Anda di halaman 1dari 1

孟 家 达 乐 育 国 民 型 华 文 小 学

SJK(C) LOK YUK MENGGATAL, KOTA KINABALU


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
JALAN PULUTAN, PETI SURAT 10378
88804 KOTA KINABALU SABAH
__________________________________________________________________________________________

SAKINAH BINTI AHMAD SHAH,


SJKC LOK YUK MENGGATAL,
88804 KOTA KINABALU,
SABAH.

KEPADA:
GURU BESAR,
SJKC LOK YUK MENGGATAL,
88804 KOTA KINABALU,
SABAH. TARIKH : 08 MEI 2023

Puan,

PENERIMAAN PELANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT KELAB PERMAINAN TRADISIONAL SJKC LOK
YUK MENGGATAL TAHUN 2023/2024

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas berdasarkan surat puan bertarikh 21 Mac
2023.

02. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
kepercayaan dan keyakinan puan melantik saya sebagai Guru Penasihat Kelab Permainan Tradisional
berkuatkuasa 21 Mac 2023.

03. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima pelantikan tersebut sebagai
sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya dan berikrar akan
menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk melaksanakannya.

04. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa
dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan mengikut
Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-
peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

SAKINAH BINTI AHMAD SHAH


GURU PENASIHAT PERMAINAN TRADISIONAL
SJKC LOK YUK MENGGATAL

s.k 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. GPK Kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai