Anda di halaman 1dari 1

Semanis wajah nabi

GAMBAR hiasan.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya


memaniskan wajah dengan senyuman
serta menuturkan kata-kata yang baik.

Rasulullah SAW bersabda yang


bermaksud: “Janganlah kamu
mengecilkan perbuatan baik walaupun
kecil, meskipun hanya dengan berwajah
manis saat menemui saudaramu.” (Hadis
Sahih Muslim - 2626 Kitab al-Birru wa
al-Shilah wa al-Adab)

Dalam satu lagi sabda Rasulullah SAW


yang bermaksud: “Senyumanmu ke wajah
saudaramu adalah sedekah bagimu.”
(Hadis Hasan At-Tirmidzi (1956) Kitab
Al-Birru wa Ash-Shilah)

Saidatina Aisyah berkata, “Belum pernah


aku melihat Rasulullah SAW tertawa
terbahak-bahak sampai terlihat bahagian
dalam mulut Baginda.” (Riwayat Bukhari)

Al-Bhagha meriwayatkan ketika tertawa


Rasulullah SAW selalu menutup mulutnya
dengan tapak tangan.

Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah SAW


adalah orang paling banyak tersenyum
dan menangis.” (Riwayat Bukhari)

Bahkan, adakalanya Rasulullah SAW tetap


tersenyum walaupun disakiti. Baginda
tidak marah kerana dirinya dianiaya
namun akan marah jika agama Allah SWT
dihina.

Salah satu kisah kesabaran Baginda


seperti diriwayatkan dalam sahih Bukhari
dan sahih Muslim.

Daripada Anas bin Malik, beliau berkata:


“Aku berjalan bersama Rasulullah SAW,
Baginda mengenakan selendang dari
Najran yang tepinya kasar. Tiba-tiba
datang seorang Arab Badwi dari belakang
dan menarik selendang dengan kuat
sehingga aku melihat ada bekas tepi
hujung selendang di tengkuk Rasulullah
SAW kerana kuatnya tarikan Arab Badwi
itu.

Kemudian Arab Badwi itu berkata, “Wahai


Muhammad, perintahkan agar aku diberi
sebahagian harta Allah yang ada padamu.
Aku tidak meminta hartamu, juga harta
ayahmu.”

Rasulullah SAW terdiam sejenak ketika


mendengar permintaan orang Badwi itu.

Lalu Baginda berkata, “Benar, semua


harta itu kepunyaan Allah dan aku adalah
hamba-Nya. Kerana kamu sudah berbuat
kasar kepadaku, aku harus mendapatkan
balasan yang setimpal.”

“Tidak mungkin,” jawab orang Badwi itu.

“Kenapa tidak mungkin?” Tanya Rasulullah


SAW. Jawab orang Badwi, “Kerana engkau
tidak membalas kejahatan dengan
kejahatan.”

Mendengar jawapan itu, Rasulullah SAW


tersenyum. Baginda kemudian memenuhi
keinginan orang Badwi yang menyakiti
Baginda. (Muttafaqun Alahi: Al-Bukhari
- 6088, Kitab Al-Adab, Muslim - 1057,
Kitab Al-Zakat)

Dalam memberikan hukum-hakam,


Baginda tidak memberatkan. Baginda
tidak memaksa hukum itu dilaksanakan
sepenuhnya bagi orang yang benar-benar
tidak mampu melaksanakannya.

Usah kita terbeban dengan hukum yang


membuatkan diri berada dalam
kesempitan.

Salah satunya, dalam peristiwa antara


Rasulullah SAW dengan salah seorang
sahabat Baginda.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan:


Seorang lelaki datang menemui Rasulullah
SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah. Aku
telah celaka, aku telah melakukan
hubungan intim dengan isteriku pada
siang hari bulan Ramadan.”

Rasulullah SAW berkata, “Bebaskanlah


seorang hamba sahaya.” Lelaki itu
menjawab, “Saya tidak mempunyai hamba
sahaya.”

Rasulullah SAW berkata, “Kalau begitu,


laksanakanlah puasa dua bulan berturut-
turut.”

Lelaki itu menjawab, “Aku ini sudah tua.


Aku tidak mampu untuk melaksanakan
puasa dua bulan berturut-turut.”

Rasulullah SAW berkata lagi, “Kalau


begitu, berilah makan 60 orang miskin.”

Lelaki itu berkata lagi, “Ya Rasulullah, aku


ini orang yang tidak memiliki apa-apa.”

Setelah mendengar jawapan sahabat itu,


Rasulullah SAW membawa satu bekas
yang penuh berisi kurma.

Baginda berkata, “Sedekahkanlah kurma


ini kepada orang yang meminta.”

Lelaki itu berkata lagi, “Wahai Rasulullah,


aku ini orang yang paling fakir. Demi Allah,
tidak ada keluarga yang lebih memerlukan
kurma ini melebihi keperluanku
kepadanya.”

Alasan diberikan lelaki itu membuatkan


Rasulullah SAW berasa lucu. Baginda
tersenyum lebar hingga menampakkan
gigi hadapan Baginda.

Kemudian dengan perasaan kasih sayang


dan persaudaraan, Baginda berkata,
“Kalau memang demikian, pergilah dan
serahkan kurma itu kepada keluargamu.”
(Muttafaqah Álaih: Al-Bukhari - 6087,
Kitab A-Adab, Muslim - 1111, Kitab Ash-
Shiyam)

Ada lagi kisah iaitu mengenai doa yang


mengundang tawa Baginda SAW.
Daripada Anas bin Malik r.a, ada seorang
lelaki datang kepada Rasulullah SAW pada
hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang
berkhutbah di Madinah, lelaki itu berkata,
“Hujan tidak turun, mohonlah kepada
Tuhanmu agar hujan diturunkan.”

Rasulullah SAW melihat ke langit, kami


mendapati tidak ada awan. Lalu Baginda
memohon agar hujan diturunkan.

Maka, awan pun berkumpul, kemudian


hujan pun turun hingga parit Kota
Madinah mengalir air.

Hingga hari Jumaat berikutnya hujan


masih tidak berhenti. Lelaki itu atau orang
lain berdiri, ketika itu Rasulullah SAW
sedang berkhutbah.

Orang itu berkata, “Kami telah tenggelam,


mohonlah kepada Tuhanmu agar
menahan hujan itu daripada kami.”

Maka Rasulullah SAW tersenyum dan


berdoa, “Ya Allah, di sekitar kami, jangan
di atas kami,” dua kali atau tiga kali.

Kemudian awan mula terkuak dari Kota


Madinah ke kanan dan ke kiri. Hujan turun
di sekitar kami, tidak turun di Kota
Madinah walaupun sedikit.

Allah SWT menunjukkan kemuliaan


Rasulullah dan doanya yang mustajab.
(Muttafaqun Alaih: Al-Bukhari - 933,
Kitab Al-Jumáh, Muslim - 895, Kitab
Solat Al-Istisqa)

Ketika Rasulullah SAW bersama sahabat


sedang berbuka puasa dengan buah
kurma, setiap kali makan bijinya akan
diletakkan berdekatan tempat masing-
masing.

Beberapa ketika kemudian, Saidina Ali


menyedari dia sudah makan kurma
dengan jumlah agak banyak.

Beliau melihat longgokan biji kurma di


hadapannya lebih banyak berbanding
sahabat yang lain.

Secara diam-diam, Saidina Ali


memindahkan biji kurma itu ke sisi
Rasulullah SAW. Dengan tersipu-sipu dia
berkata, “Wahai Rasulullah, nampaknya
engkau begitu lapar. Engkau makan kurma
lebih banyak daripadaku. Lihatlah
longgokan biji-biji kurma di tempatmu.”

Rasulullah SAW tersenyum dan berkata,


“Ali, kamulah yang makan lebih banyak
kurma. Aku makan kurma dan masih
menyimpan bijinya. Sedangkan engkau
makan kurma bersama biji-bijinya!”
(Riwayat Bukhari)

Saat berjenaka pun bernas sekali


ungkapan Baginda. Subhanallah!

Penulis pendakwah dan penulis buku

Anda mungkin juga menyukai