Anda di halaman 1dari 14

Laporan pemantapan aqidah : bahaya syiah.

Pada 24 ogos 2013 yang lalu, saya telah menghadiri satu daurah pemantapan akidah yang membincangkan tentang isu bahaya syiah anjuran persatuan pendidikan islam ipg kampus pendidikan islam. daurah ini telah dijalankan di dewan besar nik mahyudin musa ipg kampus pendidikan islam, bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang.

Daurah ini diadakan bertujuan untuk memenuhi kehendak proforma kursus bagi persatuan pendidikan islam semester enam disamping memberi kesedaran kepada mahsiswa pendidik tentang bahaya syiah yang kian menular dalam masyarakat. Tujuan lain daurah ini diadakan adalah supaya para mahasiswa pendidik bersedia dengan ilmu untuk berhadapan dengan masyarakat kelak.

Daurah tersebut telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang pakar dalam isu syiah di negara kita. salah seorang penceramah tersebut agak terkenal yang juga memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa persatuan ulama kedah iaitu, ustaz abdullah bin din.Ceramah yang disampaikan oleh beliau adalah berkisarkan tentang isu syiah yang semakin menular dalam masyarakat pada hari ini.

Beliau telah memberi pencerahan mengenai siapa syiah sebenarnya dan ciri-ciri kesesatan yang yang berlaku dalam ajaran syiah. Dalam ceramah tersebut, beliau juga menyentuh mengenai strategi-strategi penyebaran ajaran syiah dan buku-buku rujukan syiah yang utama. Turut menjadi isi pembentangan daurah adalah mengenai sejarah dan tokoh-tokoh syiah yang terkemuka.

Kehadiran saya dalam daurah pemantapan akidah berkaitan isu syiah ini amatlah bermakna buat diri saya yang bakal menjadi rujukan kepada masyarakat sekeliling. Terdapat banyak pencerahan dan juga ilmu yang saya peroleh daripada daurah ini.

Definisi syiah

Melalui bahan edaran yang diberikan semasa daurah berlangsung, terdapat beberapa penjelasan mengenai definisi syiah. Pengertian syiah boleh dilihat dari sudut bahasa dan istilah. Dari sudut bahasa, syiah membawa maksud satu kumpulan manusia yang berhimpun dalam sesuatu perkara. Hal ini berdasarkan surah al-qasas ayat 15, allah berfirman :

Dari sudut istilah pula, syiah ialah mereka yang mengikut saidina ali dan melebihkannya dari sahabat-sahabat rasulullah yang lain. Hal ini adalah menurut seorang pelopor ahli sunnah yang terkenal iaitu abu hasan as-syaari. Terdapat juga pendapat yang menyatakan definisi syiah ialah golongan yang mengikut saidina ali secara khusus dan menyatakan imamah ali melalui nas dan wasiat.

Golongan syiah juga mendakwa saidina ali lebih layak menjadi khalifah setelah kewafatan rasulullah. Ada juga yang menyatakan saidina ali lebih layak menjadi rasulullah berbanding nabi muhammad. Melalui beberapa definisi syiah yang diperolehi melalui pembentangan daurah berkaitan isu syiah ini, dapat saya simpulkan maksud syiah sebagai satu golongan yang mendakwa saidina ali lebih utama daripada sahabat-sahabat yang lain.

Sejarah perkembangan syiah dan tokoh-tokohnya

Dalam pada itu, sejarah perkembangan syiah juga turut dibentangkan dalam daurah pemantapan akidah ini. Ulama syiah seperti syeikh hasyim menyatakan bahawa syiah telah wujud pada zaman rasulullah dan baginda sendiri yang mengasaskannya. Namun begitu, pendapat ini telah ditolak kerana tidak ada bukti yang jelas baginda di utus membawa risalah syiah sebaliknya baginda di utus untuk membawa risalah islam.

