Anda di halaman 1dari 44

SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

1.0 Pengenalan

Sebelum Nabi Muhammad SAW diutus, risalah ilahi masih berbentuk lokal.
Maksudnya para rasul masih diutus untuk kaumnya masing-masing. Para rasul itu
menyeru hanya kepada kaumnya, sebagaimana yang dikisahkan Allah dalam Al
Quran dari mulai Nuh, Hud, Syuaib, sampai Shalih. Seruan mereka berbunyi,
Wahai kaumku! dan begitu juga Nabi Isa, sebagaimana diriwayatkan, berkata, Aku
diutus kerana penyelewengan Bani Israil yang sesat. Namun setelah diutusnya Nabi
Muhammad SAW,risalah ilahi dibawah naungan Islam beralih dari kerangka yang
bersifat kesukuan menjadi kemanusiaan. Kerana itu seruannya menjadi, Wahai
manusia! Jadi seluruh manusia diharuskan mengikuti satu Rasul, iaitu Muhammad
SAW. Kerana itu tidak ada rasul sesudahnya dan tidak diterima mengikuti rasul-rasul
sebelumnya.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di


antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi

[QS.Al-Ahzab: 40]

Islam yang lahir atas dasar rahmatan lil alamin diharapkan mampu
mensejahterakan manusia dalam segala hal. Kerana itu ajaran Islam merupakan
suatu sistem normatif dimana agama berhubungan secara integral dengan segala
bidang kehidupan umat Islam, seperti politik, ekonomi, hukum, pendidikan dan
keluarga, seperti dirumuskan oleh Saad Hawwa dalam kitab Al-Islamnya.

Antara satu ciri khas ajaran Islam seperti yang dipopularkan oleh Dr.Yusuf Al
Qardhawy dalam Khashaish Ammah Li Dinil Islam dan sebagaimana disimpulkan
oleh John L. Esposito dalam Islam and Development; Religion and Sociopolitical
Change adalah keyakinan bahwa agama Islam itu merupakan suatu cara hidup dan
tata sosial yang menyeluruh. Agama yang memiliki hubungan yang integral dan
organik dengan politik dan masyarakat. Ideal Islam ini tergambar dalam dinamika
hukum Islam yang merupakan suatu hukum yang serba mencakup, dimana

1
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

termasuk di dalamnya tugas seorang muslim terhadap Allah [Hablun Minallah; solat,
puasa, haji, dan lain-lain] dan tugasnya terhadap sesama manusia [Hablun
Minannas; hukum keluarga, hukum perniagaan, hukum politik, dan sebagainya].

Kejayaan Islam yang terukir dalam sejarah peradaban manusia tentu tidak
terlepas dari kesukaran Nabi Muhammad SAW sebagai pembawasegala
kebaikan, kebenaran, dan rahmat dari Allah SWT. Dan bukti-bukti kejayaan itu
hingga kini dapat dirasakan oleh siapa saja yang bermaksud menggalinya; sejak dari
peradaban umat manusia hingga warisan agama yang oleh Voltaire disebut warisan
agama alami yang wajar dan tidak dibuat-buat.

Menurut Marshall G. Hodgson, ahli sejarah [konsentrasi] peradaban Islam,


sebagaimana yang dikutip Dr. Nurkholish Madjid dalam salah satu tulisannya, bahwa
kejayaan kepemimpinan Nabi Muhammad dalam berdakwah kepada manusia
adalah demi membebaskan mereka dari belenggu kebodohan dan kegelapan
dengan landasan cinta kasih, keimanan, dan niat tulus. Meskipun mengalami
berbagai halangan dan rintangan, namun dakwah dan kepemimpinan beliau begitu
mudah diterima oleh umat manusia. Sehingga tidak di nafikan, dalam kurun waktu
kurang dari 23 tahun, ajaran agama Islam dengan mudah tersebar ke pelusuk dunia.

Oleh sebab itu, adalah merupakan suatu kewajiban bagi umat Islam untuk
mengetahui sejarah kejayaan dan kegemilangan kepemimpinan Nabi Muhammad
SAW, baik sebagai pemimpin agama ataupun sebagai pemimpin negara, sehingga
dengan begitu diharapkan mampu diterapkan dan diteladani dalam kehidupan
sehari-hari, baik dalam berbangsa, lebih-lebih dalam soal beragama.

2
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

2.0 Tugasan 1

2.1 Perkembangan Islam di zaman Rasulullah S.A.W

Zaman kegemilangan Islam bermula pada tahun 622 Masihi apabila wahyu
pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Hira, Arab Saudi.
Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad
S.A.W ialah surah Al Alaq ayat 1 5 yang memerintahkan umat Islam
supaya membaca. Pada malam Isnin, 17 Ramadan, sedang Baginda
beribadat seperti biasa, ketika itu turunlah Malaikat Jibril menyampaikan
wahyu kepada Baginda. Jibril memeluk Baginda dengan kuatnya kemudian
melepaskan pelukan lalu berkata, Bacalah. Jawab Baginda S.A.W, Saya
tidak pandai membaca. Jibril mengulangi perbuatannya sekali lagi dan
berkata, Bacalah. Saya tidak pandai membaca. Jawab Nabi Muhammad
S.A.W lagi. Kemudian sehingga tiga kali Jibril menyuruhnya membaca dan
jawapan yang diberikan adalah sama juga, maka Jibril pun membacakan
wahyu yang diperintahkan Allah S.W.T itu bermula dari ayat 1 sehingga ayat 5
surah Al Alaq;
















Bacalah dengan nama Tuhan yang telah menjadikan, Yang telah menjadikan
manusia dari segumpal darah, Bacalah, Tuhanmu yang amat Mulia
(Pemurah), Yang mengajar manusia dengan pena, mengajar manusia apa
yang tidak diketahuinya.

Wahyu inilah yang menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun


masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya sehingga
sekarang. Ini adalah kerana melalui pembacaan, seseorang itu akan
mendapat ilmu dan menambahkan ilmunya. Islam bukan sahaja

3
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

mementingkan aktiviti membaca malah menggalakkan kita membuat kajian


terhadap sesuatu perkara seperti perkembangan zaman atau permulaan bagi
sesuatu tamadun.

Seterusnya, selepas wahyu pertama diturunkan kepada Nabi


Muhammad S.A.W pada bulan Ramadan, wahyu kedua pula diturunkan
kepada Banginda, iaitu Surah Al Muddassir ayat 1 7,






Wahai orang yang sedang berselimut, Bangun dan berilah amaran,
Hendaklah engkau besarkan Tuhanmu, Bersihkanlah pakaianmu, Jauhilah
perbuatan dosa. Janganlah engkau memberi kerana hendakkan balasan
yang banyak, Hendaklah bersabar kerana Tuhanmu.

Selepas Rasulullah S.A.W menerima wahyu pertama dan kedua ini


bermakna Baginda telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul yang mewajibkan
Baginda untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
Pelantikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pesuruh Allah S.W.T juga
dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat kerana mampu
mengubah cara kehidupan seperti akidah, akhlak dan sebagainya. Semenjak
turunnya ayat Al-Quran ini, Nabi Muhammad S.A.W terus menerus menerima
wahyu dan Baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy
Makkah.

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 Masihi apabila


Nabi Muhammad S.A.W. mendapat wahyu daripada Allah S.W.T. Selepas
wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan

4
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam


berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti


kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan
Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah
menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat
pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang
agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari
negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam


jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki
Uthmaniyyah iaitu empayar Islam yang terakhir telah tumbang.

Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat-peringkat,


iaitu pada mulanya secara rahsia dan kemudian secara terbuka. Penyebaran
Islam secara rahsia berjalan selama tiga tahun yang ditujukan kepada ahli
keluarga Baginda, sahabat yang rapat, dan kaum kerabat Baginda. Antara
yang terawal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri Baginda
S.A.W, Ali bin Abu Talib ketika berumur 10 tahun, sepupu Baginda, Zaid bin
Harithah, anak angkat Baginda, dan Abu Bakar al-Siddiq, sahabat karib
Baginda. Melalui Abu Bakar al-Siddiq, beberapa orang tokoh Quraisy lain
telah memeluk Islam. Antaranya ialah Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam,
dan al-Arqam bin Abu Arqam. Kemudian, al-Arqam telah menjadikan
rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah.

Nabi Muhammad S.A.W telah menyebarkan Islam dengan lebih


meluas menerusi pusat kegiatan Islam ini. Bilangan penganut agama Islam
pada ketika itu sangat kecil, Walau bagaimanapun, ini merupakan kejayaan
yang besar buat Baginda. Baginda perlu berkorban demi memperkenalkan
ajaran baru kepada masyarakat pada masa itu. Sambutan yang
menggalakkan terhadap dakwah Islamiah pada peringkat awal disebabkan
ketinggian akhlak Nabi Muhammad S.A.W dan kejujuran para sahabat.
Mereka yang memeluk Islam pada peringkat awal bukan sahaja terdiri

5
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

daripada golongan bawahan malahan golongan bangsawan. Antara golongan


bawahan yang memeluk Islam pada peringkat awal ialah Bilal bin Rabbah
manakala golongan bangsawan yang terawal memeluk Islam ialah Khadijah
binti Khuwailid dan Abu Bakar al-Siddiq.

Dakwah Islam secara terbuka dilakukan setelah turunnya ayat al-


Quran yang meminta Baginda untuk menyebarkan Islam kepada kaum
kerabat Baginda, iaitu keluarga Abdul Mutalib. Turunnya wahyu daripada Allah
S.W.T, iaitu Surah Ash-Shuara ayat 214;




Beringatlah terhadap kaum kerabatmu yang dekat.

Baginda telah bermusyawarah dengan para sahabat untuk


melaksanakan perintah ini, dan hasilnya Baginda telah mengadakan ceramah
di rumah Ali bin Abu Talib. Baginda menerangkan tentang Islam kepada kaum
kerabatnya dalam majlis itu, maka sebahagian daripada mereka
membenarkannya manakala sebahagian lagi mendustakannya. Salah
seorang bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Abu Lahab
dan isterinya adalah di antara mereka yang sangat - sangat mendustakan
seruan Baginda itu.

Dakwah Islam secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di


Bukit Safa, Makkah, setelah Allah S.W.T menurunkan perintah menerusi ayat
al-Quran, al- Hijr, ayat 94 yang bermaksud,

6
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)








Jalankanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu dengan
tegas,dan janganlah pedulikan orang-orang yang musyrik itu.

Majlis ini dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah.


Antaranya ialah ketua Bani Abdul Muttalib, Bani Zuhrah, Bani Tamim, Bani
Makhzum dan Bani Asad. Perbahasan yang hebat telah berlaku antara Nabi
Muhammad S.A.W dengan Abu Lahab yang telah menghina Baginda
sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan oleh Baginda
terganggu. Setelah itu, mulailah Rasulullah S.A.W menyampaikan dakwahnya
kepada segenap lapisan manusia mengajak mereka kepada agama Islam
dengan cara terang-terangan. Seruan ini ditujukan kepada semua lapisan
masyarakat Arab pada ketika itu, baik golongan bangsawan mahupun lapisan
bawah sahaya, begitu juga kaum kerabat Baginda sendiri atau orang-orang
yang jauh. Pada mulanya Baginda menyeru penduduk Makkah, kemudian
Baginda menyeru penduduk negeri lain pula melalui hijrah Baginda.

Pada mulanya, orang Arab Quraisy tidak mengambil berat tentang


penyebaran Islam kerana penyebaran ini hanya melibatkan keluarga Nabi
Muhammad S.A.W. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyangka seruan
itu akan disambut oleh sebahagian masyarakat Arab Quraisy. Setelah dakwah
Islam dilaksanakan secara terang-terangan dan mendapat daripada
sebilangan orang ramai, barulah orang Arab Quraisy menentangnya.

Walaupun wujud penentangan, dakwah Islam yang disampaikan oleh


Nabi Muhammad S.A.W di Makkah telah menimbulkan reaksi positif di
kalangan masyarakat Arab Quraisy. Pada tahap permulaan, Baginda memilih
untuk melakukan dakwah secara rahsia kerana Islam masih baru dikenali dan

7
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

bilangan penganut Islam masih sedikit. Baginda juga ingin mengelakkan


berlakunya penentangan yang memungkinkan asas Islam itu dihancurkan.

Rakyat dari kelas bawahan dalam masyarakat sangat tertarik dengan


dasar-dasar keadilan persamaan yang dianjurkan oleh Islam. Oleh sebab
kemajuan-kemajuan yang dicapai oleh Islam dan perkembangannya, ketua-
ketua orang Musyrik Makkah telah terperanjat. Mereka mula menghasut
orang ramai supaya tidak mengikut seruan Islam dan kepada mereka yang
sudah memeluk Islam, mereka diseksa dengan pelbagai cara supaya
meninggalkan Islam. Nasib mereka yang baru memeluk Islam ini terutama
daripada golongan hamba abdi dan orang perseorangan yang lemah dan
miskin ini amatlah malang dan kehidupan mereka amatlah menderita. Antara
mereka yang telah diseksa dengan kejam termasuklah Bilal bin Rabah,
keluarga Yassir, Amir bin Fuhairah dan Zunainah. Bilal bin Rabah dijerut
lehernya dengan tali oleh tuannya, Umaiyah bin Khalaf. Manakala keluarga
Yassir telah dijemur di padang pasir sehingga Yassir dan isterinya, Sumaiyah
mati syahid. Amir bin Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh tuannya
sehingga menjadi gila dan Zunainah pula diseksa oleh Abu Lahab sehingga
matanya menjadi buta. Walaupun mereka diseksa dan dikutuk, tidak seorang
pun yang meninggalkan Islam dan berpaling tadah. Keadaan semakin hari
semakin buruk di bandar Makkah dan perhubungan di antara orang-orang
Musyrik dengan orang-orang Islam semakin tegang.

Dalam menyebarkan Islam, Nabi Muhammad S.A.W telah


menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya. Harta bukanlah
ukuran utama dalam berdakwah tetapi kesabaran yang tingi dan
pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam. Orang ramai mudah tertarik
kepada Islam menerusi cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W
walaupun mereka terlalu taasub dengan amalan tradisi masyarakat mereka.
Selain itu, peribadi Rasulullah S.A.W yang mulia itu telah menarik minat orang
ramai dalam mengenali Islam.

Penentangan terhadap Islam dilakukan dengan pelbagai cara. Selain


dicemuh, Nabi Muhammad S.A.W juga turut diganggu semasa Baginda
sedang beribadat kepada Allah S.W.T. Contohnya, benda-benda kotor telah

8
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

diletakkan di tengkuk Baginda semasa Baginda sedang menunaikan solat.


Malahan ada juga yang cuba untuk membunuh Rasulullah S.A.W.

Antara faktor utama yang menyebabkan Islam ditentang ialah faktor


akidah. Golongan yang menentang Islam ini tidak menerima konsep
ketuhanan yang sebenarnya menurut yang diajarkan oleh Islam. Firman Allah
S.W.T yang bermaksud,

Mereka yang telah dikeluarkan dari kampung halaman mereka tanpa alasan
yang benar, melainkan kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah
S.W.T.

Islam juga ditentang kerana ajarannya yang menyarankan prinsip


persamaan taraf sesama manusia. Prinsip ini amat bertentangan dengan
sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat
antara golongan atasan dengan golongan bawahan. Mereka juga menolak
konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep
assabiah yang menjadi pegangan mereka. Amalan seperti mencuri,
merompak dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang
oleh Islam.

Dari segi politik pula, Islam ditentang kerana orang Arab Quraisy
mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi. Mereka menyangka
sekiranya mereka menerima agama Islam, mereka terpaksa tunduk kepada
kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Penyebaran Islam juga menggugat
ekonomi orang Arab Quraisy seperti perusahaan mengukir patung berhala
yang menjadi sembahan kebanyakan daripada mereka. Penyair Arab Quraisy
juga mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka. Nabi Muhammad S.A.W
tetap menghadapi semua itu dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
Mereka juga memujuk Nabi Muhammad S.A.W agar meninggalkan dakwah
Islamiah dengan cara menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta
setelah mereka gagal menggunakan kekerasan. Nabi Muhammad S.A.W
menolak dengan sekeras-kerasnya cubaan merasuah Baginda itu.

9
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Orang Arab Quraisy juga melakukan pemulauan terhadap Nabi


Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda. Semasa pemulauan ini
berlangsung, kehidupan Baginda dan orang Islam sangat terhimpit.
Pemulauan ini berlangsung selama tiga tahun sahaja kerana terhadap di
kalangan orang Quraisy yang tidak mematuhi peraturan pemulauan ini
dengan memberikan bantuan kepada orang Islam. Golongan yang
berkemampuan telah membantu golongan yang kurang berada.

Penentangan terhadap semakin kuat setelah bapa saudara Baginda,


Abu Talib, dan isteri Baginda, Khadijah meninggal dunia. Oleh itu, Baginda
telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengurangkan tekanan
dan penindasan tersebut. Antaranya termasuklah membenarkan orang Islam
berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.

Hijrah dalam konteks tamadun Islam bermaksud, perpindahan umat


Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah dalam usaha untuk
memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk
menyebarkan Islam. Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku
pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 Masihi. Penghijrahan
ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad
S.A.W berhijrah bersama-sama dengan sahabatnya, Abu Bakar al-Siddiq
selepas penghijrahan orang Islam yang lain. Perjalanan mereka berdua
memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Walau bagaimanapun, Umar bin
al-Khattab telah berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat
keberaniannya.

Pelbagai rintangan yang telah dihadapi Nabi Muhammad S.A.W


selama lebih kurang 13 tahun dakwah Islam disebarkan di Makkah. Allah
S.W.T telah memerintahkan Baginda untuk berhijrah menerusi wahyu yang
menyatakan niat dan pakatan orang Arab Quraisy untuk membunuh Baginda.
Perintah ini berasaskan ayat al-Quran, iaitu surah al-Anfal telah mempercepat
penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Kota Madinah.

Hijrah juga bertujuan untuk menyebarkan Islam. Ancaman orang Arab


Quraisy di Makkah telah mengganggu aktiviti penyebaran Islam. Hijrah juga

10
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

merupakan strategi Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan dakwah


Islam. Bagi Nabi Muhammad S.A.W, suasana aman di tempat yang baru akan
memudahkan lagi penyampaian dakwah Islam. Hijrah Nabi Muhammad
S.A.W ke Madinah juga disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah yang
sedang menghadapi pelbagai konflik. Pada ketika itu, suku Aus dan Khazraj
di Madinah bertelagah sesama mereka dan ekonomi pula dikuasai orang
Yahudi. Oleh itu, mereka memerlukan pemimpin yang berkaliber untuk
medamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan. Penghijrahan
juga telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah
dengan orang Islam Madinah. Nabi Muhammad S.A.W memberikan gelaran
Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala
gelaran Ansar diberikan kepada orang Islam Madinah.

Di Madinah, Nabi Muhammad S.A.W telah membina sebuah masjid


iaitu Masjid al-Nabawi iaitu masjid kedua yang dibina selepas Masjid Quba.
Masjid telah dijadikan tempat untuk beribadat dan belajar di samping sebagai
tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh
orang Islam. Aktiviti harian seperti berjual beli juga boleh dilakukan di
kawasan perekitaran masjid. Hijrah berjaya dilakukan dengan sokongan dan
pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Hijrah juga
menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad S.A.W
dan menampakkan kebijaksanaan Baginda dalam mengatur strategi
perjuangan.

Piagam Madinah atau Sahifah Madinah telah dirangka oleh Nabi


Muhammad S.A.W pada tahun 622 Masihi berpandukan wahyu Allah S.W.T.
Piagam ini mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan
rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam ( Muhajirin dan
Ansar ) dan orang bukan Islam ( Yahudi dan suku Arab yang lain ). Piagam
Madinah ini mengandungi 47 fasal. Daripada 47 fasal itu, 23 fasal
membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab
mereka. Sementara 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan
Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah. Perlembagaan Madinah

11
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

merupakan perlembagaan pertama yang digubal di dunia yang menjadi asas


kepada sebuah masyarakat yang berdaulat.

Pembentukan Islam di Madinah pada tahun 622 Masihi telah


menimbulkan iri hati terhadap orang Arab Quraisy. Mereka mula mencari
sokongan daripada orang Yahudi dan penduduk Arab di sekitar Tanah Arab
agar menghapuskan kerajaan Islam. Nabi Muhammad S.A.W telah menyedari
tindakan orang Arab Quraisy dan pada masa yang sama, Baginda telah
menyusun strategi menyebarkan Islam dengan menghantar perutusan ke
Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah, dan wilayah di sekitar Semenanjung
Tanah Arab. Terjemahan warkah Nabi Muhammad S.A.W kepada Maharaja
Rom Timur seperti yang berikut,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Daripada Muhammad, hamba dan pesuruh Allah, kepada Hercules

(Maharaja Rom Timur). Selamat dan sejahtera kepada sesiapa yang


menurut perintah Allah. Anutilah Islam, nescaya anda akan selamat dan
peluklah Islam, nescaya Allah akan mengurniakan ganjaran sebanyak
dua kali ganda. Seandainya anda menolak Islam, maka anda akan
menanggung dosa-dosa rakyat jelata. Wahai ahli kitab, marilah kita
berpegang kepada satu kalimah yang tidak ada perselisihan antara kita.
Bahawa kita menyembah Allah dan kita tidak menyamakan Allah dengan
yang lain. Jika mereka berpaling muka katakanlah kepada mereka
Saksikanlah bahawa kami adalah orang yang menyerahkan diri kepada
Allah.

Dalam menyebarkan Islam, Nabi Muhammad S.A.W tidak memaksa


mereka memeluk Islam tetapi menggunakan diplomasi dan menunjukkan
nilai-nilai yang baik. Oleh sebab orang Arab Quraisy berkelakuan ganas
dengan menyerang kafilah perdagangan Islam, Nabi Muhammad S.A.W
mengambil keputusan untuk membetulkan keadaan itu. Mengikut ajaran
Islam, peperangan tidak dibenarkan dalam Islam kecuali untuk

12
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

mempertahankan diri, agama dan negara. Peperangan hanya boleh dilakukan


dengan keizinan Allah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.

Telah berlaku beberapa peperangan di Madinah sejak tahun 622


Masihi atau 1 Hijrah sehinggalah pembukaan semula Kota Makkah pada
tahun 630 Masihi atau 8 Hijrah. Peperangan tersebut berlaku antara orang
Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah. Peperangan tersebut ialah
Perang Badar pada tahun 624 Masihi bersamaan 2 Hijrah, Perang Uhud pada
tahun 625 Masihi atau 3 Hijrah, Perang Khandak pada tahun 627 Masihi atau
5 Hijrah dan Perang Tabuk pada tahun 630 Masihi bersamaan 8 Hijrah. Garis
panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan ialah
tentera Islam tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti orang
tua, kanak-kanak, wanita, orang yang sakit, dan orang yang menyerah diri.
Mereka juga tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan
memusnahkan tanam-tanaman serta merobohkan tempat ibadat. Pengajaran
daripada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W adalah supaya umat Islam
mengamalkan akhlak yang mulia, saling bertolak ansur, dan menunjukkan
teladan yang baik. Selepas Perang Badar, bilangan orang Arab Quraisy yang
memeluk Islam semakin bertambah.

Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani selepas rombongan orang Islam


ke Makkah untuk menunaikan umrah diseka. Nabi Muhammad S.A.W
menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan
kedatangan mereka. Setelah itu, Baginda bersedia mengadakan perjanjian
dan termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad S.A.W
dengan Suhail bin Amru ( Quraisy ). Orang Islam berpeluang menunaikan haji
pada tahun 629 Masihi setelah perjanjian tersebut termeterai. Mereka juga
bebas beribadat di Kaabah pada bila-bila masa. Dalam tempoh perdamaian
ini, Nabi Muhammad S.A.W telah merangka program dakwah Islamiah ke
seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman. Suku Arab boleh menganut
sebarang agama yang disukai tanpa halangan daripada mana-mana pihak.
Dengan ini, Islam dapat berkembang dengan meluas. Kandungan Perjanjian
Hudaibiyah menggambarkan Islam tersebar secara aman. Ini terbukti dengan

13
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy yang berpengaruh, iaitu Khalid bin
al-Walid, Amru bin al-As, dan Uthman bin Talhah.

Walau bagaimanapun, perdamaian yang dipersetujui hanya bertahan


selama dua tahun sahaja kerana orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi
perjanjian pertama iaitu gencatan senjata selama 10 tahun. Mereka memberi
sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah. Nabi
Muhammad S.A.W telah menghantar pasukan tentera ke Makkah dan ini
menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah.

Dengan kemenangan-kemenangan yang dicapai oleh Rasulullah


S.A.W dalam perjuangannya seperti pembukaan Kota Makkah itu, ramai
orang yang datang bertemu Rasulullah S.A.W dan menghantar perwakilan
tersendiri bagi menyampaikan pengakuan mereka kepada Baginda.
Pengislaman Abu Sufian dan Abbas adalah faktor utama yang memudahkan
kota Makkah dikuasai oleh orang Islam. Orang Arab Quraisy juga turut
memeluk Islam kerana pembesar mereka memeluk Islam. Nabi Muhammad
S.A.W telah melakukan tawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah
kemudian berpidato kepada umat Islam setelah berjaya menguasai Kota
Makkah. Baginda membacakan ayat al-Quran yang menekankan orang Islam
dalam kepentingan perpaduan yang terdiri daripada pelbagai masyarakat.
Kaabah juga terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah seperti penyembahan
berhala yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah. Kota Makkah juga
merupakan kota suci umat Islam. Ini terbukti apabila semua umat Islam dari
seluruh dunia melakukan ibadat haji dan umrah pada setiap tahun.
Pembukaan semula Kota Makkah juga menunjukkan kepimpinan Nabi
Muhammad S.A.W begitu kukuh di Madinah.

Kebanyakan sejarawan berpendapat bahawa peristiwa pembukaan


semula Kota Makkah juga menjadi titik tolak dalam penyebaran Islam ke
seluruh Tanah Arab. Dakwah Islam juga tersebar secara aman ke seluruh
dunia selepas itu. Buktinya, masyarakat Malaysia yang beragama Islam
berhak menganuti agama Islam secara sukarela, tanpa paksaan daripada
mana-mana pihak. Makkah juga telah wujud sebagai pusat pemerintahan
Islam yang kuat. Nabi Muhammad S.A.W menjadikan Madinah sebagai pusat

14
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

pentadbiran Islam manakala Makkah sebagai salah sebuah wilayah Islam.


Baginda juga telah melantik wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam di
Makkah.

Sebelum kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Banginda telah memberi


khutbah haji yang terakhir di Makkah dalam Haji Wida pada tahun 10 Hijrah.
Baginda berpesan kepada umat Islam bahawa Baginda telah meninggalkan
dua perkara, yang mana umat Islam tidak akan sesat selama-lamanya
sekiranya mereka berpegang kepada dua perkara itu, iaitu al-Quran dan as-
Sunnah. Antara khutbah haji terakhir Nabi Muhammad S.A.W ialah,

Hai sekalian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap
terhormat seperti kamu mempunyai hak ke atas mereka. Setiap individu
Islam ialah saudara orang Islam. Mereka bersaudara.. Hai manusia, saya
telah meninggalkan kepada kamu satu pusaka dan kamu tidak akan
sesat selama-lamanya selagi kamu masih berpegang dengan pusaka ini,
iaitu Kitab Allah atau al-Quran dan sunah Rasulullah.

Nabi Muhammad S.A.W wafat pada tahun 632 Masihi bersamaan 11


Hijrah dan tugas menyebarkan Islam disambung oleh sahabat-sahabat
Baginda yang terpilih seperti Abu Bakar al-Siddiq, Ali bin Abu Talib, Umar al-
Khattab dan Uthman bin Affan. Pemerintahan ini dinamakan pemerintahan
Khulafa Al-Rasyidin. Pembentukan kerajaan Islam di Madinahdan tamadun
Islam yang dibina di Madinah menjadi permulaan kepada kejayaan
pemerintahan Islam seterusnya.

2.2 Banding beza pencapaian Islam antara zaman Khulafa Ar Rasyidin,


Daulah Umaiyah dan Daulah Abbasiyah.

Kemajuan tamadun islam yang dibina oleh Rasulullah S.A.W tidak


dapat di bandingkan dengan kemajuan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin
lain. Oleh sebab itulah segala yang ditinggalkan oleh Baginda di warisi oleh

15
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

sahabat - sahabat baginda iaituSaidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar


al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib.

Sahabat-sahabat baginda ini meneruskan corak pemerintahan yang


ditinggalkan oleh baginda dan melakukan banyak perubahan dalam
melaksanakan sistem islam. Perlantikan sahabat-sahabat baginda dilakukan
dengan mengunakan sistem syura iaitu sistem yang di lakukan oleh
Rasulullah. Dimana setiap sahabat baginda yang dilantik hendaklah
melaksanakan pemerintahan seperti yang ditunjukan dan dilakukan oleh
baginda berdasarkan al-quran dan as-sunnah tidak mengikut hawa nafsu
semata-mata.

Dalam kupasan tajuk yang seterusnya, kita akan melihat banding beza
yang dapat di lihat dalam pencapaian Islam di antara zaman Khulafa Ar
Rasyidin, zaman Kerajaan Bani Umaiyah dan zaman Kerajaan Bani
Abbasiyah. Perbezaan dan persamaan ini boleh di lihat daripada beberapa
aspek antaranya dari sudut politik, pentadbiran, social, ekonomi dan
ketenteraan serta pertahanan. Pencapaian demi pencapaian ini merupakan
kesinambungan daripada kejayaan Baginda Rasulullah dalam
mengembangkan ajaran Islam di seluruh pelusuk dunia dan ianya diteruskan
oleh legasi kepimpinan khalifah dan kerajaan Islam seterusnya.

Oleh sebab itu sahabat-sahabat mengunakan gelaran-gelaran


tertentu,misalnya Abu Bakar mengunakan gelaran khalifah, Umar al-khattab
mengunakan gelaran Amirul mu`minin dan Ali bin Abi Talib mengunakan
gelaran Iman. Selain itu mereka telah mencapai pelbagai kemajuan dan
kejayaan berdasarkan apa yang di tinggalkan oleh Rasulullah. Mereka telah
meletakan islam adalah kuasa yang disegani dan dihormati oleh masyarakat
lain.

Pencapaian Islam di zaman Khulafa Ar Rasyidin bermula dengan


pemerintahan Khalifah Abu Bakar As Siddiq, khalifah yang pertama dimana
beliau sebagai khalifah telah di baiah oleh lebih kurang 300 orang yang
berlangsung di Masjid Nabi.

16
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Dalam medan dakwah, setelah Abu Bakar menganut agama Islam,


beliau mula berdakwah. Peribadi Abu Bakar yang mulia dan selalu menolong
orang lain telah dikenali oleh kaumnya. Oleh sebab itu, ramai yang selalu
datang kepadanya untuk meminta tolong dan disebabkan oleh keperluan
perdagangan. Dalam kesempatan baik ini, beliau mengajak rakan- rakannya
untuk masuk Islam. Antara yang telah menganut agama Islam melalui dakwah
Abu Bakar ialah Zubair bin Awwam, Uthman bin Affan, Talha bin Ubaidah,
Saad bin Abi Wakas dan Abdul Rahman bin Auf.

Sepanjang pemerintahan Khalifah Abu Bakar ini, tidak banyak


pembaharuan yang dapat di lakukan kerana masalah memerangi golongan Ar
Riddah. Dalam usaha memerangi golongan ini, Abu Bakar juga telah
membahagikan pasukan tenteranya kepada sebelas bendera. Setiap satu
bendera, diangkat seorang panglima dan diberangkatkan menuju arah yang
berbeza- beza. Panglima Khalid bin Khuwailid menuju ke suku Bani Asad dan
setelah selesai beliau diberangkatkan menuju kepada Malik bin Nuwairah,
iaitu pimpinan Bani Tamim di Baithah. Bendera kedua diketuai oleh Ikrimah
bin Abu Jahal dan diberangkatkan untuk memerangi Musailimah iaitu
pemimpin Bani Hanifah di daerah Yamamah. Syurahbil bin Hasanah
membawa bendera ketiga sebagai pembantu Ikrimah. Lima bendera
diberangkatkan ke selatan untuk memerangi kaum murtad yang berada di
daerah Yaman, Kandah, Hadramaut, Bahrain dan Oman. Tiga bendera
dihantar ke utara untuk memerangi suku Qudhaah, Bani Sulaiman dan
Hawazin. Mereka juga diperintahkan sampai di negeri Syam (Syria). Sebelum
melancarkan perang, Abu Bakar telah mengutuskan surat agar mereka
kembali kepada agama Islam, namun hanya sebilangan kecil sahaja yang
menerimanya.

Dari aspek ketenteraan, sebelum baginda Rasulullah wafat, baginda


telah membentuk pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah bin Zaid bin
Harithah. Baginda menyuruh agar angkatan perang ini dihantar ke tempat
ayah Usamah dan Jafar bin Abu Thalib terbunuh agar angkatan perang ini
dapat mengembalikan keamanan di perbatasan antara Negara Arab dan
Rom. Namun setelah kewafatan baginda, tersebar berita fitnah di seluruh
penjuru semenanjung Arab. Para sahabat mengharapkan agar angkatan

17
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

perang Usamah tidak diberangkatkan atau diperlambatkan


keberangkatannya. Namun Abu Bakar tetap akan menyambung semula
hasrat baginda. Sebahagian sahabat menyuruh Abu Bakar menggantikan
Usamah bin Zaid dengan orang yang lebih tua kerana beliau terlalu muda
untuk mengetuai angkatan perang. Namun Abu Bakar tetap berpegang teguh
dengan pendiriannya. Setelah berperang hampir 40 hari, tentera Usamah
beroleh kemenangan.

Pada zaman ini juga, para pembangkang zakat telah berkumpul dan
mengadakan gerombolan yang banyak di Kota Makkah. Golongan ini diketuai
oleh Malik al- Nuwairah dan ramai lagi di Bahrain, Tihamah, Umman,
perbatasan Syam dan lain-lain. Mereka mengirimkan sebahagian utusan
menuju ke Kota Madinah untuk menyatakan pembakangan zakat.
Sebahagian daripada sahabat berpendapat jangan diperangi sebaliknya
meminta pertolongan untuk memerangi kaum yang mengaku Nabi dan kaum
murtad. Abu Bakar tetap bertekad akan memerangi kaum pembangkang
zakat. Beliau menyerang gerombolan mereka dan menyapu dari tempat-
tempat mereka sehingga bersih. Para suku pembangkang zakat kemudian
datang menyerahkan harta zakat.

Di zaman Khalifah Abu Bakar ini, beliau telah menyebarkan agama


Islam ke Rom, Parsi dan Syria. Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar
dan kuat yang mengusai Mesir. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum
dan beragama Kristian. Rakyatnya memberontak disebabkan
pemerintahannya yang zalim. Keadaan yang sama turut berlaku di Parsi.
Panglima Khalid Al - Walid dan Muthana bin Harith dengan mudahnya
menakluki Parsi. Ini merupakan perluasan kuasa Islam pertama oleh Khalifah
Abu Bakar. Beliau turut menakluki Syria akibat kekejaman pemerintahnya.
Setelah Rasulullah wafat, orang Badwi telah dipengaruhi oleh Hercules untuk
melancarkan pemberontakan. Abu Bakar telah menghantar empat pasukan
ke Syria yang dipimpin oleh Ubaidah al- Jarrah, Amru AlAs, Yazid bin Abu
Sufian dan Syurahbil bin Hasanah. Selain itu, beliau sangat mengambil berat
tentang kebajikan rakyat sehingga beliau telah memperuntukan sebanyak 600
dirham setahun untuk di belanjakan kepada rakyat dan negara.

18
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Sementara itu dalam soal pertadbiran wilayah beliau membahagikan


Semenanjung arab kepada Madinah, Makkah, Thaif, Syria, Yaman, Najran,
Hadramaut, Bahrain dan Daumat al-Jandal dimana setiap wilayah tersebut di
lantik seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada pertadbiran khalifah
yang berpusat di Madinah dalam mengendalikan urusan kebajikan rakyat,
pengurusan zakat, menjalankan keadilan, kehakiman dan menjadi imam.
Setelah pasti negara islam dalam kaadaan stabil beliau mengalihkan
perhatian kepada dasar-dasar luar. Walaupun dalam jangka masa yang
singkat beliau nyata dapat meletakan asas-asas yang kukuh dan demokratik
terhadap pemerintahan Madinah. Ini memudahkan peganti-pengganti beliau
untuk meneruskan dasar-dasar tersebut.

Seterusnya pencapaian Islam pada zaman Khulafa Ar Rasyidin ini di


teruskan lagi oleh khalifah Islam kedua, Umar Al Khattab dengan melakukan
beberapa lagi siri pencapaian dalam usaha menyebarluaskan syiar Islam.
Dalam bidang pemerintahan, perluasan kuasa Islam secara besar- besaran
telah terjadi sehingga zaman ini dinamakan Futuhat al- Islamiyyah (perluasan
wilayah Islam). Pasukan Islam berjaya menduduki Syria, Parsi, Iraq, Mesir,
dan Palestin. Khalifah Umar juga telah membentuk Majlis Permusyarawatan,
Anggota Dewan dan memisahkan lembaga pengadilan. Wilayah Islam telah
dibahagikan kepada lapan yang terdiri daripada beberapa daerah dan
subdaerah. Setiap daerah telah dilantik gabenor. Gaji mereka mengikut
aturan dan pentadbiran cukai telah diperkemaskan.

Khalifah Umar telah menubuhkan Majlis Syura yang merupakan


lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Majlis Syura terbahagi kepada
dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota tertinggi Majlis
ini diketuai oleh wakil dari golongan Muhajirin dan Ansar. Melalui Majlis Syura
ini, beliau dapat mengetahui permasalahan yang berlaku. Beliau turut
memberi kebebasan kepada rakyat untuk memberikan pendapat dan
mengemukakan persoalan demi kebaikan dan keadilan Islam.

Selain itu, Khalifah Umar telah membahagikan wilayah-wilayah Islam


untuk melicinkan pentadbiran. Di setiap wilayah mempunyai pegawai yang
dilantik untuk menjalankan pentadbiran. Mereka ini akan datang ke Makkah

19
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

untuk memberikan laporan sesudah menunaikan haji. Salah seorang pegawai


tersebut ialah Muawiyah bin Abu Sufian. Syarat yang dikenakan demi
menjamin keadilan dan kesucian Islam, sebelum menjadi gabenor, mereka
hendaklah mengisytiharkan harta demi mengelakkan rasuah.

Dalam meningkatkan ekonomi umat Islam dan wilayah-wilayah yang


baru di takluki Islam, Beliau telah menubuhkan Baitulmal (Institusi
Perbendaharaan Negara) bagi tujuan mengumpul dan menguruskan harta
dan khazanah kerajaan. Sebarang bentuk hasil negara yang tiada waris akan
di masukkan ke dalam Baitul Mal. Khalifah Umar juga telah memperkenalkan
sistem percukaian. Cukai telah diperkenalkan untuk menambahkan
pendapatan di kawasan tertentu. Cukai jizyah (cukai perlindungan) telah
dikenakan kepada golongan zimmi dan kharaj (cukai tanah) berdasarkan jenis
tanaman dan kesuburan tanah. Oleh sebab itu, cukai ini langsung tidak
memberatkan.

Terusan juga telah diwujudkan bagi memajukan sistem pertanian


seperti Terusan Amirul Mukminin. Khalifah Umar juga membina Empangan
Abu Musa dan tanah juga diselidik untuk menempatkan tanaman yang sihat
dan berkualiti. Rakyat digalakkan membuka tanah- tanah baru bagi
memperbanyak hasil pertanian. Sekiranya tanah itu tidak dikerjakan maka
tanah tersebut ditarik balik.

Khalifah Umar telah melakukan polisi baru dalam bidang social untuk
golongan zimmi. Taraf dan hak awam telah diberikan sama rata. Golongan
zimmi yang menentang Islam akan dibuang dan dihalau keluar dari negara.
Harta mereka tidak dirampas, malah harta yang tidak dapat dipindahkan akan
dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam. Selain itu, beliau telah meningkatkan
taraf bagi golongan hamba. Golongan hamba tidak lagi ditindas dan dihina
kerana mereka diberikan hak kepentingan social dan taraf yang baik. Beliau
menetapkan hamba perempuan yang menjadi ibu tidak akan dijual sesuka
hati dan hamba yang bekeluarga tidak boleh dipisahkan dengan keluarga
mereka. Taraf golongan hamba sama dengan tuannya dalam hal- hal tertentu
dan pegawai yang tidak menjaga kepentingan hamba akan dikenakan
tindakan.

20
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Khalifah Umar juga adalah individu yang bertanggungjawab dalam


menentukan tahun Hijrah dalam calendar Islam. Takwim atau calendar ini
dimulakan pada tahun 17 Hijrah bertujuan untuk memudahkan urusan
pentadbiran negara terutamanya dalam bidang pendidikan yang banyak
melibatkan penggunaan tarikh.

Dalam meningkatkan tahap ilmu penduduk pada masa itu, Khalifah


Umar turut menyediakan guru- guru bagi mengajar pelbagai ilmu dan dihantar
ke seluruh tempat yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Banyak
sekolah telah ditubuhkan di masjid. Bagi menghuraikan prinsip- prinsip utama
ajaran Islam seperti al- Baqarah, an- Nisa, al- Maidah dan sebagainya. Umat
Islam wajib menghafal surah- surah tertentu dalam al- Quran. Mereka
diberikan sebagai ganjaran usaha demi menggalakkan mereka menghafal al-
Quran.

Dalam bidang pertahanan negara, Khalifah Umar telah menubuhkan


pasukan polis untuk menjaga keselamatan dalam negeri. Beliau juga telah
membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut.

Pencapaian Islam di zaman Khulafa Ar Rasyidin diteruskan lagi


dengan beberapa pembaharuan yang di lakukan oleh Khalifah Uthman bin
Affan. Dari aspek pemerintahan beliau, Khalifah Uthman telah memperluas
wilayah Islam ke Empayar Rom Timur dan Empayar Parsi pada zaman
kegemilangannya. Wilayah terbaru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus,
Afghanistan, Samarqand, Libya, Algeria, Morocco, Tunisia dan beberapa
buah negara lain. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan
angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan negara
dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara telah dibuka melalui
angkatan tentera ini.

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara


meluas. Apabila ramai yang menganut agama Islam maka terjadilah
perbezaan dengan wilayah - wilayah lain. Mereka menghadapi masalah
dalam mempelajari al- Quran dan banyak terdapat perbezaan bacaan yang
membawa kepada kesalahan bacaan antara satu tempat dengan tempat lain.
Keadaan ini telah menyebabkan salah faham dan saling tuduh - menuduh

21
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

sesama orang Islam untuk menyatakan siapa yang betul bacaannya. Oleh itu,
Khalifah Uthman mengadakan satu nafkhah al- Quran yang digunakan secara
rasmi oldeh seluruh umat Islam. Al- Quran yang berbeza telah dibakar dan
beliau telah menggunakan lahjah Bahasa Quraisy. Al- Quran ini dikenali
sebagai Mushaf Uthmani atau Resm Uthmani yang telah digunakan sehingga
ke hari ini.

Aspek pembangunan juga telah di lakukan pembaharuan di mana


bangunan- bangunan pejabat, rumah- rumah rehat untuk para pegawai di
Kufah, Basrah dan Syria telah dibina. Jalan raya, jambatan dan telaga air
dibina untuk keperluan para pengembara dan tebing- tebing sungai dibina
untuk mengatasi maslah banjir. Khalifah Uthman juga telah melakukan
pembesaran masjid Nabawi dengan membeli tanah bagi memperluaskan
kawasan tersebut. Masjid tersebut diluaskan pada tahun 29 Hijrah.

Dalam menyebarkan dakwah islamiyyah, Khalifah Uthman sering


berdakwah di penjara dan berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga
banyak mengajar hukum- hukum Islam kepada rakyatnya dan ramai
pendakwah telah dihantar ke serata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam.
Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum dan petugas khas yang
memperbetulkan saf- saf solat. Beliau menjalankan hukum- hakam
berpandukan al- Quran dan as- Sunnah.

Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib K.W.J, beliau sanggup menerima
jawatan khalifah walaupun pada masa itu negara huru- hara kerana titik
pertukaran politik negara islam yang bercelaru apabila ramai pihak berebut
untuk menjadi ketua. Saidina Ali telah berusaha bersungguh - sungguh
sehingga dibunuh kerana ingin mengekalkan keamanan negara islam yang
telah dibina oleh Nabi Muhammad SAW.

Beliau juga berusaha bersungguh- sungguh untuk menghentikan


peperangan dan mengekalkan kestabilan serta keharmonian negara islam.
Beliau sanggup menghentikan peperangan saudara iaitu Perang Siffin dan
mengadakan rundingan walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan
apabila ada di kalangan pihak musuh yang rela mengangkat al- Quran.

22
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Saidina Ali juga telah membina markas tentera di Parsi dan Syria untuk
mengutamakan keharmonian dan kedamaian. Beliau juga tidak pernah
melupakan soal pertahanan negaranya. Manakala untuk mengembangkan
sistem ekonomi negara, kutipan cukai jizyah yang bermula pada zamn
Khalifah Umar telah diteruskan. Hal ini telah dinyatakan dalam surat yang
dihantarkan kepada Al- Asytar. Khalifah Ali meminta bantuan beliau mengikat
perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.

Dalam aspek pertahanan negara, beliau telah menubuh dan menyusun


pasukan polis yang diberi nama Al - Syurtah. Tugasnya adalah
mengendalikan perkara berkaitan jenayah yang berlaku di tempat umum
terutama di pasar besar. Beliau juga melengkapkan angkatan bersenjata
dengan menubuhkan beberapa pasukan bersenjata seperti angkatan
berkuda, angkatan berjalan kaki, angkatan perisik yang terdiri daripada
angkatan perisik sayap kanan, kiri dan belakang. Rakyat yang berkhidmat
dalam angkatan senjata ini diberi peruntukan gaji sebanyak 600 dirham
ditambah dengan wang kebajikan untuk keluarga masing-masing. Pada masa
pemerintahannya juga ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.

Huraian di atas adalah antara pencapaian Islam yang berlaku di zaman


Khulafa Ar Rasyidin. Kupasan seterusnya, kita akan melihat tentang
pencapaian Islam di bawah Kerajaan Bani Umaiyah. Adakah terdapat
pelbagai perbezaan yang nyata? Ataupun penerusan legasi pemerintahan
khalifah sebelumnya?

Pemerintahan Bani Umayyah adalah satu sejarah yang memaparkan


perkembangan Islam bermula zaman Muawiyah Bin Abi Sufyan sehingga
Marwan Bin Muhammad. Pemerintahan Bani Umaiyah berjalan selama 90
tahun bermula dari 40 Hijrah sehingga 132 Hijrah. Sepanjang pemerintahan
khalifah Bani Umaiyah, banyak pencapaian dan kemajuan yang telah di
lakukan oleh para khalifah sehingga membawa Bani Umaiyah satu tamadun
Islam yang cemerlang di zamannya. Antara sumbangan yang dicapai pada
zaman Bani Umayyah ialah menubuhkan dan menyusun jabatan ketenteraan
dengan lebih sistematik. Kepesatan ekonomi dari sudut perdagangan di
Andalusia, perkembangan daripada sudut ilmu sains dan perubatan dan

23
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

politik dan pentadbiran Bani Umayyah yang berjaya membuka banyak tanah
jajahan.

Pada zaman Bani Umaiyah, jabatan ketenteraan terus berkembang


dan bertambah luas, merangkumi tentera laut dan kapal. Terdapat juga
dokumen yang merekodkan senarai nama tentera dan sistem bergaji.
Bilangan tentera arab pada zaman Muawiyyah bin Abu Sufyan mencapai
40,000 orang tentera termasuk tentera bergaji dan sukarela tanpa
memisahkan antara tentera laut dan darat. (Hasan Ibrahim 1996)

Pada zaman kerajaan Umaiyah, umat Islam memiliki tiga tentera laut
iaitu Syam, Mesir dan Afrika Utara di mana setiap tentera laut mempunyai
panglima laut atau Amir al Bahr. Pada awalnya orang arab tidak mempunyai
kemahiran dalam pembinaan kapal dan menggerakkannya ke tengah lautan.
Oleh itu mereka mendapat bantuan daripada bangsa lain seperti Qibti,
Byzantine dan Yunan yang mahir dalam bidang itu. Selepas kerajaan Islam
kukuh mereka sering berulang alik menggunakan laut. Kesannya orang arab
semakin mahir dan mampu membinanya sendiri. (Sahrulazmi dlm Salim
2006)

Kemajuan keilmuan dan kebudayaan pada zaman Umaiyah telah


mencapai kejayaan yang gemilang. Banyak kejayaan yang telah dicapai,
bahkan telah mempengaruhi kepada kemajuan di dunia Eropah. Pusat
pemerintahan Bani Umayyah yang berada di Damsyik merupakan kota yang
penuh dengan peninggalan kemajuan sebelumnya lagi. Daerah
kekuasaannya selain yang telah diwariskan oleh khulafa ar rasyidin, telah
pun menguasai Andalusia, Afrika Utara, Syam, Iraq, Khurasan. Dalam daerah
kekuasaannya terdapat kota kebudayaannya seperti Yunani, Iskandariah,
Antiokia, Harran, Yunde Sahfur. (Ahmad Amin 2012) Yang telah
dikembangkan oleh para intelektual Yahudi, Nasrani dan Zoroaster. Setelah
masuknya islam menguasai kota-kota budaya itu, para ilmuantetapa
memelihara ilmu-ilmu peninggalan Yunani bahkan mendapat perlindungan.
Ada antara mereka yang memegang jawatan di pejabat khalifah. Ada yang
menjadi doktor peribadi khalifah dan bendahara. Kehadiran mereka serba
sedikit banyak mempengaruhi ilmu pengetahuan.

24
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Bidang kimia dan perubatan juga turut dikembangkan. Khalid Bin Yazid
merupakan salah seorang tokoh dalam Ilmu kimia dan perubatan. Khalid Bin
Yazid juga telah mendapat gelaran Hakim alu Marwan yang merupakan
orang pertama yang menterjemahkan ilmu tib dan kimia dari bahasa Greek ke
Bahasa Arab. Beliau telah memanggil sekumpulan orang-orang Greek yang
tinggal di Mesir dan telah meminta mereka menterjemahkan kitab-kitab dalam
Bahasa Greek dan Kibti tentang ilmu kimia ke dalam bahasa Arab (Hassan
Ibrahim 1996)

Pada zaman khalifah Al Walid bin Abd malik pula, beliau memberikan
perhatian kepada pembinaan Bimaristan iaitu hospital untuk merawat orang
sakit juga sebagai tempat pengajian dalam bidang perubatan. Bimaristan
berasal daripada perkataan Parsi yang bermaksud Bima (sakit) Stan (tempat).
Terdapat juga penjagaan khas bagi orang yang mempunyai masalah mental.
Bimaristan ini mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang memisahkan
antara wad lelaki dan perempuan, juga mempunyai wad khusus yang
menempatkan jenis penyakit yang berbeza. Di Bimaristan juga terdapat
Orthopedia, pembedahan, Ophtalmology. Juga mempunyai tempat-tempat
khas untuk pesakit mental. (Gorrini 2002)

Kemajuan kerajaan bani Umayyah dalam mengembangkan ilmu sains


dan perubatan ke dalam hidup masyarakat merupakan satu sumbangan
terbesar yang menunjukkan keluasan pandangan Islam dalam menerima
pelbagai bentuk ilmu pengetahuan yang mendatangkan manfaat dan tidak
sekadar berlegar-legar di bidang ilmu naqliah semata-mata.

Dari sudut ekonomi, pada awal pemerintahan Bani Umayyah,


perkembangan mata wang Islam telah terjejas apabila pemberontak-
pemberontak ketika itu mengeluarkan matawang sendiri bagi membuktikan
kekuasaan mereka di beberapa wilayah Islam tertentu. Rentetan dari itu
pengeluaran dan pengawalan wang pada zaman Umawiyyah telah dilakukan
oleh gabenor setiap wilayah. Antara gabenor yang mengeluarkan matawang
sendiri ialah Hajjaj Bin Yusuf al Thaqafi, Abdullah Bin al Zubayr dan Musab
bin al Zubayr. Matawang yang dikeluarkan masih menggunakan matawang
Parsi dan Rom dengan tambahan unsur islam, termasuk tulisan Abd Allah
Amir al Muminin.(Hassan dlm Edawaty 2012)

25
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Pada awal pemerintahan Muawiyah Bin Abi Sufiyan, beliau tidak


menempa atau mencetak mata wang baru, beliau hanya meneruskan tradisi
khulafa arrasyidin yang mencetak kalimah dan lafaz bahasa arab, manakala
tarikh mata wang tersebut tercatat mengikut tarikh Parsi atau takwim hijri.
Pada awal zaman Umawi juga terdapat matawang bukan emas dan perak
iaitu fulus atau tembaga yang digunakan secara meluas. Matawang fulus ini
digunakan untuk pembelian barangan kecil dan murah. Mata wang tembaga
ini telah digunakan secara meluas oleh orang Rom sejak awal lagi tetapi ia
tidak digunakan secara meluas di kalangan orang Arab sebelum penaklukan
wilayah-wilayah syira. Keadaan ini berterusan hinggalah ke zaman khalifah
Umawiyah yang ke-lima iaitu Abd Malik Bin Marwan merupakan seorang
khalifah yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam
mempertahankan ekonomi Islam. Justeru beliau menetapkan tiga matlamat
utama dalam ekonomi mata wang. Matlamat tersebut ialah :

Membebaskan negara Islam dari menggunakan mata wang asing


(Parsi dan Rom). Pembebasan ini sama ada dari sudut ekonomi dan
pembebasan dari unsur-unsur bukan islam pada mata wang.

1. Menyatukan seluruh umat islam pada satu mata wang sahaja


setelah terdapat pelbagai mata wang yang dikeluarkan oleh
gabenor. Kerana kepelbagaian ini telah menimbulkan kesukaran
bagi umat Islam terutama bila terdapat perbezaan antara nilai
dan berat antara mata wang-mata wang ini.(Dawud dlm Salmy
2012)

2. Hanya kerajaan sahaja yang berhak mengeluarkan mata wang.

( Dawud dlm Salmy 2012)

Sehubungan dengan itu untuk mencapai misi ini Abd malik Bin Marwan
telah mengeluarkan Dinar Islam pertama pada tahun 76H.(Dawud dlm Salmy
2012)

Usaha Abd Malik Bin Marwan ini merupakan satu sumbangan yang
besar kepada negara dan umat Islam kerana dengan ini telah wujudnya mata
wang bagi umat Islam. Beliau merupakan seorang khalifah yang mempunyai

26
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan ekonomi Islam, akhirnya


mata wang ini diterima secara meluas di seluruh wilayah islam dan dunia
eropah pada ketika itu.

Semasa Islam berkembang di Andalus, kedatangan Islam ke sana


telah berjaya memulihkan ekonomi yang lumpuh semasa pemerintahan
sebelumnya iaitu pemerintahan Rom dan Visigoth. Semasa pemerintahan
Bani Umayyah, Andalus adalah sebuah negara yang termaju di
Eropah,walaupun pada ketika itu banyak berlakunya pergolakan politik. Oleh
yang demikian untuk memastikan Andalus sentiasa kukuh, maka Andalus
memerlukan satu sistem ekonomi yang kukuh untuk menjamin keseragaman
hidup masyarakat andalus.

Di bawah pemerintahan Bani Umayyah, kegiatan pertanian telah


dimajukan semula, pelbagai usaha dilakukan untuk meletakkan ekonomi
Andalus ke satu tahap yang tinggi. Pemerintah memperkenalkan pelbagai
teknik baru untuk meningkatkan hasil pertanian dengan, dengan
memperkenalkan sistem perairan baru, pengenalan tanaman-tanaman baru,
teknik penanaman, kalendar pertanian dan sebagainya (Reilly dlm
Noranizah&Ezad 2012) sistem pertanian yang baru diperkenalkan telah
banyak memberi kesan yang baik kepada rakyat, dan tidak dikuasai oleh
golongan pemerintah semata-mata. Selain itu bidang-bidang ekonomi lain
seperti perindustrian dan perlombongan juga turut diberi perhatian.

Sehubungan dengan itu bidang perindustrian merupakan tulang


belakang kepada perkembangan ekonomi di Andalus di samping bidang
pertanian (Imaduddin dlm Noranizah&Ezad 2012) kemunculan institusi-
institusi intelektual menghasilkan penemuan-penemuan baru telah
memperkasakan lagi bidang ini. Institusi-Institusi ini juga telah melahirkan
lebih ramai tenaga mahir. Di samping faktor bekalan mentah yang banyak dan
permintaan yang tinggi telah memajukan lagi sektor ini.

Dalam bidang politik dan pentadbiran pula, selepas kematian Ali k.w.j.
umat islam telah membaiah Hassan Bin Ali sebagai khalifah, namun begitu
untuk menjaga perpaduan umat Islam, Ali menyerahkan kuasa kepimpinan
kepada Muawiyah Bin Abi Sufyan pada 25 Rabiul awal 41 Hijrah, pada tahun

27
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

itu digelar sebagai am al jamaah (tahun kesatuan). Peralihan kekuasaan


khalifah yang berlaku juga turut mengubah corak pemerintahan yang ada
pada zaman khulafa arrasyidin iaitu sistem syura kepada pemerintahan
monarki iaitu pemerintahan melalui sistem warisan dan menjadikan
kekuasaan mutlak kepada pemerintah pada ketika itu. Hal ini kerana
Muawiyah Bin Abi Sufyan telah melantik puteranya iaitu Yazid bin Muawiyah
sebagai pemerintah seterusnya bagi menggantikan beliau.

Sepanjang pemerintahan kerajaan Bani Umayyah , banyak siri usaha


dalam melakukan penyebaran kuasa Islam, melalui penaklukan demi
penaklukan. Perluasan kuasa bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia
memerlukan beberapa elemen penting seperti kestabilan politik dalam negara
dan memerlukan pemimpin yang bercita-cita besar.(Shalabi 1984) Kerajaan
Umawiyah memang terkenal dengan sejarah perluasan kuasa Islam, sebagai
menyambung usaha pada zaman khulafa arrasyidin.

Perluasan kuasa islam pada zaman Umayyah dibahagikan kepada tiga


kawasan. Pertama, pertembungan dengan kuasa Byzantine di Asia Kecil,
pengepungan Constantinople, serta perluasan kuasa Islam di kepulauan
Mediterranean. Kedua melibatkan perluasan kuasa Islam di Afrika Utara
sehingga menyeberangi Selat Giblatar ke Andalus. Manakala bahagian ketiga
adalah perluasan kuasa Islam di sebelah Timur iaitu dari Iraq menuju ke
Timur. Bahagian ketiga terbahagi kepada dua cabang di mana satu bergerak
ke Utara menuju Bilad Wara an nahar dan satu lagi bergerak ke Selatan iaitu
as Sind.

Selain usaha pembukaan Constantinople, tentera Islam juga berusaha


membuka Andalus. Dalam operasi pengintipan ke Andalus pada tahun 91 H.
seramai 500 orang tentera diketuai oleh Zurah Tarif bin Malik di hantar oleh
Musa Bin Nusayr menyeberangi selat Giblartar. Akhirnya usaha yang
dilakukan,Andalus jatuh ke atas kekuasaan Islam. Penaklukan Andalusia
pada zaman umayyah, telah membuka demensi baru Islam di Eropah.
Dakwah islam akhirnya tersebar merentasi benua, kerana usaha-usaha
penaklukan ini.

28
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Kupasan di atas adalah antara pencapaian-pencapaian yang di capai


oleh Islam semasa berada di bawah pemerintahan Daulah Umaiyah. Terdapat
perbezaan perbezaan tertentu daripada zaman Khulafa Ar Rasyidin serta
penambahbaikan. Seterusnya, kita akan melihat perbezaan dan persamaan
pencapaian Islam dalam zaman Daulah Abbasiyah pula.

Kerajaan Bani Abbasiyah ialah nama yang diberi oleh khalifah


Baghdad iaitu empayar kedua islam selepas penyingkiran pemerintahan
Kerajaan Bani Umaiyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 M
selepas mereka berjaya mengalahkan tentera kerajaan bani umaiyah dalam
medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara
perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera
berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai
zaman kegemilangan pada abad ke-9 masihi, iaitu semasa zaman
pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid dan anaknya al-Makmun. Pada
zaman tersebut, kegiatan bercorak ilmiah berkembang dengan pesat dan
meluas melalui penulisan dan penterjemahan buku. Kota Baghdad
berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran intelektual.

Pencapaian dalam ilmu pengetahuan telah menjadikan Kota Baghdad


sebagai pusat interlektual dan penyebaran imu pengetahuan semasa
pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun.
Menubuhkan Baitul Hikmah sebagai sebuah institusi keilmuan yang
ditubuhkan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Institusi ini berkembang secara
meluas dan mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah
al-Makmun. Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat dan mencapai
kemuncaknya. Kerja-kerja penterjemahan lebih sistematik. Penterjemahan
bekerja secara berkumpulan di bawah kawalan seorang penyelaras.
Penterjemahan karya falsafah dan sains, khususnya daripada bahasa yunani
menjadi kegiatan utama. Menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan
para ilmuan dalam pelbagai bidang.

Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap iaitu mencatat


segala percakapan atau idea, mengumpul idea yang serupa atau mengumpul
hadis Nabi Muhammad S.A.W. ke dalam sebuah buku dan mengarang.
Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penulisan. Ramai ulama

29
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah,
dan sebagainya. Antara mereka termasuklah Imam Malik, menyusun buku al-
Muwatta, Ibn Ishaq, menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad Sallallahu
alaih wa sallam dan Abu Hanifah, menyusun fikah dan pendapat ijtihad.

Dalam bidang penterjemahan, ia dibuat daripada bahasa Sanskrit,


Suriani, dan Yunani ke dalam bahasa Arab. Dua perkara penting berkaitan
dengan penterjemahan ialah di samping penterjemahan, penciptaan dan
membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa
arab. Huraian dan penambahbaikan dibuat terhadap karya dengan
memuatkan keterangan dan ulusan. Orang islam berperanan penting dalam
berbakti kepada kebudayaan dunia kerana mereka berjaya memelihara
warisan ilmu daripada lenyap semasa masyarakat Eropah dilanda Zaman
Gelap. Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat mempertingkatankan
kegiatan penyelidikan. Hasil kajian sarjana islam disebarkan ke Eropah dan
sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Perkembangan
ini membawa kepada kebangkitan Eropah.

Perkembangan dalam keilmuan Islam memperlihatkan tamadun islam


di Kota Baghdad dan Cordova memberi sumbangan yang besar kepada
perkembangan keilmuan di Eropah. Perkembangan ilmuaan di Eropah
melahirkan zaman pemulihan budaya atau renaissance. Penulisan karya
dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan islam telah mempertingkatkan
pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai
kepada generasi kemudian. Para ilmuan islam telah memperbaiki dan
meningkatkan mutu karya sehinnga berlakunya percambahan dan
perkembangan ilmu pengetahuan.

Dari aspek senibina, Islam mereka bentuk bangunan dan perhiasannya


yang masih lagi berada di dalam lunas-lunas islam. Senibina islam
berasaskan pemandangan tumbuh-tumbuhan, garis-garisan geometri,
gambarajah, awan larat dan seumpamanya. Kerajaan Bani Abbasiyyah
mementingkan pembinaan istana. Terdapat lebih 15000 buah masjid yang
indah-indah terdapat di seluruh wilayah Islam. Di antara sumbangan Khalifah
Abdul Rahman ll dalam aspek seni bina ialah membuat projek membina
menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk mempermudahkan

30
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

kapal-kapal perdagangan berlabuh di pantai-pantai Andalus. Yang mana,


keadaan ini tidak terdapat di dalam zaman-zaman pemerintahan sebelumnya.

Dalam aspek pengurusan ekonomi dan kewangan Islam, pembinaan


Baitulmal yang berfungsi menjaga khazanah negara dan mangagihkannya
mengikut keperluan negara dapat diselenggarakan dengan berkesan.
Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan berkembang
pesat. Sumber kewangan diperolehi menerusi zakat, cukai pendapatan dan
sebagainya. Baitulmal merupakan institusi kewangan terbesar negara yang
mengurus sumber-sumber pendapatan negara dan mengawal belanjawan
negara.
Pemerintahan Bani Abbasiyah juga melaksanakan penghapusan
perhambaan dan penindasan. Islam mengemukakan konsep keadilan sosial
tanpa mengira bangsa atau warna kulit.

Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang


pasaran perniagaan. Perkembangan industri perkapalan memudahkan
pergerakan para pedagang. Wujud pelabuhan dan bandar yang menjadi
tumpuan ahli perniagaan seperti Baghdad, Basrah, Antakia.

Dalam mencari perbezaan dalam setiap pemerintahan bermula dari


zama khulafa Ar Rasyidin, di ikuti Daulah Umaiyah dan Daulah Abbasiyah,
tidak terdapat banyak perbezaan yang nyata. Sebaliknya penambahbaikan
dan penguatkuasaan terhadap pencapaian yang telah di mulakan dari zaman
Nabi Muhammad S.A.W. Setiap penambahbaikan dan perbezaan yang ada
sebenarnya bertujuan mengagungkan syiar agama islam dan menjadikan
Islam agama yang syumul dalam segala hal.

3.0 Hubungkait sumbangan Sejarah Islam zaman Rasulullah, Khulafa

Ar Rasyidin, Daulah Umaiyah dan Daulah Abbasiyah terhadap

31
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

pembangunan negara Malaysia berasaskan sumber yang tepat.

Tamadun Malaysia sebelum kedatangan Islam, menerima lebih pengaruh yang


berasaskan kepada kepercayaan unsur ajaran hinduisme, animisme, buddhisme,
dinammisme, hyang, premis dan lain-lain. Namun, setelah perkembangan tamadun
Islam sedunia, Malaysia tidak terkecuali dalam mengikut ajaran Sunnah yang telah
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan cara hidup rakyat Malaysia telah terbukti
adalah berpaksikan kepada ajaran Islam. Pengaruh Islam telah membawa kepada
perubahan dan kemajuan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial di Malaysia
sebelum kedatangan Barat lagi. Kehadiran Islam juga mampu mengubah cara hidup
masyarakat yang berpandukan ajaran Hindu-Buddha yang bertapak dalam
masyarakat tempatan.

Pertapakan Islam di Malaysia bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14 Masihi
dan pengaruhnya dalam politik, ekonomi dan sosial hanya kelihatan lebih ketara
sewaktu zaman kerajaan Melaka pada abad ke-15 Masihi. Melaka telah menjadi
pusat penyebaran Islam yang utama dan penting pada zaman itu. Islam juga
disebarkan melalui perluasan kuasa, perkahwinan, pendidikan, dan kegiatan
intelektual.

Terdapat pelbagai teori yang dikaitkan dengan perkembangan tamadun Islam


di Malaysia. Antaranya ialah teori yang mengatakan Islam datang dari Semenanjung
Tanah Arab, dari China dan India. John Crawford telah mengemukakan teori yang
mengatakan Islam berkembang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab.
Teori beliau disokong oleh intelektual tempatan, iaitu Profesor Syed Muhammad
Naquib al-Attas. Teori ini juga mengatakan Islam berkembang ke Asia Tenggara
melalui aktiviti perdagangan. Bukti yang dikemukan oleh beliau ialah catatan China
yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat
perdagangan dan petempatan di Canton atau Amoy pada tahun 300 Masihi.
Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan Asia Tenggara
terutamanya pelabuhan di Selat Melaka dan ini memberi peluang kepada mereka
untuk menyebarkan di Tanah Melayu. Sebahagian besar daripada pedagang Arab
juga telah membina petempatan dan ada di antara mereka yang berkahwin dengan

32
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

wanita tempatan. Bukti yang dikemukan oleh Profesor Syed Naquib al-Attas pula
ialah tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.

Teori Islam berasal daripada China pula telah dikemukan oleh Emanuel
Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi. Emanuel GadinhoEredia mengatakan bahawa
Canton atau lebih dikenali sebagai Guang Zhou telah menjadi pusat perdagangan
terkenal di kalangan pedagang Arab yang beragama Islam sejak abad kesembilan
Masihi. S.Q. Fatimi pula membuktikan bahawa perpindahan beramai-ramai
pedagang Islam telah berlaku sekitar tahun 876 Masihi. Perpindahan mereka
daripada Canton ke Asia Tenggara. Penemuan Batu Bersurat Terengganu telah
ditemui di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu. Terdapat juga
persamaan unsur seni bina China dengan unsur seni bina pada masjid-masjid di
Nusantara seperti Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa. Sebagai contoh, bentuk
bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah
ibadat China terdapat di Melaka. Begitu juga pada jubin lantai, dinding, tangga dan
kolam air di masjid.

Teori kedatangan Islam dari India telah dikemukan oleh Snouck Hurgronje,
sejarawan Belanda. Beliau mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia
Tenggara menerusi India, iaitu dari wilayah Gujerat dan pantai Koromandel sejak
abad ke-13 Masihi. Menerusi aktiviti perdagangan, Islam telah disebarkan kepada
pedagang dan masyarakat setempat di rantau Asia Tenggara. Teori ini dikukuhkan
melalui bukti batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik,
Jawa yang mempunyai ciri buatan India. Wajarlah dikatakan Islam telah disebarkan
ke Kepulauan Melayu oleh pedang dari India. Perkaitan yang rapat dengan India
juga menjadi bukti bahawa Islam berasal dari India. Terdapat unsur kebudayaan
Hindu yang terdapat di Asia Tenggara.

Islam juga tersebar di Asia Tenggara melalui perkahwinan dan pengislaman


raja serta golongan bangsawan. Sifat taat setia rakyat terhadap pemimpin juga
menjadikan penganut agama Islam semakin bertambah. Peranan pendakwah dan
keistimewaan Islam juga menjadi faktor Islam diterima baik bukan sahaja di
Malaysia, malah di Asia Tenggara.

33
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Antara sumbangan sejarah Islam zaman Rasulullah S.A.W, Khulafa al-Rasyidin,


DaulahUmaiyah dan DaulahAbbasiyah terhadap pembangunan negara Malaysia
ialah ekonomi, politik, dan sosial.

Kedatangan Islam ke Malaysia pada sekitar abad ke-13 dan ke-14 Masihi
telah memperkenalkan beberapa unsur baru kepada amalan pentadbiran dan
pemerintahan terutamanya dalam institusi kesultanan dan juga perundangan.
Sebelum kedatangan Islam di Malaysia, sistem pentadbiran yang diamalkan ialah
sitem pemerintahan beraja. Konsep dewa-raja yang berasal daripada tradisi Hindu-
Buddha telah mempengaruhi institusi raja pada masa itu. Walau bagaimanapun,
corak institusi raja dan kedudukannya telah berubah sejak kedatangan Islam.
Golongan raja mula menitikberatkan konsep-konsep Islam yang menjadi teras
institusi raja. Contohnya, istilah bagi sultan seperti Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-
Ardh yang bermakna bayangan Allah di muka bumi mula digunakan di dalam
beberapa karya penulisan sejarah seperti di dalam Sulalatus Salatin. Institusi sultan
di Malaysia kekal sebagai institusi berdasarkan perwarisan. Raja atau sultan telah
menjadi kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia.

Selain itu, antara sumbangan terbesar yang zaman Khalifah Uthman yang di
bawa dalam pembangunan negara kita adalah pembukuan Alquran rasm uthmani
yang dengan jelas dan nyata, menjadi pegangan seluruh umat Islam di Malaysia.
Dalam sistem kehakiman syariah, setiap hukuman dan tindak-tanduk haruslah
berpandukan kepada AlQuran.

Selain itu, konsep daulat juga diamalkan di Malaysia berasaskan kekukuhan


institusi kesultanan. Konsep daulat ialah pengikat antara golongan rakyat dengan
pemerintah. Konsep ini mengangkat darjat sultan dan raja ke tahap yang lebih tinggi
dan menimbulkan penghormatan di kalangan rakyat terhadap raja dan sultan. Cara
berpakaian dan jenis pakaian, bahasa dan pengucapan, tingkah laku, dan
sebagainya merupakan adat-istiadat yang diwujudkan untuk menggambarkan
kedaulatan seseorang sultan. Istiadat pertabalan yang disempurnakan dengan
penuh tertib dan mengikuti aturan yang ditetapkan juga menjadi lambang ketinggian
darjat sultan dan raja.

34
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Masyarakat Melayu juga mempunyai peraturan kehidupan yang tersendiri.


Peraturan ini kemudiannya digubal menjadi undang-undang yang terbahagi kepada
dua iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Sistem
perundangan amat penting dalam sesebuah masyarakat demi menjamin
keharmonian hidup. Undang-undang tidak bertulis dikenali sebagai adat manakala
undang-undang bertulis pula merupakan peraturan atau hukum dalam sesebuah
masyarakat. Di Malaysia, terdapat pelbagai adat yang diamalkan. Contohnya, Adat
Perpatih dan Adat Temenggung. Adat Perpatih hanya diguna pakai oleh orang
Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan manakala Adat Temenggung pula diguna
pakai oleh negeri-negeri lain. Musyawarah dijalankan sebagai asas pentadbiran dan
penyelesaian masalah dalam Adat Perpatih. Adat Temenggung yang pada mulanya
berasal dari ajaran Hindu telah disesuaikan dengan ajaran Islam oleh mazhab
Shafie. Konsep musyawarah yang bermula pada zaman Rasulullah dan khulafa ar
rasyidin terus digunakan sehingga ke hari ini.

Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu berpegang pada perundangan


yang dibentuk dalam tradisi Hindu-Buddha yang disesuaikan dengan adat tempatan.
Kedatangan Islam telah mengubah keadaan di mana hukuman yang dijalankan ke
atas pesalah berbeza-beza mengikut kelas seseorang itu. Hukum-hukum Islam telah
dijadikan asas undang-undang Malaysia selepas itu. Undang-undang Islam telah
menerangkan tanggungjawab raja dan pembesar, pantang larang di kalangan
masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah, permasalahan ibadah dan
sebagainya. Pada masa ini, terdapat Makhamah Syariah ditubuhkan selepas
kedatangan Islam di Malaysia bagi menyelesaikan permasalahan seperti
perkahwinan.

Selain itu, sumbangan Islam terhadap pembangunan negara Malaysia juga


ialah sumbangan dalam bidang budaya. Kedatangan Islam telah memberi kesan
terhadap cara hidup atau budaya masyarakat Malaysia terutamanya dalam aspek
pendidikan, kesenian, bahasa dan kesusasteraan, adat dan nilai hidup. Pendidikan
terbahagi kepada dua, iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Nilai-nilai
murni dapat diserap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka.

Pendidikan tidak formal dijalankan melalui kaedah bercerita yang amat


digemari kanak-kanak dan mudah difahami. Cerita berbentuk teladan dan

35
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

pengajaran mampu mendidik kanak-kanak untuk lebih menghormati orang yang


lebih tua, mempelajari pantang larang dalam pergaulan antara bukan mahram,
berkelakuan baik dan tidak bercakap bohong. Kedatangan Islam telah membuka
lembaran baru dalam bidang pendidikan. Pendidikan secara formal merupakan
pendidikan yang telah berkembang pesat dan tidak terhad kepada golongan atasan
sahaja. Pada masa ini, sekolah-sekolah telah dibina di merata tempat di Malaysia
bagi menampung para pelajar yang semakin meningkat bilangannya. Pembinaan
sekolah ataupun madrasah dan pondok telah diperkenalkan selepasa kedatangan
Islam. Di sekolah, pelajar diajar tentang kehidupan dan sebagainya. Semasa
kedatangan Islam, madrasah dan pondok dibina bagi memudahkan pelajar menuntut
ilmu. Istana raja juga dijadikan pusat pengajian Islam pada masa itu. Perkembangan
pesat dalam bidang pendidikan Islam dipengaruhi oleh kewujudan ramai ulama dan
pendakwah asing dari seluruh pelosok dunia. Sistem pendidikan formal yang lebih
teratur ialah pendidikan pondok. Sistem ini mula berkembang selepas kedatangan
Islam. Antara pondok yang penting ialah Pondok Pulau Condong di Kelantan.
Selanjutnya, pendidikan madrasah pula wujud. Pendidikan madrasah berdasarkan
sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas. Pendidikan madrasah diawasi
oleh mudir atau guru besar. Pendidikan pada masa ini juga berdasarkan sukatan
pelajaran dan dilaksanakan secara kelas bagi memudahkan urusan pentadbiran.

Pengaruh Islam paling ketara dilihat dalam bidang bahasa dan


kesusasteraan. Tulisan jawi mula digunakan selepas kedatangan Islam. Sebelum
tulisan jawi diperkenalkan, tulisan lain yang telah diperkenalkan ialah Batak dan
Rencong. Kedatangan Islam ke Malaysia juga memperkenalkan huruf Arab dan
diterima dengan mudah oleh orang Melayu kerana sesuai dengan tulisan Melayu.
Tulisan jawi kemudiannya menjadi asas utama dalam pembacaan dan penulisan.
Istilah daripada perkataan Arab juga semakin banyak digunakan di Malaysia.
Antaranya ialah adat, adil, hakim, hukum dan sebagainya. Penulisan karya juga
semakin berkembang di Malaysia setelah kedatangan Islam di Melaka. Karya yang
dihasilkan pada zaman ini terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi. Terdapat pula
hikayat nabi seperti Hikayat Nabi Yusuf a.s. Prosa dan puisi juga telah dipelajari oleh
para pelajar pada zaman ini di Malaysia dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kesenian dalam hidup juga semakin luas di Malaysia. Antara seni yang dapat
dipaparkan pada masa ini yang berunsurkan Islam ialah ukiran pada masjid. Ukiran

36
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

ini berunsurkan alam seperti tumbuh-tumbuhan. Selain itu, tulisan khat juga mula
digunakan. Antara tulisan khat yang digunakan ialah khat nasakh, khat thuluth dan
sebagainya. Bidang seni ini juga menjadi sumber pendapatan bagi rakyat pada
masa ini untuk menampung kehidupan yang semakin mencabar. Kesenian yang lain
juga termasuk seni tarian dan seni dikir yang dinyanyikan dengan iringan pukulan
rebana dan kompang.

Sumbangan Islam dalam gaya hidup di Malaysia juga banyak mempengaruhi


kehidupan. Sejak kedatangan Islam ke Malaysia, prinsip kepercayaan dalam
kalangan masyarakat juga turut berubah. Perubahan akhlak juga jelas terpancar
dalam segenap aspek kehidupan. Contohnya, kanak-kanak hendaklah menghormati
orang yang lebih tua, terutamanya ibu bapa. Selain itu, amalan bertegur sapa
sesama sendiri juga semakin jelas kelihatan. Terdapat juga pengaruh Bani Umaiyah
dalam amalan protokol seperti amalan hijabah. Sebelum kedatangan Islam,
pembacaan ciri, atau kata-kata hikmat dan suci dalam bahasa Sanskrit dilakukan
semasa pertabalan dan perlantikan raja. Kandungan ciri telah dimansuhkan dan
digantikan dengan bacaan ikrar setelah kedatangan Islam. Amalan pelantikan
pengganti sultan juga banyak dipengaruhi oleh para khalifah zaman Bani Umaiyah.
Pengganti sultan akan dilantik setelah baginda mangkat sebelum istiadat
pemakaman dijalankan.

Selain itu, kehidupan masyarakat Melayu juga telah banyak berubah ke arah
yang lebih baik. Orang yang lebih muda akan menghormati orang yang lebih tua
sama ada dari segi panggilan mahupun perbuatan. Panggilan mak cik atau mak long
digunakan untuk memanggil orang yang lebih tua. Mereka tidak boleh dipanggil
dengan namanya kerana ini menunjukkan tanda hormat seseorang yang lebih muda
terhadap orang yang lebih tua. Intonasi suara juga rendah apabila bercakap dengan
orang yang lebih tua. Jiran tetangga juga dianggap seperti keluarga sendiri
walaupun berlainan agama. Apabila jiran menghadapi kesusahan, jiran yang lain
akan memberi pertolongan walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Tetamu yang
datang berziarah ke rumah juga dilayan dengan baik dan sopan. Mereka
dihidangkan dengan makanan dan minuman serta diberi layanan yang baik.
Perbuatan ini adalah sunah yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W, iaitu apabila

37
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

tetamu datang menziarahi kita, kita hendaklah melayan mereka dengan sebaik
mungkin.

Majlis walimatul urus, majlis khatan dan majlis khatam al-Quran juga
dijalankan secara Islam. Islam mengajar umatnya saling membantu antara satu
sama lain. Apabila berlangsungnya sesuatu majlis, jiran tetangga dan anggota
masyarakat akan datang membantu menguruskan majlis tersebut. Amalan ini lebih
dikenali sebagai gotong-royong. Tugas seperti memasak dan mengemas akan
dibahagikan mengikut kemampuan masing-masing. Kaum wanita kebiasaannya
akan melakukan urusan memotong sayur manakala kaum lelaki menguruskan
urusan memasak dan menghidang. Selain itu, dalam sesuatu majlis, Islam melarang
umatnya berlebih-lebihan dalam sesuatu majlis sehingga umatnya terpaksa
berhutang. Islam juga melarang makanan dan minuman haram seperti arak dibawa
dihidangkan dalam majlis. Islam turut melarang perbuatan haram seperti tarian dan
amalan agama lain dilakukan.

Sejarah Islam sangat memberi sumbangan terhadap pembangunan negara


Malaysia terhadap bidang ekonomi. Islam menyarankan umat manusia terlibat
dengan aktiviti berjual beli kerana aktiviti ini merupakan sumber pendapatan yang
paling besar, malahan Nabi Muhammad S.A.W sendiri terlibat secara langsung
dalam aktiviti ini. Pada masa ini, terdapat ramai anggota masyarakat yang
menjalankan aktiviti jual beli untuk mencari rezeki. Proses kedatangan Islam juga
berlaku semasa aktiviti perdagangan pesat di Tanah Melayu sejak abad ke-15 lagi.
Hal ini berlaku kerana kedudukan yang sangat strategik menjadi tumpuan utama
para pedagang dari seluruh pelosok dunia. Aktiviti berjual beli di Malaysia juga
berlandaskan ajaran Islam iaitu tiada sebarang riba dalam setiap jual beli. Selepas
kedatangan Islam, penggunaan mata wang juga telah banyak berubah. Buktinya,
terdapat tulisan jawi pada mata wang syiling dan mata wang kertas seperti bank
negara dan ringgit Malaysia. Penggunaan mata wang juga banyak memudahkan
pelbagai urusan. Misalnya, aktiviti tukar barang seperti ayam dengan lembu juga
tidak lagi dijalankan kerana banyak mendatangkan masalah berbanding tukaran
wang dengan ayam. Ini kerana barang yang hendak ditukar sukar untuk dibawa ke
merata tempat dan jumlah tukaran yang berbeza.

38
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Salah satu aspek penting yang berlangsung seiring dengan aktiviti


perdagangan ialah percukaian. Ini adalah sumbangan terbesar daripada zaman
Khalifah Islam kedua, Saidina Umar Al Khattab yang mula memperkenalkan system
cukai atau jizyah kepada penduduk Islam dan bukan Islam di wilayah yang di
taklukinya. Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pihak pemimpin terhadap
aktiviti tertentu atau barang tertentu. Cukai yang diterima akan menjadi sebahagian
daripada sumber pendapatan kerajaan atau digunakan untuk pembangunan negara.
Antara cukai yang terdapat di Malaysia ialah cukai pintu dan cukai pendapatan.
Selain itu, pengaruh Islam di Malaysia telah mewajibkan umatnya membayar zakat
pada setiap tahun. Di Malaysia, terdapat zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya.
Golongan kaya dan berkemampuan ditekankan untuk membayar zakat harta. Hasil
daripada kutipan zakat ini akan disimpan oleh baitulmal iaitu badan yang berhak
menyelenggara harta kerajaan.

Pewujudan sisitem Baitulmal juga bermula daripada zaman Khulafa Ar


Rasyidin lagi. Harta ini digunakan untuk kepentingan negara serta sebagai bantuan
kepada ahli masyarakat yang memerlukan seperti fakir miskin dan anak yatim.
Amalan riba juga tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam
kerana amalan ini mendatangkan keburukan dan termasuk dalam undang-undang di
negara Malaysia.

Kesimpulannya, sumbangan Islam pada zaman Rasulullah, Khulafa Ar


Rasyidin, Daulah Umaiyah dan Daulah Abbasiyah telah membawa banyak
perubahan dalam pelbagai aspek seperti politik, sosial, dan ekonomi di Malaysia.
Pengaruh Islam juga telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara
Malaysia sejajar dengan wawasan 2020. Undang-undang di Malaysia juga
mempunyai asas syariah Islam yang kuat, pentadbiran dan pemerintahan Islam
dijalankan sebaik mungkin dengan sultan sebagai ketua negara. Sultan juga
merupakan tunjang kekuatan kerajaan dan agama. Dalam aspek sosial,
keseluruhannya dipengaruhi oleh Islam seperti pendidikan, bahasa dan
kesusasteraan, kesenian dan sebagainya. Syed Naquib al-Attas juga ada
mengatakan dalam bukunya, iaitu Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
yang mana kedatangan Islam ke rantau Alam Melayu haruslah dianggap sebagai
zaman baru dalam pensejarahan rantau ini. Islam juga telah membawa semangat

39
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

nasionalisme dan intelektual yang sangat besar di kalangan golongan atasan dan
juga golongan rakyat.

4.0 Kesimpulan

Mengembalikan semula kegemilangan umat Islam bukanlah suatu perkara yang


mudah dan boleh dilakukan sekelip mata. Namun ianya tidak mustahil dan boleh
dilakukan kerana bilangan umat Islam di dunia ini sahaja menghampiri 2 bilion atau
melebihi 1/3 penduduk dunia. Teras penting mengembalikan kecemerlangan
tersebut adalah berdasarkan kerangka Tauhid. Apabila umat menghayati Tauhid,
sepatutnya yang lahir adalah Wahdah, iaitu kesatuan dikalangan umat. Jika ini
tercapai, penulis percaya lanskap dunia akan berubah. Islam akan kembali gemilang
dan dihormati.

Dalam pada itu, pendekatan yang dinamik diperlukan kerana dunia hari ini
berada pada zaman globalisasi dan teknologi yang pantas berkembang. Bagi
generasi muda di negara tercinta ini, hendaklah bersedia dalam ertikata mendalami
ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang, sama ada teknologi yang bersifat
kemahiran atau bidang-bidang yang menjadi pemangkin kepada industri dan
pembangunan negara. Dalam masa yang sama, diri perlu dilengkapi dengan ilmu
ukhrawi yang akan mencerminkan akhlak mulia serta ketaatan kepada Allah dan
Rasul-Nya.

Jangan biarkan diri dan rakan terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral,
pergaulan bebas dan sebagainya kerana ia tidak akan membantu mencapai
kemajuan malah akan merosakkan modal insan yang diingini. Ketauhidan dan

40
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

keimanan kepada Allah s.w.t akan menjadi pemangkin untuk melahirkan insan yang
mempunyai prinsip dan mempunyai petunjuk dalam kehidupan. Orang-orang yang
berilmu akan menjana ketamadunan baru dunia Islam. Allah s.w.t menjanjikan masa
depan dunia akan diwarisi oleh orang-orang yang mempunyai ilmu - beriman dan
melakukan amal soleh (an-Nur 24: 55).









Wallahu alam bissawab.

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Mahayudin Hj. Yahaya (2001). Tamadun Islam, Selangor, Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Mohd Mokhtar Shafie (1993). Sejarah Keagungan Kerajaan Islam. Kuala Lumpur.

Nurin Enterprise

Mahayudin Hj Yahaya & Ahmad Jelani Halimi (1993). Sejarah islam. Kuala Lumpur,

Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdullah Siddik, Hj. Dr. (1980), Islam dan Ilmu Pengetahuan, Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Aidit bin Hj. Ghazali. (1994). Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia dalam Ilmu

dan Kecemerlangan dari Perspektif Islam. Penyunting Ismail Hj. Ibrahim &

Mohd. Shahri Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM).

41
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

Mustafa Hj. Daud. (1991) Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd.

Amin Qudah, Prof. Dr. (2009). Sejarah Khalifah Rasulullah, Terbitan Pertama.

Penerbit PTS Islamika dan PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Haji Abdul Rani Mustaffa (2003). Siri Empat Khalifah : Abu Bakar as- Siddiq

(Pentadbir Gemilang), terbitan pertama. Penerbit K Publishing Sdn. Bhd.

Haji Abdul Rani Mustaffa (2003). Siri Empat Khalifah : Umar al- Khattab (Tegas dan

Adil), terbitan pertama. Penerbit K Publishing Sdn. Bhd.

Haji Abdul Rani Mustaffa (2003). Siri Empat Khalifah Uthman bin Affan (Pentadbir

Penyayang), terbitan pertama. Penerbit K Publishing Sdn. Bhd.

Haji Abdul Rani Mustaffa (2003). Siri Empat Khalifah : Ali bin Abi Talib (Sahabat dan

Pejuang), terbitan pertama. Penerbit K Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Roslan Mohd Nor (2010). Meneladani Sejarah Umat Islam Dalam Membentuk

Masyarakat Hadhari Yang Gemilang Abad Ke 21. Jurnal Hadhari 2 (2) (2010)

19-40. Jabatan kemajuan Islam Malaysia.

http://eprints.um.edu.my/2396/1/Dr_Roslan.pdf di akses 07 April 2016

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Umaiyah

http://iezasmile.blogspot.my/2011/07/nota-kerajaan-bani-umaiyah.html

https://sejarahtamadunislam.wordpress.com/zaman-bani-umaiyah/

http://alchafielrezpect.blogspot.my/2014/06/bani-umayyah-sejarah-berdiri-

kemajuan.html

http://saku30.tripod.com/Bab6SEJ4.htm

https://limalaras.wordpress.com/2010/02/28/nabi-muhammad-saw-sebagai-

pemimpin-agama-pemimpin-negara/

http://sejarahperadaban-islam.blogspot.my/2011/10/dakwah-rasulullah-saw-menurut-

history.html

42
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

https://rizkykhusnah.wordpress.com/sejarah-islam/sejarah-islam-dari-zaman-nabi-

muhammad-hingga-masa-ke-emasan-islam/

http://tafsirq.com/medina/352

LAMPIRAN

43
SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH (SJH 3123)

SOALAN
TUGASAN
44

Anda mungkin juga menyukai