Anda di halaman 1dari 10

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT
SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 METODOLOGI DALAM PENGAJARAN KLINIKAL

3.0 KEPENTINGAN MENTORING DALAM PENGAJARAN

KLINIKAL
4.0 STRATEGI TINGKATKAN PELAKSANAAN MENTORING

YANG EFEKTIF
5.0 KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

i0

1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Oxford English (1989), mentor boleh didefinisikan sebagai seorang
kaunselor yang berpengalaman dan boleh dipercayai. David Clutterbuck (1991)
mendefinisikan mentor sebagai seseorang individu yang lebih berpengalaman dan sudi
berkongsi pengetahuan dengan seseorang yang kurang pengalaman dalam satu hubungan
saling mempercayai. Mentor merupakan seseorang yang melalui tindakan dan usaha
mereka menolong orang lain mencapai potensi diri (Shea, G.F.:1992). Mentor juga
menawarkan pengetahuan, wawasan, perspektif atau kebijaksanaan yang berguna untuk
orang lain (Shea, G.F.,1992:15). Mentor merupakan seseorang profesional yang
berpengalaman yang membentuk hubungan kerjasama yang aktif dengan seseorang menti.
Ia membentuk satu perkongsian terancang dalam tempoh masa tertentu bertujuan untuk
membantu seseorang menti mencapai matlamat tertentu. Seorang individu yang
berpengalaman

menjadi

role

model,

fasilitator, penyelia,

sahabat,

penasihat,

pembimbing atau guru kepada seorang yang kurang berpengalaman. Mentor ditakrifkan
sebagai seorang jururawat, bidan atau pelawat kesihatan yang telah lulus dan
berpengalaman bagi memudahkan pembelajaran, menyelia dan menilai pelajar dalam
persekitaran klinikal. Ciri-ciri seorang mentor adalah mereka haruslah mempunyai
pengalaman yang luas dan kemahiran serta sikap yang baik untuk membantu jururawat
baru dengan memberi bimbingan atau tunjuk ajar, sokongan dan memberi maklum balas
terhadap pencapaian ditempat amalan. Mentor akan menjadi contoh teladan dan ia
melibatkan satu proses perancangan pembangunan dalam diri protg di bawahnya.
Mentee pula adalah seorang yang baru tamat latihan dari institusi tempatan atau
jururawat yang mendapat latihan dari luar negara dan baru dilantik atau jururawat dari luar
negara yang baru diambil bekerja serta memerlukan bimbingan atau bantuan dalam
perhubungan mentoring yang profesional. Nilai yang dapat diterapkan dalam program
mentoring ini adalah berasaskan kepercayaan dan perasaan hormat. Mentor adalah
panduan yang boleh membantu mentee untuk mencari arah yang betul dan mentor akan
membantu mentee untuk membina sifat mempercayai diri sendiri dan meningkatkan
keyakinan beliau. Mentor harus bertanya soalan dan mencabar, di samping menyediakan
panduan. Ia adalah peluang untuk melihat dengan lebih dekat pada diri sendiri, isu-isu,
peluang dan apa yang mereka mahu dalam hidup.

Mentoring adalah satu konsep dan amalan pembelajaran dalam bidang kesihatan yang
telah berkembang secara konsisten sejak tahun 1970-an dan secara rasmi dilaksanakan
pada pra-pendaftaran kejururawatan dan perbidanan pendidikan pada tahun 1980-an.
Menurut Eric Parsloe dalam laman web www.mentorset.org.uk , konsep mentoring adalah
untuk menyokong dan menggalakkan orang ramai untuk menguruskan pembelajaran
mereka sendiri supaya mereka boleh memaksimumkan potensi, membangunkan
kemahiran, meningkatkan prestasi dan menjadi orang yang mereka mahu. Selain itu, ia
adalah cara yang berkesan untuk membantu orang untuk meningkat dalam kerjaya mereka
dan menjadi semakin popular kerana potensinya dan dapat direalisasikan.
Mentoring merupakan satu perhubungan profesional yang sukarela dan usaha sama
antara dua individu yang dikenali sebagai mentor dan mentee yang biasanya bekerja
dalam bidang yang sama atau berkongsi pengalaman yang sama. Tujuan dan ekspetasi
dalam program mentoring ini hendaklah telah dipersetujui bersama serta berorientasikan
klinikal.
2.0 Metodologi Dalam Pengajaran Klinikal
Terdapat beberapa metodologi yang digunakan dalam pengajaran klinikal. Pengajaran
klinikal ini merupakan sejenis pembelajaran berkumpulan di mana terdapat pesakit
tertentu akan diperiksa, dijadikan rujukan pembelajaran, serta didemonstasikan cara
pemeriksaan dan penjagaan. Antara tujuan pengajaran klinikal ini adalah untuk
memberikan atau menyediakan penjagaan individu secara sistematik melalui pendekatan
holistik, mengamalkan pelbagai prosedur, dapat mengumpul dan menganalisis data, untuk
tujuan penyelidikan, meningkatkan kualiti amalan kejururawatan, membangunkan kogitif,
konatif, afektif dan kemahiran psikomotor, mengintegrasikan pengetahuan teori kepada
praktikal,

membangunkan

kemahiran

komunikasi

dan

mengekalkan

hubungan

interpersonal, teknik pemerhatian dapat ditingkatkan, dan untuk meningkatkan standard


amalan kejururawatan.
Antara metodologi pengajaran klinikal adalah

menggunakan

pendekatan

berpusatkan pesakit dan keluarga. Pendekatan ini adalah berkaintan penjagaan individu
yang disediakan secara holistik, bukan sahaja pesakit akan dibantu dengan langkahlangkah terapeutik, malah ahli keluarga juga akan terlibat dalam pengetahuan penyakit
dan konsep kesihatan, tanda-tanda dan gejala, rawatan dan pencegahan kepada masalah
ini. Dengan ini, pesakit dan seluruh ahli keluarga akan sedar dan terlibat dalam memenuhi
keperluan pesakit. Ini akan membawa kesedaran dan untuk mencapai matlamat kesihatan
untuk semua.
2

Selain itu, metodologi yang digunakan adalah Bedside Clinic. Metodologi ini
membuktikan bahawa pengajaran yang terancang tidak terhad hanya di dalam bilik darjah.
Ia dijalankan di kawasan klinikal. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah pengajaran
yang terbaik dan berkesan. Tujuan menjalankan Bedside Clinic adalah untuk emmberi
gambaran masalah yang terdapat dalam kejururawatan dan cara penjagaan jururawat
kepada individu yang spesifik. Kaedah ini memberi pengalaman pembelajaran kepada
pelajar kejururawatan untuk mengumpul maklumat tentang pesakit dengan betul dan
berkemehairan. Selain itu, kaedah ini membantu pelajar jururawat mengenali dan
memahami jenis alatan tertentu yang digunakan kepada pesakit dan berupaya
meningkatkan kualiti penjagaan jururawat. Terdapat beberapa langkah-langkah bagi
menjalankan Bedside Clinic ini iaitu tentukan klinik yang terlibat, tarikh, masa dan topik
yang pelajar perlu bersedia, pilih pesakit yang telah diberi rawatan oleh pelajar, dan
mendapat persetujuan pesakit untuk memberikan kerjasama semasa pengajaran klinik.
Seterusnya ialah Program Pengajaran Wad. Tujuan program ini dijalankan adalah
untuk menambah, menyepadukan pengajaran bilik darjah, untuk membantu pelajar
membuat pengaplikasian yang betul terhadap prinsip-prinsip asas yang spesifik terhadap
amalan kejururawatan tertentu. Metodologi seterusnya ialah demonstrasi. Kaedah ini
digunakan untuk membuat demonstrasi prosedur atau langkah-langkah di dalam kelas atau
di wad. Kaedah ini juga digunakan untuk mendemonstrasikan eksperimen dan
penggunaannya, untuk mengajar pesakit prosedur atau rawatan yang perlu dilakukan di
rumah, serta dapat mewujudkan hubungan yang baik antara pesakit dan jururawat.
Satu lagi strategi pengajaran adalah Reflection (Arseneau, 1995; DaRosa, 1997;
Smith, 1997). Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, mencerminkan prestasi
seseorang adalah penting untuk pembelajaran. Dalam persekitaran yang pantas, tidak ada
banyak masa yang diberikan untuk membuat refleksi. Kita sering mengharapkan pelajar
untuk memahami segala-galanya cepat. Bergantung kepada tahap pelajar, mereka
mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk memikirkan butiran klinikal untuk
memahami bagaimana ia berlaku. Mereka perlu mengambil maklumat, memikirkannya,
mengintegrasikan, dan memohon kepada pesakit atau senario yang sesuai. Sebagai contoh,
mengambil masa untuk mengambil nafas seseorang adalah penting.
Seterusnya ialah Pembelajaran Kendiri. Dalam Pembelajaran Kendiri, pelajar
membangunkan matlamat mereka sendiri, soalan-soalan mereka sendiri, dan mungkin
membangunkan pelan mereka sendiri bagaimana untuk mencapai matlamat dan soalan.
Strategi ini merupakan startegi yang paling berkesan untuk pelajar yang mahir dan cekap,
mereka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang lebih baik. Pelajar lebih
3

memahami dan pertimbangan keperluan pembelajaran mereka. Pelajar baharu biasanya


memerlukan bimbingan lebih terhadap pembelajaran mereka.
Di samping itu, metodologi lain ialah Maklum balas. Maklum balas adalah penting
untuk proses pembelajaran. Jika tiada maklum balas diberikan, ramai pelajar secara
automatik berfikir mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik. Tanpa maklum balas, ia
adalah sukar bagi pelajar untuk membuat perubahan yang membina terhadap kerja
mereka. Membenarkan pelajar untuk menyediakan terlebih dahulu penilaian diri sendiri
adalah penting bagi pelajar untuk belajar objektif penilaian kendiri (Burns et al., 2006).
Maklum balas perlu deskriptif dan spesifik. Sebagai contoh, "Anda melakukan dengan
baik," bukanlah sejenis maklum balas yang membantu. Mengukuhkan perkara yang
positif, membincangkan sebarang kesilapan atau kesilapan, dan menunjukkan kepada
pelajar di mana mereka boleh menambahbaik dan perbaiki.
3.0 Kepentingan Mentoring Dalam Pengajaran Klinikal
Mentoring dalam pengajaran klinikal mempunyai pelbagai kepentingan. Antaranya
ialah membantu memupuk pelbagai nilai-nilai murni dalam diri seseorang jururawat sama
ada mentor atau mentee. Nilai-nilai yang dapat dipupuk adalah seperti membina
kepercayaan bersama dan komitmen antara mentor dan mentee atau protg. Di dalam sesi
mentoring, ia perlu melibatkan komitmen yang tinggi. Peruntukan masa yang diberikan
oleh mentor terhadap protg akan mempengaruhi komitmen protgnya. Selain daripada
itu, protg akan memberi sepenuh kepercayaan terhadap mentor berkenaan apa juga
masalah dan perkara yang mungkin berbentuk peribadi. Justeru itu, mentor perlu amanah
dengan tidak memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak ketiga. Nilai seterusnya
ialah sabar. Kesabaran adalah sangat penting di dalam menjayakan proses mentoring.
Melalui kesabaran yang diamalkan oleh mentor, ia akan dapat mengeratkan hubungannya
dengan protg dan seterusnya proses mentoring akan berlaku dengan jayanya. Selain itu,
mentoring juga memupuk kematangan emosi. Kematangan berfikir kedua-dua belah pihak
adalah sangat penting di dalam proses mentoring. Mentor perlu mengawal emosinya
walaupun mungkin berasa bosan mendengar soalan-soalan yang sama. Di antara perkara
yang boleh dilakukan adalah melihat protg sebagai anak sendiri atau projek khas
mentor, sesi jadual mentoring berakhir dengan ganjaran seperti makan tengahari dan
waktu rehat serta menggunakan raut wajah yang positif dan senyuman.
Secara khususnya, kepentingan mentoring kepada mentee atau protg ialah boleh
mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk bertanya soalan penyelidikan yang betul,
4

