Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pendahuluan
Perkahwinan adalah peristiwa yang agung, suci dan mulia antara pasangan
lelaki dan wanita untuk hidup berumah tangga. Dalam sebuah kehidupan berumah
tangga, setiap pasangan menghendakkan kebahagian yang kekal dengan jalinan
mawaddah dan rahmah. Akan tetapi untuk melahirkan sebuah keluarga yang baik,
memerlukan seorang pemimpin dalam keluarga yang baik, iaitu seorang suami.
Rasulullah adalah insan yang paling sesuai dijadikan ikutan umat, kerana baginda
adalah manusia yang sempurna akhlaknya. Firman Allah di dalam al-quraan
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyakbanyak (dalam masa susah dan senang).
(Surah Al-Ahzab ayat 21)
Selain itu juga, Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh suami yang terbaik.
Sifat nabi amat menepati ayat al-quraan dalam melakukan interaksi baik kepada isteriisterinya. Firman Allah di dalam al-quraan
19. Wahai orang-orang Yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi
perempuan-perempuan Dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti
mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak
mengambil balik sebahagian dari apa Yang kamu telah berikan kepadaNya, kecuali
(apabila) mereka melakukan perbuatan keji Yang nyata. dan bergaulah kamu Dengan
mereka (isteri-isteri kamu itu) Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu (merasai)
benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru
menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak
menjadikan pada apa Yang kamu benci itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu).
(surah Al-Nisaa ayat 14)
Kita sendiri mengetahui bahawa bagnida mempunyai 13 orang isteri, ianya
satu bilangan yang banyak. Akan tetapi dengan sifat kebertanggungjawaban dan
akhlak yang mulia yang terdapat pada nabi, baginda dapat memenuhi segala tuntutan
sebagai seorang pemimpin dalam keluarganya.
Wanita adalah golongan yang lemah, maka perlunya seorang suami untuk
mempertahankan serta membimbing mereka. Semasa di zaman jahilyah, golongan
wanita adalah sangat rendah disisi masyarakat. Apabila syaria islam telah diturunkan
kepada nabi Muhammad, maka golongan wanita tidak lagi dihina akan tetapi
dilindungi.

Nabi bersabda, aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaikbaiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok
tulang rusuk adalah bahagian yang teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya,
kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya, akan terus
membengkok selama-lamanya. Justeru berpesan dengan wanita( dengan kebaikan)
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.0 Mengenali Isteri-Isteri Nabi Muhammad S.A.W


Nabi Muhammad s.a.w pernah berkahwin dengan 13 orang perempuan. Sebelas daripadanya
pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan
sebelum mereka bersama. Antara isteri-isteri Rasulullah ialah Khadijah binti Khuwailid alAsadiyah r.a, Saudah binti Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a, Aisyah binti Abi Bakr r.a,
Hafsah binti Umar bin al-Khattab r.a, Ummu Salamah Hindun binti Abi Umaiyah r.a, Ummu
Habibah Ramlah binti Abi Sufian r.a, Juwairiyah (Barrah) binti Harith, Safiyah binti Huyay,
Zainab binti Jansyin, Raihanah binti Zaid bin Amrin, Maimunah binti Al-Harith, Zainab binti
Khuzaimah dan Maria al-Qibtiyyah.
Khadijah bte. Khuwailid al-Asadiyah r.a merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w.
yang pertama. Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan
kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya
Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.
Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Saudah binti Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
setelah wafatnya Khadijah 3 tahun. Saudah adalah seorang janda tua. Aisyah binti Abi Bakr
r.a adalah anak kepada Abu Bakar dan isteri Baginda yang merupakan anak dara semasa
Baginda mengahwininya. Hafsah binti Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah s.a.w
mengambilnya sebagai isterinya atas membalas jasa suaminya yang membantu baginda.
Ketika peristiwa pembunuhan ayahandanya, Hafsah berasa sedih atas pemergian
ayahandanya yang tersayang. Hal ini menyebabkan beliau gemar mengurung diri di dalam
rumah sambil bertaqarrub kepada Allah SWT.
Ummu Salamah Hindun binti Abi Umaiyah r.a seorang janda tua mempunyai 4 anak
dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad, suaminya terkorban dalam
Perang Uhud. Ummu Habibah Ramlah binti Abi Sufian r.a seorang janda. Suami pertamanya
Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy. Ummu Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah
ke Habsyah. Ubaidullah meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di
Habsyah kehilangan tempat bergantung.Juwairiyah (Barrah) binti Harith, ayah Juwairiyah
ialah ketua puak Bani al-Mustaliq yang telah mengumpulkan bala tenteranya untuk
memerangi Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas
dan Barrah telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu dia
dimukatabah dengan 9 tahil emas Juwairiyah mengadu kepada nabi.Baginda sedia membayar
mukatabah tersebut dan seterusnya mengahwininya.
3

Safiyah binti Huyay, dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan
dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah memilih
untuk menjadi isteri nabi Muhammad s.a.w. Safiyyah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal
dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan
di al Baqi. Zainab binti Jansyin merupakan isteri kepada Zaid ibn Harithah, yang pernah
menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat Nabi Muhammad s.a.w setelah dia
dimerdekakan. Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab
dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid. Zaid telah
menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh Nabi Muhammad s.a.w.

3.0 Ciri-Ciri Kepimpinan Seorang Suami Yang Ditunjukkan Oleh Nabi Muhammad
S.A.W
1. Menyayangi isteri dengan sepenuh hati.
Nabi Muhammad s.a.w amat menyayangi isteri-isterinya terutama sekali isteri
pertama Baginda iaitu Khadijah r.a dengan sepenuh hatinya kerana isteri-isterinya
merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda
amat menyayanginya kerana :
i. Khadijah r.a tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka samasama merasai saat-saat suka duka.
ii. Dia membantu baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
iii. Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
iv. Dia menyertai Baginda dalam jihad menegakkan agama Allah.
v. Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
vi. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang
ramai

mengkufuriku,

dia

mempercayaiku

ketika

orang

ramai

mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang


ramai menghalangku. (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)

2. Romantik
Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang romantik.
i. Tidur bersama isteri dalam satu selimut Daripada Atha bin Yasar:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam
satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu
selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, Mengapa engkau
bangun? Jawab Aisyah, Kerana saya haid wahai Rasulullah, Sabda Rasulullah,
Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.
5

Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda. (Riwayat Said bin
Manshur)
ii. Saling memakaikan wangian Aisyah berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w.
apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya,
menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan
bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w. (Riwayat Ibnu Majah)
iii. Mandi bersama isteri Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, Aku pernah mandi
bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan
tangan kami (ke dalam bekas tersebut). (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu
Syaibah)
iv. Minum menggunakan bekas yang sama Daripada Aisyah r.a. dia berkata, Saya
pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil
cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu
Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup
airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan
mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun
menghirupnya. (Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
v. Membelai isteri Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari
melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi
seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama
(bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran
Baginda, lalu Baginda bermalam di sana. (Riwayat Ahmad)
vi. Mencium isteri Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa. (Riwayat
Ahmad)
vii. Berbaring di pangkuan isteri Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. meletakkan
kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda
membaca al-Quran. (Riwayat Abdurrazaq)
viii. Panggilan mesra Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama
panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira (si pipi merah delima).
6

ix. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra Nabi s.a.w. memicit hidung
Aisyah r.a. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, Wahai Uwaisy, bacalah
doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah
kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.
(Riwayat Ibnu Sunni)
x. Memberi hadiah Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata,
Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda
kepadanya: Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi
sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui
bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan
dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu. Dia (Ummu
Kaltsum) berkata, Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan
Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda
memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki
daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu
Salamah. (Riwayat Ahmad)
3. Menghormati dan menjaga perasaan isteri
Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga
perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam,
Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: Di tengah malam Baginda
mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, Wahai
Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.
4. Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri
Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada
suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan
kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan
sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya
jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan
Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan
makanan tersebut.
5. Membantu isteri
7

i.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.a. pernah
ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab:
Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan

ii.

apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.


Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak
yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk
beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di
rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah
yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar

rumah.
6. Tidak memarahi cemburu isteri
Rasulullah tidak pernah memarahi cemburu para isterinya. Baginda s.a.w memahami
cemburu bukanlah satu sifat keji dan bukan juga satu penyakit, bahkan menjadi sifat dan
asset penting kepada wanita yang normal. Wanita yang cemburu adalah wanita yang sihat.
Bermakna wanita yang tidak ada perasaaan cemburu, adalah wanita yang tidak normal.
Rasulullah s.a.w tidak memarahi cemburu isterinyaterutama sekali Aisyah r.a., sebaliknya
Rasulullah menguruskannya dengan baik, agar tidak bertukar menjadi konflik yang lebih
besar

dalam

rumah

tangga,

sehingga

membawa

kepada

penceraian

dan

seumpamanya.Malah Allah s.w.t sendiri cemburu dan bukannya sahaja makhluk ciptaanNya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan
menerusi Aisyah r.a.:
Baginda bersabda: Wahai ummat Muhammad demi Allah tidak ada yang
lebih cemburu selain daripada allah, apabila melihat hamba lelaki atau hamba
perempuan, berzina. Wahai ummat Muhammad, demi Allah sekiranya anda
mengetahui apa yang saya tahu, sudah yentu anda semua akan ketawa sedikit dan
menangis banyak.1
7. Bersenda Gurau Dengan Isteri
Hidup ini tidak sunyi daripada musibah dan cubaan. Musibah dan cubaan sering
menjadikan manusia bersedih dan berdukacita. Untuk menghilangkan rasa sedih dan
dukacita, Islam membenarkan bersenda gurau terutama sekali di antara pasangan suami isteri.
Suami isteri memerlukan gurau senda yang sewajarnya dalam meneruskan kelangsungan
1 Al-Bukhari, sahih al-Bukhari, bab al-sadaqah Fi al-Kusufi, hadis nombor 986.
8

kehidupan dan ikatan perkahwinan. Salah satu pendekatan Rasulullah s.a.w terhadap isteri
baginda ialah bergurau senda dengan para isteri, mengusik dan menghiburkan hati mereka.
Gurauan dan kelucuan dapat meghiburkan hati dan dapat mengeratkan kasih saying antara
suami isteri. Rasulullah s.a.w bukan sahaja bergurau dengan isterinya, malah mneyuruh para
sahabat berbuat demikian juga. Tidak wajar sesebuah rmah tangga itu dilayari dengan
suasana serius sepanjang masa, seolah-olah sedang berhadapan dengan peperangan besar
menentang musuh. Ada tempat perlu serius dan ada juga tempat untuk bersenda gurau.

Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w bersenda gurau dengan isteri baginda ketika mandi.
Baginda mandi denga isterinya di dalam satu bekas air. Ketika mandi baginda mengambil
penceduk air, mendahului isterinya sehingga membuatkan isterinya juga turut berlumbalumba denga baginda untuk mendapatkan penceduk air untuk mandi. Baginda juga
menyiramkan air ke badan Aisyah dan Aisyah r.a juga tidak segan untuk melakukan
perkara yang sedemikian terhadap baginda. Malah keduanya sering menggosok tubuh
badan antara satu sama yang lain. Tujuan baginda adalah untuk mencipta suasana hangat
dan gembira kepada isterinya. Dengan adanya suasana tersebut akan lebih mewujudkan
kebahagiaan kepada rumah tangga.2
8. Bermesyuarat Dengan Isteri
Seorang isteri bukanlah seorang yang sentiasa sibuk dengan berbagai-bagai resepi
makanan di dapur, melipat kain dan menggosok baju suami sahaja, malah berperanan
penting juga dalam memberi nasihat kepada suami. Isteri adalah orang yang paling rapat
dengan suami. Kalau isteri sendiri tidak memberi sokongan dan dorongan, bagaimana
pula dengan orang lain yang jauh?. Seorang isteri tidak pernah dihalang untuk memberi
saham untuk membangun dan menyelesaikan permasalahan ummah, asalkan kena pada
tempatnya.
Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w masuk ke dalam khemah Ummu Salamah r.a untuk
meminta pandangan daripadanya. Ummu Salamah menyatakan:
Wahai nabi Allah, adakah tuan suka keadaan tersebut berterusan begitu?.
Keluarlah dan jangan bercakap dengan siapapun, walaupun sepatah perkataan dan
kemudian sembelihlah binatang yang dibawa oleh tuan itu. Panggillah tukang cukur dan
suruhlah dia mencukur rambut tuan. Rasulullah s.a.w keluar dan tidak bercakap dengan
sesiapapun. Baginda menyembelih binatang yang dibawanya, memanggil tukang cukur
2 Dr. Basri, (2009), Psikologi Rasulullah s.a.w dalam berinteraksi dengan
masyarakat, Selangor : Al-Hidayah Pubication.
9

dan mencukur rambutnya. Setelah melihat perbuatan Rasulullah s.a.w itu, orang-orang
Islam mula menyembelih binatang yang dibawa mereka dan bercukur rambut antara satu
sama yang lain, sehingga sebahagian daripada mereka hamper membunuh sebahagian
yang lain.3
Berdasarkan kepada hadith di atas, Rasulullah s.a.w bermesyuarat dengan isterinya yang
bernama Ummu Salamah di dalam satu isu besar Negara dan berkaitan pula dengan
pelaksanaan ibadah umrah dan melaksanakan buah fikiran yang dilontarkan oleh isterinya itu.
Hasilnya baginda berjaya menyelesaikan masalah keengganan ummat Islam mematuhi arahan
baginda, kerana merasa kecewa dengan perjanjian Hudaibiyah yang dirasakan tidak
menguntungkan mereka, sebaliknya menguntungkan musuh mereka daripada kalangan
Kuffar Quraisy. Begitulah teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w kepada ummatnya
supaya menjadi suritauladan yang baik kepada seluruh ummat Islam pada generasi yang
seterusnya.
Oleh kerana bermesyuarat dengan isteri adalah ssuatu yang penting, perlu menjaga
dan meraikan adab-adab ketika mengadakan perbincangan dan mesyuarat itu, antaranya:
i.

Suami hendaklah menyampaikan masalah dan persoalan kepada isteri dengan penuh

ii.

perhatian dan meminta isteri memberikan pendapatnya.


Sebelum memutuskan satu kesimpulan, lebih dahulu mengkaji dan memikirkan
masak-masak dan keputusan juga dibuat dalam keadaan tenang dan tidak terburu-

iii.

buru.
Suami hendaklah bijaksana dalam mengajar dan mendidik isteri ketika bermesyuarat,
agar mesyuarat itu dapat mengeluarkan buah fikiran yang benar-benar bernas dan

iv.

bukannya desakan juga paksaan.


Jika buah fikiran isteri bertentangan dengan pandangan suami, tidak sewajarnya
suami cepat melenting dan marah, malah jangan pula merasakan isteri cuba

v.

mempermainkannya atau merendahkan kedudukannya.


Jika buah fikiran dan pandangan isteri tidak menjurus kepada kebenaran, malah
keliru, suami tidak boleh merendah-rendahkan pendapat isteri, sebaliknya terus
berbincang di dalam suasana yang penuh dengan keharmonian dan kelembutan, untuk
mengelakkan daripada melukakan hati isteri.

3 Al-Bukhari, Sahih Bukhari, Bab al-Syurut Fi al-Jihad Wa al-Musalahah, hadis


nombor 2529.
10

vi.

Suami hendaklah mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana menyumbang buah
fikiran, kerana membantu memecahkan persoalan dan permasalahan yang sedang
dihadapinya, sehingga membolehkannya membuat kesimpulan dan keputusan.

4.0 Hikmah dan pengajaran

Perkahwinan perlulah didasari atas tuntutan syariat dan bukan tuntutan nafsu sematamata
- Perkahwinan bukanlah hanya memenuhi tuntutan nafsu semata-mata,tapi ia juga
merupakan satu sunnah nabi Muhammad.Hal ini dapat dibuktikan melalui sirah
yang dimana nabi tidak mementingkan soal kepuasan hawa nafsu seperti seperti
pemuda-pemuda jahiliyyah ketika itu.Buktinya ialah apabila Rasulullah
mengahwini perempuan yang lebih berusia daripada baginda.
11

Menjadi seorang suami yang bersifat penyayang.


- Seorang suami mestilah memupuk sifat penyayang dalam diri mereka terhadap
isteri mereka.Tanpa kasih saying seorang suami,kehidupan sesebuah rumah tangga
tidak akan berkekalan.Hal ini dapat dibuktikan cinta dan sayang nabi terhadap Siti
Khadijah.Walaupun Siti Khadijah telah meninggal,namun nabi sentiasa
mengingatinya dan menceritakan kisah Siti Khadijah kepada Aishah sehinnga
membuatkan Aishah cemburu,iaitu lumrah wanita.

Menjadi seorang suami yang bertanggungjawab .


- Seorang suami mestilah sedar akan peranannya sebagai ketua keluarga.Oleh yang
demikian,segala tanggungjawab untuk memenuhi semua keperluan keluarga
perlulah dilaksanakan dan disempurnakan dengan sebaiknya oleh seorang
suami.Kita ambil contoh rasulullah,walaupun baginda merupakan ketua Negara
yang kita sedar mempunyai tanggungjawab yang besar,baginda mampu untuk
melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri-isteri baginda sehingga isteri-isteri
baginda tidak pernah rasa kekurangan.

Menjadi seorang suami yang bersifat adil dan saksama.


- Bagi seorang lelaki yang berpoligami khusunya,golongan ini perlulah bijak untuk
berlaku adil terhadap isteri-isterinya.Sebagai seorang suami,sifat pilih kasih tidak
harus ada dalam diri.Segala keperluan zahir dan batin isteri-isteri haruslah diberi
sama rata agar semua merasai nikmat kasih sayang seorang suami

Rujukan
1. H.M.H AL hamid AL Husaini.1996.
Nasional PTE Ltd Singapura.

Rumah tangga nabi Muhammad. Pustaka

2. Dr. Basri Ibrahim, (2009), Psikologi Rasulullah S.A.W dalam Berinteraksi Dengan
Masyarakat. Selangor : Al-Hidayah Publication
3.

12

13

Anda mungkin juga menyukai