Anda di halaman 1dari 43

Dialog Temu Ramah

Nama : Hjh. Saimah Hj Sedin Umur : 69 Tahun Alamat : Kg Sekayan Pengalat Besar, Papar

Saya : Assalamualaikum nek..Nek sebenarnya Aina telah diarahkan oleh guru sejarah kami untuk buat kajian tentang keluarga kita. Jadi,boleh saya soal nenek beberapa soalan?

Nenek : Boleh,apa salahnya....

Saya ; Nenek ada berapa orang adik beradik dan nenek anak yang ke berapa?

Nenek : Nenek ada tiga orang adik beradik dan nenek adalah anak yang terakhir iaitu anak yang ketiga.

Saya : Nenek berasal dari mana?

Nenek : Nenek berasal dari Kampung Sekayan Pengalat Besar,Papar.

Saya : Bilakah tarikh nenek dilahirkan?

Nenek : Nenek dilahirkan pada 19 Jun 1942

Saya : Dimanakah nenek dilahirkan?

Nenek : Nenek dilahirkan di Kampung Lebak Sumar,Pengalat Besar. Saya : Kampung Lebak Sumar?? Di manakah kampung itu nek?

Nenek : Kampung itu berada dalam kawasan kampung kita ni, iaitu Kampung Sekayan..

Tetapi Kampung Lebak Sumar ini terletak berdekatan dengan sungai kampug kita ni..

Saya : Oooo... Sekarang baru Aina tahu di mana Kampung Lebak Sumar.. Nek, nenek ada berapa orang anak?

Nenek : Nenek ada lapan orang anak,tetapi dua daripada lapan orang anak nenek sudah

meninggal.

Saya : Ooo...Nenek ada lapan orang anak rupanya..Baiklah nenek terima kasih kerana nenek Bantu saya dalam kajian ini.

Nenek : Sama-sama.

Dialog Temu Ramah


Nama : Afendi Hj Abd Salam Umur : 41 tahun Alamat : Kg Sekayan Pengalat Besar,Papar

Saya : Assalamualaikum ayah..Ayah, boleh bantu saya dalam kajian sejarah ini?

Ayah : Boleh, apa salahnya..Tapi,apa yang ayah boleh bantu Aina?

Aina : Ayah perlu jawab beberapa soalan sahaja dan soalannya ialah ayah ada berapa orang adik beradik dan ayah anak yang keberapa?

Ayah : Ayah ada sepuluh orang adik beradik dan ayah adalah anak kesembilan.

Aina : Ayah berasal dari mana?

Ayah: Ayah berasal daripada Kampung Buang Sayang,Papar.

Aina: Dimanakah ayah dilahirkan dan bilakah tarikh ayah dilahirkan?

Ayah : Ayah dilahirkan di Kampung Buang Sayang dan ayah dilahirkan pada 28 November 1970.

Aina : Sampai manakah tahap pendidikan ayah?

Ayah : Tahap pendidikan ayah sampai Ijazah Sarjana Muda dan Kepujian.

Aina : Apakah pekerjaan ayah sekarang?

Ayah : Sekarang,ayah menjadi seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

Saya : Terima kasih ayah kerana sanggup meluangkan masa ayah bersama Aina dan Membantu saya dalam kajian ini.

Ayah : Sama-sama

Dialog Temu Ramah


Nama : Sarimah Binti Mohin Umur : 36 Tahun Alamat : Kg Sekayan Pengalat Besar,Papar

Saya : Assalamualaikum ibu....Ibu,sekarang Aina sedang membuat kajian sejarah yang telah diarahkan oleh guru sejarah saya..jadi, Boleh saya mengambil sedikit masa ibu?

Ibu : Boleh, apa salahnya..

Saya : Ibu, ibu ada berapa orang adik beradik dan ibu anak yang ke berapa?

Ibu : Ibu ada lapan orang adik beradik dan ibu adalah anak yang ketiga..Tetapi,dua daripada lapan orang adik beradik ibu sudah meninggal.

Saya : Ooo.. Ibu berasal dari mana?

Ibu : Ibu berasal dari kampung ini juga iaitu Kampung Sekayan Pengalat Besar,Papar.

Saya: Di manakah ibu dilahirkan dan bilakah tarikh ibu dilahirkan?

Ibu : Ibu dilahirkan di kampung ini iaitu Kampung Sekayan Pengalat Besar Papar dan ibu dilahirkan pada 6 Disember 1975.

Saya : Sampai manakah tahap pendidikan ibu?

Ibu : Tahap pendidikan ibu sampai SPM sahaja.

Saya : Apakah pekerjaan ibu?

Ibu : Ibu tidak bekerja,ibu Cuma menjadi suri rumah tangga.

Saya : Itu sahaja yang Aina nak soal ibu..Terima kasih ibu kerana sanggup meluangkan masa ibu dengan saya dan bantu Aina dalam kajian ini.

Ibu : Sama-sama.

Lampiran

Dialog Temu Ramah


Nama : Syarifah Syairani Binti Afendi Umur : 15 Tahun Alamat : Kg Sekayan Pengalat Besar, Papar.

Saya : Assalamualaikum kak,..Kak boleh saya mengambil sedikit masa kakak?

Kakak: Boleh,kenapa Aina?

Saya: saya telah diarahkan oleh guru sejarah kami untuk membuat kajian sejarah tentang keluarga kita..jadi,saya nak soal kakak,boleh?

Kakak: Boleh,apa salahnya..

Saya: Kakak,sebenarnya kita ada berapa orang adik beradik?

Kakak: Sebanarnya kita ada empat orang adik beradik termasuk kakak..

Saya: Oooo.....Dimana kakak dilahirkan?

Kakak: Kakak dilahirkan di Hospital Papar..

Saya: Bilakah kakak dilahirkan?

Kakak: kakak dilahirkan pada 26 Oktober 1996 iaitu dua tahun sebelum Aina dilahirkan..

Saya: Di manakah kakak melanjutkan pelajaran selepas enam tahun kakak bersekolah di SK Pengalat Besar,Papar?

Kakak: Sekarang kakak bersekolah di sekolah berasrama penuh iaitu di SM. Sains Labuan..

Saya : Wah, seronoknya sekolah di sana...Itu sahaja kakak..Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa kakak dengan saya..

Kakak: Sama-sama.

Penghargaan.....
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada guru sejarah saya iaitu Pn.Samsiyah Hj Ismail kerana sanggup memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana cara untuk menyiapkan dan melakukan tugasan ini.

Seterusnya,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua orang tua saya iaitu Afendi Hj Abd Salam dan Sarimah Mohin.Hal ini demikian kerana mereka telah membantu saya memberi maklumat tentang keluarga dan memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan saya iaitu Nur Syahirah Zailani, Alisa Hassan serta Nur Lyana Mustafa kerana telah meluangkan masa dengan saya dan berkongsi maklumat dengan saya.

Kaedah Kajian.....

Semasa saya melakukan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu kaedah orang sumber,temu bual,mengkaji dokumen-dokumen yang tertentu dan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan saya.

Saya telah menemu bual empat orang sumber iaitu nenek saya Hjh Saimah Hj Sedin, ayah saya Afendi Hj Abd Salam,ibu saya Sarimah Hj Sedin dan kakak saya Syarifah Syairani.

Selain itu,saya juga telah mengkaji dokumen-dokumen yang berkaitan dengan keluarga saya seperti menganalisis salinan kad pengenalan mereka dan saya juga telah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan saya.

Peristiwa Bersejarah....

Peristiwa bersejarah dalam keluarga saya adalah saya dan kakak saya telah mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang ketika kami berusia dua belas tahun. Selain itu, saya juga telah mendapat Anugerah Sukan sempena Majlis Anugerah Cemerlang Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Papar pada 15 Januari 2011. Anugerah itu diadakan di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara,Papar. Selepas daripada peristiwa ini, kami berazam akan terus menjadi pelajar cemerlang dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

Tokoh Keluarga..
Saya memilih kakak saya iaitu Syarifah Syairani yang dilahirkan pada 26 Oktober 1996 dan dilahirkan di Hospital Papar menjadi tokoh saya kerana beliau mendapat kejayaan dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Dalam bidang ko-kurikulum, beliau bering mengikuti acara Tilawah al-Quran semasa beliau berada di sekolah menengah.

Antara sifat-sifat yang ada pada diri kakak saya ialah beliau seorang yang rajin mengulangkaji pelajarannya dan beliau juga seorang yang tidak mudah berputus asa dan sabar dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang.

Selain itu, beliau juga seorang yang penyayang serta seorang yang tetap pada pendiriannya. Bukan itu sahaja, beliau seorang yang taat kepada perintah Allah dan ibubapa.

Akhir sekali, beliau seorang yang berani dan bertanggungjawab seperti beliau bertanggungjawab dalam menjalankan amanah selaku ketua surau di sekolahnya.

Rumusan..
Selepas membuat kajian ini saya telah dapat mengenali latar belakang keluarga saya dengan lebih mendalam. Bahkan, saya juga dapat mengeratkan lagi hubungan saya dengan keluarga.

Selain itu,semasa membuat kajian ini, ia dapat memberikan kesan terhadap Negara seperti dapat melahirkan seorang pelajar yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Bukan itu sahaja, Negara juga akan dapat melahirkan seorang pemimpin yang berwibawa.

Akhir sekali, membuat kajian ini juga dapat memberikan kesan terhadap bangsa seperti seorang yang menyanjung tinggi serta bangga akan bangsa dan budaya bangsanya sendiri.

ELEMEN TIGA

ELEMEN DUA

Rujukan...
Orang Sumber : Hjh Saimah Hj Sedin, 69 Tahun, Kg Sekayan Pengalat Besar,Papar Afendi Hj Abd Salam, 41 Tahun, Kg Sekayan Pengalat Besar,Papar Sarimah Mohin, 36 Tahun , Kg Sekayan Pengalat Besar,Papar Syarifah Syairani Bt Afendi , 15 Tahun ,Kg Sekayan Pengalat Besar,Papar

Biodata Ayah

Nama : Afendi Hj Abd Salam Tarikh Lahir : 28 November 1970 Tempat Lahir : Kampung Buang Sayang Bangsa : Brunei Pekerjaan : Guru Pertalian : Bapa Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda dan Kepujian Nama Sekolah Menengah : SMK Agama Limauan Bil. Adik Beradik : 10 orang Anak ke : 9 Makanan Kegemaran : Goreng Sambal Belacan Minuman Kegemaran : Jus Epal Hobi : Bersukan Moto : Berusaha sehingga berjaya Prinsip : Tidak suka berputus asa

Biodata Ibu

Nama : Sarimah Binti Mohin Tarikh Lahir : 06 Disember 1975 Tempat Lahir : Kampung Sekayan Bangsa : Bajau Pekerjaan : Suri Rumah Tangga Pertalian : Ibu Tahap Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nama Sekolah Menengah : SMK Majakir, Papar Bil. Adik Beradik : 8 orang Anak ke : 3 Makanan Kegemaran : Soto dan Nasi Goreng Minuman Kegemaran : Teh , Nescafe dan Teh Tarik Hobi : Memancing Moto: Ingin Berjaya dalam bidang perniagaan Prinsip : Tidak mudah mengalah dan ingin terus mencuba sehingg Berjaya

Biodata Kakak

Nama : Syarifah Syairani Tarikh Lahir : 26 Oktober 1996 Tempat Lahir : Hospital Papar Bangsa : Brunei Pekerjaan : Pertalian : Kakak Tahap Pendidikan :Nama Sekolah Menengah : SM Sains, Labuan Bil. Adik Beradik : 4 orang Anak ke : 1 Makanan Kegemaran : Lollipop,kek dan roti bakar Minuman Kegemaran : Soya jagung dan air kelapa Hobi : mendengar radio dan memasak Moto : Islam adalah kejayaan kita Prinsip : Solat tidak ditinggalkan,amalan soleh dipragmatiskan,wanita solehah pemangkin kejayaan

Biodata Saya

Nama : Aina Athirah Tarikh Lahir : 17 Mac 1998 Tempat Lahir : Hospital Papar Bangsa : Brunei Pekerjaan : Pertalian : Tahap Pendidikan : Nama Sekolah Menengah : SMK Agama Kota Kinabalu Bil. Adik Beradik : 4 orang Anak ke : 2 Makanan Kegemaran : Nasi Ayam dan masakan ibu Minuman Kegemaran : Teh , Susu dan Milo Hobi : Bersukan dan melayari internet Moto : Ingin Berjaya dalam semua bidang yang diceburi Prinsip : Never Give Up

Biodata Adik

Nama : Ahmad Danish Tarikh Lahir : 2 Februari 2003 Tempat Lahir : Hospital Papar Bangsa : Brunei Pekerjaan : Pertalian: Adik Tahap Pendidikan :Nama Sekolah Rendah : SK Pengalat Besar Bil. Adik Beradik : 4 orang Anak ke: 3 Makanan Kegemaran : Nasi Ayam Minuman Kegemaran : Mountain Dew Hobi : Main Basikal Moto : Sentiasa Berusaha Prinsip : Tidak Berputus Asa

Biodata Adik

Nama : Ahmad Syuib Tarikh Lahir : 18 November 2009 Tempat Lahir :Hospital Papar Bangsa : Brunei Pekerjaan : Pertalian : Adik Tahap Pendidikan :Nama Sekolah: Bil. Adik Beradik : 4 orang Anak ke : 4 Makanan Kegemaran : Sup Ayam Minuman Kegemaran : Susu dan Teh Hobi : Menonton Televisyen Moto : Be a good boy Prinsip : Menjadi seorang yang berjaya

Peta tempat tinggal saya Kampung Sekayan Pengalat Besar,Papar

Biodata Pak Cik

Nama : Hj Awang Hassan Tarikh Lahir : 4 November 1959 Tempat Lahir : Kg Buang Sayang Bangsa : Brunei Pekerjaan : Majlis Daerah Brunei Pertalian : Bapa Saudara Tahap Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah : SMK Majakir,Papar Bil. Adik Beradik : 10 orang Anak ke : 1 Makanan Kegemaran : Sambal Belacan Minuman Kegemaran : Teh Hobi : Memancing Moto : Berusaha Tangga Kejayaan Prinsip : Beramal untuk akhirat

Biodata Datuk

Nama : Hj Salam Bin Ahmad Tarikh Lahir : 01 Oktober 1939 Tempat Lahir : Kg Buang Sayang,Papar Bangsa : Brunei Pekerjaan : Pesara Pertalian : Datuk Tahap Pendidikan : MCE Nama Sekolah Menengah : SMK Padawan Bil. Adik Beradik : 5 Orang Anak ke : 4 Makanan Kegemaran : Ikan Rebus Minuman Kegemaran : Teh o Hobi : Membaca Surat Khabar Moto : Sentiasa membuat kebajikan Prinsip : Berusaha dan Beramal

Biodata Pak Cik

Nama ; Hj Abdul Rahman Tarikh lahir : 10 Februari 1957 Tempat lahir :Kg Buang Sayang Bangsa : Brunei Pekerjaan : Kerani Bank Brunei Pertalian : Bapa Saudara Tahap Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah Menengah : SMK Majakir Papar Bil. Adik Beradik : 10 Orang Anak ke : 2 Makanan Kegemaran : Nasi Goreng Minuman Kegemaran : Kopi Hobi : Membaca Moto : Sentiasa berusaha Prinsip : Tiada Kejayaan Tanpa Usaha

Biodata Mak Cik

Nama : Dayang Normah Tarikh lahir : 09 April 1962 Tempat lahir : Kg Buang Sayang Bangsa : Brunei Pekerjaan : Kerani Polis Pertalian : Mak Cik Saudara Tahap Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah Menengah : SMK Sanzac Bil. Adik Beradik : 10 Orang Anak ke : 3 Makanan Kegemaran : Soto Minuman Kegemaran : Nescafe Susu Hobi : Memasak Moto: Membuat kebajikan adalah utama Prinsip : Hidup tidak bererti tanpa membuat ibadah

Biodata Pak Cik

Nama : Idris Tarikh lahir : 29 Januari 1963 Tempat lahir : Kg Buang Sayang Bangsa :Brunei Pekerjaan : Kerani Pejabat Pertalian : Bapa Saudara Tahap Pendidikan : Sijil pelajaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah Menengah : SMK Majakir,Papar Bil. Adik Beradik : 10 Orang Anak ke : 4 Makanan Kegemaran : Mee Goreng Minuman Kegemaran : Teh Hobi : Bersukan Moto : Mencuba dan terus mencuba Prinsip : Sentiasa berusaha dan terus mencuba

Biodata Pak Cik

Nama : Mohd Safari Tarikh lahir : 04 Mei 1965 Tempat lahir : Kg Buang Sayang Bangsa : Brunei Pekerjaan : Guru Pertalian : Bapa Saudara Tahap pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah Menengah : SMK Terengganu Bil.Adik Beradik : 10 Orang Anak ke : 6 Makanan Kegemaran : Ayam goreng Minuman Kegemaran : Kopi Hobi : Menonton Televisyen Moto : Cool and Relax Prinsip : Sentiasa tabah menghadapi cabaran

Biodata Pak Cik

Nama : Mustaffa Tarikh lahir : 14 September 1966 Tempat lahir : Kg Buang Sayang Bangsa : Brunei Pekerjaan : Guru Pertalian : Bapa Saudara Tahap pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah Menengah : SMK Agama Limauan Bil. Adik Beradik : 10 Orang Anak ke : 6 Makanan Kegemaran : Rendang Minuman Kegemaran : Teh Susu Hobi : Memancing Moto : Senyum Selalu Prinsip : Sentiasa berfikiran positif dan boleh melakukannya

Biodata Mak Cik

Nama : Khamisah Tarikh lahir : 04 Mac 1968 Tempat lahir : Kg Buang Sayang Bangsa : Brunei Pekerjaaan : Suri Rumah Tangga Pertalian : Ibu Saudara Tahap pendidikan : Siil pelaaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah Menengah : SM St.Joseph Bil. Adik Beradik : 10 orang Anak ke : 7 Makanan Kegemaran : Kek coklat Minuman Kegemaran : Jus Oren Hobi : Melayari Internet Moto : Biar lambat asal selamat Prinsip : Ingin berjaya dunia dan akhirat

Biodata Pak Cik

Nama : Muhamad Tarikh lahir : 01 Mei 1969 Tempat lahir : Kg Buang Sayang,Papar Bangsa : Brunei Pekerjaan : Peniaga Pertalian : Bapa Saudara Tahap pendidikan : Siil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah Menengah : Maktab Sabah Bil. Adik Beradik : 10 Orang Anak ke : 8 Makanan Kegemaran : Rojak Minuman Kegemaran : Milo Hobi : Membaca Moto : Dalam hidup mesti ada sifat sabar Prinsip : Berserah pada takdir

Biodata Mak Cik

Nama : Bahiah Tarikh lahir : 13 Oktober 1973 Tempat lahir : Kg Buang Sayang Bangsa : Brunei Pekerjaan : Jururawat Pergigian Pertalian : Ibu Saudara Tahap pendidikan : STPM Nama Sekolah Menengah : SMK Khir Johari,Kedah Bil. Adik Beradik : 10 Orang Anak ke : 10 Makanan Kegemaran : Nasi Goreng Pataya Minuman Kegemaran : Bandung Hobi : Mengumpul majalah Moto : Tidak Sombong Prinsip : Banyakkan membuat amalan

Biodata Pak Cik

Nama : Hamdan Tarikh lahir : 15 April 1974 Tempat lahir : Kg Sekayan Pengalat Besar Bangsa : Bajau Pekerjaan : Polis Bantuan Pertalian : Bapa Saudara Tahap pendidikan : Siil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah Menengah : SMK Tiong Hwa, Sandakan Bil. Adik Beradik : 8 Orang Anak ke : 2 Makanan Kegemaran : Jeruk buah-buahan Minuman Kegemaran : Teh Susu Hobi : Bersantai Moto : Hidup Mesti Ceria Prinsip : Menjadi seorang yang ceria dan berjaya

Biodata Pak Cik

Nama : Hamidi Tarikh lahir : 27 Mei 1978 Tempat lahir : Kg Sekayan Pengalat Besar Bangsa : Bajau Pekerjaan : Polis Bantuan Pertalian ; Bapa Saudara Tahap pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah Menengah : SMK Majakir, Papar Bil. Adik Beradik : 8 Orang Anak ke : 4 Makanan Kegemaran : Nasi Goreng Kampung Minuman Kegemaran : Horlicks Hobi : Mengubahsuai Kereta Moto : Sentiasa berusaha Prinsip : Belajar daripada kesilapan

Biodata Pak Cik

Nama : Sofian Tarikh lahir : 09 Jun 1979 Tempat lahir : Kg Sekayan Pengalat Besar Bangsa : Bajau Pekerjaan : Kerani Hotel Pertalian : Bapa Saudara Tahap Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Bil. Adok Beradik : 8 Orang Anak ke : 5 Makanan Kegemaran : Mee Basah Minuman Kegemaran : Nescafe Hobi : Menonton televisyen Moto : Menjadi seorang yang berguna Prinsip : Pasti boleh

Biodata Mak Cik

Nama : Neraziah Tarikh lahir : 13 Februari 1981 Tempat lahir : Kg Sekayan Pengalat Besar Bangsa : Bajau Pekerjaan : Kerani Akaun Pertalian : Ibu Saudara Tahap Pendidikan : STPM Nama Sekolah Menengah : SMK Stella Maris Bil. Adik Beradik : 8 Orang Anak ke : 6 Makanan Kegemaran : Coklat Minuman Kegemaran : Orange Twister Hobi : Menyanyi dan melayari internet Moto : Be Yourself Prinsip : Tidak Hipokrit

Biodata Pak Cik

Nama : Hishamuddin Tarikh lahir : 24 Disember 1983 Tempat lahir : Kg Sekayan Pengalat Besar Bangsa : Bajau Pekerjaan : Pembantu pejabat Pertalian ; Bapa Saudara Tahap Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Nama Sekolah Menengah : SMK Majakir , Papar Bil. Adik Beradik : 8 orang Anak ke : 8 Makanan Kegemaran : Masakan ibu Minuman kegemaran ; Kopi Hobi : Memancing Moto : Always Happy Prinsip : Usaha adalah utama !

Gambar Keluarga Saya

SALASILAH KELUARGA SEBELAH AYAH


HJ. ABD SALAM AHMAD + HJH. DG TAMPOI HJ. MOHIDDIN (SUDAH MENINGGAL DUNIA)

HJ AG HASSSAN

HJ ABD RAHMAN

DG NORMAH

IDRIS

MD SAFARI

MUSTAFFA

KHAMISAH

MUHAMMAD

BAHIAH

AFENDI + SARIMAH BTE MOHIN

SYARIFAH SYAIRANI

AINA ATHIRAH

AHMAD DANISH

AHMAD SYUIB

SALASILAH KELUARGA SEBELAH EMAK


SAIMAH HJ SEDIN + MOHON BIN KUMPAR (SUDAH MENINGGAL DUNIA)

ROSLAN (SUDAH MENINGGAL DUNIA) FATIMAH (SUDAH MENINGGAL DUNIA)

HAMDAN

HAMIDI

MD. SOPIAN

HISYAMUDIN

NERAZIAH

SARIMAH + AFENDI HJ. ABD SALAM

SYARIFAH SYAIRANI

AINA ATHIRAH

AHMAD DANISH

AHMAD SYUIB

Anda mungkin juga menyukai