Anda di halaman 1dari 13

Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik

Abstrak Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji penggunaan bahasa Inggeris yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kajian ini melibatkan responden yang dipilih secara rawak berkelompok bagi jabatan kejuruteraan elektrik di politeknik. Dapatan kajian menunjukkan persediaan dari aspek penggunaan alat bahan bantu mengajar asas amat diperlukan oleh responden. Selain itu, penggunaan nota pengkuliahandalam bahasa Inggeris perlu diperbanyakkan. Hasil kajian juga menunjukkan penguasaan bahasa inggeris yang kurang memuaskan bagi pensyarah di politeknik. Oleh itu, untuk menjayakan perlaksanaan penggunaan bahasa Inggeris ini, program-program peningkatan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan warga politeknik wajar dijalankan.

Pengenalan

Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa yang paling utama atau bahasa nombor satu dunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan di era perkembangan pesat dan teknologi moden seperti pengenalan televisyen satelit, telefon selular dan rangkaian komputer malahan hampir 99 peratus maklumat dalam internet adalah dalam bahasa Inggeris (Ahmad Zahri Jamil, 2002). Ia menjadi sangat penting kerana globalisasi dan pengantarabangsaan telah mengubah struktur kerjaya, mempengaruhi pendidikan, latihan kemahiran dan mencabar reka bentuk kurikulum dalam budaya majmuk serta pendidikan kosmopolitan. Dalam konteks ini, penguasaan bahasa Inggeris menjadi salah satu indikator graduan cekap berbahasa, berkomunikasi dan berhujah, kekuatan berfikir dan menyelesaikan masalah, kecerdasan emosi dan sifat kepimpinan.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi, perubatan perdagangan dan lain-lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan pengetahuan ekonomi. Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Bahasa Inggeris banyak digunakan seolah-olah ia menjadi satu hakikat bahawa untuk memperolehi ilmu dan maklumat mesti

menerusi Bahasa Inggeris. Ini menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting (Fadhlina Mohd. Azizuddin, 2006).

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam subjek teknika lmemberikan peluang pensyarah mahupun pelajar untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam lagi. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan bakal pensyarah perlu berada pada tahap yang baik kerana bahasa merupakan alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat ilmu pengetahuan. Pertukaran bahasa pengantar boleh membawa kejutan budaya bagi sesetengah golongan pelajar dan guru terutama cara mereka berfikir dan memahami aspek-aspek yang dipelajari. Ini selari dengan penyataan oleh Gilbert (1982) iaitu kepercayaan dan pengalaman lepas pelajar sangat sukar untuk diubah.

Latar Belakang Masalah

Penguasaan bahasa seseorang adalah bergantung kepada aspek mendengar, membaca, menulis dan bertutur (Radha Nambiar, Noraini Ibrahim dan Pramela, 2008). Kemahirankemahiran ini merupakan empat kemahiran asas yang tidak boleh kurang dalam pembelajaran. Sebagaimana yang kita tahu apabila sesuatu pengajaran dijalankan maka pelajar akan memberi perhatian dengan mendengar apa yang diajar oleh pensyarah. Serentak dengan itu, mereka akan mencatatkan perkara penting dalam pengajaran tersebut. Apabila terdapat soalan atau tempat yang tidak faham atau kurang faham, mereka akan bertanya dengan bertutur kepada pensyarah. Selepas sesuatu pengajaran biasanya pensyarah akan meminta pelajar membaca atau dipanggil membuat ulang kaji di rumah sebelum kuliah seterusnya diadakan. Inilah merupakan perkaitan di antara empat kemahiran ini yang biasa digunakan dalam pembelajaran. Jika kita mendengar sahaja, kita akan lupa dengan cepat berbanding kita mencatat sambil mendengar (Ab. Rahim Selamat, 2000).

Ini disokong oleh Marhaini Kamaruddin dan Amree Ahmad (2002) yang menyatakan bahawa kelemahan masyarakat melayu terletak pada masalah penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris untuk pertuturan atau komunikasi. Daripada semua aspek inilah dapat diketahui penguasaan mereka terhadap kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Ini sekaligus akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Menurut P.Ramanathan (2002), pensyarah perlu memberi penjelasan dan penerangan tentang sesuatu topik dengan terperinci dan jika pensyarah tidak mahir Bahasa Inggeris maka proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan terjejas. Masalah itu juga akan menjejaskan proses penyampaian ilmu kepada pelajar sekali gus menjejaskan proses pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik.

Daripada permasalahan yang telah dikenalpasti, penyelidik merasakan adalah penting untuk mengkaji tahap penguasaan pensyarah-pensyarah dalam Bahasa Inggeris dan juga mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk mengajar dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

1. Mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. 2. Mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk mengajar dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran.

