Anda di halaman 1dari 4

Jurnal Minggu 1

Pada minggu pertama di SK Bandar Hilir ini, saya berkesempatan mengenali


kerenah dan perangai murid khasnya dalam kelas yang bakal saya ajar bagi tempoh
tiga bulan ini. Sesungguhnya tiga bulan ini adalah satu tempoh yang amat singkat
untuk membuat perubahan mendadak terhadap prestasi murid. Semua ini bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan efektif yang akhirnya akan
memberi kesan langsung kepada murid. Dalam hal yang lainnya, masalah yang
berpunca dari kalangan murid terhadap kelas juga telah difikirkan dan dapat dilihat.
Antara masalah yang bakal ditimbulkan oleh murid termasuklah membuat bising dan
berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi
pengajaran. Faktor lain yang menyumbang kepada kebisingan ialah faktor jantina
murid di sekolah ini. Murid-murid lelaki sememangnya lebih banyak bercakap dan
gemar membuat bising semasa di dalam kelas. Ada kalanya disebabkan kenakalan
dan kebisingan itu, mereka seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang
mengajar di hadapan kelas. Sifat kenakalan yang sebegini tidak boleh di benarkan
kerana menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat kenakalan mereka
akan menjadi lebih ketara semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sebagai contoh
semasa melakukan aktiviti berkumpulan.

Menurut Harry K.Wong ( 1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh
guru sendiri.
Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to
teach students how to follow procedure.
Wong (1998) juga menyatakan bahawa murid mengambil masa selama 2 hingga 3
minit untuk bercakap, bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang
mnegganggu keadaan kelas. Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas saya.
Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas
dijalankan

dan

mendapatkan sebanyak mungkin

input yang

disampaikan.

ANALISIS MASALAH
Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi
masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang
menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru yang
sedang mengajar didalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat
bising dan tidak fokus kepada pengajaran. Beberapa andaian awal yang satu
termasuklah:
1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami
apa yang disampaikan dalam kelas.
2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas
tersebut terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan
pelajaran.
3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi strategi
dan

pembelajaran

selaras

dengan

ilmu

pengajaran

pedagogi

guru?

Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal, saya mendapati
murid-murid yang pandai juga biasanya akan membuat bising dalam kelas. Hal ini
berlaku biasanya, setelah mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka
dari golongan murid yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat
bising dan berjalan-jalan di dalam kelas. Hal ini juga telah turut menimbulkan
kecenderungan mereka untuk membuat bising.
CADANGAN
Penyelesaian kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah, dengan saya sendiri
mengambil beberapa langkah yang boleh bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan
oleh murid seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah dengan cara mengingati
nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap

murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut untuk
menimbulkan masalah.
Selain itu, penggunaan sistem token juga merupakan salah satu kaedah yang
berkesan untuk mengawal tingkah laku murid. Cara-cara pelaksanaan token
diberitahu dari awal supaya murid-murid tahu, faham dan jelas mengenai sistem
token yang digunakan.
Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah:
1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat
menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
perlu kreatif.
2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu
jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan
kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawankawan.
3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah
membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu
kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru
bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan
strategi yang lebih mudah.

TEMPOH PENYELESAIAN
9/2/2015 hingga 18/2/2015 ( 2 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan
mengemasmkini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya
seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran
bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan
berpanjangan.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu
besar yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya

hingga tamat. Saya percaya dengan cara peneguhan dan hukuuman dalam
bilik darjah boleh mengawal kebisingan dalam bilik darjah. Maka, setiap
masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu
sendiri untuk mengatasinya.
Rujukan :
Wong, H. K., and R. T. Wong. 1998. The first days of school: How to be an
effective teacher. Mountain View, CA: Harry K. Wong Publications.

Anda mungkin juga menyukai