Anda di halaman 1dari 7

Pengajaran dan Pembelajaran MenggunakanMultimedia

Pengenalan
Ciri-Ciri Pengajaran Dan Pembelajaranmenggunakan Multimedia
Objektif Pemilihan Pengajaran Dan Pembelajaranmenggunakan Multimedia
Rasional Pemilihan Pengajaran Dan PembelajaranMenggunakan Multimedia
Kebaikan Menggunakan Multimedia Kepada Murid
Kelebihan Penggunaan Multimedia Kepada Guru
Kelemahan Penggunaan Multimedia
Rumusan

KERTAS KERJA PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIAPENGENALAN


Dewasa ini, teknologi multimedia memainkan peranan yang amat penting
dalam menyampaikansesuatu maklumat. Teknologi multimedia adalah satu cara
komunikasi yang bukan sahaja dapatmenjadikan sesuatu persembahan lebih menarik
tetapi ia juga dapat meninggalkan kesan yanglebih mendalam kepada
pengguna. Penggunaakan dapat mengingati dengan lebih baik lagisekiranya mereka
mendengar, melihat dan berinteraksi dengan apa yang disampaikan
kepadamereka.Aplikasi yang berasaskan multimedia sesuai dilaksanakan dalam
pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan, perubatan, perniagaan dan sebagainya.

Multimedia juga adalah sebahagiandaripada teknologi maklumat dan komunikasi yang


meningkatkan kualiti hubungan dalamkehidupan manusia. Interaktif melalui multimedia
ini telah memainkan peranan yang pentingdalam mengembangkan proses pengajaran
dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan bermutu. Ini dibantu dengan
keupayaan komputer dalam mempersembahkan maklumat dan menyokong
penghasilan aplikasi pengajaran dan pembelajaran

Guru yang berdedikasi haruslah mempunyai kreativiti untuk mencari kaedah pengajaran
yang efisien supaya dapat memotivasikan murid-murid agar berminat dengan
matapelajaran yang diajar supaya peningkatan penguasaan kemahiran dapat dijana
dengan baik.

Menurut Norasiah binti Abdullah et al.(2009:292) mengikut definisi yang


lebih spesifik,multimedia merupakan penyebaran maklumat yang menggabungkan dua
atau lebih elemenseperti teks, grafik, audio, video, animasi interaktiviti dengan integrasi
dan alatan yangmembenarkan pengguna untuk berkomunikasi, melakukan navigasi,
mencipta dan berinteraksi.Empat komponen utama dalam definisi ialah:
 
Kawalan komputer
 
integrasi
 
navigasi/arah pergerakan
 
interaksi dan komunikasi

Menurut Hofstetetter (1995), multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik,


animasidan video yang menggunakan computer sebagai alat kawalan persembahan
untuk membolehkan

 pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pemb
elajaranmenjadi lebih berkesan.Menurut Phelps (1995), multimedia adalah kombinasi
teks, video, suara dan animasi dalamsesebuah perisian komputer yang
interaktif.Multimedia termasuklah peralatan komputer, pengimbas program (hypermedia
authoring),digitizer audio dan video, pemain CD-ROM, alat jalurkod (barcode) dan
perisian mengesan(probeware).Bagi komponen multimedia yang lebih besar, ia boleh
membekalkan kepada guru
dengan sebuah ‘kotak peralatan’ (toolbox). Pelbagai teknologi boleh digabungkan untuk
mencipta pelbagai bahan pengajaran multimedia yang interaktif yang menarik dan luar
biasa.(Jamaludin Badusah, 2000)
CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA
 
Membuat pengajaran tersusun
 
Memperkayakan pengalaman
 
Memberi maklumat
 
Pengajaran lebih bersifat individu
 
Pembelajaran menjadi lebih dekat
 
Pendidikan boleh disebarkan
 
Pembelajaran lebih menarik

OBJEKTIF PEMILIHAN PENGAJARAN MULTIMEDIA


Objektif pemilihan pengajaran berbantukan multimedia ialah:i.
 
Bahan bantu belajar yang menarik minat muridii.
 
Mudah untuk disediakan.iii.
 
Banyak bahan untuk digunakan.
RASIONAL
Kaedah ini dipilih adalah kerana multimedia adalah salah satu kompenen yang penting
padamaasa kini. Penggunaan alat berteknologi seperti komputer, cakera padat
interaktif dan
bahan bantu belajar yang lain dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alter
natif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu,
ekses guru dan pelajardapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer. Hal ini kerana
penggunaan komputer dapatmeningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan
media grafik bergambar, video dansistem pemprosesan maklumat yang pantas dan
teratur. Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang

KEBAIKAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA KEPADA MURID


Pembelajaran berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid
disamping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan
teknologimultimedia sebagai bahan bantu mengajar. Dengan secara tidak langsung,
ianya dapatmeningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang
memenuhi hasrat kerajaanuntuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta
lengkap dengan nilai intelek,rohani, emosi dan jasmani (JERI). Pembelajaran berbantu
multimedia dapat
mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai 
aktiviti pembelajaranseperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan
sebagainya. Selain daripada
itu pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran b
erbantumultimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan
mengindividukan pengajaranmengikut kebolehan mereka (Sharifah
Alawiah, 1987). Secara tidak langsung ianya akanmeningkatkan kefahaman pelajar
seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.Selain daripada itu, penggunaan animasi,
visual dan bunyi akan dapat menarik minat muriduntuk mengikuti aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan. Ini secara tidak langsungakan dapat membantu
murid untuk mengingati apa yang dipelajari pada hari tersebut.Kajian yang dilakukan
oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995), Winnans danBrown (1992),
Dupagne dan Krendl (1992) serta Hadley dan Sheingold (1993),
menerangkan bahawa kecanggihan komputer perlu dilengkapkan dengan pelbagai peri
sian yang bergunaseperti
“hardware”
 dan
“software”
 yang dapat membantu guru meningkatkan kecekapanmereka dalam memaksimumkan
proses memanipulasikan keupayaan komputer. Hal ini adalahuntuk meningkatkan
keyakinan serta memudahkan para guru untuk mencurahkan pengalamanmereka dan
seterusnya membantu para pelajar untuk bersedia menggunakan komputer
danmenerima proses pengajaran berlandaskan kepada bahan bantu belajar yang telah
disediakan

KELEBIHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA KEPADA GURU


Selain mempunyai kebaikan kepada murid, penggunaan multimedia juga mempunyai
kebaikankepada guru. Dengan menggunakan multimedia adalah mudah untuk guru
membuat pengulangan. Guru boleh menggulang bahagian-bahagian yang perlu diberi p
enekanan.Malahan dengan menggunakan bahan multimedia ini, guru bebas bergerak
kemana-mana bahagian yang diperlukan.Menurut kajian yang dilakukan oleh Pedretti
(1999) telah menunjukkan bahawa guru yang bijakmengaplikasikan komputer dan
bahan bantu belajar yang lain mampu membuat
pelbagai pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepa
da sasarannya.Seterusnya seorang lagi pengkaji yang bernama Cox (1999), telah
menyatakan bahawa guru-guruyang sering menggunakan komputer dan bahan bantu
belajar yang lain dalam melaksanakantanggungjawabnya dan mempunyai keyakinan
yang tinggi dalam mengunakan ICT dan lain-
lain bahan bantu belajar seperti projektor, LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah kera
na mereka percaya bahawa penggunaan alat berteknologi seperti ini dapat meningkatk
an proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih
seronok

KELEMAHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA


Secara keseluruhannya, di samping kebaikan penggunaan multimedia kepada murid
dan
guru, juga terdapat kelemahan dalam penggunaan multimedia. Antara kelemahan peng
gunaanmultimedia ialah seperti memerlukan masa yang lebih panjang berbanding
dengan menggunakan bahan-bantu yang lain. Ini adalah kerana guru terpaksa
meluangkan masa dalam mempersiapkan bahan-
bahan tersebut sebelum digunakan kepada pelajar.Kelemahan yang kedua ialahmemerl
ukan guru yang mahir dalam mengendalikan bahan multimedia tersebut. Bagi guru
yangkurang mahir, mereka akan menghadapi masalah untuk menggunakan bahan
multimedia
sebagai bahan bantu belajar mereka. Kelemahan yang ketiga ialah kebanyakkan bahan 
multimedia inimemerlukan sumber elektrik. Oleh yang demikian masalah akan berlaku
sekirannya sumberelektrik tidak ada

RUMUSAN
Daripada kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji akademik jelas
menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan bahan bantu belajar multimedia
seperti cakera padat
interaktif pendidikan banyak memberikan manfaat dan kepentingan yang tidak hanya ke
pada pelajarsecara keseluruhannya, malah turut memberikan manfaat kepada guru
khususnya dalam aspek peningkatan kemahiran dan pengetahuan berkenaan dengan
penggunaan komputer.Oleh itu di sini dapat dirumuskan bahawa bahan bantu
multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah merupakan salah satu bahan bantu belajar yang sangat mem
bantu dalammemberikan kefahaman kepada murid tentang sesuatu topik yang ingin
diajar kepada murid.Oleh itu, guru seharusnya lebih bijak dalam mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaranmereka agar dapat membantu murid dan memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar seperti yang telah
dirancangkan

Anda mungkin juga menyukai