Anda di halaman 1dari 3

Alhamdulillahi Robbil alamin, wassolatu wassalamu ala asyrafil ambiya i walmursalin, waaala alihi wasohbihi ajmain.

Amma badu, faya ibadallahi. Ittaqullah, wausikum wa iyya ya, bitaqwallahi, faqad faazal muttaqunn

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian bagi orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertakwa. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Muhammad SAW, juga ke atas keluarga dan para sahabat baginda.

Sidang Jumaah yang dirahmati Allah Marilah kita sama-sama, meningkatkan rasa takwa ke hadrat Allah, baik di saat senang, sendirian atau pun di tengah-tengah keramaian, kerana dengan bekal takwa, hidup kita akan bahagia dan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah iaitusyurga yang kekal abadi. Kita renungi firman Allah SWT dalam surah Al-Haj ayat 77. Wahai orang-orang yang beriman, rukuklahsujudlah dan sembahlah Tuhan mu dan berbuatlah kebaikan agar kamu beruntung. Manakala dalam surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 2 yang bermaksud : Sungguh beruntung orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Sidang jumaah yang dirahmatai Allah Solat merupakan tuntutan wajib ke atas individu muslim sebagaimana sabda Rasulullah :

Solat itu, tiang agama.

Barang siapa menegakkan solat bererti menegakkan agama, barang siapa meninggalkan solat bererti meruntuhkan agama. Maka, apakah kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, badan yang sihat, keupayaan yang kadang-kadang luar biasa tidak mampu melaksanakannya ? Tepuk dada tanya iman. Gejala sosial yang semakin meruncing dan semakin merisaukan dan memeningkan semua pihak, adalah disebabkan oleh jauhnya hati-hati manusia dari pencipta-Nya Solat tidak lagi dianggap suatu perkara penting dan merasa dosa jika

ditinggalkannya, malah ia endah tak endah , acuh tak acuh, malah acara keseronokan duniawi lebih utama dan lebih penting dari kesenangan akhirat kelak. Sanggup bersengkang mata berjam-jam lamanya menonton tv berbanding mengerjakan solat 4 rakaat yang tidak sampai 10 minit.

Sidang jumaat yang saya muliakan Ada dikalangan umat Islam apabila di tanya mengapa tidak solat? Dengan selamba menjawab belum turun hidayah lah.belum sampai serulahdan yang lebih menyedihkan bila ada yang mengatakan Apa kau peduli kubur asing-asing bah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT Azab Allah sangat pedih, ingatlah hari kebangkitan serta hari perhitungan timbangan segala amal yang telah disebutkan dalam Al-Quran pasti berlaku. Akhirnya, marilah kita laksanakan solat dengan sebaik-baiknya dan dengan bersungguh-sungguh sesuai dengan syarat dan rukunnya. Hidup ini hanyalah sementara, oleh itu sebelum terlambat dan dengan waktu yang singkat ini, maka bertaubatlah dan merilah mengerjakan solat yang tanpa dibayar dengan penuh rasa khusyuk takut kepada Allah SWT.

Barakallahu li walakum bilquranil azim, wanafaani waiyyakum bil ayati wazikril hakim, wataqabbala minni waminkum tilawatahu..innahu huwassami ul alim. Aqulu qauli haza waastaghfirullahal azim li walakum walisa iril muslimin wal muslimat innahu huwalghafururrahim.

Saudara siding jumaah yang dihormati, Bertakwalah kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan

meninggalkan larangan-Nya zahir dan batin.

Wabillahi taufik Wal Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai