Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG

S.K PENCHU, KUNDANG ULU, LEDANG, JOHOR



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran
atas iradat danqudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami
untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Hari Anugerah
Cemerlang, SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada anak-anak kami
dengan hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah kepada
mereka dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh
badan, kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah kepada
mereka dengan kejayaan dan kecemerlangan di dunia mahupun di
akhirat.

Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam setiap
hati murid-murid yang menerima hadiah kecemerlangan dan
penghargaan pada hari ini, dengan rasa kesyukuran dan kehambaan
kepada-Mu Ya Allah.

Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini
dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid lain, untuk
mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang
kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan.

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang
beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari
perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan,
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas,
rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah
kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai