Anda di halaman 1dari 7

IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAIE CILIK 2023

#TEAMBBMPAI 1
IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAIE CILIK 2023

TEKS TAJUK : ILMU DITUNTUT ADAB TERPELIHARA


CATATAN
1 (DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3)
Bismillahirrahmaniirahim… Hamdalah

. ُ‫ َأ هما بمعد‬...‫كرا َ هّلِل‬


ً ‫مَح ًدا مو ُش‬
Assalamualaikum w.b.t saya titipkan buat semua.
Apa khabar semua? Hai kawan-kawan, saya ada satu
soalan?
Kemahiran
Bila besar nanti, kawan-kawan nak jadi apa? Ada tak yang berinteraksi
nak jadi polis? Haa..angkat tangan! Ada yang nak jadi
doktor? Hmm..atau nak jadi juruterbang? Ohh.. kalau saya,
saya nak jadi Cikgu.
Tapi kawan-kawan, kita kena ingat satu perkara. Apa-apa
pun cita-cita kita apabila besar nanti, polis kah..doktor
kah..cikgu kah.. Semua tu memerlukan ilmu.

Jom kita bercerita tentang ilmu. Isi utama

Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap Penerangan


setiap insan. Dengan ilmu kita dapat membezakan yang hak
dan yang batil.

Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu


dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya di dalam
Surah al-Mujadalah ayat 11:
Dalil dan
‫نُك مو ه َاَّل مين ُأوتُوا الْ َع ْ مْل د ممر مجات‬
ْ ُ ‫يم ْرفمع َ اللهـ ُه ه َاَّل مين أ ممنُوا َم‬ terjemahan

Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-


orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu)
dengan beberapa darjat”.

Berdasarkan firman Allah SWT ini, ayat ini menunjukkan akan Huraian dalil
wujudnya ganjaran di akhirat dan karamah (kemuliaan) di
dunia bagi sesiapa yang memiliki ilmu pengetahuan.

Kita semua nak dapat kemuliaan atau tidak?


Haa…kalau nak dapatkan kemuliaan, kita kena rajin Kemahiran
berusaha dalam menuntut ilmu agar kita tidak menjadi berhujah
seperti katak di bawah tempurung.
Jadilah seperti Ibnu Sina, bapa perubatan dunia,
Contohilah Al-Farabi, pakar sains dan ahli falsafah,
Idolakanlah Al-Khawarizmi, tokoh matematik terulung.

Tidak hairanlah Rasulullah ada berpesan kepada kita. Apa


pesan baginda? Jangan kita lupa…

#TEAMBBMPAI 2
IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAIE CILIK 2023

Rasulullah bersabda, Nasyid / syair


Dengan sabda baginda,
Tuntutlah ilmu, fardhu atas kita semua.
Saya pula berpesan,
Buat anda semua,
Menuntut ilmu ada adab-adabnya…

Pertama : Mengamalkan sifat sopan santun


Kedua : Menghormati guru Penerangan
Ketiga : Menunjukkan kesungguhan menuntut ilmu
Dan keempat : Menghindarkan diri daripada dosa

Saya teringat akan sebuah kisah Imam Syafie yang telah


mengadu kepada gurunya Waqi’ tentang buruknya hafalan. Sirah / kisah
Beliau menasihatkan Imam Syafie supaya meninggalkan teladan
maksiat. Beliau memberitahu bahawa ilmu itu adalah
cahaya, dan sesungguhnya…cahaya Allah itu tidak akan
dianugerahkan kepada yang melakukan maksiat.

Berbeza dengan keadaan kita hari ini. Sayang seribu kali


sayang apabila kita melihat kebejatan nilai moral dalam
kalangan pelajar.

Lunturnya rasa kasih dalam diri,


pudarnya rasa sayang sesama insani,
Musnahnya rasa cinta dan luhur peribadi, Fakta / isu semasa
Sehinggakan membuli rakan sendiri,
Guru pula diherdik dan dimaki,
Ibu dan ayah tidak dihormati,
Bagaimana ilmu yang berkat dapat diperolehi?

Justeru itu, ayuhlah kita bersama-sama mencari ilmu yang


bermanfaat, agar diri kita beroleh berkat, keluarga kita Kesimpulan
mendapat dan negara kita dilimpahi rahmat.

Kalaulah pandai meniti buih,


Selamatlah badan sampai ke seberang, Pantun / nasyid
Di dalam hidup ilmu diraih,
Dunia akhirat kejayaan dijulang.

Sekian…

#TEAMBBMPAI 3
IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAIE CILIK 2023

TEKS TAJUK : TUTUPLAH AURATMU


CATATAN
1 (DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 (SEMAKAN)
Bismillahirrahmaniirahim… Hamdalah

. ُ‫ َأ هما بمعد‬...‫كرا َ هّلِل‬


ً ‫مَح ًدا مو ُش‬
Assalamualaikum w.b.t saya titipkan buat semua.
Hai kawan-kawan, apa khabar hari ini?
Saya nak tanya ni…

Sekiranya ada dua biji gula-gula di tangan saya, sebiji masih


berbungkus dan sebiji tidak. Agak-agaknya…yang mana Kemahiran
satu jadi pilihan kawan-kawan? Yang berbungkus atau tidak? berinteraksi
Haa… mestilah yang berbungkus kan?
Begitulah dalam hidup ini, kita akan lebih suka melihat orang
yang sentiasa menutup auratnya dengan sempurna.

Sebabnya...apabila aurat terjaga, maruah terpelihara. Isi utama

Aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan


tidak boleh didedahkan. Batasan aurat lelaki dari pusat Penerangan
hingga lutut manakala perempuan pula seluruh badannya
kecuali muka dan tapak tangan.

Apakah hukum menutup aurat?


Wajib…sunat…atau makruh?
Haaa…hukumnya wajib ya!!

Firman Allah SWT di dalam Surah an-Nur ayat 31:


Dalil dan
terjemahan
‫بدين زينمَتم ُ هن ا اال ما مظه ممر َمهنا‬
‫موال يُ م‬
ِ
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”.

Berdasarkan firman Allah SWT ini, menutup aurat itu wajib dan
orang yang mendedahkan aurat akan mendapat dosa dan Huraian dalil
dimurkai oleh Allah. Nauzubillah…

Mengapa kita perlu menutup aurat?

Muslim beriman indah akhlaknya,


Menutup aurat banyak hikmahnya, Nasyid / syair
Bukti ketaatan pada yang Esa,
Maruah diri juga terjaga.

Oleh itu, salah satu cara untuk memastikan aurat terjaga


adalah dengan memilih pakaian yang menepati syarak.
Apakah ciri-ciri pakaian yang menepati syarak?

#TEAMBBMPAI 4
IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAIE CILIK 2023

Saya rangkumkan berdasarkan tiga ‘T’: Penerangan

‘T’ yang pertama: Tidak ketat


Yang kedua: Tidak jarang hingga menampakkan warna kulit
aurat yang ditutup
Dan ‘T’ yang ketiga: Tidak menonjol dan menarik perhatian

Namun hari ini,..

Lihatlah kepada kehidupan masyarakat,


Apabila kita tidak menjaga aurat,
Si dara bertudung singkat berpakaian ketat, Sajak
Si lelaki mulalah datang memikat,
Syaitan mula bermain jerat, Isu semasa
Akhirnya terjebak dalam maksiat,
Maruah diri musnah tergugat.

Jangan kita lupa, Rasulullah ada mengingatkan…


Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah dilihat
oleh baginda dan salah satunya ialah perempuan-
perempuan yang membuka aurat, yang cenderung
melakukan maksiat dan mendorong orang lain juga Sirah
melakukan maksiat. Kepala mereka mempunyai sanggul
seperti bonggol unta yang senget.

Apa kata Rasulullah?


Mereka tidak akan masuk syurga, serta tidak dapat mencium
baunya.

Justeru itu,

Saya menyeru kepada para ibu bapa, didiklah anak-anak


menutup aurat sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Saya sarankan kepada para peniaga, juallah pakaian yang


menepati tuntutan agama agar tidak muflis di akhirat sana. Kesimpulan

Saya tinggalkan kita semua dengan kata-kata sebagai


renungan bersama.

Jika di atas terdedah di bawah terbelah,


Inginkah mendapat murka Allah? Pantun
Jika di atas ketat di bawa sendat,
Bagaimana hidup mendapat berkat?

Sekian…

#TEAMBBMPAI 5
IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAIE CILIK 2023

TEKS TAJUK : KELUARGAKU SAYANG


CATATAN
2 (DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1)
Bismillahirrahmaniirahim… Hamdalah

. ُ‫ َأ هما بمعد‬...‫كرا َ هّلِل‬


ً ‫مَح ًدا مو ُش‬
Assalamualaikum w.b.t saya titipkan buat semua.

Kawan-kawan semua,
Orang kata,
Kalau gajah mati meninggalkan gadingya, Kemahiran
Kalau harimau mati meninggalkan belangnya, berinteraksi
Kalau manusia mati meninggalkan apa?
Haaa… betul!! Meninggalkan namanya.

Tapi, ada satu perkara lagi yang akan ditinggalkan oleh


manusia. Yang akan disebut-sebut dan dikenang-kenang
apabila manusia pergi bertemu yang Esa.

Nak tahu apa? Haaa… sudah tentu akhlak yang mulia, lebih- Isi utama
lebih lagi kepada keluarga dan ibu bapa.

Keluarga ialah orang yang mempunyai pertalian


persaudaraan dengan kita. Keluarga terdiri daripada ibu Penerangan
bapa dan adik beradik.

Kita semua sudah tentu sayang dengan ahli keluarga kan?


Sebabnya air dicincang tidak akan putus. Dalam membina Kemahiran
keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah… ada berhujah
adab-adab yang perlu kita amalkan.

Utamakan yang tua saling menghormati,


Bercakap sopan saling menyayangi, Pantun / nasyid
Berhubung selalu ziarah menziarahi,
Keluarga bahagia kekal abadi.

Di samping itu, Allah ada mengingatkan kita di dalam Surah


al-Isra’ ayat 23 menerusi firman-Nya:

‫فم مل تم ُقل ل ههُ مما ُأ اف مو مال تمهنم ُ م‬


‫رها موقُل لمهُ مما قم ًوال مكرميًا‬ Dalil dan
terjemahan
Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berkata “ah”
kepada mereka (ibu bapa) dan janganlah kamu
menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia”.

Ayat ini jelas menceritakan kepada kita untuk sentiasa Huraian dalil
menjaga ukhwah dengan ibu bapa serta menjauhkan diri
daripada bersifat derhaka.

#TEAMBBMPAI 6
IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAIE CILIK 2023

Kita nak jadi anak yang soleh atau anak derhaka?


Haaa… mestilah anak yang soleh bukan?

Tetapi hari ini,


Kes pengabaian ibu bapa semakin berleluasa. Anak-anak Isu semasa
semakin alpa dan lupa. Katanya sibuk dengan kerjaya,
mengejar pangkat dan harta sehinggakan lupa siapa yang
membesarkannya menjadi insan berjaya. Patut kah tak
patut?

Lagi menyedihkan, berdasarkan statistik Majlis Kebajikan dan Fakta


Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia, satu
daripada 10 warga tua diabaikan anak dan ahli keluarga
walaupun tinggal serumah. Astaghfirullah…

Ayuhlah kita contohi keperibadian Uwais Amir Al-Qarani


yang tidak dikenali di bumi tapi namanya masyhur di langit
Illahi. Uwais tidak berpeluang menziarahi Nabi SAW di
Madinah disebabkan beliau menjaga serta berkhidmat Kisah teladan /
kepada ibu beliau yang sudah tua dan uzur. Uwais sangat sirah
mulia sehinggakan Rasulullah menyuruh Saidina Umar untuk
meminta Uwais mendoakan keampunan bagi Umar.

Oh, hampir saya terlupa. Kisah pemergian Syed Umar


Mokhtar Syed Ridzuan atau lebih dikenali sebagai arwah
Abam Bocey telah menghidupkan banyak hati manusia. Isu semasa
Saat akhir hidupnya ribuan manusia datang solat jenazah
dan mendoakannya.
Kisah hidupnya berbakti kepada keluarga dan ibunya
menjadi iktibar buat kita semua.
Benarlah, kita baik ramai sayang!

Saya tinggalkan semua dengan petikan kata-kata daripada


Syeikh Abdul Qadir al-Jalilani:
Penutup
“Aku lebih menghargai orang yang beradab daripada
berilmu. Kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya
daripada manusia”

Sekian…

#TEAMBBMPAI 7

Anda mungkin juga menyukai