Sejarah islam telah membuktikan bahawa semua sahabat rasulullah telah berbaiah kepada saidina abu bakar sebagai khalifah setelah kewafatan rasulullah. Akan tetapi, syiah mendakwa ada sahabat yang tidak berbaiah dengan saidina abu bakar seperti salman al-farisi, miqdad bin aswad dan ammar bin yassir. Sahabat-sahabat tersebut bukanlah golongan syiah, akan tetapi mereka melebihkan saidina ali kerana cintakan keluarga rasulullah.

Ketika pemerintahan saidina abu bakar, berlaku satu peristiwa yang melanda umat islam yang dinamakan peristiwa riddah. Peristiwa ini di dalangi oleh seorang syiah yang menyamar sebagai seorang muslim iaitu abdullah bin saba. Tujuannya adalah untuk memecah-belah umat islam selepas kewafatan rasulullah. Peristiwa ini telah berjaya memanipulasikan umat islam pada ketika itu.

Setelah itu, berlaku pembunuhan saidina abu bakar oleh baba sujak ad din atau digelar abu lu luah. Yang menghairankan ialah , syiah merayakan hari memperingati abu luluah pada setiap kali 9 rabiul awal. Dalam pada itu, saidina umar juga ditikam dalam bulan rabiul awal.Apakah perayaan tersebut adalah sebagai satu tanda kemenangan masih lagi menjadi tanda tanya.

Pada zaman pemerintahan saidina uthman, beliau telah dibunuh oleh pemberontak yang diketuai oleh abdullah bin saba. Walaupun abdulaah bin saba merupakan pelopor pemusnah di zaman itu, namun dia bukanlah pengasas syiah yang pertama. Hal ini menurut pendapat ash-sharustani yang menyatakan gerakan abdullah bin saba bukanlah merupakan gerakan pertama dalam syiah sebaliknya golongan pelampau syiah yang pertama.

Ibnu adim berpendapat bahawa syiah bermula di zaman pemerintahan saidina ali. Namun, ahli sejarah islam telah menolak hujah ini kerana kalimah syiah telah digunakan sejak awal lagi. Antara punca syiah lebih berkembang ialah disebabkan perancangan musuh islam yang mendakwa sebahagian sahabat seperti hasan bin thabit dan beberapa sahabat yang lain tidak membaiah saidina ali bahkan saidatina aisyah juga menentang saidina ali.

Pertembungan yang berlaku antara saidina ali dan muawiyah sehingga tercetusnya perang siffin turut merakamkan keadaan di mana berlaku perpecahan dalam umat islam disebabkan oleh musuh-musuh islam. Pertembungan ini berakhir dengan berlakunya majlis tahkim. Puak khawarij yang kecewa dengan majlis tahkim merancang untuk membunuh saidina ali, muawiyah dan amru al- as, namun allah hanya mengizinkan saidina ali yang gugur.

Beralih kepada zaman kerajaan umaiyah dimana berlaku perpindahan khalifah dari muawiyah kepada anaknya yazid dengan cara warisan. Hal ini telah menyebabkan penyokong husin merasa hampa apabila khalifah dilantik melalui wasiat dan musnahlah harapan mereka untuk melantik husin sebagai khalifah. Maka bermulalah sejarah pengasingan khalifah dan imamah menurut fahaman syiah. Pengasingan ini telah menyebabkan berlaku Perselisihan antara khalifah dan imamah .

Umaiyah cuba menentang syiah yang didakwa menentang pentadbiran mereka. Kekejaman dan penindasan kepada syiah pada ketika itu oleh kerajaan umaiyah amatlah dahsyat sehingga terbunuhnya hussin bin ali di karbala iaitu pada 10 muharam. Kesan penindasan yang dilakukan oleh umaiyah terhadap syiah menyebabkan mereka semakin memberontak dan sering melakukan revolusi ke wilayah-wilayah islam yang lain.

Dalam pada itu, pengikut abdullah bin saba kembali muncul dengan mengambil kesempatan dari dendam orang syiah terhadap kerajaan umaiyah. Ketika inilah lahirnya ajaran yang menyimpang jauh dari ajaran islam, namun pengikut syiah tidak menyedari bahawa mereka telah dirosakkan oleh musuh islam yang juga musuh saidina ali, hasan dan husin. Mereka di api-apikan dengan mengatakan bahawa syiah dizalimi.

