Anda di halaman 1dari 6

KEJOHANAN MERENTAS DESA

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH


DAERAH TANGKAK

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia


(KOM), Peraturan-peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Johor (MSSJ) dan
Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Johor.

2. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan pada hari Khamis, 31 Januari 2019, bermula jam
8.00 pagi di SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR .

3. JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK /MASA MULA

Kategori Peringkat Umur Jarak Masa Mula


A Lelaki Bawah 18 Tahun 8 km. 8.15 pagi
B Perempuan Bawah 15 Tahun 6 km. 8.20 pagi
C Perempuan Bawah 18 Tahun 6 km. 8.25 pagi
D Lelaki Bawah 15 Tahun 6 km. 8.30 pagi
E Lelaki Bawah 12 Tahun 4km 8.35 pagi
F Perempuan Bawah 12 Tahun 4km 8.40 pagi
4. PENGESAHAN PESERTA-PESERTA / MELAPORKAN DIRI

Peserta-peserta hendaklah melaporkan diri kepada penyelia peserta di tempat


pertandingan padang SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR dari jam 7.15 hingga 8.00
pagi.

5. PENDAFTARAN PESERTA

5.1 Setiap pelajar yang didaftarkan mestilah warganegara Malaysia dengan 4


peserta bagi setiap kategori sekolah menengah dan sekolah rendah.
5.2 Semua pendaftaran diwajibkan membuat pendaftaran secara online di laman
web MSSD TANGKAK mssdtangkak.webs.com sebelum atau pada 25
JANUARI 2019 (JUMAAT)
5.3 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang
Pendaftaran BORANG M01 /RO1 yang disediakan oleh Jawatankuasa
Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan
dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar sekolah masing-masing.
5.4 Peserta-peserta Kategori 18 Tahun ke bawah dan 15 Tahun Ke Bawah
WAJIB membawa Kad Pengenalan asal atau setaraf dengannya sebagai
pengenalan Rasmi.
5.5 Peserta kategori bawah 12 tahun WAJIB membawa salinan sijil lahir sebagai
pengenalan rasmi .Borang penyertaan yang telah dilengkapkan beserta
dengan salinan fotostat kad pengenalan hendaklah dikemukakan kepada
Jawatankuasa Pendaftaran (up : S/u Kejohanan Merentas Desa) pada hari
kejohanan.
5.6 Pertukaran peserta tidak dibenarkan pada hari pertandingan. Tambahan
pasukan tidak dibenarkan.

6. HADIAH-HADIAH
6.1 Bagi acara individu:
6.1.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga
ke dua puluh bagi setiap kategori.

6.1.2 Hadiah piala pusingan Johan berpasukan untuk sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah Disediakan.

7 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN

7.1 Daripada 4 peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 3 orang


peserta yang menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan
kedudukan pasukan.
7.2 Pasukan yang mendapat agregat terendah akan diisytiharkan
sebagai pemenang.
7.3 Jika berlaku seri penamat yang keempat terbaik akan diambil kira bagi
menentukan pemenang.

8 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN


8.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah
agregat yang terendah dikumpulkan daripada EMPAT kategori dan 2
kategori sekolah rendah .
8.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan
yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
8.3 Jika berlaku seri jua, tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira
sebagai pemenang.

9. NOMBOR PESERTA
9.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan di bahagian
hadapan dan belakang badan dan hendaklah disematkan pin pada
keempat-empat sudut kain.
9.2 Penetapan nombor peserta adalah seperti berikut:
Huruf- Huruf Pengenalan

Kod Sekolah Menengah

1. SMK LEDANG : ML 1-50


2. SMK TUN MAMAT : TM 1-50
3. SMK SERI TANGKAK : ST 1-50
4. SMK SAGIL : MS1-50
5. SMK PEI HWA : PH 1-50
6. SMK PEI HWA PERSENDIRIAN : PP 1-50
7. SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR : TG 1-50
8. SMK BUKIT GAMBIR : MG 1-50
9. SMK TUN SRI LANANG : SL 1-50
10. SMK PESISIRAN PERDANA : MP 1-50
11. SMK TENGKU TEMENGGUNG AHMAD : TA 1-50
12. SMK SAINS : SN 1-50
13. SMK PARIT BUNGA : PB 1-50
14. SMA LOGATUL QURAN : LQ 1-50
15. SMA SHAMSUDDINIAH : SA 1-50
16. SMA LOGATULARABIAH : LA 1-50
17. SMA DARULULUM : DA 1-50

Kod Sekolah Rendah

1. SK SRI TANGKAK : TS
2. SK P (BANDAR )TANGKAK : BT
3. SK BUKIT KANGKAR : BK
4. SK BUKIT BANJAR : BB
5. SK BUKIT GAMBIR : BG
6. SK BELEMANG : BL
7. SK BEKOH : BE
8. SK BUKIT RAHMAT : BR
9. SK RKT SRI LEDANG : SE
10. SK DURIAN CONDONG : DO
11. SK GERSEK : GK
12. SK KUNDANG ULU : KU
13. SK PARIT KASAN : PK
14. SK PANTAI LAYANG : PL
15. SK PAYA MAS : PM
16. SK PENGKALAN BESAR : PA
17. SK PENCHU : PU
18. SK RAWANG : RA
19. SK PUTERI LEDANG : PD
20. SK SIMPANG LIMA PEKAN : SP
21. SK SIMPANG LIMA DARAT : SD
22. SK SAGIL KAMPONG : SK
23. SK SAWAH RING : SR
24. SK SEROM 3 : SC
25. SK SEROM 4 : SF
26. SK SEROM 5 : SU
27. SK SEROM 6 : SH
28. SK SEROM 8 : SM
29. SK SENGKANG : SG
30. SK SIALANG : SS
31. SK SERI JAYA : SJ
32. SK TELUK RIMBA : TR
33. SK ABDULLAH : AB
34. SK LEDANG : LD
35. SK KESANG TASIK : KT
36. SK SERI MAAMOR : MR
37. SJKC BEKOH : BH
38. SJKC CHI MING 1 : CM
39. SJKC CHI MING 2 : CN
40. SJKC CHIAN KUO : CK
41. SJKC CHIN JU : CJ
42. SJKC BELEMANG : CA
43. SJKC SEROM 3 : CH
44. SJKC KUNG YU : KY
45. SJKC NAN HWA : NH
46. SJKC PAI ENG : PE
47. SJKC SAN YU : SY
48. SJKC KEBUN BARU : RB
49. SJKC CHEE CHUIN SAGIL : HE
50. SJKC LIAN HWA : LH
51. SJKC LADANG GRISEK : GL
52. SJKC KHAY HIAN : KH
53. SJKC CHUNG HWA SG.SENDUK : CW
54. SJKC CHUNG HWA ASAHAN : CD
55. SJKC PEI HWA SG. MATI : PS
56. SJKC KOK BENG SENGKANG : KB
57. SJKT SIALANG : TL
58. SJKT LADANG TANAH MERAH : LT
59. SJKT LADANG BUKIT SERAMPANG : LB
60. SJKT LADANG SAGIL : LS
61. SJKT LADANG BEKOH : LE
62. SJKT LADANG TANGKAH : LG
63. SK PARIT BUNGA : PT
64. SK KESANG TASIK : KT
65. SK KESANG : KS
66. SJKT LADANG NORDANAL : LN
67. SJKC PUI NAN : PN
68. SK TANJUNG GADING : GD
9.3 Ukuran kain 26 cm x 15 cm

9.4 Ukuran nombor 12 cm - 14 cm (Tinggi nombor)


6 cm - 7 cm (Lebar nombor)
1.5 cm - 2 cm (Tebal nombor)

L18 - PUTIH
P18 - KUNING
L15 - HIJAU MUDA
P15 - BIRU MUDA
L12 - MERAH JAMBU
P12 - UNGU

10 MELAPORKAN DIRI PESERTA

10.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit


sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.
10.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor
mereka mestilah disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju
lari masing-masing.

11 PAKAIAN
11.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas sewaktu mengambil
bahagian dan pada majlis penyampaian hadiah
11.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok
mata.

12 BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM kecuali perkara
berikut:

12.1. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta


yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan
bermula maka peserta tersebut bolehlah mengambil; bahagian di bawah
bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada
MSSD Tangkak kelak.

12.1.1 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang


dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta
dan tidak lewat daripada:

12.1.1.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi


Diumumkan
12.1.1.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan
mestilah disertai dengan wang pertaruhan sebanyak
RM 300.00 (Ringgit Malaysia : TIGA Ratus Sahaja)

13 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


13.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut masa seperti ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik MSSD
Tangkak berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku
pemindaan, Pengurus-pengurus Pasukan akan diberitahu.

13.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang


tidak tercatat dalam Undang-undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-
peraturan Am MSSJ atau Peraturan-persaturan Pertandingan Kejohanan
Olahraga MSSJ, Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar
warga asing dalam kejohanan ini.

14 RAJAH LALUAN MERENTAS DESA


14.1 Disertakan bersama untuk panduan peserta.

15 HAL-HAL LAIN
15.1 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-
peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN
DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI
DENGAN KEBENARAN PENGARAH PERTANDINGAN.

15.2 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian,


kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang
kecederaan lain yang berlaku :
15.1.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke tempat
pertandingan
15.1.2 Semasa kejohanan dijalankan

15.1.3 Di dalam dan di luar kawasan pertandingan.

15.3 Walaubagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk


mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
15.4 Pihak Pengelola tidak akan menyediakan minuman kepada peserta-peserta.