Skop Kajian

Skop kajian ini hanya tertumpu kepada mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pensyarah. Ia juga tertumpu untuk mengenalpasti persepsi pensyarah mengenai kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk mengajar dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian penyelidikan ini terbatas kepada lokasi, tajuk,masa, sampel dan kewangan yang ditetapkan seperti berikut: a) keputusan, analisis dan kesimpulan bagi kajian ini hanya relevan untuk pensyarahpensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE).

b) pengkaji hanya menggunakan satu jenis instrumen kajian sahaja iaitu dengan menggunakan boring soal selidik. c) penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris ditekankan pada aspek kemahiran membaca, bercakap, menulis dan mendengar. d) pengkaji tidak mengambil kira aspek lain yang ada pada responden selain aspek yang dikaji. e) hasil kajian bergantung kepada kejujuran responden semasa menjawab borang soal selidik.

Kepentingan Kajian

Tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pensyarah amatlah penting di mana ia memerlukan pensyarah untuk menguasainya memandangkan subjek-subjek teknikal sudah diperkenalkan di dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pensyarah sebagai persediaan untuk mengajar dan menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran..

Di antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut: 1. Pensyarah dapat mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris dari aspek bertutur, membaca, menulis dan mendengar sebagai persediaan untuk mengajar. 2. Pensyarah juga dapat mengenalpasti masalah mereka dalam berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan merancang strategi untuk mengatasi masalah tersebut. 3. Melalui dapatan kajian, pensyarah boleh berusaha dalam meningkatkan lagi tahap penguasaan komunikasi dalam Bahasa Inggeris mereka. 4. Proses pembelajaran juga boleh berjalan dengan lancar sekiranya pensyarah dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris. 5. Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak atasan seperti Ketua Jabatan agar lebih peka terhadap masalah komunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan mengadakan program yang bersesuaian untuk meningkatkan penguasaannya.

Metodologi

Prosedur Persampelan Menurut Mohd. Majid Konting (2000), persampelan merupakan satu proses mendapatkan sampel bagi mewakili populasi. Kajian ini dijalankan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Populasi ialah satu kumpulan elemen atau kes, sama ada individu, objek atau peristiwa yang menurut kriteria yang terperinci ataupun individu yang keputusannya boleh dibuat sebagai kesimpulan umum (McMillan, 1996). Populasi kajian bagi kajian ini hanya tertumpu kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) menyatakan bahawa jika jumlah populasinya adalah kecil, penyelidik boleh menggunakan keseluruhan ahli sebagai sampel dan penyelidikan tersebut adalah sebuah kajian kes. Justeru itu, keputusan penyelesaian masalah yang dibuat adalah lebih tepat.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik sebagai satu kaedah untuk mendapatkan data kajian. Soal selidik ialah satu instrumen kajian yang mengandungi satu siri soalan di mana individu menjawab berdasarkan kehidupan mereka atau kepercayaan mereka seperti melahirkan pendapat mereka. Kelebihan menggunakan soal selidik adalah membolehkan penyelidik mengumpul maklumat dalam jumlah yang besar dan boleh dibuat dalam masa yang singkat (Thomas, 2005). Menurut Mohd. Majid Konting (2000), soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah disebabkan ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Mereka bebas menyatakan pendapat sendiri untuk menjawab setiap item yang diberikan. Melalui kaedah soal selidik ini juga, maklumbalas terhadap aspek yang dikaji dapat diperolehi secara terus, cepat, menjimatkan masa dan perbelanjaan. Segala maklumat yang diterima boleh ditafsirkan secara kuantitatif.

Populasi

Populasi kajian ini terdiri daripada 10 orang pensyarah yang dipilih secara rawak di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Tiada faktor umur atau pengalaman kerja diambil. Faktor-faktor sampingan lain juga tidak diambil kira atau diabaikan semasa penyelidikan dijalankan.

Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji dari sudut kefahaman pensyarah dari segi tatabahasa, isi kandungan, dan kebolehpercayaan item soal selidik. Menurut Noraini Hj. Md. Noor (1996), 10 set soal selidik boleh digunakan sebagai kajian rintis. Oleh itu, 10 set soal selidik telah diedarkan secara rawak ke atas 10 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Data yang diperolehi daripada kajian rintis diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapatkan nilai min dan variance. Menurut Wiersma (1995), kajian rintis membolehkan penyelidik membuat pengubahsuaian daripada kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti. Oleh itu, Setiap soalan yang dibuat akan diteliti terlebih dahulu dan akan diubah sekiranya tidak sesuai atau terlalu umum untuk setiap objektif yang telah ditetapkan.

Data kajian dikutip dengan mengguna borang soal selidik yang mengandungi 10 item dengan perukuran skala 5 tahap kecekapan seperti dalam Jadual 1 dibawah: Jadual 1 Tahap Kecekapan Amat tidak memuaskan Tidak memuaskan Sederhana Memuaskan Amat memuaskan

Tahap 1 2 3 4 5

Soal selidik merangkumi 10 item untuk mendapat maklumat berkaitan dengan sub-topik berikut.

a. Kemahiran (4 item) b. Penstukturan ayat (3 item) c. Penulisan (3 item)

Dapatan Kajian

Jadual 2 menunjukkan dapatan-dapatan daripada data-data yang dikumpulkan. Bil 1 2 3 Kemahiran Pertuturan Penstukturan ayat Penulisan Keseluruhan Min 3.39 2.75 3.06 3.24 Variance 0.32 0.52 0.48 0.24

Dapatan kajian yang diperolehi adalah seperti yang terdapat pada jadual 2 di atas. Kemahiran dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu kelancaran, penstukturan ayat, kefasihan, membaca dan melafaz dan juga penulisan. Kombinasi kelima-lima kemahiran ini menghasilkan sejumlah 10 item. Kesemua item-item ini membantu dalam kajian yang melibatkan pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Kemahiran pertuturan mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 3.39. Ini diikuti oleh penulisan yang mencatatkan 3.06. Kemahiran penstukturan ayat pula hanya mencatatkan 2.75 yang juga merupakan nilai min yang terendah. Nilai variance tertinggi dicatatkan oleh kemahiran penstukturan ayat iaitu 0.52. Ini diikuti oleh kemahiran penulisan yang mencatatkan 0.48. Kemahiran kelancaran kurang memuaskan dan berada di tempat yang tercorot dengan 0.32. Nilai keseluruhan bagi kemahiran-kemahiran diatas adalah 3.24 bagi nilai min. Manakala nilai variance keseluruhan ialah 0.24.

PERBINCANGAN

Dari dapatan kajian yang diperolehi, jelas kelihatan bahawa kelebihan serta kelemahan pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar dapat dikesan dan dikenalpasti. Pada keseluruhannya, pensyarah-pensyarah telah menguasai kemahiran pertuturan dengan baik sekali. Pada keseluruhannya, pensyarah- pensyarah ini telah menguasai kemahiran pertuturan. Ini mungkin kerana tahap keyakinan diri yang tinggi dikalangan pensyarah menbuatkan mereka berani dan tidak takut akan kesilapan yang akan dilakukakan semasa pertuturan. Melalui pertuturan, seseorang itu dapat membantu diri dalam mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. Pensyarah juga dapat menggunakan perkataaan yang sesuai dalam pertuturan. Kebanyakan dari mereka tidak berjaya menjadi model pelafaz teks yang baik kerana intonasi mereka tidak menarik. Semasa pertuturan, penggunaan perkataan yang sukar tidak digalakkan kerana yang penting semasa pertuturan ialah penyampai mesej yang tepat. Impak yang bakal diterima oleh pelajar-pelajar juga akan mendorong kepada perubahan yang positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mensintesiskan idea keseluruhan tentang sesuatu topik. Pensyarah didapati berada di tahap sederhana dari segi kemahiran penulisan. Melalui perbincangan yang dilakukan terhadap pensyarah, mereka merasakan pertuturan hanya melibatkan penyampai dan sebutan manakala penulisan melibatkan pengejaan perkataan yang disifatkan terlalu sukar untuk mereka. Tambah mereka lagi, suasana tidak pasti menyelubungi diri mereka semasa menulis kerena mereka sendiri tidak pasti sama ada mereka pasti dengan ejaan yang ditulis. Kepastian terhadap penyediaan ayat juga menbuatkan mereka sangsi akan mesej yang hendak disampaikan melalui penulisan. Pensyarah-pensyarah ini paling lemah dalam aspek penstukturan ayat. Mereka agak lemah kerana medium bahasa inggeris tidak dapat diadaptasi dalam kehidupan mereka. Penstukturan ayat yang baik memerlukan kemahiran dan kepakaran yang sangat tinggi. Penggunaah tatabahasa sebelum dan selepas kejadian adalah berbeza. Kepakaran dalam memenuhi kehendak semasa pertuturan adalah sesuatu yang sangat kompleks tetapi ini diperlukan dalam memastikan pelajar-pelajar dapat mensintensiskan apa yang dipelajari di dalam sesi kuliah.

CADANGAN

Memandangkan pensyarah-pensyarah di Jabataan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar masih mengalami masalah dalam penggunaan bahasa inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, maka sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Antara cara atau kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menghadiri kursus pendek pengajian bahasa inggeris yang ditawarakan oleh badan-badan NGO seperti Institusi SGA, Ipoh. Institusi ini menawarkan kos-kos yang membolehkan seseorang itu mempelajari teknikteknik pengunaan bahasai inggeris dengan baik dan berkesan. Selain itu, pengunaan buku rujukan yang hampir semuannya dalam bahasa inggeris dapat merumitkan keadaan dari segi pemahaman dan akan menjejaskan proses penyampaian maklumat berkesan kepada pelajar. Penilaian dari masa ke semasa juga perlu dilakukan bagi memudahkan pihak berwajib untuk mengesan dan memperbaiki prestasi pensyarah-pensyarah khususnya dalam memperbaiki tahap penguasaan bahasa inggeris.

PENUTUP

Sistem pengajaran di politeknik telah berubah mengikut sistuasi atau keperluan pada masa kini. Pengunaan bahasa inggeris menjadi satu senjata yang sangat penting dalam dunia pendidikan. Sistem di politeknik telah berubah kepada menjadikan penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa utama dalam pengajaran. Nota dan sukatan pelajaran telah diubah dan berkuatkuasa bermula pada semester ini. Melalui kajian yang telah dijalankan, objektif kajian dapat dicapai. Penguasaan bahasa inggeris di kalangan pensyarah masih lagi berada di tahap yang membimbangkan. Langkah-langkah yang wajar perlu diambil bagi menangani dan mengatasi masalah yang melanda pensyarah-pensyarah politeknik. Persepsi pensyarah juga menunjukkkan perkembangan positif dimana pensyarah juga merasakan penggunaan bahasa inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya kerana negara berada di landasan yang betul bagi menegahkan kepentingan bahasa inggeris dalam dunia tanpa sempadan di kala negara sedang menuju ke arah visi wawasan 2020.

RUJUKAN

1. Bahagian Pendidikan Guru (2007). Sukatan Pelajaran Pengajian Ingerris Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Ahmad Tajudin Ab. Rahman (1997). Persepsi Terhadap Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar SPH, UTM Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda. 3. Aris, A.P., dan Azizuddin, N., (2003). Persepsi Guru-guru Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik Tingkatan Satu. Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

LAMPIRAN

Borang Kaji Selidik Penggunaan Bahasa inggeris Di Kalangan Pensyarah Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Politeknik Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan. 1. Jantina: 2. Umur: 3. Jawatan: [ [ [ [ ] Pelajar Ijazah Dasar (sila terus menjawab Bahagian II soal selidik ini) ] Pelajar Pasca Ijazah ] Guru Sekolah ] Pegawai Pendidikan di Jabatan/Kementerian Pelajaran [ ] Lelaki [ ] Perempuan

__________ tahun

3a. Kelayakan Akademik: [ [ [ ] Sarjana Muda (sila nyatakan) __________________________ ] Sarjana (sila nyatakan) _______________________________ ] Kedoktoran (sila nyatakan) ____________________________

3b. Kelayakan Perguruan/Pendidikan: [ [ [ [ ] Sijil (sila nyatakan) __________________________________ ] Diploma (sila nyatakan) ______________________________ ] Sarjana Muda (sila nyatakan) __________________________ ] Lain (sila nyatakan) _________________________________

4. Pengkhususan Mata pelajaran: [ [ ] Kaedah Pertama (sila nyatakan) ________________________ ] Kaedah Kedua (sila nyatakan) ________________________

5. Pengalaman mengajar: __________ tahun 6. Negeri tempat berkhidmat (sila rujuk kod negeri): [ ]
KOD NEGERI

1. Johor 2. Kedah 3. Kelantan 4. Melaka 5. Negeri Sembilan 6. Pahang 7. Perak

8. Perlis 9. Pulau Punang 10. Sabah 11. Sarawak 12. Selangor 13. Terengganu 14.Wil.Persekutuan

7. Kategori sekolah tempat berkhidmat: [ [ [ ] Bandar ] Pinggir Bandar ] Luar Bandar

Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang diberikan.

Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti 1 2 3

No

Perkara

Pertuturan 1 2 3 4 Tahap keberanian dalam pertuturan Penggunaan perkataan yang sesuai dalam pertuturan Kelancaran dalam pertuturan Keyakinan diri dalam pertuturan Penstukturan Ayat 5 6 7 Penggunaan perkataan yang betul Penggunaan tatabahasa yang betul Tahap kepastian terhadap penggunaan ayat Penulisan 8 9 10 Kepastian terhadap penulisan dan penyediaan ayat Kepastian ejaan yang ditulis Tahap kebolehan dalam penulisan 1 1 1 2 2 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5 1 1 1 2 2 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5 1 1 1 1 2 2 2 2 3 3 3 3 4 4 4 4 5 5 5 5

~~~ TERIMA KASIH~~~

Sangat setuju 5

Sutuju

Anda mungkin juga menyukai