Seterusnya, syiah berusaha membantu abbasiyah untuk menjatuhkan kerajaan umaiyah. Namun pada zaman abbasiyah itu turut berlaku pertembungan antara syiah dengan abbasiyah. Persahabatan antara syiah dan abbasiyah tidak mampu untuk kekal lama. Pertumpahan darah berlaku dan pembunuhan juga tidak dapat disekat sehinggakan zaid bin ali bin zainal abidin, merupakan pengasas syiah zaidiah yang lebih mirip kepada pegangan ahli sunnah turut terbunuh.

Ciri-ciri kesesatan dari segi akidah dan amalan syariat.

Ajaran dan fahaman syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah. penyelewengan dan kesesatan yang berlaku dalam fahaman syiah dapat dilihat daripada pelbagai sudut, antaranya ialah kesesatan dari segi aqidah dan kesesatan dari segi amalan syariat. Ciri-ciri kesesatan fahaman syiah ini turut dikongsikan oleh penceramah ketika sesi pembentangan daurah pemantapan aqidah.

Penyelewengan dari sudut aqidah Terdapat beberapa ciri kesesatan dan penyelewengan yang berlaku dari sudut aqidah. Antara kesesatan yang berlaku dalam aspek aqidah ialah kepercayaan bahawa khalifah diwasiatkan secara nas. Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan Allah melalui lisan Rasul-NYA secara nas. Syiah juga mempercayai wasi ( orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat) Rasulullah SAW adalah Saidina Ali.

At-taqiyyah merupakan salah satu ciri kesesatan aqidah yang berlaku ke atas golongan syiah. At-taqiyyah bermaksud menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta benda dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Dalam erti kata lain, ia adalah berbohong di atas nama islam.

Kesesatan dari aspek aqidah juga dapat dilihat melalui keyakinan golongan syiah bahawa imam mereka adalah maksum (terpelihara) daripada dosa kecil dan dosa besar daripada peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia. Menurut mereka imam sama seperti Nabi, tidak melakukan kesalahan, tidak lupa serta dianggap sebagai pemelihara syariat.

Selain itu, kesesatan dari aspek aqidah jugak dapat dilihat melalui kepercayaan allah bersifat dengan sifat al-bada iaitu allah telah memulakan satu ketentuan baru setelah ketentuan awal gagal dilaksanakan. Bagi syiah, al-bada ialah ilmu allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Maksudnya, allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi.

Kemunculan semula imam mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan yang juga dikenali sebagai ar-rajaah merupakan salah satu ciri kesesatan aqidah fahaman syiah. Kepercayaan seperti ini adalah bercanggah sama sekali dengan ajaran islam. Ar-rajaah ini merupakan perkara yang telah di ijmak di kalangan para ulama syiah sebagai satu aqidah mereka.

Disamping itu, perbuatan mengkafirkan para sahabat merupakan salah satu ciri kesesatan dalam fahaman syiah. Mereka mempercayai bahawa selepas kewafatan rasulullah, semua sahabat murtad kecuali ahlul bait dan empat orang sahabat iaitu abu dzar, miqdad, salman al-farisi dan ammar bin yasir. Semua kitab syiah terutama yang muktabar, memuatkan riwayat yang mengkafirkan sahabat.

Penyelewengan dari sudut amalan syariat

Ciri kesesatan dan penyelewengan syiah dari aspek amalan syariat dapat dilihat melalui sikap golongan syiah yang menolak ijmak ulama. Golongan syiah tidak menerima ijmak ulama dalam perundangan islam malah mereka berpegang kepada pendapat imam-imam mereka kerana mereka mempercayai ijmak mengandungi kesalahan sedangkan pendapat imam adalah maksum.

Selain itu, amalan nikah mutah juga merupakan salah satu ciri kesesatan dan penyelewengan syiah dalam aspek amalan syariat. Mutah merupakan satu bentuk perkahwinan yang tidak memerlukan tanggungjawab, nafkah dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan berkekalan. Perkahwinan yang dijalankan adalah berlandaskan nafsu semata-mata. Mereka berpendapat nikah mutah adalah diharuskan dalam syariat islam. Hal ini merupakan satu penzinaan atas nama islam.

Ciri kesesatan dan penyelewengan syiah dari aspek amalan syariat juga dapat dilihat melalui fahaman syiah yang mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan. Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab permusafiran. Hal ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan mereka dalam urusan ibadah dengan mengabaikan syariat islam yang sebenar.

Grafik ciri-ciri kesesatan dari segi aqidah dan amalan syariat.

Kesesatan dari segi akidah 1 2 3 4

Kesesatan dari segi amalan syariat 1 2

3 4

Buku2 rujukan utama syiah Daurah pemantapan akidah yang disampaikan oleh penceramah jemputan ada menyatakan buku2 rujukan utama syiah. Hasil dari ulasan pembentangan buku2 rujukan utama syiah, dapatlah saya simpulkan bahawa terdapat banyak

penyelewengan dalam buku tersebut. Buku2 rujukan syiah mengandungi hadis2 palsu yang direka2 sesuka hati mengikut pendapat dan kefahaman ulama2 mereka. Begitu juga dengan buku2 tafsir al quran yang dikarang oleh ulama2 syiah yang memutar belitkan fakta2 didalalm al quran pada akhirnya menyesatkan fahaman yang sebenar. Di malaysia terdapat pelbagai buku rujukan syiah yang telah diterjemah samaada dalam bahasa indonesia mahupun bahasa melayu sangat mudah didapati di pusat2 kegiatan mereka. Antara buku yang seringkali dapat menganggu gugat kefahaman umat islam di malaysia ialah dialog sunnah syiah dan akhirnya ku temui kebenaran. Daripada abdullah bin din, 2011, Umat islam perlu mengetahui bahawa sumber rujukan syiah tidak sama dengan rujukan ahli sunnah wal jamaah. Mereka telah menolak kitab2 muktabar hadis2 sohih yang dikarang oleh imam bukhari, daud, tarmizi dan lain2 perawi hadis yang sohih. Mereka hanya merujuk hadis2 yang tertentu yang mampu menyokong iktikad dan pegangan batil mereka sahaja. Antara kitab2 yang dapat diketengahkan ialah: 1. kitab tafsir hasan al askari 2. kitab tafsir al Iyasyi 3. kitab tafsir al qummi

Ketiga-tiga kitab ini muncul pada kurun ke3 hijrah. Penulisnya telah mengkafirkan para sahabat khususnya khulafak ar rasyisin sebelum saidina ali dan semua yang membaiah mereka. Penulisnya juga beriktikad al quran yang ada telah diselewengkan secara nas dan makna. Mereka beriktikad dengan imamah 12 orang imam sehingga ke peringkat syirik.

4. kitab al kafi Kitab ini merupakan kitab hadis yang terbesar yang terdiri daripada 8 juzuk. Pada golongan syiah kitab ini mempunyai taraf yang sama seperti kitab sahih bukhari dikalangan mereka. Kitab ini ditulis oleh muhammad bin yaakob al kulaini. 5. kitab man la yahdurul faqih Kitab ini telah dikarang oleh muhammad bin babwaih al qummi juga dikenali gelaran as saduq. Dikarang pada tahun 381 hijrah. Kitab ini mengandungi empat jilid dan mempunyai 5762 hadis berkaitan hukum hakam fekah bagi golongan syiah. 6. kitab tahzib al ahkam Kitab tahzib al ahkam dikarang oleh syeikh toifah, at tusi pada tahun 460 hijrah. Kitab ini terdiri daripada 10 jilid mengandungi 13590 hadis berkaitan fekah bermula daripada bab toharah sehingga bab diyat.

7. kitab istibsor Kitab ini merupakan kitab hadis besar golongan syiah yang membincangkan hukum fekah golongan syiah. Kitab ini adalah hasil tulisan at tusi yang terdiri daripada 4 jilid. 8. kitab biharul anwar Kitab ini dikarang oleh muhammad baqir al majlisi pada tahun 1111 hijrah. Mengandungi 110 jilid yang dipenuhi dengan celaan dan maki hamun terhadap para sahabat terutamanaya kepada abu bakar, ummar al khattab dan uthman bin affan. Penulis mengarang sejumlah hadis dan kisah2 kejahatan para sahabat tersebut.

