Anda di halaman 1dari 10

http://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategi-pendekatan-kaedah-teknik.

html
http://kemahiranberfikir2282.blogspot.com/
http://cikgunuurul.wordpress.com/kemahiran-berfikir-aras-tinggi-kbat/
1.2 PENDEKATAN
Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan
seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan
bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepadacara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk
mencapai objektifnya.
Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan,
yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh
kriteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran. Mengikut Kamaruddin Hj.
Husin ( 2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian
yang saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu
pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian
yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu perkara atau
sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudiannya mempelajari elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita
menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran.
1.2.1 PENDEKATAN DEDUKTIF
Menurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada sesuatu atau beberapa
rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus.
Rumus, prinsip atau hukum yang telah dipelajari daripada kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan
rumus-rumus, prinsip-prinsip, teorem-teorem atau hukum-hukum yang baru.
Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai contoh:konsep hujan ) terlebih
dahulu sebelum meminta murid-murid untuk mengemukakan contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini,
guru akan menjelaskan bagaimana proses hujan itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid
menyenaraikan unsur-unsur yang terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid akan bersoal jawab
tentang konsep hujan yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti pengukuhan murid-murid menjawab
soalan latihan daripada buku teks dan memberikan contoh-contoh sendiri mengenai konsep hujan. Pendekatan
deduktif ini berasaskan kepada kenyataan bahawa setiap orang murid adalah berbeza daripada segi intelek,
minat, kecekapan, dan daya cipta.
1.2.2 PENDEKATAN INDUKTIF
Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh yang
khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti maklamat pengajaran dan pembelajaran
dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah
seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan melihat persamaan
daripada contoh-contoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta
membuat generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Guru akan membuat penyoalan serta
membimbing murid dalam mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh
guru supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat.
Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Dalam model
induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat perlaksanaan dan penilaian sendiri. Mengikut laman
webhttp//www.potralpendidikan.com (1998), pendekatan induktif dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan di
mana guru memberikan contoh-contoh khusus dan murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta
generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa, Sains dan Matematik
1.2.3 PENDEKATAN ELEKTIF
Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada istilah bahasa Inggeris
elective bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan
sebagai strategi untuk mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai
digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru boleh
menggunakan pendekatan ini dalam strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan).
Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai
kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama
ada dalam tugas mengasas rumusan atau memberikan contoh. Dalam pendekatan ini, guru memberi input
terlebih dahulu kerana ini akan memudahkan murid-murid untuk memberi contoh dan membuat rumusan. Guru
akan menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang
khusus. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru akan mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid.
Kebiasaannya, pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik.
1.2.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Bahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini mengutamakan kecekapan
berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa
serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seorang murid menguasai struktur
bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid
tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.
Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan
sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Ragbir Kaur (1998) mengatakan bahawa pendekatan induktif
dan deduktif digunakan dalam latihan ini dan murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi
atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pedekatan pengajaran ini
lebih bepusatkan murid.

http://www.slideshare.net/Permata_An-Nur/bmm3171-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-dan-
teknik

1. KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK1.0
Pengenalan Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu
gabungan yang salingberkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi
mewujudkan satu prosespengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat
di antara konsep-konsep ini ,apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan
membentuk satu pembelajaran yangkondusif, ceria dan seterusnya objektif
akan tercapai. Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-
empat konsep iniperlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas,
warna juga memainkanperanan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau
gambarajah. Huruf , bentuk dancorak yang menarik dapat memberi satu
gambaran tentang sesuatu nota yang hendakdisampaikan. Penerima
maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudahfaham tentang
apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat. Pendekatan teknik
Definasi strategi Kaedah -. Rajah 1. Definasi Pendekatan, Strategi, Kaedah
dan Teknik 1
2. 2.0 Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik2.1
Pendekatan PENDEKATAN : Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah
satu kumpulan andaian yang saling berkaitrapat mengenai hakikat bahasa,
hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Pendekatan
juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any
sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-
pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi
yang tertentu.2.2 Strategi STRATEGI : Ianya merupakan satu susunan
pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat
atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang
diperolehi secara optimum. Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang
cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang
diatur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. 2
3. 2.3 Kaedah KAEDAH : Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar
sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada
pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan
pendekatan tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa
kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah
dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi,
apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.2.4 Teknik TEKNIK :
Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera
maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan
suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-
bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar- pelajarnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang 3 digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.
4. .3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran
dan pembelajaran PENDEKATAN STRATEGI KONSEP KAEDAH TEKNIK
Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik3.1 Konsep
pendekatan Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan
objektifnya.Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori
seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada
spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau
alasan. Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi pengajaran
dan pembelajaran menarik.Ia merupakan satu pegangan dan falsafah bagi
memahami dan mendekati sesuatu perkara.3.2 Konsep strategi Satu
perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi
membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi
diperlukan oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu
kemahiran yang diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan
dalam hasil pembelajaran yang telah ditentukan 4
5. 3.3 Konsep Kaedah Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka
pendek, objektif pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun.
Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti
inkuiri-penemuan,kaedah penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan
teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan
kepada pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip.3.4 Konsep
teknik Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru
mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan
,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan
sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras
pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan
juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan
menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada
kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses. 5
6. 4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendekatan wujud
berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagaibahan utama
dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di
manajenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk
meneliti proses pengajaran. keaktifan pengajaran dan pelajar cara pelajaran
pegelolaan bahasa murid PENDEKATAN pelajaran cara-cara mata fakta
pelajaran disampaikan Rajah 3 : Keberkesanan pendekatan4.1 Keaktifan
pengajaran dan pelajar Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru
ketika menyampaikan isi dalambilik darjah seperti guru memberi penerangan
dalam aktiviti syarahan dan demontrasi.Manakala pendekatan yang
mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkanmurid untuk
mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan
danpenyelesaian masalah dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau
maklumat . 6
7. 4.2 Cara- cara fakta disampaikan Berdasarkan kriteria bagaimana fakta
atau isi pelajaran disampaikan danditerangkan seperti pendekatan induktif
iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa
dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialahsatu
kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan
gabunganantara pendekatan induktif dan deduktif. Cara cara fakta lain yang
disampikan jugamerangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan
pendekatan dari maujud ke abstrak4.3 Cara pengelolaan murid Bagi
pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid
adalahpendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan,
pendekatan kelas,pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi
kebebasan memilih kaedahyang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik
darjah4.4 Pengajaran bahasa Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti
pendekatan komunikasi, pendekatansituasi, pendekatan psiko-linguistik,
pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semuapendekatan ini wujud
berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalisatau
behavouris.4.5 Pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan ini digunakan
ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit danmenggabungjalinkan
dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar. 7
8. 5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran Guru yang kreatis dan inovatif
akan menggunakan gabunagan beberapapendekatan dan juga kaedah yang
tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya ataupun objektif pengajaran.
Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah sertaturutan kedua-
duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Strategi
pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itumengajar
pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan,
kecenderungan,bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang
berlainan antara seorangpelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi
Kelas Pemulihan dan Kelas ArusPerdana, pencapaian akademik dan tahap
penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amatberbeza. Guru harus bijak
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancanganstrategi agar
murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh
yangdemikian guru perlu mencari jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya
serta menyusunkaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input
kepada pelajar- pelajarnya Guru sebagai fasilitator, murid sebagai penonton
pemusatan murid Bergantung Interaksi sehala sahaja sepenuhnya kepada
pencapaian murid Bahan Bantu murid pemain utama, Mengajar diutamakan
guru hanya pemimpin. utamakan kecekapan murid pasif dan tidak dan
kemahiran interaksi dua hala. kreatif menggunakan bahan. utamakan
objektif ciri kepimpinan guru pencaian murid Sesi pembelajaran bersifat
autokratik murid lebih kreatif dan lebih mearik, mengutamakan keputusan
beinisiatif berkesan dan bermakna. ujian dan peperiksaan dapat memupuk
nilai - nilai murni seperti Murid melalui kaedah keseluruhan kelas
pengalaman sebenar kerjasama Pemusatan Pemusatan guru bahan Rajah 4 :
Strategi Pengajaran dan pembelajaran 8
9. 6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran Satu aktiviti yang dirancang dan
dijalankan secara tersusun serta dimana setiaplangkah tersebut mempunyai
kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang.Keutamaan adalah bagi
mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimanaproses
pengajaran dan pembelajaran itu berjalan. Objektif yang tepat dan boleh
dicapai Strategi yang tersusun dan kemas Langkah- langkah yang teliti
