Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Apresiasi

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫َاْلَح ْم ُد ِ ِهلل َر ِّب اْلَع اَلِم ْين َو الَّص َالُة َو الَّس َالُم َع َلى َاْش َر ِف اْلُم ْر َسِلْين َو َع َلى آِلِه َو صحِبِه‬
‫َاْج َم ِع ْين‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk
berada dalam Majlis Apresiasi peringkat SK Taman Indahpura 1 bagi tahun 2023

Ya Allah
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan
rahmatMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang
menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah ini. Kami juga
mengharapkan agar Engkau teruskan kecemerlangan yang sudah kami capai sama
ada dalam bidang akademik mahupun sahsiah insan.

Ya Allah,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima penghargaan pada hari ini sebagai
pelajar-pelajar yang bersyukur dan sentiasa berusaha dengan gigih untuk
meningkatkan prestasi mereka dalam bidang akademik. Kami memohon daripada-
Mu Ya Allah agar kecemerlangan mereka akan menjadi inspirasi kepada pelajar-
pelajar lain.

‫َر َّبَنا آِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنٍة َو ِفي اآلِخ َر ِة َح َس َنٍة َو ِقَنا َع َذ اب الَّناِر‬
‫َو َص َّلى هللا َع َلى ُمَح َّمٍد َو َع َلى آِلِه َو ْص َح ِبِه َو َس َّلم‬
‫َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَع اَلِم ْين‬

Anda mungkin juga menyukai