Anda di halaman 1dari 1

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Assalamulaikum Warahmatullah Hiwabarkatu dan salam sejahtera. Selamat pagi saya ucapkan
kepada Tuan pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Nama saya ialah Nur-Aisyah bt Awang Tuah Al-Sufri, tahun 1 pagi dari
Sekolah Al Falaah, Ban 5 Mulaut. Tajuk cerita yang akan sampaikan pada hari ini ialah kisah berkat di
sebalik membaca Bismillah.

Pada zaman dahulu, ada seorang perempuan tua. Beliau sorang yang taat ugama tetapi
suaminya seorang yang fasik dan jahil. Suaminya tidak mahu mengerjakan kewajipan islam dan tidak
mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali bercakap atau
memulakan sesuatu pekerjaan.

Namun begitu, suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan
isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, “Asyik-asyik Bismillah, Bismillah, sekejap-sekejap Bismillah”.
Isterinya tidak melawan dan berkata apa-apa sebaliknya berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala
supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Pada suatu hari, suaminya hendak mencabar isterinya sehingga mengatakan “suatu hari nanti,
aku akan buat kau menyesal dan kecewa dengan bacaan yang engkau amalkan”. Untuk mengejutkan
isterinya, Si suami pun memberikan wang yang banyak kepada isterinya.

“Simpan duit ini dengan baik” kata si suami.

Si isteri pu mengambil duit, lalu menyimpan di tempat yang selamat dengan kalimah Bismillah.
Gelagat itu diperhatikan oleh suaminya. Bermakna suaminya juga turut tahu tempat wang itu disimpan.
Setelah itu, isternya pun beredar. Kemudian, suaminya dengan senyap-senyap mengambil dulit tersebut
dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari, Si suami pun memanggil isterinya dan berkata, “Serahkan kepadaku wang
yang telah aku amanahkan untuk engkau simpan beberapa hari lalu”. Kemudian, si isteri pun pergi ke
tempat dia menyimpan duit itu dan si suami mengikuti isterinya berhati-hati apabila menghampiri tempat
dia menyimpan duit itu. Si isteri pun membuka dengan membaca kalimah “Bismillahirahmanirrahim.”

Pada waktu itu, Allah Subhanahu Wataala telah mengutus malaikat Jibrail Alaihi Salam untuk
mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat si suami, lalu dia pun berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya. ketika itu juga, dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah. Sejak kejadian itu, si suami selalu mengamalkan membaca Bismillah apabila
hendak memulakan sesuatu kerja.

Moral daripada cerita ini, janganlah kita suka mempermainkan kalimah Allah, kerana ia akan
membawa penyesalan kepada kita. Sesungguhnya kalimah BismillahHirahman Nirahmin adalah ayat
yang berkat.

Akhir kata daripada saya Wabilah Hitaufiq Wahidayah Wasalamualikum Warahmatullah


Hiwabarkatu. Sekian, Terima kasih
MUSABAQAH NUR-AISYAH BT AWANG TUAH AL-SUFRI TAHUN 1, AFS BAN 5
MARI BERCERITA- BMELAYU KATEGORI B

Anda mungkin juga menyukai