Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Perkhidmatan yang diberikan oleh golongan profesional seperti jurutera, doktor, arkitek,
peguam, akauntan dan guru amat penting dalam membangun dan mempertingkatkan
kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat. Adalah penting bagi golongan profesional ini
memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi, jujur dan amanah. Mereka ini sentiasa
berhadapan dengan dilema etika yang perlu ditangani dengan baik dan jika sekiranya
mereka tidak menangani isu ini dengan baik, maka imej dan profesion akan terjejas.
Menurut Institut Integriti Malaysia (2007), etika bermaksud himpunan nilai dan moral
yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Ini bermakna
kerjaya sebagai seorang guru mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi memandangkan
golongan ini merupakan golongan profesional. Bagi menjaga imej profesion ini, setiap guru
perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika
perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Kepentingan kod etika tidak dapat dinafikan lagi
kerana adanya kod etika para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut
diamalkan oleh seorang penjawat awam.
Pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai guru kerana terdapat guru-guru yang masih melanggar
tatasusila perguruan yang harus dielakkan. Guru sebagai pegawai perkhidmatan awam
tertakluk kepada perintahperintah Am Kerajaan. Dalam Bab D, jelas menyatakan tentang
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib). Dalam Bab D ini, seorang
pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendirian,
berkelakuan

sedemikian

sehingga

memburukkan

nama

atau

mencemarkan

nama

perkhidmatan awam, kurang cekap, tidak jujur atau amanah serta tidak bertanggungjawab.
Perkara ini sememangnya bercanggah dengan nilai utama yang menjadi teras dan fokus
Etika Kerja menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) iaitu amanah, benar,
bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas, dan penyayang.
Namun, profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang
seperti isu penyalahgunaan dadah, gangguan seksual dan rogol, rasuah, salah guna kuasa,
mempunyai kerjaya sambilan, dan berniaga di sekolah. Pelbagai isu dalam profesion
perguruan yang semakin diperkatakan. Namun begitu itu, saya memilih untuk mengupas isu
kerjaya sambilan tentang punca-punca dan implikasi isu ini terhadap profesion keguruan.
2.0 PUNCA-PUNCA
Isu guru berkerjaya sambilan ini bukanlah sesuatu perkara yang asing. Malahan dimanamana tempat atau organisasi juga terdapat kakitangan yang melakukan pekerjaan sambilan.

Adalah tidak menjadi kesalahan bagi seseorang kakitangan awam untuk mempunyai kerjaya
sambilan tetapi mereka perlu memohon kelulusan. Kelulusan akan diberikan dengan syarat
kerjaya tersebut tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan seperti kerjaya
sambilan tidak dilakukan dalam waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas mereka.
Antara punca guru berkerjaya sambilan adalah disebabkan oleh keinginan untuk
meningkatkan taraf hidup kehidupan sekali gus dapat mengurangkan bebanan kos
hidup. Punca ini merupakan faktor utama ramai yang mengambil keputusan untuk bekerja
sambilan bagi menambah kewangan terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga yang
besar dan tinggal di bandar. Kos sara hidup yang semakin tinggi ini juga tidak berpadanan
dengan pendapatan. Selain itu, golongan ini juga berhadapan dengan beban tanggungan
hutang atau pinjaman yang perlu dijelaskan seperti sewa rumah, kereta, dan keperluan
harian. Perkara ini bertambah parah apabila peningkatan harga barang terus meningkat dari
semasa ke semasa.
Sebagai contoh, ramai para guru di luar sana yang melakukan kerjaya sambilan
dengan mengadakan kelas tuisyen. Namun, mereka harus mematuhi pekeliling yang telah
ditetapkan oleh Kementerian sekiranya ingin diluluskan melakukan pekerjaan luar sebagai
guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan. Menurut Noriati A. Rashid, Boon P. Y. & Wong
K. W. (2010), ada kalangan guru yang menganggap kerjaya mereka sebagai sambilan dan
mereka mengutamakan kegiatan mencari pendapatan tambahan dengan mengadakan kelas
tuisyen di rumah mereka. Mereka menitikberatkan kelas tuisyen berbanding dengan
tanggungjawab mereka di sekolah. Perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi kerana tugas
utama seorang guru adalah mengajar di sekolah. Maka tumpuan dan fokus mereka harus
kepada murid-murid di sekolah di mana mereka mengajar.
Seterusnya, menurut Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002), mereka berpendapat
bahawa seseorang yang menjalankan kerja sampingan adalah disebabkan oleh faktor
peribadi iaitu untuk memenuhi minat di luar waktu bertugas mereka. Golongan ini juga
ingin memenuhi kepuasan dalam bekerjaya yang tidak diperoleh daripada perkerjaan
utamanya dengan melakukan sesuatu pekerjaan lain yang mereka minati. Terdapat juga
individu melakukan pekerjaan sampingan bukanlah atas faktor kewangan kerana
pendapatan yang diperoleh adalah kecil berbanding kerjaya utama. Hal ini membuktikan
bahawa terdapat para guru yang melakukan pekerjaan sampingan bukan kerana faktor
kewangan atau untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Keadaan ini menunjukkan mereka
sememangnya menyukai dan seronok dengan kerja sampingan yang dilakukan (Renna &
Oaxaca 2009) walaupun terpaksa mengorbankan masa lapang di luar waktu bekerja.

Dalam Utusan Online http://ww1.utusan.com.my bertarikh 17 November 2010 yang


bertajuk Guru Buka Kedai Kek, Roti menunjukkan bahawa guru yang benama Norhasimah
Abdul Karim bermula dengan perniagaan membuat kek secara kecil-kecilan di rumah dan
kemudiannya telah membuka sebuah kedai Norzan Bakeri dan Kek di kawasan Industri
Mara, Tambun. Beliau berkata minatnya yang mendalam dalam bidang bakeri dan kek
menjadi titik permulaan memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan daripada
rakan-rakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa walaupun guru ini telah mempunyai kerjaya
tetap sebagai seorang guru, tetapi disebabkan minatnya yang mendalam dalam bidang
bakeri dan kek telah menyebabkan beliau membuka sebuah kedai bagi memenuhi kepuasan
serta minatnya itu.
Di samping itu, seseorang guru yang menjalankan pekerjaan sambilan adalah bagi
meningkatkan bakat dan kemahiran yang dimiliki serta mengisi masa lapang. Hipple
(2010) berpendapat pekerjaan sambilan yang dilakukan seseorang adalah sebagai cara
untuk membina kemahiran baru dan menimba pengalaman lain yang berbeza daripada
pekerjaan utama sedia ada yang dimiliki sekali gus dapat mengisi masa lapang. Hal ini
demikian kerana potensi seseorang harus dikembangkan dan diperluas supaya ianya tidak
menjadi sesuatu yang sia-sia dan membuang masa di masa lapang.
Seperti semua sedia maklum, golongan guru mempunyai masa lapang yang banyak
apabila tiba musim cuti sekolah. Oleh itu kesempatan ini digunakan dengan sebaiknya
denga menjadi tenaga pengajar kursus-kursus di luar bagi meningkatkan bakat dan
kemahiran sedia ada dalam diri mereka dan menggunakan bakat tersebut sebagai kerjaya
sambilan di masa lapang. Sebagai contoh, guru yang mempunyai bakat dan kemahiran
dalam bidang andaman menjadi tenaga pengajar kursus-kursus pendek berbayar yang
disediakan oleh mana-mana organisasi atau dibuat secara kecil-kecilan di rumah. Cara ini
dapat mengembangkan bakat dan kemahiran mereka dengan berkongsi ilmu yang dimiliki
bersama-sama orang lain.

3.0 IMPLIKASI
Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah semestinya akan memberi implikasi
secara langsung atau tidak langsung terhadap diri guru itu sendiri, pelajar, sekolah,
masyarakat dan juga negara. Walaupun keputusan melibatkan diri dalam aktiviti bekerja

sampingan adalah atas kehendak diri sendiri, ia sebenarnya turut memberi kesan kepada
orang yang berada di sekelilingnya hingga wujud pandangan pro dan kontra.
Kerjaya sambilan memberi implikasi kepada diri guru itu sendiri. Apabila seseorang
guru itu melakukan tugas tambahan, masa rehat beliau adalah sangat terhad. Ini
menyebabkan mereka akan cepat berasa letih. Faktor inilah yang akan menyebabkan guru
tidak dapat menepati masa yang telah ditetapkan atau lebih tepat datang lewat. Yang
menjadi kebiasaan adalah waktu hadir ke sekolah dan waktu hadir ke kelas. Disebabkan
kekurangan masa rehat, maka selalunya guru akan merasa mengantuk, kurang bermaya
serta mudah letih kerana tenaga telah digunakan dengan bekerja sambilan dan ini akan
menjejaskan proses pengajaran mereka.
Guru juga tidak dapat menyediakan Rancangan Persediaan Harian dan Alat Bantu
Mengajar (ABM) yang baik dan boleh membantu mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan tugasan utama iaitu mengajar dilakukan secara
ala kadar sahaja kerana mereka lebih mementingkan kerjaya sambilan berbanding kerja di
sekolah. Selain itu akan berlaku longgokan kerja murid yang tidak ditanda oleh guru kerana
tiada ruang masa untuk menyemak buku murid. Perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi
memandangkan tugas utama seorang guru adalah mengajar di sekolah. Oleh itu, mereka
harus menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya utama tanpa menjejaskan komitmen
serta fokus terhadap tugas mengajar.
Individu yang menerima implikasi yang besar ialah golongan murid. Guru yang
bekerja sambilan akan menjejaskan keberkesanan pengajaran mereka di dalam bilik
darjah. Bahkan, Aslam & Kingdon (2008) dalam kajiannya ada menyebut terdapat hubungan
yang tinggi antara pencapaian murid dengan guru yang terlibat dengan aktiviti kerja
sampingan di mana didapati komitmen guru menerusi PdP terjejas hingga mempengaruhi
pencapaian murid. Sebagai contoh, bukti menunjukkan bahawa salah satu punca prestasi
akademik murid jatuh adalah disebabkan kegagalan dalam urusan PdP dan perkara ini
seringkali dikaitkan dengan persediaan guru.
Justeru itu, guru bukan sahaja mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian,
kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran, malah mereka juga
bertanggungjawab

membentuk

moral

serta

akhlak.

Di

samping

melaksanakan

tanggungjawab mendidik murid-murid, guru juga tanggungjawab untuk memelihara imej dan
tingkah laku diri sendiri. Faktor ini amat penting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan
yang terbaik kepada murid-murid kerana guru adalah role model kepada golongan ini.

Selain itu, guru yang mempunyai kerjaya sambilan guru boleh menimbulkan pelbagai
kesan secara langsung atau tidak langsung kepada pengurusan sekolah (Champion, 2010).
Komitmen guru terhadap organisasi juga turut terjejas. Guru yang terlibat dengan kerja
sampingan didapati sering memberi masalah kepada sekolah. Pihak sekolah sukar
mendapatkan kerjasama dengan baik daripada mereka terutamanya jika melibatkan tugasan
luar waktu. Hal ini demikian kerana, tugasan sekolah di luar waktu persekolah telah
mengganggu kelancaran kerjaya sambilan mereka itu. Sepertimana yang diketahui,
kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja tertumpu kepada PdP guru sahaja, tetapi
menuntut komitmen yang pelbagai daripada seorang guru.
Selain itu, kurangnya komitmen terhadap kerjayanya telah menyebabkan prestasi
menjadi merosot disebabkan hilang daya tumpuan semasa melakukan tugas. Individu yang
menjalankan pekerjaan sambilan memperuntukkan masa selepas waktu bekerja sehingga
menjejaskan produktiviti dan prestasi mereka sendiri. Menurut Parham & Gordon (2011),
komitmen

terhadap

profesion

perguruan

juga

terjejas

apabila

guru

dilihat

lebih

mengutamakan kerjaya sampingan hingga mengenepikan perkara berkaitan sekolah dan


tugasan profesionalnya. Keadaan ini mencerminkan sikap guru yang tidak baik dan boleh
memberi persepsi negatif kepada profesion perguruan.

4.0 KESIMPULAN
Seseorang

guru

haruslah

memahami

tanggungjawabnya

yang

sebenar.

Dengan

penghayatan yang sepenuhnya tentang akauntabiliti dan Etika Perguruan, maka guru itu
akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut
membolehkan guru dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh komited dan

dedikasi. Guru juga perlu menjaga profesionalisme mereka kerana golongan ini merupakan
golongan yang sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.
Tanggungjawab guru merangkumi terhadap dirinya sendiri, pelajar atau muridmuridnya, rakan sejawatan, ibu bapa pelajar serta masyarakat dan negara. Guru juga dapat
meningkatkan taraf profesionalisme perguruan jika melaksanakan tugas yang di amanahkan
bersungguh-sungguh tanpa melakukan kerja sambilan. Sekiranya kita tidak menjalankan
amanah yang diberi bersungguh-sungguh, maka kita akan gagal melahirkan modal insan
seperti yang dicita-citakan oleh negara. Ini akan menyebabkan masyarakat memandang
rendah akan kredibiliti profesion perguruan.
Pelbagai kesan telah dinyatakan apabila seseorang guru itu mempunyai kerjaya
sambilan. Namun, dalam kemelesetan ekonomi dan kos sara hidup yang semakin tinggi ini
menuntut agar kerjaya sambilan dilakukan bagi menampung kehidupan di zaman kini.
Memandangkan terdapat juga golongan yang melakukan kerjaya sambilan bukan kerana
faktor kewangan, mereka harus membuktikan bahawa kerjaya sambilan tidak sama sekali
menjejaskan tugas utama mereka sebagai penjawat awam yang mengajar di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai