Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Bina Insan Guru

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka


Oleh : Nurul Nadia Binti Azmi
Unit : PISMP Matematik Januari 2012
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, kami dari PISMP
Januari 2012 telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru pada 23 Jun 2014 yang
lalu. Satu bengkel penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) telah diadakan dan
melibatkan semua guru pelatih semester enam ambilan Januari 2012 yang terdiri daripada
Unit Matematik, Bahasa Inggeris 1, Bahasa Inggeris 2, Pendidikan Seni Visual dan
Pengajian Agama dan guru pelatih semester 4 ambilan Januari 2013 dari unit Bahasa
Inggeris dan pendidikan Khas. Bengkel ini bermula jam 8.30 pagi sehingga pukul 4.30
petang. Terdapat beberapa slot sepanjang bengkel ini diadakan dan ceramah diberikan oleh
wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Jasin berkenaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR).
Terdapat beberapa kekuatan, kelebihan dan faedah yang diperoleh sepanjang
bengkel dijalankan. Antaranya, guru pelatih didedahkan mengenai konsep sebenar KSSR,
cara pelaksanaan kurikulum ini dan penerangan serba sedikit tentang penulisan RPH KSSR
yang melibatkan tahun 1, 2, 3 dan 4. Selain itu, bengkel ini memberi faedah terutamanya
kepada guru pelatih unit Matematik kerana penceramah yang dijemput adalah pakar dalam
matapelajaran Matematik. Oleh itu, sebagai seorang guru pelatih pengkhususan Matematik,
bengkel ini sangat memberi input-input yang berguna dan idea yang diberikan boleh
digunakan semasa berada di sekolah kelak.
Selain itu, terdapat juga kekuatan lain yang dapat dilihat sepanjang bengkel ini
diadakan iaitu pembahagian kumpulan yang melibatkan semua guru pelatih dari semester
enam dan empat serta berlainan khusus.

Cara pembahagian ini sememangnya dapat

mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih dari berlainan unit dan ambilan
dimana kami dapat berbincang bersama-sama serta memberikan pendapat semasa aktiviti
kumpulan dijalankan. Aktiviti kumpulan yang diadakan mengkehendaki kami untuk membuat
satu RPH KSSR Tahun 4 dan tajuk diberi secara rawak setiap kumpulan. Dapat dilihat
semua ahli kumpulan berusaha membantu merancang RPH dan sebagai ketua kumpulan,
pembahagian tugas adalah sangat diperlukan supaya tugasan itu dilakukan bersama-sama
dan bekerjasama menyempurnakan tugasan yang diberikan.
Namun, terdapat juga beberapa kelemahan sepanjang bengkel dijalankan. Antaranya
ialah, penceramah harus mengikut tentatif yang telah disediakan dan tidak membuat
keputusan untuk tugasan berkumpulan pada masa itu juga. Hal ini kerana, tugasan yang
diberikan menunjukkan keutamaan bengkel ini hanya pada matapelajaran Matematik

walaupun beberapa kali ditekankan ianya adalah sesuai untuk semua matapelajaran. Selain
itu, cara pembahagian kumpulan yang melibatkan guru pelatih berlainan unit adalah kurang
sesuai kerana guru pelatih dari unit lain hanya tertumpu kepada cara penulisan
matapelajaran Matematik dan bukannya secara keseluruhan matapelajaran.
Oleh itu, sebagai penambahbaikan, adalah baik sekiranya cara penulisan RPH ini
diberikan secara keseluruhan dan tidak hanya tertumpu kepada satu matapelajaran sahaja.
Sebagai contoh, penelitian terhadap fasa-fasa yang terdapat dalam penulisan RPH iaitu fasa
pemerhatian, analisis, perkembangan dan sebagainya. Hal ini kerana, kami ingin tahu
dengan lebih jelas tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam setiap fasa
berkenaan. Seterusnya, sememangnya didik hibur diperlukan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran tetapi penekanan terhadap didik hibur yang sesuai digunakan dan contohcontohnya adalah sangat sedikit. Penggunaan didik hibur sememangnya diperlukan dalam
setiap matapelajaran, namun apakah contoh didik hibur yang menarik dan boleh digunakan
dalam semua matapelajaran tidak diberi penekanan. Selain itu, adalah lebih menarik
sekiranya pembahagian kumpulan diberikan mengikut unit supaya kami semua dapat belajar
tentang cara penulisan RPH berlainan matapelajaran semasa pembentangan RPH
dijalankan. Oleh itu, kami daripada unit lain dapat belajar dengan cepat penulisan RPH
rakan-rakan berlainan unit.
Akhir sekali, banyak ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel penulisan RPH KSSR ini
dijalankan. Segala ilmu yang diperoleh akan saya gunakan semasa menjalani praktikum
pada semester ini tidak lama lagi. Saya yakin bahawa rancangan pengajaran guru yang baik
dapat mewujudkan murid-murid yang kreatif, kritis dan inovatif jika digunakan sesuai dengan
tajuk dan subjek yang diajar dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
seronok dan efektif.

Anda mungkin juga menyukai