Anda di halaman 1dari 15

Page |1

Sejarah Diri Dan Keluarga

ٍ ‫ب لَنَا ِم ْن أ َْزو ِاجنَا و ذُِّريَّاتِنَا ُقَّر َة أ َْعـنُي‬ ْ ‫َربَّنَا َه‬


َ َ
‫اج َع ْلنَا لِْل ُمت َِّقنْي َ إِ َم ًاما‬
ْ ‫َو‬
Wahai Tuhan kami, anugerahkan pada
kami pasangan-pasangan dan keturunan
yang kan menjadi permata hati kami dan
jadikanlah kami pemimpin orang-orang
yang bertakwa …
oleh MUHAMMAD ALI HASHEMI B. AHMAD NIZAR

1|SEJARAH DIRI DAN KELUARGA


Page |2

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI

TENGKU AMPUAN JEMAAH

SHAH ALAM

SELANGOR

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

SEJARAH DIRI
&
KELUARGA

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ALI HASHEMI B. AHMAD NIZAR

TINGKATAN : SATU IKHLAS

NO IC : 960728-14-5121

NAMA GURU PENILAI : PUAN ASMAWATI BT AHMAD ISHAK

2|SEJARAH DIRI DAN KELUARGA


Page |3

Saya panjatkan rasa syukur kehadrat ALLAH SUBHAN ALLAH TA’ALA kerana berjaya
menyiapkan laporan mengenai salasialah keluarga saya ini pada jangka waktu yang diberikan
dan amat berterima kasih pada kesemua pihak yang telah memberi dorongan, tunjuk ajar dan
bimbingan kerana tanpa jasa baik mereka semua belum tentu saya dapat memberikan laporan
sebegini.

Pertama sekali, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Pengetua kami iaitu Puan
Asmawati Bt Ahmad Ishak kerana memberi keizinan dan peluang untuk saya menjalankan
kajian ini dan berusaha memberi tunjuk ajar secara terperinci mengenai kaedah-kaedah serta
panduan bagi menghasilkan laporan ini dengan sempurna.

Terima kasih yang tak terhingga juga buat ibu saya Pn Zalizah Zawawi yang banyak
menghabiskan masanya membimbing, membantu dan memberi buah fikiran serta tunjuk ajar
bagi melengkapkan keperluan bagi melengkapkan laporan ini.

Tidak ketinggalan juga saya mengucapkan terima kasih kepada Nenda saya yang
meluangkan masa mereka memberi maklumat terperinci mengenai diri mereka, begitu juga
adik beradik saya yang juga bekerjasama menjayakan lapuran ini. Mereka semua banyak
membantu memberi galakan serta semangat bagi memastikan lapuran ini terhasil.

Segala bantuan, bimbingan dan dorongan yang telah diberikan amat besar ertinya buat
diri saya sehingga terhasilnya lapuran ini dan amat mengharap agar ianya menepati,
sepertimana yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas
segala jasa mereka semua.

3|SEJARAH DIRI DAN KELUARGA


Page |4

Isi kandungan yang terdapat didalam kajian ini.

BIL KANDUNGAN MUKASURAT


1 KULIT LUAR 1
2 TAJUK 2
3 INDEX 4
4 PENGHARGAAN 3
5 OBJEKTIF KAJIAN 5
6 KAEDAH KAJIAN 5&6
7 LAPURAN KAJIAN 6 hingga14
8 RUMUSAN 14
9 LAMPIRAN 15
10 RUJUKAN 15
11 PENILAIAN UMUM

4|SEJARAH DIRI DAN KELUARGA


Page |5

2.0 Objektif Kajian

i. Mengetahui asal usul keluarga dan diri dengan lebih mendalam dan lebih jelas
terutama apabila mereka bercerita tentang sejarah hidup dan susur galur keluarga
semasa saya menemuramah mereka
ii. Menambah pengetahuan mengenai ahli keluarga serta saudara mara yang lain selepas
temubual sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim
iii. Menaikan rasa cinta dan bangga terhadap keluarga kerana mengetahui kisah hidup
mereka di zaman dahulu
iv. Dapat menguasai kemahiran mencari dan mengumpul maklumat dengan betul juga
berjaya merekod serta menganalisa maklumat dengan tepat tentang salasilah keluarga
v. Mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keluarga saya
vi. Menyiapkan kajian dengan tepat dalam masa yang singkat

3.0 Kaedah kajian

i. Temuramah

Saya telah menemuramah responden (orang sumber) untuk mendapatkan


maklumat. Saya telah menyediakan beberapa soalan seperti lampiran untuk
diajukan kepada responden yang dijawab secara lisan

ii. Lawatan dan Pemerhatian

Dalam usaha mendapatkan maklumat tentang datuk dan nenek, adik beradik, ibu
juga saudara mara yang lain, saya telah mengunjungi responden di kediamannya
dan melihat sendiri rumah yang mereka diami kini serta laluan dan nama-nama
tempat yang saya lalui untuk sampai ke rumah responden.

5|SEJARAH DIRI DAN KELUARGA


Page |6

iii. Analisis Dokumen

Hasil kajian ini dilengkapkan dengan dokumen yang menjadi bahan bukti
kesahihan kajian ini. Saya telah menganalisa dokumen seperti sijil lahir, sijil mati,
sijil nikah, kad pengenalan, sijil penghargaan dan ijazah semasa saya menjalankan
kajian tentang sejarah diri dan keluarga ini. Turut disertakan lampiran dokumen
yang telah di perolehi.

4.0 Laporan Kajian

4.1 Carta Salasilah Keluarga Saya

4.2 Carta Salasilah Keluarga Bapa Saya

6|SEJARAH DIRI DAN KELUARGA


Page |7

4.3 Carta Salasilah Keluarga Ibu Saya

Diri saya

Nama saya ialah Muhammad Ali Hashemi bin Ahmad Nizar. Umur saya ialah 13 tahun.
Saya dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur pada tarikh 28/7/1996. Saya merupakan
anak yang pertama daripada lima adik-beradik. Saya kini menimba ilmu di Sekolah Agama
Tinggi Tengku Ampuan Jemaah di Seksyen 11, Shah Alam. Makanan kegemaran saya ialah
kesemua jenis masakan nenek sebelah bapa saya. Kegiatan pada masa lapang ialah melayari
internet dan bermain badminton. Perkara yang saya suka ialah membantu orang lain dan
perkara yang tidak saya sukai adalah apabila ada kawan yang tidak memahami diri saya dan
cuba mengeruhkan keadaan. Anugerah yang saya pernah dapati ialah Kecemerlangan iaitu 5A
dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah. Keistimewaan saya ialah mampu menghafal doa
selamat, doa tahlil arwah dan surah yassin pada umur 12 tahun dan sering diminta atok
membacakan doa-doa tersebut, terutama pada upacara-upacara tertentu. Cita-cita saya ialah
menjadi jurutera yang berinovatif pada masa hadapan. Alamat rumah saya ialah No.58, Jalan
Kap 17/17, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor. Harapan saya ialah sentiasa di tetapkan
iman dan mahu menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Pegangan hidup saya
pula adalah sentiasa mencuba tanpa berputus-asa “ Never Give-up ”

7|SEJARAH DIRI DAN KELUARGA


Page |8

Bapa saya

Namanya ialah Ahmad Nizar bin Abdul Karim. Beliau dilahirkan di kediaman atuk saya
yang diwaktu itu di Sungai Tinggi Estet pada tarikh 2/1/1964. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Inggeris Rawang dan berjaya mendapat keputusan cemerlang di
peperiksaan penilaian darjah 5 sebelum dimasukan ke Maktab Rendah Sains Mara, Seremban.
Beliau telah terpilih melanjutkan pelajaran untuk peringkat ijazah dalam bidang komputer
sains di Universiti Nebraska di Kansas, Amerika Syarikat sebelum beliau mendapat keputusan
Sijil Pelajaran Malaysia kerana kecemerlangan beliau di dalam setiap peperiksaan percubaan,
juga kerana beliau genius Matematik. Beliau kemudiannya berkidmat dengan UITM pada
tahun 1988 dan jawatan beliau yang terakhir adalah Timbalan Pengarah ICT di UITM. Beliau
memperolehi Master pada tahun 2005. Beliau merupakan anak sulung dari 2 beradik dan
merupakan seorang yang gemar membaca dan mengajar. Hobinya adalah memasak dan
melancong dan perkara yang paling digemarinya adalah menziarahi ibunya apabila ada masa
terluang. Perkara yang tidak digemarinya adalah apabila anak-anaknya membuat bising atau
bertelagah.

Sewaktu hidupnya beliau gemarkan makanan dari masakan ibunya terutama sambal
terung pipit. Bapa saya telah kembali ke rahmatullah pada tarikh 22 April 2009 yang lalu
disebabkan oleh serangan jantung di KLCC pada usianya 45 tahun. Tarikh itu juga merupakan
hari ulang tahun perkahwinan atok dan nenek saya. Bapa adalah pendorong saya untuk
berjaya dan keistimewaannya adalah kerana beliau sentiasa meluangkan masa mengajar dan
membimbing saya terutamanya dalam mata pelajaran matematik dan merupakan guru
matematik saya yang terbaik. Saya amat merasai kehilangannya dan harapannya adalah selalu
mahukan saya melakukan yang terbaik, tidak cuai serta sentisa patuh dan taat kepada suruhan
Allah.

8|SEJARAH DIRI DAN KELUARGA


Page |9

Ibu saya

Namanya ialah Zalizah Binti Zawawi. Umurnya ialah 36 tahun. Beliau dilahirkan di
rumahnya di Segamat, Johor yang bertarikh 20/1/1972. Makanan kegemarannya ialah mi hun
sup, asam pedas dan laksa. Hobinya pada masa lapang ialah membaca buku. Perkara yang
disukainya ialah mencurahkan ilmu kepada anak-anaknya dan perkara yang beliau tidak suka
ialah orang yang melakukan perkara yang tidak berfaedah. Pencapaian yang beliau perolehi
adalah STPM di Sekolah Menengah Convent Segamat dan Diploma Pendidikan dari Maktab
Perguruan Temenggong Ibrahim. Beliau kemudiannya mengambil peluang belajar di Maktab
perguruan Cheras untuk mendalami cara pengajaran kanak-kanak khas. Beliau kini adalah
seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor. Dia masih terus mengambil
peluang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah di Universiti Terbuka Malaysia di Cheras,
Selangor di dalam program pembelajaran belajar sambil mengajar. Keistimewaannya ialah
beliau seorang yang suka berdikari dan suka menolong orang lain. Taraf perkahwinan ialah
berkahwin. Nama suaminya ialah Ahmad Nizar bin Abdul Karim. Tarikh perkahwinananya
ialah pada tarikh 5/5/1995. Bilangan anaknya ialah seramai 5 orang iaitu Muhammad Ali
Hashemi, Ahmad Salman Hashemi, Nur Zulaikha, Nur Sumayyah dan Akbar Fahim Hashemi.
Harapannya mahukan anak-anaknya berjaya di dunia dan di akhirat. Alamat tempat
tinggalnya ialah No.58, Jalan Kap 17/17,40200 Shah Alam,Selangor.

Datuk sebelah bapa

Namanya ialah Abdul Karim bin Kandah. Dia berumur 69 tahun. Dia dilahirkan di
Kampung Ulu Yam Baharu yang bertarikh 7/2/1940. Kehidupan keluarganya yang sukar, tidak
mengizinkan beliau melanjutkan pelajaran kerana harus membantu ibu dan bapanya
membesarkan adik-adiknya, justeru itu setelah tamat persekolahan pada peringkat SPM dia
terus bekerja. Dia merupakan anak yang keempat daripada sebelas adik-beradiknya. Beliau
memulakan kariernya sebagai seorang guru pada tahun 1960 di Sekolah Melayu Sungai

9|SEJARAH DIRI DAN KELUARGA


P a g e | 10

Tinggi Estate dan mengajar di sana selama 5 tahun. Kemudiannya pula mengajar di Sekolah
Kebangsaan Ijok selama 7 tahun sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya
selama 13 tahun. Dia kemudiannya menjadi guru penyelia petang di Sekolah Kebangsaan
Sinaran Budi pada tahun 1980, selama 4 tahun. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Guru
Besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh selama 2 tahun dan kemudiannya tempat terakhir
beliau bertugas adalah di Sekolah Kebangsaan Soeharto selama 8 tahun. Dia menamatkan
kariernya pada tahun 1995. Kini, dia hanya menghulur bantuan khidmat kepada masyarakat
di tempat tinggalnya disamping menyandang gelaran sebagai Siak di Masjid Al-Ehsaniah,
Rawang. Hobinya pada masa lapang ialah bercucuk tanam dan membaca surat khabar.

Makanan kegemarannya ialah gulai pucuk ubi dan kari kambing. Perkara yang
disukainya ialah melihat cucu-cucunya rajin belajar dan perkara yang tidak disukainya adalah
apabila cucu-cucunya membuat bising. Pencapaiannya yang telah diperolehinya ialah menjadi
ketua pasukan beruniform iaitu Pengakap, mendapat pingat (PJK) daripada Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah Al-Haj pada tahun 1985. Selain itu,dia juga pernah menjadi Bendahari di
dalam persatuan UMNO di Rawang. Keistimewaanya ialah suka menghulurkan bantuan
kepada orang lain. Taraf perkahwinan ialah berkahwin dan nama isterinya ialah Zainab binti
Abdul Majid. Mereka telah mendirikan rumahtangga pada 22/4/1962 iaitu selama 47 tahun.
Bilangan anaknya hanyalah 2 orang iaitu bapa saya Ahmad Nizar dan ibu saudara Miminora
dan bilangan cucunya yang seramai 6 orang. Harapannya ialah agar cucu-cucunya berjaya di
dunia dan di akhirat. Alamat tempat tinggal adalah di Lot 273, Jalan Budiman, Kampung
Melayu, Batu 16, 48000 Rawang,Selangor.

Nenek sebelah bapa

Namanya ialah Zainab binti Abdul Majid. Dia berumur 63 tahun. Dia dilahirkan di
Rawang Tin pada tarikh 7/1/1946. Dia merupakan anak yang ketiga daripada sepuluh adik-
beradiknya. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan(Umum) dan menamatkan persekolahannya
pada darjah 6 kerana desakan hidup dan perlu membantu ibunya Che Jah binti Moib, menjaga

10 | S E J A R A H D I R I D A N K E L U A R G A
P a g e | 11

adik-adiknya yang ramai dan memerlukan perhatian. Beliau kemudiannya memulakan


pekerjaanya sebagai guru yang mengajar Kelas Dewasa pada usianya 20 tahun dan terpaksa
berhenti pada umur 25 tahun kerana perlu menjaga anak-anaknya. Makanan yang disukainya
ialah gulai rebung dan gulai nangka. Hobinya pada masa lapang ialah memasak, menjahit dan
menonton televisyen. Perkara yang disukainya ialah menasihati orang lain terutama cucu-
cucunya. Perkara yang tidak disukainya pula adalah apabila cucu-cucunya tidak mendengar
arahannya. Beliau aktif didalam aktiviti kemasyarakatan dan menjadi ahli kumpulan berzanji
dan marhaban. Keistimewaannya ialah suka bercerita dan masakannya yang sungguh
enak.Taraf perkahwinan ialah berkahwin. Nama suaminya ialah Abdul Karim bin Kandah.
Tarikh perkahwinannya ialah 22/4/1962 dan dengan perkahwinan ini dia dikurnai dua
cahaya mata iaitu Ahmad Nizar dan Miminora. Harapannya ialah mahu melihat cucu-
cucunya berjaya di dunia dan di akhirat. Alamat tempat tinggalnya ialah Lot 273, Lorong
Budiman, Kampung Melayu, Batu 16, 48000 Rawang, Selangor.

Nenek sebelah ibu

Namanya ialah Zainon binti Idris. Umurnya ialah 57 tahun. Beliau dilahirkan di
kediamannya iaitu di Segamat, Johor pada tarikh 10/1/1952. Beliau mendapat ilmu di Sekolah
Kebangsaan Bukit Jawa dari darjah 1 dan menamatkan persekolahannya di darjah 6. Dia tidak
menyambung persekolahannya kerana terpaksa membantu keluarganya menoreh getah untuk
menyara kehidupan. Dia juga pernah bekerja mengambil upah membuat kuih untuk jualan
bagi menampung perbelanjaan harian ketika anak-anaknya masih kecil. Dia adalah anak
kedua daripada lima orang adik-beradik. Makanan kegemarannya ialah sup singgang dan
asam laksa. Hobinya pada masa lapang adalah menghias rumah, menjahit dan melancong.
Beliau merupakan ibu tunggal dan memperolehi 2 orang anak hasil dari perkahwinannya
dengan Zawawi bin Ismail . Beliau yang bertanggungjawab membesarkan ibu saudara saya
Linda dan ibu saya Zalizah seorang diri. Setelah mereka berpisah, dia tidak mendapat nafkah
persaraan dari bekas suaminya tetapi dia berjaya mengharungi segala dugaan dengan tabah .

11 | S E J A R A H D I R I D A N K E L U A R G A
P a g e | 12

Perkara yang disukainya ialah sentiasa memastikan kebersihan rumah dan perkara
yang tidak disukainya ialah apabila melihat rumah yang kotor dan bersepah. Keistimewaannya
adalah beliau seorang yang tabah dan pandai menjahit baju. Dia kini turut mengambil upah
menjahit langsir untuk menyara dirinya dan juga buat mengisi masa lapang. Harapannya
adalah ingin melihat cucu-cucunya berjaya melanjutkan pelajaran setinggi mungkin dan
berjaya menjadi insan berguna pada masa akan datang. Alamat tempat tinggalnya ialah di
No.6, Jalan Medoi, Jementah, Segamat, Johor.

Bapa sebelah ibu

Zawawi bin Ismail yang kini berusia 62 tahun. Saya tidak berpeluang menemu bual
beliau dan keterangan mengenainya hanya diperolehi dari nenek dan ibu saya. Kali terakhir
yang mereka ketahui beliau merupakan seorang pegawai di Felda dan kemudiannya berpindah
ke Perak dan menetap dengan keluarga barunya. Beliau kini tidak dapat dihubungi.

Adik pertama (lelaki)

Namanya ialah Ahmad Salman Hashemi bin Ahmad Nizar. Dia berumur 9 tahun. Dia
dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur yang bertarikh 10/11/2000. Dia merupakan
anak kedua daripada lima adik-beradik. Dia kini menimba ilmu di Sekolah Kebangsaan
Seksyen 17 dan Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Irsyadiah. Makanan kegemarannya
ialah ayam goreng dan sotong goreng. Aktivitinya pada masa lapang ialah bermain bola sepak
dan bermain badminton. Perkara yang dia suka ialah melancong dan memasak. Perkara yang
dia tidak suka ialah bergaduh atau bertengkar. Anugerah yang dia pernah peroleh ialah Johan
Syarahan Bahasa Arab Peringkat Daerah. Keistimewaanya ialah suka memasak dan suka
menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Cita-citanya ialah menjadi

12 | S E J A R A H D I R I D A N K E L U A R G A
P a g e | 13

angkasawan terbilang pada masa akan datang. Harapannya agar sentiasa menjadi yang
terbaik. Alamat rumahnya ialah No.58, Jalan Kap 17/17, 40200 Shah Alam, Selangor.

Adik kedua (perempuan)

Namanya ialah Nur Zulaikha binti Ahmad Nizar. Umurnya ialah 7 tahun. Dia
dilahirkan di Hospital Putra, Sungai Buloh pada tarikh 2/11/2002. Dia adalah anak yang ketiga
daripada lima orang adik-beradik. Dia memperoleh pembelajaran di Sekolah Kebangsaan
Seksyen 17 dan Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Irsyadiah. Makanan kegemarannya
ialah Nasi Goreng Kampung dan burger ayam. Dia gemar melakukan aktiviti berbasikal dan
mewarna pada masa terluang. Perkara yang dia suka ialah bantu-membantu, manakala
perkara yang tidak suka ialah tidak suka membuang masa dengan berborak. Anugerah yang
dia pernah dapat ialah Johan Pertandingan Mewarna Peringkat Sekolah. Keistimewaannya
ialah pandai menjaga adik dan suka menolong orang lain. Cita-citanya ialah menjadi guru
yang berwibawa. Harapannya ialah dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dan berjaya di
dalam hidup di dunia mahupun diakhirat. Alamat tempat tinggalnya ialah No.58, Jalan Kap
17/17, 40200 Shah Alam, Selangor.

Adik ketiga (perempuan)

Namanya ialah Nur Sumayyah binti Ahmad Nizar. Umurnya ialah 6 tahun. Dia
dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur pada tarikh 18/11/2003. Dia kini mendapat
pendidikan di Tabika Kemas Seksyen 17. Makanan kegemarannya ialah mihun dan mi segera.
Hobinya pada masa lapang ialah suka menziarahi rumah jiran tetangga. Perkara yang dia suka
ialah beramah mesra dengan orang ramai dan perkara yang dia tidak suka ialah tidak
membuat apa-apa aktiviti. Pencapaiannya ialah Johan Lumba Lari Peringkat Sekolah.
Keistimewaannya ialah suka berlakon dan mereka lawak jenaka. Cita-citanya ialah menjadi

13 | S E J A R A H D I R I D A N K E L U A R G A
P a g e | 14

jururawat. Harapannya ialah menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. Alamat
tempat tinggalnya ialah No.58, Jalan Kap 17/17, 40200, Shah Alam,Selangor.

5.0 Rumusan / kesimpulan

Peluang menyediakan kajian ini memberi saya kelebihan kerana dapat maklumat
mengenai generasi dahulu dan mengetahui asal usul keluarga dan diri mereka yang terlibat
dengan lebih mendalam dan jelas terutama apabila mereka bercerita dengan penuh semangat
semasa saya menemuramah mereka.

Kini, saya telah mengenali ahli keluarga serta saudara mara yang lain selepas temubual
sekaligus ianya telah dapat mengeratkan silaturrahim dengan wujudnya komunilkasi. Peluang
menyediakan lapuran ini telah menaikan rasa cinta dan bangga terhadap keluarga kerana
mereka mampu menaiktaraf diri mereka daripada seorang anak pesawah yang miskin,
sehingga berjaya menjadi insan berguna seumpama pepatah yang sering disebut – sebut,
“bukan bagaimana ia bermula, tetapi yang penting bagaimana ia berakhir...” .

Saya telah dapat menguasai kemahiran mencari dan mengumpul maklumat dengan
betul juga berjaya merekod serta menganalisa maklumat membuat lapuran terutama tentang
salasilah keluarga. Pengalaman yang saya kutip ini dapat membantu saya menyediakan
lapuran yang lebih mantap dimasa akan datang. Pengalaman atok dan nenek saya yang
terdahulu, telah membantu saya untuk menjadi lebih bersyukur, menghargai kesenangan dan
kemudahan bersekolah kini, berbanding generasi atok saya yang mana mereka perlu bekerja
untuk meneruskan persekolahan mereka seawal usia yang muda. Sejarah mereka yang lalu
akan saya ambil iktibar untuk meningkatkan prestasi diri.

14 | S E J A R A H D I R I D A N K E L U A R G A
P a g e | 15

6.0 Lampiran sebagai bukti kesahihan kajian

6.1 Gambar keluarga


6.2 Kad pengenalan
6.3 Sijil kematian
6.4 Sijil nikah
6.5 Borang temuramah bagi kajian sejarah diri dan keluarga

7.0 Rujukan

a. Temuramah
b. Pemerhatian
c. Laman web www.scribd.com
d. Buku teks Sejarah tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

15 | S E J A R A H D I R I D A N K E L U A R G A

Anda mungkin juga menyukai