Anda di halaman 1dari 1

DOA HARI KEMERDEKAAN

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Kami bersyukur kepadaMu dia atas segala nikmat yang engkau berikan kepada kami.
Kami sedar Ya Allah tanpa bantuan dan hidayahMu segala nikmat yang kami kecapi
selama ini tiak akan wujud. Maha suci Allah dengan kehendakMu jua Negara yang
kami cintai ini kekal merdeka hinga saat ini.

Ya Rahman Ya Rahim,
Sempena perhimpunan hari kemerdekaan ini, kami menadah tangan dengan rasa
penuh keinsafan, pengabdian dan tawaduk memohon denganMu dengan
kekuasaanMu yang Maha luas dan perlindunganMu yang tiada tandingannya.
Kekalkan kemerdekaan ini Ya Allah. Jauhilah Negara kami daripada plbagai bentuk
pnjajahan samada penjajahan berbentuk fizikal mahupun rohani.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Hiasilah tanah air kami dengan kedamaian, keamanan, kesejahteraan dan kekayaan
terutama sekolah yang kami cintai ini untuk selamanya. Jadikanlah sekolah kami ini
sebagai sekolah contoh dan cemerlang dalam segala bidang serta terhindar daripada
perkara-perkara yang dimurkai olehMu.

Kami memohon kepadaMu dengan nur ZatMu yang seluruh penjuru ArasyMu dan
dngan kudratMu yang telah Engkau takdirkan kepada semua makhlukMu dan dengan
rahmatMu yang Maha luas. Berikanlah petunjuk kepada pemimpin-pmimpin kami
agar mereka terhindar daripada perkara –perkara yang dimurkai olehMu.

Ya Allah,
Di hadapan kami ini, anak didik dan generasi yang akan mewarisi kemerdekaan ini,
kurniakanlah kepada mereka dengan keimanan yang mantap, akhlak yang mulia, akal
yang cerdik, samada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum.
Jauhilah mereka daripada gejala negatif. Sematkanlah dalam hati mereka perasaan
benci perkara-perkara maksiat dan kemungkaran.

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadratMu atas segala nikmat yang
Engkau limpahkan kepada kami, Ya Allah tanpa bantuanMu, kurniaan dan
hidayahMu tiada apa yang ada pada kam. Maha suci Engkau Ya Allah, Jadikanlah
kami hambaMu yang bertaqwa.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.


Sempena sambutan perayaan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, kami dengan rasa
rendah diri menadah tanganMu, kami pohonkan agar dengan kekuasaanMu dan
perlindunganMu yang tiada tandingannya. Kekalkanlah kemerdekaan ini kepada kami
Ya Allah. Jauhilah Negara kami yang kami cintai ini daripada segala bentuk
penjajahan samada penjajahan yang kami sedar mahupun tidak sedar

Ya Allah,
Jadikanlah anak didik dan warga xxxxxxxxx ini generasi yang akan mewarisi dan
mempertahankan kemerdekaan ini. Kurniakan kami iman yang teguh, akhlak yang
mulia dan akal yang sejahtera. Jadikanlah kami berlumba-lumba untuk mengerjakan
kebaikan dan mencegah kemungkaran

Amin Ya Rabbal 'alamin…..