bagaimana untuk mereka bentuk terbaik percubaan baru, cara untuk mengajar rakan
sepasukan kursus, atau cara untuk mencari semua sumber yang diperlukan, mentor boleh
membantu untuk memastikan hasil yang berjaya. Berperanan sebagai pembimbing, mentor
boleh menjawab soalan-soalan yang timbul untuk mentee dan dengan itu memastikan
kemajuan yang mantap dan penyiapan pencapaian projek. Kepentingan dan sokongan
daripada mentor sering memberi mentee keyakinan untuk mengusahakan satu cabaran baru
dan menarik. Selain itu, mentoring juga memberi kelebihan kerana mentee diberi
bimbingan dalam menjalankan tugas sebagai jururawat amalan, dapat membina harga diri
dan keyakinan, dapat meningkatkan pembelajaran berterusan dan membantu proses
menyesuaikan diri kedalam organisasi. Memperoleh asas yang kukuh dalam memahami
tahap mutu kerja yang diperlukan pada masa sekarang dan akan datang. selain itu, dapat
memperoleh

berbagai-bagai

bentuk

sumber

perkembangan

ilmu

dalam

bentuk

pengetahuan, kemahiran, nilai dan lain-lain amalan murni di tempat kerja. Mentee
berpeluang menjadi lebih proaktif dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan proses
pembelajaran berterusan untuk kebaikan diri sendiri serta memperoleh kemahiran sebagai
seorang mentee dalam proses mendapat dan menggunakan pengetahuan dengan sebaik
mungkin. Mentee juga dapat menerima pengetahuan dan maklumat lain yang tidak bertulis
(tacit knowledge) tentang di sebalik falsafah, sejarah, objektif, amalan dan budaya bagi
sesebuah organisasi. Di samping itu, hubungan yang baik antara mentor dan mentee
membolehkan mentee berasa lebih selesa untuk berkongsi idea dan pendapat kerana
mentor cukup arif dengan sejarah dan falsafah organisasi yang dianggotai. Ianya juga
mendapati nilai sentuhan kemanusiaan dan psikologi dalam pengurusan dapat diamalkan
melalui hubungan harmoni sesama pekerja, prasangka baik, saling bantu-membantu dan
bekerja dalam satu pasukan.
Di samping itu, mentoring juga memberi kelebihan dan kebaikan kepada mentor. Ini
termasuk peningkatan pengetahuan beliau sendiri dan profesional semasa mengajar dan
dapat belajar daripada mentee. Dengan memberikan panduan, sokongan, nasihat, maklum
balas strategik, dan pandangan lain kepada mentee, mentor boleh belajar dan
meningkatkan kemahiran kepimpinan. Mentee sering membawa perspektif yang segar
kepada masalah sukar, dan berkhidmat sebagai mentor boleh memberikan suatu hala tujuan
dalam menghadapi cabaran mengetuai pendidikan atau program penyelidikan. Selain itu,
mentor

dapat

mempelajari

dan

memperkukuhkan

kemahiran

interpersonal

dan

pembangunan kendiri serta dapat meluaskan lagi jalinan hubungan dalam konteks latihan
dan pembelajaran serta mengenal pasti mereka yang lebih berpengalaman dalam organisasi
5

berkenaan. Menjadikan usaha menolong, membantu dan pembelajaran yang berfokus


kepada mentee sebagai sumbangan dan khidmat tambahan. Seterusnya dapat memupuk
satu amalan yang mengutamakan kebajikan dan kepentingan yang lebih kepada orang lain
atau disebut juga sebagai altruisme. Di samping itu, mentoring juga dapat mewujudkan
satu jalinan hubungan dengan pekerja baru dan lain-lain pekerja di peringkat sokongan
serta mengenal pasti, memupuk dan membangunkan kebolehan, bakat tertentu dan nilainilai murni di kalangan pekerja. Selain itu, ianya dapat menjadikan tugas seorang mentor
lebih pelbagai sifatnya dan dapat berkongsi kejayaan dalam melahirkan pekerja yang lebih
cemerlang.

4.0 Strategi Tingkatkan Pelaksanaan Mentoring Yang Efektif


Terdapat beberapa strategi boleh digunakan untuk meningkatkan pelaksanaan
mentoring yang efektif. Antaranya ialah mewujudkan hubungan bekerja yang efektif.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Johansson et al. (2010) untuk mengukur kualiti
pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran amalan menggunakan skala yang
dikenali sebagai cles + T iaitu Persekitaran Pembelajaran Klinikal, Penyeliaan dan
Jururawat Guru, ia menunjukkan bahawa hubungan penyeliaan antara mentor dan mentee
adalah faktor yang paling penting yang menyumbang kepada pengalaman pembelajaran
klinikal. Walau bagaimanapun, bagi dua individu yang pada awalnya tidak mengenali
antara satu sama lain, program mentor-mentee dapat membantu mereka berkomunikasi
antara satu sama lain, membangunkan hubungan dan memupuk hubungan bekerja.
Hubungan yang dimaksudkan ialah keadaan yang menghubungkan rohani, emosi atau
mental , termasuk persefahaman dan empati (Brown, 2002: 2465).
Selain itu, kemahiran dan teknik komunikasi adalah antara yang paling penting untuk
menjalankan peranan mentor-mentee. Komunikasi yang berkesan merupakan kemahiran
yang penting dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Perkataan 'komunikasi'
berasal dari perkataan Latin communicare yang bermaksud memberikan, berkongsi,
menyampaikan atau pertukaran maklumat (Brown, 2002: 463). Faktor-faktor yang
mempengaruhi komunikasi adalah pengalaman lalu, situasi sekarang, matlamat setiap
orang dalam komunikasi, sikap setiap orang terhadap diri, topik, dan satu sama lain.
Mentor boleh berkomuikasi dengan mentee melalui e-mel, panggilan telefon,dan
menghantar mesej untuk mengekalkan bentuk komunikasi yang berterusan.

Asas yang berjaya dalam mentoring ialah hubungan antara mentor dan mentee.
Hubungan yang harus diterapkan ialah kerjasama. Kedua-dua mentor dan mentee perlu
bekerjasama untuk memastikan pembangunan mentee tersebut. Selain itu, perlu ada nilai
hormat-menghormati iaitu menghargai pengetahuan mentor dan masa dan tenaga mentee.
Seterusnya ialah responsif iaitu kedua-dua perlu peka dan responsif terhadap matlamat,
keperluan dan perspektif yang lain serta mempunyai akauntabiliti bersama. Nilai ini
membantu menguatkan kepercayaan dan membantu menjaga hubungan pembelajaran
supaya sentiasa fokus dan produktif. Jujur dalam berekspresi di mana kedua-dua mentor
dan mentee boleh menerima maklum balas terhadap kecekapan serta memperbaiki dan
mengukuhkan kelemahan. Asas terakhir yang perlu ada untuk memastikan hubungan
antara mentor dan mentee berjaya ialah sentiasa fokus. Hubungan mentoring perlu jelas
dalam tujuan dan matlamatnya iaitu fokus dalam pembelajaran dan pembangunan
seseorang mentee.
Seterusnya, sering mendapatkan maklum balas. Minta maklum balas jururawat tentang
isu kejururawatan secara tetap. Menggalakkan perbincangan terbuka cabaran setiap hari
dengan mentor tentang penjagaan pesakit, persekitaran hospital, jadual kerja dan apa-apa
isu-isu serta tekanan kejururawatan lain yang mereka alami. Menyediakan pelbagai
saluran untuk menyatakan idea-idea dan cadangan mereka dalam cara yang positif,
proaktif. Tanyakan kepada mereka tentang cabaran kejururawatan yang paling kerap
mereka hadapi.
Bimbing mentee ke arah pencapaian matlamat dengan cara menggalakkan mentee
untuk mengenal pasti kekuatan sendiri, kelemahan, dan potensi perkembangan,
menyokong mentee dalam pemilihan matlamat yang sesuai dan realistik, membimbing
mentee untuk mengenal pasti pilihan atau aktiviti yang boleh memenuhi matlamat,
menggalakkan mentee untuk mengenal pasti waktu realistik untuk pencapaian matlamat
mencerminkan kerja dan keseimbangan hidup. Selain itu, membimbing mentee untuk
memilih tahap optimum cabaran terhadap peranan mereka, menetapkan domain amalan,
contohnya, pelbagai matlamat, tahap peningkatan, kesukaran atau kerumitan, dan
membimbing mentee untuk mengenal pasti, menjelaskan, menentukan dan menguruskan
halangan, masalah dan isu-isu. Seterusnya, mentor harus memastikan mentee boleh mudah
akses kepada pelbagai sumber dan peluang untuk memenuhi matlamat, contohnya, jurnal,
ruang, aktiviti, agensi, kumpulan berkepentingan, jawatankuasa serta pandu mentee untuk
membangunkan kepimpinan sendiri dalam amalan praktikal.
5.0 Kesimpulan
7

Mentoring merupakan istilah yang tidak asing dan popular di Malaysia sejak awal
tahun 1990-an. Dalam kebanyakan tempat, masa, situasi dan bidang pekerjaan, begitu
ramai orang memperkatakan tentang mentoring. Dalam dunia sastera dan seni, sains dan
sukan, malah hampir setiap bidang pencapaian manusia, pelaku terbaik biasanya memetik
mentor sebagai sumber inspirasi. Begitu juga dalam aspek pekerjaan yang bersifat
dinamik, sentiasa berubah dan kadangkala bersifat mendesak dan memberi tekanan. Semua
perubahan tersebut mencetuskan imperatif baru kepada pihak pengurusan. Terdapat
keperluan untuk menilai kaedah pembelajaran di tempat kerja, dan kaedah baru dalam
proses penyampaian perkhidmatan. Mentoring berkait rapat dengan proses perkembangan
diri iaitu proses belajar antara mentor dan mentee. Kedua-duanya terhasil melalui
pengalaman dalam perhubungan. Justeru, melalui pementoran pekerja dapat membina
perhubungan sinergetik melalui pertemuan, perbualan dan proses pembelajaran yang
mampu membentuk dan mencapai matlamat, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
Mentoring sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kejururawatan bagi
jururawat baharu dan memberi pelbagai kebaikan, kelebihan bukan sahaja kepada
jururawat yang dibimbing iaitu mentee, malah, juga memberi kebaikan kepada jururawat
yang memberikan bimbingan iaitu mentor. Pelaksanaan program mentoring dapat
mengintegrasikan antara keperluan jururawat dan matlamat atau objektif organisasi.
Proses adaptasi pembelajaran akan berlaku di sepanjang perhubungan pementoran.
Kemahiran yang dimiliki oleh mentor akan dipindahkan kepada mentee melalui proses
perkongsian pengalaman. Jelas sekali, dalam konteks merealisasikan organisasi
berpembelajaran, mentoring mampu menjadi satu wadah kepada proses pembangunan diri
dan organisasi itu sendiri.
Bibliografi
Ambulatory teaching "lite": less clinic time, more educationally fulfilling. Academic
Medicine, 72, 358-361.
Arseneau, R. (1995). Exit rounds: A reflection exercise. Academic Medicine, 70, 684-687.
DaRosa, D., Dunnington, G., Stearns, J., Ferenchick, G., Bowen, J., & Simpson, D. (1997).
http://www.mentorset.org.uk/pages/mentoring.htm. Diakses pada 23 Jun 2014.
http://www.jppkk.gov.my/esis2/image/coaching.pdf. Diakses pada 24 Jun 2014.
8

http://www.scribd.com/doc/58949440/Clinical-Teaching-Methods. Diakses pada 24 Jun 2014.


https://www.icre.pitt.edu/mentoring/overview.html. Diakses pada 25 Jun 2014.
http://www.agc.gov.my/pdf/pekeliling/mentorti/RASIONAL%20PEMENTORAN%20DI%20
JABATAN.pdf. Diakses pada 25 Jun 2014.
http://www.sagepub.com/upm-data/39882_9780857024190.pdf. Diakses pada 25 JUn 2014.
http://www.rwjf.org/en/about-rwjf/newsroom/newsroom-content/2013/01/mentoring--a-boonto-nurses--the-nursing-profession--and-patient.html. Diakses pada 25 Jun 2014.
http://www.phred-redsp.on.ca/Docs/nursing_mentorship_resource_guide.pdf. Diakses pada
26 Jun 2014.
http://eprints.uitm.edu.my/1407/1/LP_CHE_NORLIA_HASSAN_08_24.pdf. Diakses pada
26 Jun 2014.

Anda mungkin juga menyukai