Anda di halaman 1dari 1

HIKMAH LAFAZ BISMILLAH

Bila nak makan, kita baca…bismillah…

Bila dah makan, kita kata….alhamdulillah…

Bismillah…bismillah…bismillah…Alhamdulillah…

Assalamualaikum kawan-kawan…saya Ameerah dari Pasti Nurul Ain. Nak tahu tak
kenapa saya nyanyikan lagu Bismillah itu tadi??

Jom sama-sama kita dengarkan. Apakah hikmah di sebalik kalimah Bismillah.

Dikisahkan terdapat seorang perempuan yang taat beragama, manakala


suaminya pula tidak mahu mengerjakan kewajipan yang dituntut dalam agama
Islam.

Si isteri sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak memulakan sesuatu


perkara. Si suami yang tidak suka dengan perbuatan isterinya telah mendapat
satu idea.

Pada suatu hari, si suami telah memanggil isterinya dan memberikan


sejumlah wang untuk disimpan. Si isteri mengambil wang tersebut dan
menyimpannya di tempat yang selamat. Rupa-rupanya tanpa di sedari si isteri,
suaminya telah melihat segala perbuatan isterinya. Dalam diam-diam, si suami
telah mengambil kesemua wang tersebut dan mencampaknya ke dalam sebuah
perigi.

Beberapa hari kemudian, si suami pun memanggil isterinya dan berpura-


pura meminta wang diberikan tempoh hari. Lalu si isteri terus menuju ke tempat
dia menyimpan wang suaminya. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim…dia pun
membuka peti simpanan wang. Dan ketika itulah Allah telah menghantar malaikat
Jibril untuk meletak semua wang yang telah di campak si suami.

Si suami sangat terkejut kerana semua wang yang dicampaknya telah


berada di hadapan matanya. Dia berasa sangat bersalah dan insaf di atas segala
perbuatannya. Lalu ketika itu juga dia bertaubat dan mengerjakan segala perinta
Allah.

Jadi kawan-kawan, marilah sama-sama kita amalkan kalimah Bismillah di


dalam kehidupan kita. Setiap kali hendak memulakan sesuatu perkara, hendaklah
mengucapkan Bismillah. Tiap-tiap pekerjaan yang baik, tidak dimulakan dengan
membaca Bismillah, maka pekerjaan itu terputus dari rahmat Allah.

Sekian, wabillahitttaufiq walhidayah wassalmualaikum warahmatullahi


wabarakatuh. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai