Anda di halaman 1dari 2

1.

0 - Penghargaan
 
 Saya ingin mengucapkan setinggi-tinngi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Fauzan bin Sukimi selaku
pengetua SMK Dato’ Syed Esa kerana telah memberikan saya galakan dan motivasi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dengan
motivasi yang tinggi, saya sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.
 
Selain itu, saya ingin megucapkan terima kasih kepada ________________ selaku guru Sejarah tingkatan 1. Beliau telah
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan sepanjang saya mejalankan kerja kursus ini.
 
Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik _________ dan Puan __________
atas galakan, sokongan dan bantuan  yang diberikan kepada saya dalam pelbagai bentuk termasuklah bantuan kewangan yang saya
perlukan sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini.
 
Akhir sekali, terima kasih juga kepada saya ingin mengucapkan terima kasih kepda rakan-rakan saya yang turut
membantu dan berkongsi maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka semua, adalah sukar
untuk saya menyiapkan kerja kurus ini.

Sekian, terima kasih.

2.0 - Objektif Kajian


Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa
objektif seperti yang berikut:
a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya
b) Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah
kepada generasi saya
c) Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya
d) Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya
e) Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu
kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh
mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja
f) Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan ceria
g) Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya

3.0 – Kaedah Kajian


Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:
a) Kaedah temuramah
Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa
peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.
b) Kaedah pemerhatian
Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi
dan tingkah laku mereka.
c) Kaedah analisis dokumen
Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya, dokumen-dokumen penting yang
disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

5.0 - Rumusan
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang
selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang
seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.

Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat
lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga
juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga
antara satu sama lain.

Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah
kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan
yang lain turut memanfaatkan kebaikan-kebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.

(Nama)
(Tingkatan)

Anda mungkin juga menyukai