Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PENINGKATAN

PRESTASI TINGKATAN 5 2022

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّرِح ْيِم‬


‫ َو الَعاِقَبة ِلْلُم َّتِقْيَن َو الَّص َالةُ َو الَّس ُم َع ى َسِّيِد ا ُم َح َّم ٍد َو َع ى آِلِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َرِّب الَعاَلِم ْيَن‬
‫َل‬ ‫َن‬ ‫َل‬ ‫َال‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami
untuk mengadakan dan berada dalam
Majlis PENYAMPAIAN HADIAH PENINGKATAN PRESTASI
TINGKATAN 5 2022 SMK Pengiran Omar II
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan
limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga
lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan
menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-
Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah
kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan
sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami
kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam
pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan
pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan
ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan
sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi
dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan
peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah
dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis
dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-
sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai
kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

‫الَّلُهَّم اْج َعْل َخ ْيَر َأْع َم اِرَنا َء اِخ ُرُه َو َخ ْيَر َأْع َم اِلَنا َخ َو اِتُم ُه َو َخ ْيَر أَّياِم َنا َيْو َم أْلَقاَك ِفْيِه‬
‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَنا ُذ ُنْو َبَنا َو ِإل ْخ َو اِنَنا اَّلِذ ْيَن َسَبُقْو َنا ِباِإل ْيَم اِن‬
‫َو َال َتْج َعْل ِفْي قُـُلْو ِبَنا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْيَن َء اَم ُنْو ا َر َّبَناإَّنَك َرُءْو ٌف َر ِح ْيٌم‬
ِ‫َرَّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو ِفي األِخ َرِة َح َس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬
‫ َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َرِّب الَعاَلِم ْيَن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai