Anda di halaman 1dari 3

Tahajud Membina Kekuatan Jiwa Dan Peribadi Unggul

Assalamua’laikum warahmatullahi wa barakatuh


Terima kasih Pengerusi Majlis, panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian. Tajuk
cerita saya ialah Qiamulail Membina Kekuatan Jiwa.

:Firman ALLAH bermaksud

َ‫ أَ ۡو ِز ۡد َعلَ ۡي ِه َو َرتِّ ِل ۡٱلقُ ۡر َءان‬٣ ‫ص ِم ۡنهُ قَلِياًل‬ ۡ ِّ‫ ن‬٢ ‫ قُ ِم ٱلَّ ۡي َل إِاَّل قَلِياٗل‬١ ‫﴿ ٰيَٓأَيُّهَا ۡٱل ُم َّز ِّم ُل‬
ۡ ُ‫صفَ ٓۥهُ أَ ِو ٱنق‬
ٗ
﴾٦ ‫طا َوأَ ۡق َو ُ^م قِياًل‬ ‍ٔۡ ‫َاشئَةَ ٱلَّ ۡي ِل ِه َي أَ َش ُّد َو‬
ِ ‫ إِ َّن ن‬٥ ‫ك قَ ۡواٗل ثَقِياًل‬ َ ‫ إِنَّا َسنُ ۡلقِي َعلَ ۡي‬٤ ‫ت َۡرتِياًل‬

Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, "
selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu
malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit)daripadanya:
dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan
menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang
berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan
lebih tetap betul bacaannya". (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)

Umat Islam dianjur melaksanakan qiamullail (tahajud) pada bahagian akhir malam sebagai


manifestasi kesyukuran kepada ALLAH atas segala nikmat-Nya yang begitu banyak
dikurniakan kepada kita. Sesungguhnya solat pada akhir malam akan melahirkan kekuatan
.jiwa, memperkukuhkan keinginan dan azam untuk patuh serta taat kepada ALLAH

Beribadat dan bermunajat kepada ALLAH pada malam hari, di kala insan lain sudah lama
nyenyak dibuai mimpi indah. Ia suatu gambaran keikhlasan kepada ALLAH dan seterusnya
membebaskan diri dari sifat riak yang boleh membakar seluruh amalan kebajikan.

Bermunajat dengan melaksanakan tahajud pada malam hari mengecewakan syaitan yang
tidak jemu menggoda dengan pelbagai bisikan dan mendodoi manusia supaya terus lena
hingga ke pagi hari.Sabda Rasulullah SollaLLahu'alaihiwassallam bermaksud: "Ketika kamu
tidur, maka datanglah syaitan dengan mengikat ubun-ubunmu dengan tiga ikatan. Dan
apabila ia terjaga dengan menyebut nama ALLAH, maka terlepaslah satu ikatan, jika ia terus
berwuduk maka terlepaslah ikatan kedua, kemudian apabila diikuti dengan solat Qiamullail,
maka terlepaslah ikatan yang ketiga dan pada waktu pagi berada dalam keadaan segar dan
giat, jika tidak berbuat demikian, maka akan kencinglah syaitan dalam kedua-dua
telinganya." (A-Misykuh)
Rasulullah SollaLLahu'alaihiwassallam sentiasa mengingatkan kita berhati-hati supaya tidak
diperdayakan syaitan laknatullah, jiwa yang tergoda dengan syaitan akan timbul sifat malas
untuk melaksanakan ibadat, hati menjadi keras dan liat untuk mendengar serta mendekati
ilmu keagamaan.

Daripada Ibnu Mas’ud katanya, "Sudah disebut perihal lelaki di hadapan


Nabi SollaLLahu'alaihiwassallam  Katanya, lelaki itu berterusan tidur hingga subuh dan tidak
bangun sembahyang lalu Nabi bersabda: "Sesungguhnya lelaki itu dikencing oleh syaitan di
dalam telinganya." (Hadis riwayat Syaikhan dan an-Nasa)

Oleh demikian, menghidupkan malam hari dengan bertahajud dan bermunajat kepada
ALLAH akan mendapat kasih sayang dari ALLAH dan kasih sayang ALLAH itu terpancar
dari-Nya melalui sikap serta tindakannya.

Segala sikap dan tindakannya sentiasa di dalam pemeliharaan ALLAH, yang seterusnya
orang lain pula apabila melihatnya akan timbul perasan kasih dan hormat akibat pancaran
kasih sayang ALLAH kepadanya.

Firman ALLAH

َ ِّ‫ك بِأ َ ْعيُنِنَا ۖ َو َسبِّحْ بِ َح ْم ِد َرب‬


)48( - ‫ك ِحينَ تَقُو ُم‬ َ ِّ‫َواصْ بِرْ لِ ُح ْك ِم َرب‬
َ َّ‫ك فَإِن‬

ِ ‫َو ِمنَ اللَّي ِْل فَ َسبِّحْ هُ َوإِ ْدبَا َر النُّج‬


)49( – ‫ُوم‬

bermaksud:"Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad)menerima hukum


Tuhanmu (memberi tempat kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat
dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami. Dan bertasbihlah menemui Tuhanmu semasa
engkau bangun. Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepada-Nya pada waktu malam, dan
ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh)". (Surah al-Thur, ayat 48-49)

ALLAH menyediakan banyak pengurniaan-Nya terhadap orang yang sanggup


menukar tempat tidur dan masa istirehatnya, tilam yang empuk, bangun dalam kesejukan
untuk bersuci dan terus beribadah kepada ALLAH, dijanjikan kedudukan yang terpuji baik di
dunia mahupun akhirat.

Sejarah lampau membuktikan bahawa Salahuddin Al-Ayubi seorang pemimpin


tentera Islam dalam peperangan Salib hanya memilih orang yang mengerjakan qiamullail
untuk bertempur di medan peperangan kerana mereka ini memiliki kekuatan jiwa dan
keteguhan peribadi yang tinggi. Hasilnya, pihak Islam menang dalam peperangan itu.

Dalam satu hadis Rasulullah SollaLLahu'alaihiwassallam menjelaskan bahawa barang


siapa bersolat pada malam hari dengan sanggup bersengkang mata melaksanakan solat
tahajud, ALLAH akan memberi sembilan kurniaan kepadanya. Lima kurniaan di dunia dan
empat lagi di akhirat.

Sabda Rasulullah SollaLLahu'alaihiwassallam  daripada Umar bin al-Khattab yang


bermaksud: "Barang siapa yang mengerjakan solat malam, dan dia membangunkan solat,
maka ALLAH memuliakan dia dengan sembilan perkara: Lima perkara di dunia dan yang
empat lagi di akhirat.

Oleh itu, kawan-kawan marilah sama-sama kita menyahut tawaran ALLAH untuk
bangun menunaikan qiamullail iaitu ganjarannya terlalu besar nilainya, lebih besar dan
bernilai dari dunia ini dan segala isinya. Janganlah sampai ayam yang tidak berakal itu lebih
pintar dan lebih baik daripada kita. Seperti nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya,
"Wahai anakku, janganlah engkau tidur di kala ayam jantan berkokok pada waktu fajar."

Sekian, wassalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai