Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN

Aminah Binti Anuar

Alhamdulillah, tugasan projek biografi tokoh telah berjaya disempurnakan.


Tugasan yang diterima pada 4 Mac 2014 yang lalu telah memberi satu pengalaman
baru kepada saya. Tugasan di bawah pro forma Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
ini memerlukan saya membuat pilihan mengenai projek Pendokumentasian Sejarah
Lisan. Antara projek pilihannya adalah Pojek Biografi Tokoh, Projek Sejarah Lisan
Peristiwa, Projek Tajuk Perkara dan Projek Pengumpulan Tradisi Lisan. Saya dan rakan
sekumpulan memilih Projek Biografi Tokoh.

Pada awalannya, tokoh yang dipilh untuk dijadikan kajian kami adalah Al-
Marhum Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady, seorang cendekiawan Islam yang
ulung di Malaysia. Pemilihan tokoh ini dirasakan sangat sesuai dan rapat dengan
bidang pendidikan. Namun setelah diteliti, terdapat beberapa masalah yang
menyebabkan kumpulan saya terpaksa membatalkan tokoh ini dalam projek biografi ini.
Masalah orang sumber yang berada jauh di Kuala Lumpur menyukarkan proses
mewawancara. Orang sumber yang dimaksudkan adalah anak lelaki kepada tokoh.

Biarpun kecewa kerana tidak dapat melakukan bigrafi tokoh ini, namun Allah
telah menggantikannya dengan seorang lagi tokoh pendidikan yang tidak kurang juga
hebatnya. Tokoh ini juga merupakan anak jati Kelantan. Tokoh yang dimaksudkan
adalah Mohamad Yusof bin Ahmad. Mudah dikenali dengan gelaran Tok Kenali. Tidak
asing lagi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini, Tok Kenali adalah antara pelopor utama
sistem pendidikan pondok di negeri Kelantan.

Untuk melengkapkan lagi proses mencari waris Tok Kenali, saya dan rakan
sekumpulan ke Kubang Kerian, dan bertemu dengan cucu Tok Kenali, iaitu Tuan Hj.
Lokman bin Ahmad dan isterinya, Puan Hjh. Norma Bt Mohd Rani. Dalam mencari
orang sumber ini, Tuan Hj. Lokman dan Puan Hjh Norma adalah orang sumber kata
dengar (hearsay). Mereka ini tidak berpeluang bersama dengan Tok Kenali sepanjang
hayatnya kerana jarak umur yang jauh, namun melalui penceritaan yang disampaikan,
mereka mewarisi cerita dan kisah mengenai Tok kenali.
SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN

Sewaktu melakukan proses wawancara dan rakaman, kumpulan saya mendapat


kerjasama yang baik. Soalan-soalan yang dikemukakan, dijawab dengan jelas dan
tenang. Ini menyebabkan ingatan saya menyorot kembali sifat Tok Kenali yang pernah
saya baca, merupakan seorang yang sopan apabila berbicara. Mungkin ini antara sifat
yang diwarisi oleh cucunda nya. Sebelum kumpulan saya ke rumah waris ini, kami
terlebih dahulu membuat pembacaan mengenai siapa Tok Kenali dan sejarah hidupnya.
Ini bertujuan memberi kefahaman awal mengenai tokoh yang ingin kami ketahui sejarah
hidupnya. Soalan-soalan yang ditanya lebih berkisar kepada riwayat hidup Tok Kenali,
alam pendidikannya, perkahwinan, penubuhan sekolah pondok dan sumbangan Tok
Kenali dalam pentadbiran negeri Kelantan.

Dalam setiap tugasan projek yang dilakukan, mana-mana kumpulan tidak terlpas
daripada permasalahan. Begitu juga halnya dengan kumpulan saya. Kumpulan kami
terpaksa melakukan proses wawancara dan rakaman sebanyak dua kali. Ini kerana,
proses wawancara dan rakaman pada kali pertama, tidak direkodkan. Namun, saya
dapat mencatat setiap maklumat yang di perolehi. Apa yang wajar kami lakukan adalah
melakukan proses yang sama buat kali yang kedua. Syukur kerana Tuan Hj Lokman
dan pasangan begitu memahami dalam melayani kerenah dan masalah kumpulan kami
ini. Namun, pada kali ini masalah teknikal pada alat perakam rakan sekumpulan saya,
menyebabkan suara Puan Hjh Norma agak sukar untuk di dengari. Ianya harus
diperhalusi dengan teliti. Situasi ini menimbulkan sedikit kesukaran dalam melakukan
proses transkrip wawancara. Namun, atas usaha yang jitu, ianya masih boleh
dihasilkan.

Melalui proses mencari waris Tok kenali, meminta izin melakukan wawancara,
melaksanakan proses mewawancara dan merakam, serta melakukan proses
mentranskrip wawancara, ianya satu pengalaman yang cukup bermakna bagi saya
sebagai seorang guru pelatih major Sejarah. Hal ini kerana, untuk memperolehi sumber
sejarah yang asli dan sahih, ianya haruslah dari sumber yang betul, terutamanya
sumber lisan. Ianya tidak boleh disalin semata-mata daripada mana-mana buku atau di
cari daripada sebarangan laman sesawang. Ini boleh menimbulkan keraguan dalam
maklumat yang diperolehi kerana mungkin telah berlaku sedikit tokok tambah. Apa yang
SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN

pasti, dalam memperolehi sumber sejarah yang sahih, ianya mesti daripada tokoh itu
sendiri (orang proto), ataupun saksi yang melihat (eye-witness) juga saksi yang kata
dengar (hearsay). Begitu juga sewaktu proses pengumpulan sumber yang mana
perlunya kepada perancangan yang rapi dan teliti sebelum proses wawancara dan
rakaman dilakukan.

Sesungguhnya, Projek Biografi Tokoh Tok kenali ini memberi impak yang sangat
besar dalam proses pembelajaran subjek Sejarah Lisan dan Pendokumentasian ini.
Ianya membantu saya memahami konsep sejarah lisan sepenuhnya dan bagaimana
proses penyelidikan terhadap seseorang tokoh itu dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai