Anda di halaman 1dari 2

SESAT!

Anda sedang berjalan ke satu kampong. semasa berjalan


anda terjumpa simpang yang memepunyai 2 jalan. anda
boleh sahaja melalui kedua-dua jalan tetapi hanya 1 jalan
sahaja yang akan membawa anda ke kampong yang ingin
anda tuju. anda bernasib baik kerana ada 2 orang lelaki
sedang berdiri berhampiran simpang itu. Tetapi anda
mempunyai masalah kerana salah seorang daripada mereka
sentiasa berbohong dan seorang lagi sentiasa bercakap
benar. masalahnya anda tidak tahu siapa antara mereka
yang bercakap benar. Kerana mereka tidak berminat
membantu anda, anda hanya dibenarkan bertanya hanya 1
soalan kepada salah seorang daripada mereka. Apakah
soalan yang akan anda tanya?

NAK
TANYA APA
YE?
Penyelesaian

Tanya kepada salah seorang daripada mereka, “Jika saya


bertanya kepada orang di sebelah anda; yang mana satu
jalan ke kampong?, apakah jawapan yang akan dia
berikan?”

Jika anda bertanya kepada si pembohong, dia akan


menunjukkan jalan yang salah. kerana si pembohong tahu
kawannya akan menunjukkan jalan yang benar. tapi kerana
dia suka berbohong dia akan menunjukkan sebaliknya.

Jika anda bertanya kepada orang yang bercakap benar,


dia turut akan menunjukkan jalan yang salah. ini adalah
kerana dia bercakap benar yang si pembohong akan
menunjukkan jalan yang salah.

Jadi selepas itu anda lalulah jalan yang satu lagi yang akan
membawa anda ke kampong berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai