Anda di halaman 1dari 1

ِ ‫هللا ا َّلرمْح َ ِن َّالر ِحمْي‬

ِ ‫ب ِْس ِم‬
‫الس َال ُم عَىَل َس ِ ّي ِداَن ُم َح َّم ٍد َوعَىَل َءاهِل ِ َوَأحْص َ ا ِب ِه‬ َّ ‫ َُو‬+‫الص َالة‬َّ ‫ َوال َعا ِق َبة ِللْ ُمتَّ ِقنْي َ َو‬ ,  َ ‫َالْ َح ْمدُ ِهلل َر ِ ّب ال َعال َ ِمنْي‬
َ ‫َأمْج َ ِعنْي‬
Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

‫هللا اَي َك ِرمي اَي َودُود‬


ُ ‫اَي‬
Berkati dan rahmatilah Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Tulid pada pagi
hari ini. Satukanlah hati-hati kami dalam usaha mendaulatkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Kukuhkanlah kesatuan dan kerjasama antara kami demi merealisasikan visi dan misi sekolah yang
kami cintai ini. Teguhkanlah muafakat dan eratkan silaturrahim sepanjang kami bermesyuarat.
Hindarilah kami daripada api permusuhan, dendam kesumat, pertelingkahan pendapat dan anasir-
anasir negatif yang boleh merosakkan perpaduan dan persefahaman antara kami.

ِ ‫ َو اَي َرا ِف َع ادلَّ َر َج‬  ‫اللّه َُم اَي قَايِض َ احلَا َجات‬


‫ات‬
Berkatilah usaha-usaha kami, di dalam menjadikan sekolah ini sekolah yang cemerlang, gemilang
dan terbilang, disegani dan dihormati, yang dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia
mahupun di akhirat, bermanfaat kepada ibu bapa dan masyarakat, berakhlak mulia penuh rasa hormat.

‫اَي َر َمحن اَي َر ِحمي اَي َر َّب الع َال َ ِمني‬


Perbaikilah segala kesilapan dan kelemahan, serta tunjukkanlah kami jalan menuju kemajuan,
kemakmuran dan kesejahteraan. Bantulah kami, bimbinglah kami, agar menjadi ahli-ahli yang taat
kepada kepimpinannya, beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan, dan sentiasa berusaha ke
arah kebaikan.

  ‫هللا اَي فَت َّاح اَي عَلمي‬


ُ ‫اَي‬
Kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan di dalam mengurus dan mentadbir persatuan ini. Hiasilah
diri kami dengan sifat mahmudah, muliakanlah kami dengan ketakwaan, dan perelokkanlah diri kami
dengan kesejahteraan.

‫اللّهُ َّم َد ِبّراَن فَ ِااَّن َال حُن ْ ِس ُن التَّدْ ِبرْي َ اللّهُ َّم ُالط ْف ِبنَا فَ ن ََّك َما تَشَ ا ُء قَ ِد ٌير َو اِب َجاب َ ِة َج ِد ٌير‬
‫ َو َال جَتِإلْ َع ِل اللَّهُ َّم ِف ْينَا َو َال‬، ‫ َوتَ َف ُّرقَـَنَا ِم ْن ب َ ْع ِدِإ ِه تَ َف ُّرق ًا َم ْع ُص ْو ًما‬، ‫َاللَّهُ َّم ا ْج َع ْل مَج ْ َعنَا َه َذا مَج ْ ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
‫ َربَّنَا َءا ِتنَا يِف ادلُّ نْ َيا َح َسنَة ً َويِف األ ِخ َر ِة َح َسنَة‬. ‫َم َعنَا َو َال َم ْن يَتْ َب ُعنَا َش ِقيًّا َو َال َم ْط ُر ْودًا َو َال َم ْح ُر ْو ًما‬
، َ ‫ َءاهِل ِ ِ َوحَص ْ ِب ِه َو َسمَّل‬  ‫هللا عَىَل ُم َح َّم ٍد َوعَىَل‬ ُ ‫ َو َصىَّل‬.ِ ‫ًَو ِقنَا عَ َذ َاب النَّار‬
‫هَّلِل ِ َر ِ ّب ال َعال َ ِمنْي‬  ُ‫َوالْ َح ْمد‬

Anda mungkin juga menyukai