Anda di halaman 1dari 1

Romantiknya Rasulullah...

6 contoh ini perlu


diamalkan suami isteri
termasuk mandi bersama
demi kasih sayang
Jumaat, 18 Jun 2021 9:30 AM

MANJA bermaksud sangat kasih dan


sangat mesra. Sifat manja ini merupakan
sifat yang perlu ada pada pasangan suami
isteri bagi menggambarkan kasih sayang
antara satu sama yang lain.

Sebenarnya kebanyakan masyarakat kita


masih lagi tidak faham akan maksud dan
tujuan bermanja-manja antara pasangan
suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jika


dilahirkan perempuan zaman jahiliah
akan dibunuh namun Allah angkat
martabat mereka... Wanita perlu jaga
maruah dan punyai 3 sifat ini

Ini disebabkan malu tak bertempat dan


tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka
tumpul budaya romantik dan kering dalam
bercinta.

Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan


perkahwinan, mereka bukan main
romantik, tetapi apabila sudah bernikah,
mereka bersikap dingin dan acuh tak acuh
terhadap pasangan.

Umat Islam perlu membezakan antara


romantik ala barat dengan romantik yang
dianjurkan Islam. Romantik dalam Islam
hanya kepada pasangan yang sudah
berkahwin yakni sudah mempunyai
hubungan yang diiktiraf syarak sedangkan
romantik ala Barat, mereka bebas
melakukan apa saja tanpa apa-apa
batasan. Dalam Islam tidak wujud cinta
monyet yang berlandaskan nafsu semata-
mata.

Ikatan perkahwinan yang terbina perlu


kasih sayang.

Sebaik-baik ikutan yang perlu kita contohi


ialah junjungan besar Baginda Rasulullah.
Ini kerana kehidupan Baginda Rasulullah
penuh dengan kasih sayang sesama
keluarga.

Dalam mengurus dan mengendalikan


rumah tangga, Rasulullah sentiasa bergaul
secara baik dengan isteri dan ahli
keluarga.

Baginda sentiasa mendidik, berlaku adil


serta berlemah-lembut terhadap isteri-
isterinya termasuk tidak pernah memukul
dan menghina mereka sebaliknya sabar
dengan kerenah serta sentiasa menyuruh
ahli keluarga melakukan kebaikan.

Meskipun Rasulullah dikenali sebagai


pemimpin yang disegani, Baginda
sentiasa peka dan mencuba sedaya-
upaya agar isteri tidak tersinggung.

Sikap itu ditunjukkan dengan bersahaja.


Antara cinta terhebat Baginda Rasulullah
adalah bersama Siti Khadijah. Cintanya
Nabi kepada Khadijah sehingga Sabda
Baginda Rasulullah kepada Aisyah:
Sesungguhnya aku benar-benar telah
dianugerahi cinta Khadijah. - [HR Muslim
4464].

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer.


Kita boleh borak-borak DI SINI]

Betapa hebatnya romantik Baginda


Rasulullah bersama Khadijah yang
sentiasa menemani Baginda dan sentiasa
bersama Baginda dalam keadaan senang
dan susah.

Antara contoh romantik Baginda


Rasulullah bersama dengan isteri baginda
ialah:

Setiap pasangan perlu memainkan


peranan masing-masing.

1. Baginda Rasulullah mandi bersama


isteri

Aisyah pernah menceritakan bahawa: Aku


pernah mandi bersama Rasulullah dari
satu bekas Dan Baginda mendahuluiku
(mengambil air dari bekas tersebut),
sehingga aku katakan: Sisakanlah
untukku, sisakan untukku. Sedang
keduanya dalam keadaan junub. - [HR
Muslim 485].

Hadis ini menunjukkan bagaimana


romantiknya Baginda Rasulullah bersama
Isteri dalam keadaan mandi bersama.

2. Baginda mendukung isterinya

Baginda Rasulullah juga seorang yang


kuat dan gagah sehingga mampu
bermanja dengan isterinya dengan
mendukung mereka.

Diriwayatkan dari Aisyah: Ketika saat Hari


Raya, biasanya ada dua budak Sudan
yang memperlihatkan kebolehannya
mempermainkan tombak dan perisai.

Maka ada kalanya aku sendiri yang


meminta kepada Baginda Nabi, atau
Baginda sendiri yang menawarkan
kepadaku: "Apakah kamu mahu
melihatnya?" Maka aku jawab: "Ya, mahu."
Maka baginda mendukung aku di
belakangnya, sementara pipiku bertemu
dengan pipinya sambil Baginda berkata:
"Teruskan hai Bani Arfadah!" Demikianlah
seterusnya sampai aku berasa bosan lalu
Baginda berkata: "Apakah kamu merasa
sudah cukup?" Aku menjawab: "Ya,
sudah." Lalu Baginda berkata: "Kalau
begitu pergilah." - [HR Bukhari 897].

Romantik... Sikap suami yang


memanjakan isteri sangat disenangi.

3. Rasulullah menyantuni isteri dengan


baik apabila disapa

Dari Shafiyyah binti Huyay berkata; Ketika


Rasulullah sedang melaksanakan itikaf aku
datang menemui beliau di malam hari, lalu
aku berbincang-bincang sejenak dengan
beliau, kemudian aku berdiri hendak
pulang, beliau juga ikut berdiri bersama
aku untuk mengantar aku. - [HR Bukhari
3039].

Begitu romantiknya nabi tidak memarahi


isterinya yang ingin berbual-bual dengan
Baginda Rasulullah walaupun Baginda di
masjid sedang melakukan ibadah kepada
Allah.

4. Memanggil isteri dengan panggilan


manja

Baginda juga memanggil isterinya dengan


panggilan manja. Antaranya Baginda
memanggil Aisyah dengan 'Aisy. Sabda
Baginda Rasulullah: "Wahai 'Aisy (sebutan
untuk Aisyah), ini adalah Jibril, ia
menitipkan salam untukmu." Lalu aku
menjawab: "Wa'alaihissalam
warahmatullah." - [HR Bukhari 5733].

Lembutnya jiwa Baginda Rasulullah yang


sentiasa mengasihani ahli keluarga
Baginda Rasulullah, khususnya para isteri
Baginda.

5. Makan dan minum daripada pinggan


serta gelas yang sama

Dari Aisyah berkata: "Tatkala saya haid,


saya minum. Kemudian saya
memberikannya kepada Nabi dan beliau
meletakkan mulutnya di atas tempat
bekas mulutku. Tatkala saya haid, saya
memakan daging yang masih melekat di
tulangnya, lalu saya memberikannya
kepada Nabi dan Baginda pun meletakkan
mulutnya di atas tempat bekas mulutku." -
[HR Ahmad 24416].

Kasihnya Baginda bukan hanya dari


percakapan tetapi sehinggakan perbuatan
Baginda Rasulullah yang menunjukkan
Baginda seorang yang sangat manja.

6. Meletakkan kepala di pangkuan isteri

Ada kalanya romantiknya Nabi


sehinggakan Baginda sengaja bermanja
dengan menyandarkan kepalanya ke
pangkuan isterinya seperti mana yang
dipertuturkan Aisyah dalam Sahih Bukhari
yang bermaksud: Nabi membaca al-Quran
(mengulang hafalan) dan kepalanya
berada di pangkuanku sedangkan aku
dalam keadaan haid. - [HR Bukhari 6994].

Bukan itu sahaja, Bahkan romantiknya


Baginda sehingga detik-detik akhir hayat
terakhir Baginda Rasulullah. Aisyah
berkata yang bermaksud: Ketika maut
menghampiri Rasulullah, kepala Baginda
berada di atas dadaku. - [HR Bukhari
1300].

Sebagai rumusan dan pengajaran,


seseorang suami perlu berusaha
mendalami ilmu agama untuk menjadi
ketua keluarga dihormati bagi menjalani
bahtera kehidupan bersama isteri dan
keluarga.

Isteri juga perlu berusaha menambahkan


ilmu supaya setiap konflik rumah tangga
dapat diselesaikan dengan aman dan
sentosa.

Jelaslah bersikap romantik adalah sunnah


Nabi. Memang, siapalah kita berbanding
Rasulullah yang jauh lebih mulia dari
segala manusia.

Cuma harapannya pasangan suami isteri


tidak malu-malu untuk mengamalkannya.
Suasana romantik bukan saja dapat
memupuk ikatan cinta dan kasih sayang
yang lebih intim di antara suami isteri,
malah memberikan ketenangan dan
belaian jiwa sepanjang usia perkahwinan.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan


(Hadi Almaghribi) ialah penceramah
bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan
boleh diikuti di laman Instagram dan
Facebook

Nak tengok ke posting kelakar dan


macam-macam komen? Follow kami di
Instagram!

Anda mungkin juga menyukai