Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN EIDUL ILMI

ِ ‫بْس ِم ِهللا الَّر ْح َٰم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َن ا ُم َح َّمٍد َو َع َلى آِلِه‬، ‫ َو الَع اِقَب ُة ِلْلُم َّت ِقْي َن‬، ‫َاْلَح ْمُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِمْي َن‬

‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِعْي َن‬


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang
telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini dan di
bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, di Majlis Eidul Ilmi, SMK Kerteh bagi tahun 2024.
Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Fattah, Ya ‘Alim
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau kurniakanlah kepada anak-anak kami , hati yang terang dan dada
yang lapang. Kau kurniakanlah kepada mereka dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan
tubuh badan, kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah kepada mereka dengan kejayaan
dan kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah


Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kegembiraan, di dalam setiap hati murid-murid yang
menerima hadiah kecemerlangan dan penghargaan pada hari ini, rezekikan kepada mereka rasa
kesyukuran dan kehambaan kepada-Mu Ya Allah. Semoga Engkau memberikan petunjuk dan
bimbingan serta ‘inayah kepada mereka yang menerima anugerah ini agar terus gigih berusaha untuk
memperolehi kejayaan yang lebih besar seiring dengan keteguhan iman dan sahsiah yang mulia agar
menjadi insan yang cemerlang dan terbilang, di dunia dan di akhirat.

Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat menjadi dorongan dan
galakkan kepada murid-murid lain, untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di
dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan seterusnya bersama-sama
menyumbang bakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara yang tercinta.

‫ َو َال َت ْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْي َن ا َو َال َمَع َن ا َو َال َم ْن‬،‫ َو َتَفُّر َق َـَن ا ِمْن َب ْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًما‬،‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْم َع َن ا َه َذ ا َج ْم ًع ا َم ْر ُحْو ًما‬
‫َي ْت َب ُع َن ا َش ِقًّي ا َو َال َم ْط ُرْو ًد ا َو َال َم ْح ُرْو ًما‬
ِ‫َر َّب َن ا َءاِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي اَألِخَر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِمْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى َس ِّيِد َن ا ُم َح َّمٍد َو َع َلى َءاِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai