Anda di halaman 1dari 9

Projek sejarah..

Berikut adalah Arahan Kepada Calon PMR 2009 dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009. Ianya terbahagi kepada tiga elemen, iaitu elemen 1 untuk bahan kajian dan elemen 2 untuk laporan penuh kajian dan elemen 3 untuk karangan esei berpandukan tajuk kajian. (Elemen 1 - bahan kajian, Elemen 2 - laporan penuh kajian, Elemen 3 - Esei) 1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah. 2. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah dari bulan Februari hingga bulan Julai 2009 berpandukan senarai semak. 3. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia. 4. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen untuk mendapat tahap pencapaian Kod 1, Kod 2 atau Kod 3. Sekiranya calon hanya melaksanakan satu atau dua elemen sahaja, calon hanya layak mendapat Kod 4. 5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah. 6. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu. 7. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3. 8. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. 9. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan. 10. Hasil kerja kursus calon hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan font Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. 11. Hasil kerja kursus calon hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja. 12. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan. 13. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. 14. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen. 15. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.

ELEMEN 1 MENGUMPULKAN FAKTA SEJARAH Mengumpulkan fakta sejarah dari pelbagai sumber.. Contoh : 1. BUKU ILMIAH Nama Pengarang : Nama Buku : Tempat Terbit : Tahun Terbit : Penerbit : Tunjuk Bukti : sertakan salinan kulit buku tersebut 2. MAJALAH Nama Majalah : Tarikh : Tunjuk Bukti : sertakan salinan kulit majalah tersebut 3. ORANG SUMBER Nama : Umur : Alamat : Bukti : sertakan salinan kad pengenalan 4. MELAWAT TEMPAT KAJIAN Nama Tempat : Alamat : Bukti : sertakan gambar 5. INTERNET (cara menulis alamat laman web) Sistem Daftar Warisan, http://www.daftarwarisan.gov.my/ Heritage Building : Sultan Abdul Samad Building, http://sejarahmalaysia.pnm.my Bukti : sertakan salinan pertama laman web 2. ELEMEN 2 : Merekod fakta / Hasil Kajian
1. Muka hadapan (cover page) Sila rujuk Keratan 1 2. Isi Kandungan Sila rujuk Keratan 2 3. Penghargaan Ucapan terima kasih kepada ibu bapa, guru sejarah, rakan-rakan dan saudara-mara atas bantuan yang diberikan 4. Objektif Kajian Sila rujuk Keratan 3 5. Kaedah kajian

Sila rujuk Keratan 4 6. Laporan Kajian A. Salasilah keluarga Carta keluarga (Family Tree) Sila rujuk Keratan 5 B. perkembangan diri dan keluarga. Ceritakan biodata setiap ahli keluarga Rujuk Keratan 6. C. Tokoh dalam keluarga ( orang yang paling kamu sanjungi dan hormati dalam keluarga kelayakan pendidikan, pencapaian, sumbangan terhadap keluarga dan teladan yang dapat dipelajari ) . D.Peristiwa bersejarah keluarga hari perkahwinan/ulang tahun. berpindah ke tempat lain melawat/melancong rumah terbakar banjir kematian anugerah cemerlang/pingat konvensyen/konvokesyen majlis rasmi/kursus /seminar dan 8. Lampiran Gambar yang berkenaan Dokumen-dokumen berkaitan Salinan Sijil kelahiran, Sijil perkahwinan, Kad pengenalan, Kad pekerjaan, Sijil-sijil sekolah Sijil penghargaan Majalah Lain-lain sumber Rakaman tv Sijil anugerah/ Sijil pengiktirafan Pingat-pingat (gambar) Potongan akhbar Surat rasmi . Sijil kematian

lain-lain

7. Rumusan Sila rujuk Keratan 7

9. Rujukan Orang sumber yang memberikan maklumat yang berguna seperti

ibu,bapa, datuk, nenek dan sebagainya. Sertakan nama penuh mereka, umur, No kad pengenalan, Alamat rumah, No telefon dan emel. 10. Esei Tajuk : Menyayangi diri dan keluarga Soalan : Bagaimanakah anda seharusnya menyayangi keluarga anda? Tulis esei anda melebihi 100 patah perkataan Masukkan sekurang-kurangnya empat (4) unsur-unsur patriotisme CONTOH : Keratan 1 SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS Nama Nombor Kad Pengenalan : : ______________________________________________ ______________________________________________

Nama dan Alamat Sekolah


Jalan Anggerik 21, Taman Johor Johor 81100 Johor Bahru, Johor. Tajuk Kerja Kursus Nama Guru Sejarah Skor : : :

SMK Agama Johor Bahru

Sejarah Diri dan Keluarga ______________________________________________

Elemen Elemen 1 Mengumpul Fakta Sejarah Elemen 2 Merekod Fakta Sejarah Elemen 3 Penerapan Unsur Patriotisme Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

Markah

Tandatangan guru, ____________________ Keratan 2

Bil. 1.

Butir-butir Tajuk

Muka surat (i)

2.

Isi Kandungan

(ii)

3. 4.

1.0 - Penghargaan 2.0 - Objektif Kajian

(iii) (iv)

5.

3.0 - Kaedah Kajian 4.0 - Laporan Kajian 4.1 - Salasilah keluarga

(v)

4.2 - Perkembangan diri dan keluarga 4.3 - Tokoh dalam keluarga 4.4 - Peristiwa bersejarah dalam keluarga

(mula dengan nombor 1)

7. 8.

5.0 - Rumusan 6.0 - Lampiran

9. 10.

7.0 - Rujukan 8.0 - Esei

Keratan 3 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa

objektif seperti yang berikut:

a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya

b) b) Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehingga kepada generasi saya

c) c) . Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya

d) Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya

e) e). Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya

Keratan 4

3.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:

a) Kaedah

temuramah

Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.

b) Kaedah pemerhatian

Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.

c) Kaedah analisis dokumen

Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya, dokumendokumen penting yang disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

Keratan 5

Contoh-contoh Carta Keluarga yang boleh anda jadikan sebagai rujukan :-

Keratan 6 Di bawah Perkembangan Diri dan Keluarga, anda boleh menyenaraikan kesemua maklumat tentang biodata anda dan ahli keluarga anda seperti di bawah :Bapa Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran Buku kegemaran Haiwan kegemaran Abang (jika ada) Nama Umur Bapa Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran Buku kegemaran Haiwan kegemaran Kakak (jika ada) Nama Umur

Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan / Cita-cita Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran Haiwan kegemaran Adik Lelaki/Perempuan (jika ada) Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Cita-cita Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran Haiwan kegemaran

Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan / Cita-cita Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran Haiwan kegemaran Saya Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Sekolah Rendah Sekolah Menengah Cita-cita Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan/Filem/Drama kegemaran Haiwan kegemaran Tempat kegemaran Laman Web kegemaran Subjek kegemaran Guru kegemaran Kawan-kawan karib

Keratan 7 5.0 RUMUSAN Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya. Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga antara satu sama lain. Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan

rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikan-kebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.

Nama: Tingkatan :

Tugasan semasa cuti 2 minggu ini, anak-anak didik cikgu hanya perlu mengumpulkan bahan bukti untuk lampiran iaitu : 1. Surat beranak sendiri, ibu dan bapa 2. Kad pengenalan sendiri, ibu dan bapa 3. Sijil nikah ibu bapa 4. Sijil-sijil penghargaan yang pernah anak-anak terima di sekolah rendah 5. Gambar-gambar ahli keluarga 6. Gambar peristiwa penting yang memberi makna dalam keluarga ( contohnya hari raya, perkahwinan keluarga, percutian atau saat-saat gembira bersama keluarga ) 7. Gambar tokoh keluarga dan sedikit huraian diri dan pencapaian tokoh yang boleh dicontohi. 8. Biodata diri dan keluarga ( nama penuh, tarikh lahir dan salasilah keluarga ) Pastikan anak-anak didik pulang semula ke sekolah dengan bahan-bahan di atas dan bawa juga bahan untuk buku skrap/folio yang secukupnya.

Anda mungkin juga menyukai