Kaedah pengajaran yang baik dan proaktif Rajah 5 : Kaedah Pengajaran yang
baik dan proaktif6.1 langkah-langkah yang telitiBagi mewujukan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yangproaktif, guru perlu
menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak
berlakukeciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya.
Sebelum memulakansesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang
sebelum melaksanakannya. Ianyamestilah mengandungi BBM/ABM dan
aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajarmencapai objektif
pelajaran. 9
10. 6.2 Strategi yang tersusun dan kemas Strategi yang tersusun, kemas dan
teratur memainkan peranan penting dalamkaedah pengajaran yang baik ,yang
merangkumi isi kandungan, objektif yang ingindicapai,pendekatan,kaedah dan
teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajarperlulah sesuai
dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akandijalankan
mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran
terhadapmurid. Strategi yang tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan
pembelajaran yangmenarik dan berkesan.6.3 Objektif yang tepat dan boleh
dicapai. Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru
mencapai objektifpengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu
merencanakan sesuatu pengajarannyadengan meletakkkan objektif yang
tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah bolehdicapai. Jangan
meletakkan sasaran atau objektif yang terlalu tinggi dengan araspencapaian
murid. 10
11. 7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran Seseorang guru yang
berdedikasi dan berwibawa akan merancang danmelaksanakan teknik atau
alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlumewujudkan
suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat
pelajaryang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan
seirama denganpendekatan yang dianuti.7.1 Tujuan tujuan teknik Menarik
minat murid untuk terus belajar di dalam kelas. Mengekalkan Memberi satu
perhatian dan pengalaman memberi baru kepada tumpuan murid untuk
sepenuhnya diaplikasiakan ketika sesi semasa atau pengajaran selepas dan
persekolahan pembelajaran Membangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai
pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru Rajah 6 :Tujuan teknik
diadakan 11
12. 7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa kuiz sumbangsaran perbahasan
soaljawab inkuiri simulasi bercerita drama latih tubi perbincangan permainan
forum bahasa Teknik main pengajaran demontrasi peranan bahasa Rajah 7 :
Jenis-jenis teknik7.2.1 Teknik main peranan1. Melakonkan situasi atau
peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik darjah. 2.Murid
memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam situasi yang diberikan 3.Peranan yang dibawa atau
dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip4.Dimulakan dengan
pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau mendengar melalui
filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru. 5.Penilaian prestasi
para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas selesai aktiviti
main peranan. 12
13. 7.2.2 Permainan Bahasa Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti
pengukuhan,pengayaan dan pemulihan. Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle,
teka-teki,meneka, silangkata ,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip
sukukata, menangga kekata dan sebagainya. Boleh dilakukan secara individu,
kumpulan , berpasangan atau kelas. Penglibatan pelajar memberi peluang
untuk mendapat pengalaman, latihan intensif dan sebagai alat dianogstik.
Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.7.2.3 Latih tubi Aktiviti
pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan kemahiran.
Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk
murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah. Digunakan
untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut suku kata
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun huruf-huruf.
Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan
maksud sesuatu perkataan atau makna ayat. Berasakan pengajaran bahasa
dengar dan sebut (audiolingual) Digunakan sebagai teknik menghafal atau
mengingat. 13 13
Penglibatan murid seca Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan Memperkayakan pengalaman murid Memupuk nilai-nilai
murni Melatih kemahiran mendengar Menimbulkan minat murid untuk
belajar 14. 7.2.4 Bercerita Satu kaedah yang digunakan untuk
menyampaikan isi pelajaran. Cerita disampaikan secara lisan, melalui
tontonan, mendengar rakaman dan melalui pementasan boneka. Tujuan
bercerita untuk: ra aktif dan menjana pemikiran murid7.2.5 Inkuiri Teknik yang
dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal
selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan
masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Pengendalian
teknik inkuiri ialah : 1. Proses mengenali masalah 2. Mengkaji ramalan 3.
Mengumpul maklumat 4. Menganalisis 5. Membuat rumusan 14
Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran
berfikir7.2.8 Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan,
aras dan minat murid Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum. Pengerusi mestilah berkelayakan untuk
menyampaikan idea dan setiap ahli berpeluang memberi cadangan 15
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi
bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Mewujudkan cara
belajar melalui pemikiran yang bernas. Pelajar dapat menimba ilmu dengan
mengemukakan soalan-soalan secara teka- teki. Dapat menguji minda
pelajar disamping belajar sambil bergembira. Guru dapat menperkukuhkan
pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik
tertentu. Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid
menyampaikan hujah yang bernas, logik dan berfakta.7.2.7 Kuiz Murid
dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan .
Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang
hujah. Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli. Merupakan perbincangan
formal yang terdiri daripada kumpulan kecil 15. 7.2.6 Perbahasan
Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian 16
Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa Membina
jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi Membina pemikiran
yang kreatif dan kritis Murid dapat menguasai kemairan bertutur 16. 7.2.9
Soaljawab Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang
berkesan. Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi
pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik di
samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru Soalan yang
terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras pemikiran pelajar
di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan pembelajaran beretika,
dinamik dan berkesan7.3.0 Simulasi@ Suatu situasi pembelajaran yang
terkawal dan merupakan situasi yang sama dengankeadaan sebenar untuk
menyelesaikan masaah@ Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan
membolehkan murid melakukan aktivitisecara lakonan dengan tujuan
mengemukakan masalah@ Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan
main peranan.@ Tujuannya ialah :
Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah
pelajar.7.3.2 Perbincangan Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan
murid di dalam kelas Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat
untuk berkongsi idea ataupun masalah. Guru memberikan tajuk mengenai
peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep kekeluargaan atau pencemaran,
manakala murid berperanan memberikan pendapat untuk pencambahan dan
perkembangan idea. Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid
membuat rumusan terhadap hasil perbincangan mereka. 17 Drama dapat
mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan
pendapat, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu dengan
orang lain Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
17. 7.3.1 Drama
Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah
mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta
peringkat umur pelajar.7.3.4 Demontrasi Kemahiran guru menunjukcara dan
membuat demontrasi tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan
murid. Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk
melakukannya. Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas
ketika melakukan sesuatu aktiviti Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti
dengan lebih mudah,kukuh dan tepat kerana sudah memahami konsep dan
cara melakukannya. Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran
menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif,
kreatif dan rasional. Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan
sesuai dijalankan dalam pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu
pengetahuan dan pengalaman mereka, Satu sesi perbincangan yang terdiri
daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea dan mengemukakan
pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan secara formal.18. 7.3.3
forum

Anda mungkin juga menyukai