Anda di halaman 1dari 3

Haji Abdul Ghani Samsudin

Yang Di Pertua
Persatuan Ulama Malaysia
22 Disember 2003

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG Tarikh: 2/21/2003

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan
mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang
jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan
menyesatkan orang lain."

Penerangan Hadis:
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita.
Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini
tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah
berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka
pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan
kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim
ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi
ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman
yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal
sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik
pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan
yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari
ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya

Riwayat: H.R. Muslim

ISLAM HANYA NAMA SAHAJA Tarikh: 10/28/2002

Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai
suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak
tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam
indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk
yang ada di bawah kolong (naungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepala
mereka fitnah itu akan kembali
Penerangan Hadis:
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaanya tidak bergitu jauh dari
gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. kalau belum sampai pun, ianya
sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang
menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi
tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

Riwayat: HR al- Baihaqi

Sempena Perasmian Kongres Ulama Asia Tenggara baru baru ini Ustaz Haji Abdul
Ghani bin Samsudin menyentuh hadith berikut
apabila umatku melakukan lima belas perbuatan nescaya mereka akan ditimpa bencana.
Sahabat bertanya. Apakah dia perbuatan berkenaan wahai Rasulullah. Baginda
menjawab: Apabila keberuntungan hanya beredar disekitar elit tertentu. Amanah
dianggap habuan ghanimah. Zakat dilihat sebagai beban. Suka akur sahaja kehendak
isteri, sebaliknya mudah menderhakai ibunya. Ada orang yang memberi layanan baik
kepada temannya tetapi mudah memandang sepi bapanya. Masjid-masjid herok piruk
dengan suasana-suasana pertelingkahan. Para pemimpin terdiri dari kalangan manusia
yang paling keji. Seseorang itu dimuliakan justru menghindari kejahatannya. Arak
menjadi minuman (yang lumrah). Sutera (lumrah) menjadi pakaian. Masyarakat
dibiasakan dengan muzik dan dendangan biduanita. Umat yang mutakhir mengutuk
leluhur mereka di zaman silam. Maka (jika perbuatan seperti itu berlaku) hendaklah
mereka menunggu ketibaan angin merah (yang membawa padah) kemusnahan dan
“maskhan” (perubahan sikap yang semakin memburuk dan jahat).

Penerangan Hadis:
Hadith ini menyatakan beberapa tanda musibah dalam masyarakat. Sekiranya ciri-ciri
buruk yang dinyatakan itu berlaku maka Allah akan turunkan bala berdasarkan kejahatan
yang telah dilakukan itu . Dalam konteks ini hadith menekankan tentang perlunya
kepimpinan yang baik. Kepimpinan yang baik boleh mengundang rahmat Allah.
Manakala yang jahat mengundang balak dan bencana .

Sebab itu kepimpinan Islam menurut Us. Abdul Ghani dalam menjelaskan maksud hadith
ini perlu ada persediaan untuk melaksanakan kewajipan Islam yang sebenar dengan cara
yang sedar dan betul. Tidak terpengaruh dengan pandangan yang menyimpang dari garis
ajaran Islam yang benar, tidak fanatik kepada negeri, kawasan, kumpulan atau
mazhab.Kepemimpinan Islam perlu ada wawasan Islam yang bersifat local dan
international. Wawasan ini memandunya ke arah merealisasi kemajuan, keagongan dan
nilai-nilai unggul.

Riwayat: al-Termizi..dipetik dari Ucapan Dasar YDP PUM 2001


Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan
hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak
bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampui batas. Menurut
hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak,
akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita
lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.
Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk
media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan
abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada
berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat
berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang
berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita
menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi
saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang
panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu
pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan
sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu,
akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah
bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).
Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun
hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa
kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya
meringankan oleh api neraka." Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang
dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara
bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak
tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan
itu tergelak-gelak."

Anda mungkin juga menyukai