik.
Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika
berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang
berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan
kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara
guru dengan murid-muridnya:
Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.
Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang
baik seperti berikut:
Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga,
tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak
yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang
yang berkomunikasi.Mok Soon Sang (2003)
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang
diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak

permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid


menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
Tempoh penyelesaian
16/2/2015 27/2/2015 (2 MINGGU)
Tindakan susulan
Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam
mengendalikan P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed
dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan:
Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi
menarik minat murid untuk belajar.
Disamping itu, saya akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif
seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha
mengawal

murid-murid

semasa

mengendalikan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.
KESIMPULAN

Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan,
guru seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat
mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia
dan bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan
proses P&P berkesan.
RUJUKAN :
Mok Song Sang. (2003). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala
Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai