Anda di halaman 1dari 1

DOA PENUTUP prasekolah

Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup
kami dengan ibadah kepada-Mu,

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu
sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat, berkat, keizinan dan
iradah-Mu, maka Program Bijak Prasekolah 2013 yang kami rancangkan ini
berlangsung ke penghujungnya dan mencapai objektif seperti yang dirancangkan,.
Engkau jadikanlah majlis kami ini penyebab penyatuan hati-hati kami ke jalan
yang engkau redhai. Engkau sahaja (ya allah) yang kami sembah dan kepada
engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
,

Berkatilah usaha-usaha kami yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan (dengan
usaha-usaha kami ini) murid-murid Prasekolah di Bahagian Bintulu akan menjadi
murid yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, dan akan menjadi
pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

,

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan , kecergasan minda, ketenangan
jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan
Negara serta mampu merancang aktiviti seperti ini di masa-masa yang akan
datang.


Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati
dan dirahmati .


Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau
pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai