Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HAC 2021

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّرِح ْيِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َعىَل َر ُس ْو ِلَنا األِم َنْي َو َعىَل َء أِهِل‬، ‫اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم َنْي‬
. ‫َو أَحْص ابِه أْج ـَم ِع َنْي‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah SK Taman Tuanku Jaafar
Sesi 2023 pada pagi ini.

Ya Allah,
Berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmuMu. Sinarilah
hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu.

Ya Allah , Ya Rahman, Ya Rahim ,


Jadikanlah kami , murid yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi ,
dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini .

Jadikanlah kami , murid yang amanah dalam menjalankan tugas,menghormati guru dan ibu
bapa, mempunyai akhlak yang baik,disenangi oleh rakan-rakan juga disayangi guru-
guru.Sekaligus mampu menjadi teladan yang baik kepada masyarakat dan agama.

Ya Allah ,
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan, dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesihatan.

‫الَّنار‬ ‫األِخ َر ِة َح َس َنةً َو ِق َنا َعَذ اَب‬ ‫َر َّبَنا َء اِتَنا يِف اُّدل ْنَيا َح َس َنة َو يِف‬
‫ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم َنْي‬ ‫َء اهِل َو ْحَص ِب ِه َو َس َمَّل َو اْلَح ْم ُد‬ ‫َو َص ىَّل ُهللا َعىَل ُم َح َّم ٍد َو َعىَل‬

Anda mungkin juga menyukai