9. kitab murajaat Kitab ini juga dikenali dengan buku dialog sunnah syiah. Dikarang oleh abdul hussein syarafuddin al musawi. Isi kandunganya dipetik daripada golongan ulama syiah yang melampau. Penulisnya juga ditokok tambah dengan isi kandungan yang lebih syirik dan sesat. Kebanyakkan pengikut syiah di malaysia terpengaruh dengan ajaran syiah melalui kitab ini.

Strategi penyebaran syiah

Secara umumnya syiah tersebar melalui beberapa saluran iaitu pendidikan, perkahwinan, politik, ekonomi dan media massa. Kesemua saluran ini diguna pakai dengan meletakkan usaha2 yang jitu bagi menyebarkan aliran syiah. Oelh itu, umat islam di malaysia seharusnya mengambil perhatian terhadap penyebaran aliran sesat ini. Syiah menular dalam sistem pendidikan dengan mendekati para pelajar dan menyampaikan ajaran mereka dengan menunjukkan kebaikkan yang dibawa oleh ajaran tersebut. Selain itu, mereka telah menghantar pelajar2 dari iran memasuki ke institut pengajian tinggi awam supaya memudahkan lagi menyebarkan ajaran tersebut dikalangan pelajar di malaysia.

Selain itu, golongan syiah giat menterjemah kitab2 syiah kepada bahasa melayu bagi memperdayakan umat islam malaysia mempercayai kitab tersebut sebagai buku rujukan islam yang sebenar. Mereka juga giat mengedarkan propaganda dan risalah2 berkaitan ajaran mereka di tempat2 awam seperti masjid terutamanya. Melalui perkahwinan pula mereka telah berkahwin dengan pemuda pemudi dari golongan sunni bagi mempengaruhi pegangan akidah mereka selepas

berkahwin. Dengan cara ini ia lebih memudahkan penyebaran aliran syiah dengan lebih meluas lagi dalam kalangan keluarga secara tersembunyi. Aliran ini juga mempromosikan perkahwinan secara mutah iaitu perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi untuk satu tempoh waktu tertentu. Dengan cara ini ia dapat menarik perhatian lagi khususnya kepada golongan remaja yang meninginkan keseronokkan sahaja dalam kehidupan tanpa memikul beban tangungjawab.

Syiah juga tersebar melalui saluran politik dengan mudah. Ini kerana, golongan politik sangat mengambil mudah tetang agama dan tidak melakukan usul periksa dalam setiap perkara terlebih dahulu. Maka golongan ini sangat mudah untuk dipengaruhi oleh golongan syiah. Secara tidak langsung aliran syiah dapat menyusup masuk dan bergiat aktif dalam jemaah2 islam bagi meresapi ahlinya dengan dakyah syiah. Seterusnya daripada saluran ekonomi mereka bergiat aktif menyertai karnival2 yang dianjurkan badan2 islam bagi mempromosikan aliran mereka. Secara tidak langsung ia telah menggalakan hubungan dagangan dengan iran. Maka aliran ini lebih mudah untuk mempengaruhi pengguna2 di malaysia. Mereka juga bergiat aktif menyalurkan aliran fahaman mereka mengikut media massa. Terutamanya pada zaman serba moden ini semua capaian maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan berkesan. Saluran radio, majalah, novel dan internet digunakan sepenuhnya bagi menyebarkan fahaman syiah. Umat islam mudah terpengaruh dengan maklumat media massa kerana mereka tidak melakukan kajian atau usul periksa terhadap maklumat yang mereka dapati.

