Anda di halaman 1dari 4

Kesan kesan manusia akhir zaman :

 Ia dikaitkan dengan perilaku atau peristiwa yang terjadi akibat daripada keingkaran
manusia dalam mengecapi keseronokan dan kecenderungan untuk memelihara
kepentingan sendiri iaitu melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan
Al-quran dan As-sunnah.

 Secara tidak langsung , perbuatan manusia ini membawa akan kewujudan


berlakunya tanda-tanda harI kiamat .

 Rasulullah SAW juga telah menjelaskan tentang tanda-tanda sebelum kedatangan


hari kiamat . Ia terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda kecil kiamat dan tanda-
tanda besar kiamat.

Antara kesan-kesannya ialah :

 Berlakunya bencana alam


Contohnya,berlaku gempa bumi seperti gunung berapi di Jepun dan Filipina.

 Fitnah semakin berleluasa .


Ini dapat di lihat apabila teknologi pada masa kini semakin canggih di mana
manusia banyak menyebarkan berita yang sahih atau tidak di media sosial.

 Perbuatan zina.
Manusia tidak lagi berasa malu untuk melakukan zina dan perkara ini akan berlaku
di mana-mana sahaja walaupun di masjid .

 Derhaka terhadap ibu bapa.


Contohnya , seorang anak yang melakukan kejahatan di hadapan ibu bapanya
seperti meminum arak ataupun melakukan maksiat.

 Orang yang menyuruh melakukan ma’ruf malah menjadi tertuduh .


Contohnya , yang sering berlaku pada pendakwah yang menyebarkan ilmu agama
di mana mereka menerima kritikan daripada segelintir masyrakat islam walaupun
apa yang dilakukan itu adalah perbuatan yang baik .
TANDA-TANDA KECIL KIAMAT :

 Ramai orang soleh meninggal dunia


-“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang baik dan ahli
agama di muka bumi , maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang
hina dan buruk yang tidak mengetahui makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.-
Riwayat Ahmad .
 Pembunuhan dan pelbagai perbuatan keji berlaku dengan berleluasa

 Wanita yang berpakaian tetapi bertelanjangan .

 Ilmu agama akan hilang secara berperingkat

 Zina bermaharajalela .
-Dan tinggallah manusia yang buruk , yang seenaknya melakuka persetubuhan
seperti himar (keldai).Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang,-Sahih
Muslim.
 Perbuatan riba semakin berleluasa

 Umat islam semakin terpengaruh dengan budaya dan gaya hidup orang bukan islam.

 Memutuskan hubungan silaturahim dan buruk pada tetangga .

 Ramai pegawai dan pembantu penguasa yang bersikap zalim .

 Masa menjadi singkat.


TANDA-TANDA BESAR KIAMAT :

 Ad-dukhan atau asap

- Istilah dukhan ataupun asap dikiaskan dengan pendapat yang dikemukakan oleh
Abdullah ibn Mas’ud iaitu dikaitkan dengan penderitaan dan kesengsaraan yang
merupakan kesempitan hidup seperti penukaran wabak penyakit dan bencana
kemarau .
- Contohnya , yang berlaku di Indonesia dab California yang di sebabkan
perbuatan manusia yang kerap melakukan pembakaran secara terbuka sehingga
menyebabkan jerebu teruk melanda di kawasan sekitarnya .
- Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :
Oleh itu tunggullah (wahai Muhammad)ketika langit membawa asap kemarau
yang jelas nyata(yang menyebabkan kebuluran yang dasyat ). Yang akan
menimpa seluruh keadaan manusia(yang kafir itu) , sehingga mereka berkata :
“Ini adalah azab yang amat menyakitkan “ . (Surah ad-dukhan 44:10-11)
 Kemunculan dajjal

- Dajal ini digambarkan sebagai pendusta dan penyeleweng .Dajal


menyelewengkan tauhid ketuhanan dan nilai keagamaan dengan membawa
konsep ketuhanan (conceptual God ).
- Selain itu , perkataan dajjal in berasal daripa perkataan Arab dajlun yang
membawa maksud penutup iaitu penutup kebenaran dan kebatilan. Maksud
istilah asalnya daripada perkataan ad-dajlu yang dinyatakan sebagai
mempercampuradukkan .
- Ini bermaksud dajjal adalah pendusta yang memalsukan ketuhanan dengan
megelirukan manusia dengan kelebihan luar biasa yang diberikan oleh Allah
SWT.
- Namun begitu , Allah SWT telah menetapkan hati orang yang beriman dan
mereka tidak terpedaya dengan penyelewengan tersebut .

 Nabi Isa a.s zahir ke bumi

- Kedatangannya sebagai nusrah Allah kepada orang Mukmin yang sedang


menghadapi kesengsaraan dan kerosakan angkara fitnah dajjal.
- Berdasarkan pengarang kitab Asyraath As-Saa’ah berkata,”Setelah Ya’juj
Ma’juj keluar dan membuat kerosakan di muka bumi, maka Allah mengutuskan
Al-Masih (nabi Isa )dengan menurunkannya di atasmenara putih yang berada
di bahagian timur damsyiq , Syria .

 Yakjuj wa Makjuj

- Yakjuj wa makjuj dalam bahasa Inggeris yang disebut sebagai Gog Maggog
yang membawa maksud sebagai makhluk perosak sama ada dalam kalangan
manusia ataupun daripada jenis makhluk yang tidak diketahui.
- Yakjuj wa makjuj adalah berasal daripada keturunan bani Adam melalui zuriat
Yafits (Japeth ) iaitu anak Nabi Nuh a.s , Yafits yang mempunyai tujuh anak
iaitu Gomer , Javan , Magog , Madai , Tubal , Meshech dan Tiras.

 Binatang (Dabbatul Ard) dari bumi

- Berhampiran di Bukit Shafa , Mekah , akan keluarnya binatang yang dipanggil


‘Dabbah’ yang akan bercakap bahawa manusia tidak akan lagi beriman kepada
Allah S.W.T.

- Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah S.A.W., baginda bersabda, “ Bahawa
suatu saat aka nada binatang melata yang keluar dengan membawa tongkat
Nabi Musa a.s. dan cincin Nabi Sulaiman a.s. di mana kemudian binatang
melata tersebut membungkam orang kafir.” Affan – salah satu pewaris hadis
yang mengatakan bahawa “ Binatang tersebut memberi tanda kepada orang
yang kafir dengan menunjuk cincin ke hidung mereka, dan mengkilap wajah
seorang mukmin dengan tongkat, sehingga mengakibatkan ahli khianat
berkumpul bersama para pengkhianat lainnya seraya berkata, “ Wahai orang
mukmin, wahai orang kafir.’

(HR.Ahmad , At-Tarmidzi dan Al-Hakim)

- Sebagaimana firman allah SWT yang terdapat pada Surah an-Nam 127:82
Maksud :Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia , kami
keluarkan kepada mereka sejenis binatang dari bumi yang akan menyatakan
kepada mereka bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat dan
pengajaran kami .

 Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya iaitu dari arah Barat.

- Apabila matahari terbit dari barat , maka keimanan seseorang yang


sebelumnya itu tidak beriman , tidak lagi diterima .
- Dari Abu Hurairah r.a , ia mengatakan bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda ,
“Ada tiga perkara yang ketika ia muncul , maka tidaklah bermanfaat lagi iman
seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu , atau dia
(belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya . Iaitu , terbitnya
matahari dari arah barat , munculnya dajjal dan munculnya binatang di bumi” .

Anda mungkin juga menyukai