Anda di halaman 1dari 6

KISAH NABI IBRAHIM DENGAN RAJA NAMRUD

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….


.Terima kasih tuan pengerusi majlis, penjaga masa yang setia
dengan jamnya,barisan hakim yang bijaksana, guru-guru,
rakan peserta seterusnya rakan-rakan sekalian…
Nabi Ibrahim puteranya Azar,
Babylon Iraq kota kelahiran,
Rasul ululazmi diberi taklifan,
Hidup di bawah raja namrud yang zalim. (syair)

Namrud terkenal dengan raja yg sangat zalim, dia memiliki


kuasa pemerintahan yang mahsyur.
Bismillahirrahmaa nirrohiim…..

Waz kuruu fil kitaa bi ibroo hiiimmm.... innahuu kaa na siddii


qon nabiyyaa...
(Surah Maryam Ayat: 41)
“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-
Quran) ini perihal Nabi Ibrahim sesungguhnya adalah ia
seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi”
Raja namrud sangatlah angkuh
Menganggap diri sebagai tuhan
Nabi Ibrahim dihina dicaci
Diburu ke sana jua ke mari (nasyid sepohon)

Kasihan sungguh rakyat palestin


Bedilan peluru angkara Israel
Janganlah kita sombong dan angkuh
Hidup di dunia tak akan kekal (pantun)

Bismillahirrahmaa nirrohiim…..

Ud’u ilaa sabii lirobbika bil hikmati wal mau ‘izotil hasanah...
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan
hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang
baik”(Surah Nahl Ayat: 125)
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah S.W.T.
Perdebatan yang hebat berlaku antara Nabi Ibrahim dan Raja
Namrud. Nab iIbrahim telah mencabar Raja Namrud untuk
membuktikan kekuasaannya. Namun,Raja Namrud tidak
berjaya membuktikan hal itu.
Hebatnya perdebatan Raja Namrud dan Nabi Ibrahim
Pelbagai hujah dan juga cara
Berkat kebijaksanaan Nabi Ibrahim
Cabaran diterima Raja Namrud kecewa

Bismillahirrahmaa nirrohiim…..

“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad)


tentang orang yang berhujjah membantah Nabi Ibrahim
(dengan sombongnya) mengenai Tuhannyazalim” ( Surah Al-
Baqorah ayat: 258)
Gejala berfacebook jadi kewajipan
Segala yang hak dan batil dipaparkan
Usah biar diri dilalaikan
Sampaikanlah dakwah saham kebaikan (Nasyid irama ashadu)
Hadirin sekalian,
Perasaan dendam Raja Namrud terhadap Nabi Ibrahim tidak
pernah hilang.
Bismillahirrahmaa nirrohiim…..

Qoo luu sami’naa fatayyaz kuruhum yuqoo lu lahuu


ibroohiimm
Mereka berkata: "Kami mendengar ada seorang pemuda yang
mencela mereka(berhala-berhala ini), namanya ibrahim
as(Surah Al-Anbiya’ Ayat 60)
Angkara Ibrahim memusnahkan berhala
Namrud dan kaumnya menghukum baginda
Dengan api nabi diseksa
Namun diselamatkan Allah yang esa (pantun)

Ajaran sesat jadi ikutan


Malaysia berusaha untuk membanteras
Berani kerana harus diamalkan
Kerana Islam itu agama yang jelas (nasyid irama sepohon)
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kejamnya namrud pada Ibrahim
Nabi ditangkap hendak dibunuh
Kuasa Allah lebih lah besar
Nabi dibantu tentera nyamuk
(Nasyid irama selimut putih)

Ya, dengan izin Allah S.W.T, tentera nyamuk telah


menghalang tentera Namrud dari membinasakan Nabi Ibrahim
a.s.
Bismillahirrahmaa nirrohiim…..

“Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong


mereka) dan Allah adalahMaha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana”
(Surah Al-Fath Ayat 4)
Wahai rakan dan juga taulan
Sikap Namrud bukan ikutan
Zalim dan kejam kepada rakan
Dijauhi orang tiada kawan (pantun)
Allah S.W.T telah menurunkan pelbagai azab sebagai ingatan
kepada manusia yang semakin leka kepada penciptanya. Virus
kencing tikus yang terpampang di akhbar baru-baru ini sangat
mengejutkan dan hangat diperkatakan. Nauzubillah.....
Demikianlah pengorbanan masa, harta dan wang serta tenaga
dan nyawapada jalan Allah S.W.T merupakan peringkat
tertinggi sebagai pembuktian keikhlasana setiap amalan.
Allah telah merakamkan bagaimana Nabi Ibrahim
a.smembuktikan keikhlasannya menjalankan setiap perintah
melalui pengorabanan baginda yang tiada berbelah bahagi.
Pengorbanan baginda di jalan Allah seperti inilah yang sangat
diperlukan pada saat ini untuk memastikan diri kita dijamin
kesyurga Allah kelak, insya-Allah

Anda mungkin juga menyukai