Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu saya menjalankan kajian ini. Bantuan, dorongan, dan tunjuk ajar mereka telah
membolehkan saya menjalankan kajian dengan jayanya dan memberi maklumat kepada
saya untuk menyiapkan kajian ini dengan tepat. Sekalung budi kepada ibu bapa saya,
pengetua sekolah, guru sejarah Encik Abdul Malek serta ahli keluarga saya.

Pendahuluan
Saya Azreen Shafira bt. Abdul Talib. Saya murid Tingkatan Satu Dinamik di Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jafa’ar. Tajuk kajian saya ialah ‘keluarga saya’
yang mengenai perihal keluarga saya.
Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui sejarah tentang keluarga saya. Selain
itu, saya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga dengan mengambil berat tentang
ahli keluarga saya yang selama ini saya tidak tahu.

Objektif Kajian
Objektif khusus ‘keluarga saya’ ini dijalankan adalah untuk:
i. dapat mengetahui asal-usul keluarga sendiri
ii. mengenali ahli keluarga dan saudara-mara
iii. memupuk rasa cinta terhadap keluarga

Anda mungkin juga menyukai