Anda di halaman 1dari 2

TEKS DAIE CILIK IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM

(ILSS) 2023

Bismillahirrahmaniirahim… Hamdalah

Hamdan wa syukron lillah. Ammaa ba’du.

Assalamualaikum saya titipkan buat semua.


Hai kawan-kawan, apa khabar hari ini? Sihat? Kalau kawan-kawan
sihat, saya pun sihat. Saya nak tanya ni…

Sekiranya ada dua biji gula-gula di tangan saya, sebiji masih


berbungkus dan sebiji tidak. Agak-agaknya…yang mana satu jadi Kemahiran
pilihan kawan-kawan? Yang berbungkus atau tidak? Haa… mestilah berinteraksi
yang berbungkus kan?
Begitulah dalam hidup ini, kita akan lebih suka melihat orang yang
sentiasa menutup auratnya dengan sempurna.

Sebabnya...apabila aurat terjaga, maruah terpelihara. Isi utama

Kawan-kawan, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib


ditutup dan tidak boleh didedahkan. Batasan aurat lelaki dari pusat Penerangan
hingga lutut manakala perempuan pula seluruh badannya kecuali
muka dan tapak tangan.

Apakah hukum menutup aurat?


Wajib…sunat…atau makruh?
Haaa…hukumnya wajib ya!!

Firman Allah SWT di dalam Surah an-Nur ayat 31:

Dalil dan terjemahan


‫بدين زينََتَ ُ َّن إ اال ما َظه ََر ِمهنا‬
َ ُ‫َوال ي‬
ِ
Walaa yubdiina ziinatahunna illaa maa zoharo minhaa

Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan


tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”.

Berdasarkan firman Allah SWT ini, menutup aurat itu wajib dan orang Huraian dalil
yang mendedahkan aurat akan mendapat dosa dan dimurkai oleh
Allah. Nauzubillah…

Mengapa kita perlu menutup aurat?

Muslim beriman indah akhlaknya, Nasyid / syair


Menutup aurat banyak hikmahnya,
Bukti ketaatan pada yang Esa,
Maruah diri juga terjaga.
TEKS DAIE CILIK IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM
(ILSS) 2023

Oleh itu, salah satu cara untuk memastikan aurat terjaga adalah Penerangan
dengan memilih pakaian yang menepati syarak. Apakah ciri-ciri
pakaian yang menepati syarak?

Saya rangkumkan berdasarkan tiga ‘T’:

‘T’ yang pertama: Tidak ketat


Yang kedua: Tidak jarang hingga menampakkan warna kulit aurat
yang ditutup
Dan ‘T’ yang ketiga: Tidak menonjol dan menarik perhatian

Namun hari ini,.. Sajak

Lihatlah kepada kehidupan masyarakat, Isu semasa


Apabila kita tidak menjaga aurat,
Si dara bertudung singkat berpakaian ketat,
Si lelaki mulalah datang memikat,
Syaitan mula bermain jerat,
Akhirnya terjebak dalam maksiat,
Maruah diri musnah tergugat.

Jangan kita lupa, Rasulullah ada mengingatkan… Sirah


Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah dilihat oleh
baginda dan salah satunya ialah perempuan-perempuan yang
membuka aurat, yang cenderung melakukan maksiat dan
mendorong orang lain juga melakukan maksiat. Kepala mereka
mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang senget.

Apa kata Rasulullah?


Mereka tidak akan masuk syurga, serta tidak dapat mencium
baunya.

Justeru itu,

Saya menyeru kepada para ibu bapa, didiklah anak-anak menutup


aurat sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kesimpulan
Saya sarankan kepada para peniaga, juallah pakaian yang
menepati tuntutan agama agar tidak muflis di akhirat sana.

Saya tinggalkan kita semua dengan kata-kata sebagai renungan


bersama.
Pantun
Jika di atas terdedah di bawah terbelah,
Inginkah mendapat murka Allah?
Jika di atas ketat di bawa sendat,
Bagaimana hidup mendapat berkat?

Sekian…

Anda mungkin juga menyukai