Anda di halaman 1dari 2

Seterusnya, mari kita susuli pula ciri-ciri orang banjar ini yang mana dikatakan orang banjar ini

begitu garang,berani dan tegas,betulkah???mari kita sama-sama terokainya bersama. Sebenarnya, dalam masyarakat banjar sendiri sebenarnya ada termaktub kisah perjuangan mereka. Orang banjar bukan sebarang masyarakat, jangan sesekali pandang enteng kepada mereka. Selain hebat dalam berdakwah dan melahirkan ramai tokoh ulama, mereka juga penentang pemerintah belanda paling agresif di Indonesia, terutama disekitar Kalimantan. Pendek kata, darah yang mengalir dalam diri orang Banjar di Negara ini ialah darah pejuang dan tidak pelik jika kebanyakkan mereka mempunyai karakter yang agak tegas. Sinonimnya mereka dengan sifat kepahlawanan bukan omong kosong kerana perlu diakui pepatah orang dulu Jika tidak cukup ilmu didada, jika tidak berani berdepan gelombang lautan, jangan sesekali merantau di Negara orang. Begitulah peribahasa yang sesuai diungkapkan kepada orang Banjar ini untuk menunjukkan keberanian mereka, buktinya selain berhijrah ketika perang memuncak antara Banjar dengan Belanda, tindakkan mereka meredah lautan menerokai tanah Negara orang sudah cukup dijadikan bahan bukti menunjukkan keberanian mereka. Mereka bukan sahaja berani mewujudkan masyarakat dinegara ini, malah kini mereka memonopoli sebahagian kawasan seperti sekitar Kerian, Sungai Manik, Sabak Bernam dan sebahagian kawasan lagi di utara Semenanjung. Selain itu, mereka juga terkenal dengan masyarakat yang panas baran dan tegas, ini disebabkan sejarah masyarakat mereka sendiri yang sentiasa berdepan dengan krisis peperangan menuntut hak mereka. Malah, mereka juga mempunyai masalah bahasa dalam interaksi mereka bersama penduduk Tanah Melayu sejak mereka berhijrah kesini sekian lamanya. Hal ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi dengan penduduk yang sedia ada. Mereka lebih cenderung untuk hidup berasingan, jauh daripada masyarakat lain juga menjadikan diri mereka sukar dilihat dan didekati. Justeru, inisiatif yang mereka ambil ialah dengan membuat tebuk (laluan ketengah hutan) dan bina perkampungan di sana. Biasanya dalam satu tebuk aka nada beberapa keluarga daripada kelompok sama. Antara kelebihan tebuk ini ialah tiada siapa yang tahu ada laluan di kawasan yang mereka duduki dan jika dapat ditemui laluan tersebut perasaan terkesima akan wujud kerana tidak percaya rupa runya ada kampong di kawasan tersebut. Mereka

hanya diam-diam sahaja dalam tebuk dan tiada siapa tahu. Inilah yang menyebabkan hubungan mereka dengan masyarakat luar agak kurang dan sekadar dalam kelompok mereka sendiri tanpa mengambil tahu orang lain ibarat duduk dibawah tempurung. Pada zaman dahulu, masyarakat Banjar terbawa-bawa dengan cara hidup dan keadaan Banjarmasin di mana kebanyakkan masalah diselesaikan dengan peperangan dan pemberontakkan. Pendek kata, gaduh, sikap panas baran itu dibawa sehingga ke Tanah Melayu sama seperti orang Tagalog di Filipina yang asalnya orang Banjar, juga panas baran. Mengikut cerita, orang Banjar dulu takkan kemana-mana tanpa pisau belati di pinggang. Dulu sangat terkenal dengan pisau belati dengan logo garfu buatan Jerman, itulah senjata wajib orang Banjar. Ia mungkin kerana didikan sejak kecil, dimana anak akan dipuji jika berani. Bunyinya sangat mengerikan tetapi inilah seni di dalam budaya orang Banjar yang jarangjarang ditemui. Bahkan, dalam aspek pemakaian juga amat dititikberatkan dan kadangkadang pakaian juga boleh menjadi sebab mereka beremosi dan mudah naik angin. Sebagai contoh, dulu jika masuk kampong memakai kopian senget pun akan ada orang yang betulkan dan memberi teguran kerana pemakaian sebegitu dianggap samseng, jika mahu selamat pakailah elok-elok. Selain menganggap pemakaian kopiah secara senget dalam masyarakat itu samseng, pemakaian sebegitu juga dianggap mencabar penduduk disitu dan sebagai orang berdarah pahlawan, mereka pantang dicabar. Sebenarnya, sikap ini terbawa-bawa sehingga hari ini, namun dalam konteks positif di mana mereka terkenal sebagai pesaing hebat dalam semua bidang. Nah, dengan penerangan beserta contoh ini jelas menunjukkan

bahawasanya memang benarlah masyarakat Banjar ini sangat tegas, panas baran dan mudah naik angin. Namun, persepsi ini mungkin sudah berubah ke arah yang positif dengan wujudnya jalinan perhubungan yang moden dan ekonomi yang semakin baik menjadikan mereka lebih bersifat lebih matang dalam berkomunikasi dan berfikir secara positif serta menjadi lebih peramah dan tidak sombong lagi bersama masyarakat. Akan tetapi perlu diingat, beberapa sisi mereka masih menggambarkan ketegasan dan darah pejuang yang dimiliki. Jadi berhati-hati.

Anda mungkin juga menyukai