Anda di halaman 1dari 3

TAJUK ( P) : DAKWAH NABI HARUN DAN NABI MUSA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….


Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana seterusnya
para hadirin sekelian.
Tajuk cerita saya “ Dakwah Nabi Harun Dan Nabi Musa “

Pengenalan
Kawan-kawan sekelian,
1.
Nabi Harun merupakan abang kepada Nabi Musa a.s . Ayahnya bernama Imran bin
Qahits . Berketurunan Nabi Yaakub. Nabi Musa dipelihara oleh Asiah isteri Firaun
manakala nabi Harun dipelihara oleh ibu bapanya di Mesir.

Nabi Harun punya keistimewaan


Petah dan fasih bila berbicara pantun
Di pentas dakwah teguh pendirian
Menegakkan kebenaran menyembah yang esa

Surah Al-Qasas: 34

‫وأخى هرون هو أقصح مىن لسانا فأرسله معى ردءا يصد قىن‬

“ Dan saudaraku, Harun, ia lebih petah fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia
bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku “

Ya kawan-kawan,

Kita haruslan menjaga keturunan supaya dapat melahirkan generasi yang beriman.
Teguhkan hubungan dan sayangilah saudara kandung .
Sejak akhir ini, kita dikejutkan dengan kes penderaan bayi dan kanak-kanak .
Sayangilah anak kerana mereka adalah anugerah terindah.

Dakwah nabi Harun dan Nabi Musa

2. Allah s.w.t memerintahkan nabi Musa berdakwah kepada Firaun.

‫ طغى‬,‫إذ هبا إىل فرعون إنه‬

SKKA
TAJUK ( P) : DAKWAH NABI HARUN DAN NABI MUSA

Surah Thoha: 43
Maksudnya : “ Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah
melampaui batas dalam kekufurannya.”

Firaun, raja yang zalim dan kejam


Bani Israil sentiasa saja ditindas nasyid
Musa dan Harun cuba berdakwah
Namun diusir ,meninggalkan Mesir

Ya kawan-kawan,
Kita perlu menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran.
Kita lihat aktivis jemaah tabligh yang sentiasa mengajak memakmurkan masjid serta
peranan masjid pada masa kini. Ingatlah hanya Allah tempat kita bergantung.
Kepimpinan Nabi Harun ketika ketiadaan Nabi Musa.
3.
Dalam perjalanan ke Sinai, Nabi Musa melantik Nabi Harun sebagai ketua kerana
baginda ingin beruzlah di Bukit Thursina.

‫وقال موسى ألخيه هرون اخلفىن ىف قومى‬


Surah al-Araf ayat 142
Maksudnya: “ Berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun ; Gantikanlah
aku dalam memimpin kaumku,

Sepeninggalan Nabi Musa … “ Marilah kita mencipta tuhan yang boleh kita sembah “,
kata Samiri tanpa menghiraukan dakwah nabi Harun.

Ya kawan-kawan,
Kita haruslah melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab.

Contohilah Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong Sultan Muhammad Faris
Petra yang merupakan pemimpin yang amanah dan berjiwa rakyat.

Tentangan Dakwah Baginda Berdua


4.
Setelah Nabi Musa pulang, baginda terkejut melihat kaumnya menyembah patung
lembu Samiri.
Firman Allah ; Surah al-Baqarah : 54

SKKA
TAJUK ( P) : DAKWAH NABI HARUN DAN NABI MUSA

‫يقوم إنكم ظلمتم أنفسكم‬


Maksudnya : “ Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri “

Nabi Harun diancam, akan dibunuh


Oleh Samiri, yang durjana
Sabar dan doa, sebagai senjata sajak
mohon keampunan
Kaumnya yang ingkar ,terima balasan.

Ya kawan-kawan
Akhirnya Samiri dan pengikutnya dihalau keluar dan patung itu dibakar
Serta dihanyutkan ke laut.
Kita hendaklah menyembah Allah yang Maha Esa dan menjauhi perkara-perkara
syirik.
Marilah kita bersama-sama membenteras budaya yang boleh merosakkan aqidah
seperti murtad , LGBT yang semakin menular dikalangan umat Islam
Semoga kita tergolong dikalangan orang yang beriman.

Sekian . Wabillahitaufik walhidayah..


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

SKKA

Anda mungkin juga menyukai