Anda di halaman 1dari 6

1

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia


( KOM ), Peraturan – Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan Peraturan
Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ).

2.0 JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / UMUR / JARAK LALUAN

2.1. Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan

2.2. Kumpulan umur dan kategori adalah seperti berikut:

Kategori (terbuka) Umur Jarak

7 km
Lelaki A Bawah 20 tahun
4.5 km
Lelaki B Bawah 15 tahun
3.5 km
Lelaki C Bawah 12 tahun

Perempuan A Bawah 20 tahun 5 km

Perempuan B Bawah 15 tahun 3.5 km

Perempuan C Bawah 12 tahun 2.5 km

3.0 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN

3.1 HARI PERTAMA

3.1.1. Melaporkan diri

3.1.1.1 Hari pertama melapor diri dan sesi pengesahan penyertaan yang
akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pendaftaran dengan menunjukkan
borang pertandingan dan kad pengenalan dan kad OKU.

3.1.1.2 Borang penyertaan yang lengkap setelah disemak hendaklah dihantar


kepada Jawatankuasa Pengelola semasa melaporkan diri dan
maklumat trek laluan untuk latihan pengenalan trek.

3.1.2 Pengenalan Trek – Pengurus Pasukan

3.1.2.1 Hari pertama sebelah petang ( mana yang sesuai )

2
3.1.3 Mesyuarat Pengurus pasukan

3.1.3.1 Pada sebelah malam hari pertama.

3.2 HARI KEDUA

3.2.1 Pertandingan pada awal pagi

3.2.2 Penyampaian Hadiah

4.0 PENDAFTARAN PESERTA

4.1 Setiap murid yang didaftarkan hendaklah warga negara Malaysia dengan 6 peserta bagi
setiap kontijen.

4.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi
yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta
hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Sektor Pendidikan Khas Negeri masing-
masing.

4.3 Peserta-peserta Kategori 20 tahun ke bawah dan 15 tahun ke bawah WAJIB


membawa Kad Pengenalan asal atau setaraf dengannya dan Kad OKU. Manakala
Kategori 12 tahun ke bawah WAJIB membawa Sijil Surat Beranak dan Kad OKU
sebagai pengesahan rasmi. Surat Akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN
DITERIMA ( Rujuk Peraturan Am MSSM ).

4.4 Borang penyertaan yang telah dilengkapkan berserta dengan salinan fotostat kad
pengenalan dan Kad OKU hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola
pada atau sebelum 7 hari kejohanan.

5.0 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN

5.1 Daripada 6 peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 4 orang peserta yang
menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan.

5.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.

5.3 Jika berlaku seri penamat yang KE EMPAT terbaik akan diambil kira bagi menentukan
pemenang.

6.0 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

6.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agreget yang
terendah dikumpulkan daripada empat kategori.

6.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan johan berpasukan yang terbanyak
akan dikira sebagai pemenang.

6.3 Jika berlaku seri juga, tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira sebagai
pemenang.

7.0 HADIAH – HADIAH

7.1 Bagi acara Individu

3
7.1.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga tempat ke
sepuluh bagi setiap kategori.Manakala yang lain akan menerima saguhati.

7.2 Bagi Acara Berpasukan ( dengan 6 hadiah )

7.2.1 Kategori L 20 : Johan, Naib Johan dan Ketiga


7.2.2 Kategori L 15 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.3 Kategori L 12 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.4 Kategori P 21 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.5 Kategori P 15 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.2.6 Kategori P 12 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

7.3 Piala pusingan akan diberikan kepada kontinjen yang menjadi Johan Keseluruhan.

8.0 NOMBOR BIB PESERTA

8.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor bib pengenalan yang disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola di bahagian hadapan dan belakang badan dan hendaklah
disematkan pin pada keempat-empat sudut kain.

8.2 Contoh penetapan bib peserta adalah seperti berikut:

Kategori L20 L15 L12 P21 P15 P12


PASUKAN
Kuning Unggu
Warna Hitam Biru Hijau Merah

1. PERAK A 001 A 002 A 003 A 004 A 005 A 006

2. SELANGOR B 007 B 008 B 009 B 010 B 011 B 012

3. PAHANG C 013 C014 C 015 C 016 C 017 C 018

4. KELANTAN D 019 D 020 D 021 D 022 D 023 D 024

5. SABAH E 025 E 026 E 027 E 028 E 029 E 030

6. JOHOR J 031 J 032 J 033 J 034 J 035 J 036

7. KEDAH K 037 K 038 K 039 K 040 K 041 K 042

8. WP LABUAN L 043 L 044 L 045 L 046 L 047 L 048

9. MELAKA M 049 M 050 M 051 M 052 M 053 M 054

10. N. SEMBILAN N 055 N 056 N 057 N 058 N 059 N 060

11. P PINANG P 061 P 062 P 063 P 064 P 065 P 066

12. PERLIS R 067 R 068 R 069 R 070 R 071 R 072

13. SARAWAK S 073 S 074 S 075 S 076 S 077 S 078

14. TERENGGANU T 079 T 080 T 081 T 082 T 083 T 084

4
15. KUALA W
W 085 W 086 W 087 W 089 W 090
LUMPUR 088

16. PUTRAJAYA Z 091 Z 092 Z 093 Z 094 Z 095 Z 096

9.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

9.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu
acara berkenaan dijadualkan berlangsung.

9.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti


disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.

10.0 MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan oleh


pihak pengelola.

11.0 PAKAIAN

11.1 Peserta hendaklah berpakain sesuai dan kemas serta DIGALAKKAN berkasut
sewaktu mengambil bahagian dan DIWAJIBKAN berkasut semasa majlis
penyampaian hadiah.

11.2 Pakaian hendaklah tidak jarang/nipis walaupun basah dan tidak menjolok mata.

12.0 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM, kecuali perkara berikut :

12.1. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak
dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka
peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan
perkara tersebut akan dikemukakan kepada Pihak Penganjur kelak.

12.2. Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah


dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada:

12.1.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan.

12.1.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang
pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )

13.0 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

13.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan,
tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Jawatankuasa Penganjur dan
Pengerusi Teknik Pembangunan Olahraga Pendidikan Khas berhak meminda
susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku perubahan, pengurus-pengurus
kontijen akan dimaklumkan.

5
13.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat
dalam Undang-Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau
Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSM. Termasuk TIDAK
MEMBENARKAN penyertaan murid warga asing dan murid yang melebihi had umur.

14.0 HAL – HAL LAIN

14.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai.


Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

14.1 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang
mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA
PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

14.2 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan


anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain
berlaku :

14.2.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium


14.2.2 Semasa kejohanan dijalankan
14.2.3 Di dalam dan di luar kawasan stadium
14.2.4 Di tempat-tempat penginapan

14.4. Walau bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan akan berusaha


untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan
peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

-Tamat-
-Dikemaskini pada Januari 2021-

Anda mungkin juga menyukai