Cara menangani syiah

Umat islam di malaysia perlu peka dengan perkembangan ajaran2 sesat yang berlaku dalam dunia islam samaada dalam negara mahupun luar negara. Jika tidak

umat islam mudah terpengaruh dengan fahaman yang dibawa oleh ajaran sesat tersebut. Terutamanya ajaran syiah yang banyak berselindung dan memutar belit ajaran ahli sunnah sehingga dapat mempengaruhi fahaman ahli sunnah. Umat islam perlu mempelajari usul fahaman syiah sacara khusus supaya memahami ajaran sesat yang nyata ini. Selain itu, merujuk kepada para ulama yang berpengetahuan luas tentang islam supaya dapaya meneguhkan lagi keimanan sebagai ahli sunnah dan tidak mudah tergugat dengan fahaman yang cuba didoktrinkan oleh golongan syiah. Sebagai umat islam, kita juga harus mendalami ilmu agama islam secara khusus. Sebagai contoh mempelajari ilmu hadis dan ilmu tafsir al quran. Dengan mendalami ilmu agama kita dapat mengetahui usul serta membezakan antara hak dan batil atau yang mana benar atau sesat. Oleh itu sebagai umat islam kita wajib menuntut ilmu agama supaya tidak mudah terpedaya dengan janji manis ajaran lain. Seterusnya tidak menjadi umat yang jahil. Selain itu sebagai umat islam yang bertanggungjawab kita perlu memikul tangunggjawab dalam melaporkan kegiatan2 ajaran sesat yang cuba disebarkan oleh golongan2 tertentu. Laporan2 tersebut boleh dibuat kepada badan2 yang bertanggungjawab seperti majlis agama islam atau kementerian dalam negeri supaya tindakan yang sepatutnya dapat diambil. Sebagai langkah terakhir kita perlu membendung ahli keluarga kita sendiri supaya terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut. Ia dapat dijalankan dengan memberikan ajaran agama yang sepenuhnya kepada kaum keluarga dan mewartakan ajaran2 sesat yang perlu dijauhi. Dengan cara ini kita dapat membendung dan mengurangkan ajaran ini daripada tersebar luas.

Kesimpulan Penyebaran aliran syiah ini telah lama berlaku perkembangannya jelas dilihat semasa zaman khalifah ali. Alran ini mensasarkan kepada golongan sunni bagi

mempengaruhi mereka dengan fahaman sesat syiah. Ia juga berlaku sama sekali di malaysia yang memegang pegangan ahli sunnah wal jamaah. Sebarang usaha untuk memasukkan fahaman selain ahli sunnah wal jamaah terutamnya syiah di malaysia pasti akan menganggu gugat keharmonian masyarakat di negara ini. Di timur tengah kita dapat lihat puak2 syiah memerangi ahli sunnah wal jamaah dengan kejam. Tidak mungkin perkara yang sama akan berlaku di malaysia jika perkara ini tidak di ambil berat serta tindakan. Malah keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal ehwal islam pada 3 mei 1996 telah menetapkan bahawa umat islam di malaysia hendaklah mengikut ajaran ahli sunnah wal jamaah samaada dari segi akidah, syariah dan akhlak. Selain itu, majlis fatwa juga memperakukan sebarang ajaran islam yang bercanggah dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah adalah dilarang sama sekali. Namun, malaysia kini menghadapi cabaran dengan adanya pentadbiran2 institut pengajian tinggi cuba menyembunyikan tentang pergerakan syiah ini kerana takut mendapat imej buruk. Selain itu, jabatan kemajuan islam malaysia tidak mempunyai peruntukkan kuasa untuk bertindak dalam membuat sebarang tindakan walaupun mempunyai maklumat lengakap tentang gerakan syiah. Ini kerana kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap perkara ini. Secara kesimpulannya ajaran syiah adalah ajaran sesat yang nyata. Ajaran tersebut banyak memutar belitkan fakta agama yang sebenar. Kepada penganut ajaran ini adalah kafir kerana telah terpesong sama sekali dari segi akidah terutamanya. Ajaran islam tidak pernah mengajar umatnya mencaci malah memaki hamun para sahabat nabi muhammad yang telah dijanjijkan masuk ke syurga. Maka secara terang dan nyata ajaran ini sesat lagi menyesatkan.

Anda mungkin juga menyukai